Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Monday, December 21, 2015

ALHAMDULILAH:PAS SEDIA LUPAKAN SENGKETA



Pas sedia melupakan segala isu yang selama ini menjadi punca persengketaan antara parti itu dengan UMNO bagi menjayakan perpaduan antara kedua-dua parti, demi kepentingan orang Melayu, agama Islam dan tanah air tercinta.

Perkembangan terbaharu itu mencerahkan lagi harapan untuk menyaksikan perpaduan antara UMNO dengan Pas selepas pelbagai usaha yang dirintis sebelum ini gagal membuahkan hasil disebabkan keengganan pimpinan terdahulu Pas melupakan dendam lama.

Kesediaan Pas itu disuarakan sendiri Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan dan beliau menyifatkan perpaduan umat Islam merupakan agenda besar yang menuntut keikhlasan semua pihak jika benar-benar mahu melihat sejarah berkenaan tercipta.

“Itu ciri-ciri yang perlu ada (melupakan sengketa lama). Ini bukanlah perkara baharu, ramai pemimpin daripada parti lain termasuk UMNO yang masuk Pas, mereka mempunyai kedudukan yang begitu baik dan diterima dengan hati terbuka oleh ahli Pas.


“Itu dalam kalangan ahli. Sekarang datang parti dan kita akan buat benda yang sama,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Persidangan Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini hari ini.

Selasa lalu, Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 menjadi saksi terintisnya jalan perpaduan antara UMNO dan Pas apabila Presiden kedua-dua parti terbesar orang Melayu, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir dalam majlis itu.

Najib yang juga Presiden UMNO kemudiannya menghulurkan salam perpaduan kepada Abdul Hadi de­ngan berpandukan suruh Ali-Imran ayat 103 yang mengajak umat Islam agar berpegang teguh kepada tali Allah dan melarang daripada berpecah-belah.

Kepada soalan adakah Pas dan UMNO akan mengadakan pertemuan lebih kerap selepas ini bagi membincangkan soal perpaduan yang sedang dirintis, Takiyuddin berkata, perkara tersebut bergantung kepada bagaimana perancangan kedua-dua belah pihak.

Menurut beliau, di pihak Pas, memandangkan isu perpaduan dengan UMNO itu masih baharu, pihaknya memerlukan lebih banyak masa untuk menjelaskan kepada ahli akar umbi mengenai keputusan menyambut salam perpaduan yang dihulurkan Perdana Menteri.

“Penerimaan (ahli akar umbi) memang kita boleh lihat, tetapi memang perkara baharu jadi ada pandangan tertentu. Pokoknya dalam kepemimpinan Pas apa yang dibawa oleh Presiden Pas ini adalah sesuatu yang bersikap kolektif atas nama parti,” katanya.

Monday, November 16, 2015

PERBICANGAN PENYATUAN UMNO-PAS SEMAKIN HAMPIR!!!


Baca kebencian Lim Guan Eng kepada PAS Di bawah: 

DAP perlu terus berada dalam kerajaan Selangor untuk memastikan PAS "tidak buat jahat" di negeri itu, kata Setiausaha Agung Lim Guan Eng.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata DAP perlu berada dalam kerajaan negeri itu bagi menghalang PAS melaksanakan "dasar yang tidak baik" kepada rakyat negeri itu.

 "Lihat Kelantan hutan simpan kekal pun buat pembalakan, Husam (adalah) ADUN PAS Kelantan yang kata (mengenai) skandal ini.

 "Kalau dia (PAS) boleh buat dekat Kelantan, dia boleh buat juga di Selangor".

 "Kita nak tahan PAS daripada buat jahat, macam dia buat jahat di Kelantan," katanya ketika berucap di Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2015 hari ini. Beliau mengulas pandangan seorang perwakilan Selangor yang mahu DAP meninggalkan kerajaan negeri jika Menteri Besar Azmin Ali enggan memecat PAS.

 Undi PAS, undi Umno
 Dalam ucapannya itu, Lim juga mendakwa PAS kini telah berpihak kepada Umno dan menganggap undi kepada pati Islam itu sama seperti mengundi Umno.

 Beliau turut berkata, PAS sekarang sudah berubah daripada dahulunya menolak parti rasis seperti NGO PERKASA kepada sekarang yang bekerjasama dengan pengerusinya Datuk Ibrahim Ali.

 "PAS sekarang sudah memihak kepada Umno, kita lihat kenyataan daripada pemimpin PAS, macam undi PAS serupa undi Umno.

 "Satu undi PAS sama dengan satu undi Umno, tak ada beza langsung.

 "(Mereka) sokong sama (Perdana Menteri) Najib dalam skandal 1MDB ataupun dalam skandal derma," kata Lim.

Sunday, November 01, 2015

ALLAHUAKBAR:PENYATUAN UMNO-PAS SEMAKIN HAMPIR BERLAKU


Pas bersedia bertindak sebagai penasihat bagi membantu kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dengan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat.

Malah, pada masa sama, parti berkenaan dengan sinis turut menyindir DAP dengan Kabinet ba­yangannya sambil menyifatkan tindakan bekas parti sekutunya itu sebagai syok sendiri sekiranya mereka berjaya memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan berkaitan pelbagai isu yang menyentuh kepentingan rakyat termasuk 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan, kejatuhan nilai mata wang dan sebagainya.

Wednesday, October 21, 2015

UMNO-PAS AKAN BERSATU TIDAK LAMA LAGI???!!!


Di kem Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan PKR, ‘macai-macai’ belaan mereka masih lagi hangat memainkan isu yang mendakwa PAS dan UMNO tidak lama lafi akan bergabung di bawah satu bumbung. Malah beberapa ‘syaitan dalam jemaah’ yang tertinggal di dalam PAS juga masih mainkan isu yang sama…

Kata mereka, jika PAS dan UMNO tidak bergabung di bawah satu parti, kononnya dua parti terbesar bangsa Melayu Islam itu akan bersatu di bawah nama Barisan Nasional (BN) sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum (PRU) ke-14.

Pada pandangan penulis, mungkin mereka sengaja mainkan isu berkenaan supaya timbul kegusaran di hati ahli dan para penyokong totok PAS terhadap kepimpinan Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan kepimpinan ulama politik parti itu.

Penulis hairan, mengapa mereka takut sangat PAS dan UMNO bergabung? Apakah kerana mereka tahu bahawa sekiranya PAS dan UMNO bersatu maka parti pembangkang tidak lagi boleh bermimpi untuk menang pilihanraya? Takut benar mereka, kan?

Monday, October 19, 2015

UMNO PARTI MISKIN???!!


Usul: Bahawa Dewan ini mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan penerimaan “Wang Derma” berjumlah RM2.6 billion yang pada mulanya dinafikan, kemudiannya mengugut untuk menyaman akhbar Wall Street Journal dan akhirnya mengakui wang tersebut diperolehi daripada individu yang berasal dari Timur Tengah.
Komen saya ialah, jika wang derma menjadi isu bagaimana pula wang derma yang diterima oleh parti-parti lain? Sehingga ke hari ini, belum ada parti-parti politik di Malaysia khususnya DAP, PKR, parti baru Amanah menyahut cabaran DS Najib supaya mereka turut sama mendedahkan derma yang mereka terima. Walaupun mereka berkata menyahut cabaran tersebut, tetapi ianya hanya hangat-hangat tahi ayam.
Saya tidak percaya mereka tidak pernah menerima derma atau sumbangan atau pemberian atau bantuan atau apa jua istilah untuk membantu mereka semasa PRU13 dan PRU yang terdahulu. Perlukah ditubuhkan sebuah lagi Pasukan Penyiasat Khas untuk menyiasat semua parti politik? Barulah adil dan saksama ! Tak kanlah hanya parti UMNO sahaja menerima derma politik ? 
SEBENARNYA derma yang diperolehi oleh UMNO melalui Presiden UMNO membuktikan betapa Presiden UMNO tidak menggunakan wang atau bajet daripada Kerajaan untuk kegunaan parti UMNO. Isu ini menunjukkan kredebiliti UMNO tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai peneraju kerajaan. Sebab itulah UMNO sebagai tunjang BN kena mencari dana sendiri untuk memenuhi kos partinya sendiri. 

Di USA, setiap calon Presiden USA akan menerima derma berbillion-billion USD untuk menghadapi pilihanraya. Mereka juga tidak gunakan wang kerajaan, mereka gunakan wang penderma.

Tuesday, October 06, 2015

TUJUH PEMIMPIN UMNO DIPANTAU


APA BARANG PANTAU???
BUKAN KITA SEMUA TAK TAU SIAPA MEREKA TU??
BUAT APA SIMPAN SI KITOL INI SEMUA DALAM PARTI?
NANTI PASAL MEREKA-MEREKA NI, LEBIH RAMAI AHLI MARAHKAN PARTI..
BAIK BUANG CEPAT..
LEMBAGA DISIPLIN BUAT KERJA SIKIT LER...
JANGAN NAK TUNGGU ORANG LAPOR BARU NAK BERTINDAK...


Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu sekurang-kurang tujuh orang pemimpin UMNO sedang dipantau.

Katanya jika perlu kertas siasatan akan dikemukakan kepada Lembaga Disiplin parti untuk tindakan selanjutnya.

Jawab soalan berkaitan hal berkenaan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Isnin,beliau bagaimanapun tidak menyebut tujuh nama pemimpin UMNO yang sedang dipantau oleh ibu pejabat parti itu.

Beliau juga tidak jelaskan sebab-sebab mereka dipantau.

Namun ia dipercayai ada kaitan dengan tindak tanduk dan kenyataan mereka yang berkenaan yang menjejaskan parti.


Thursday, September 10, 2015

PENGAKUAN MUHYIDDIN YASSIN DALAM MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI UMNO SEMALAM


Konspirasi Ramai yang menjangkakan Timbalan Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Umno akan dipecat hari ini. Itulah khabar angin yang tersebar dan dimainkan oleh media beberapa hari lalu.

Ini yang dilaporkan oleh The Star :

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal mengekalkan jawatan mereka dalam Umno, menamatkan spekulasi bahawa mereka akan dipecat susulan penyingkiran dari Kabinet, dua bulan lalu.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedua-dua Timbalan Presiden Muhyiddin dan Naib Presiden Shafie menyatakan komitmen sepenuhnya kepada parti dan beliau menghargai kehadiran mereka pada mesyuarat Majlis Tertinggi, pada Rabu.

“Mesyuarat itu berlangsung dalam suasana yang menyenangkan dan semua orang menunjukkan semangat setiakawan. Kedua-duanya juga meluahkan kesetiaan kepada parti dan akan memastikan ia akan menang pada pilihan raya umum akan datang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Najib juga memaklumkan mesyuarat selama empat jam itu turut menyentuh mengenai isu 1Malaysia Development Berhad, di mana kerajaan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya.

“Kita telah meminta masa selama enam bulan untuk pelan rasionalisasi 1MDB, dalam usaha ia mengurangkan hutangnya. Setakat ini kita telah menerima tawaran yang menggalakkan tetapi saya tidak boleh menyebutnya, kerana ia masih dalam proses. Sebaik tamat, saya akan membuat pengumuman rasmi,” katanya.

Apa yang tidak dilaporkan oleh The Star adalah Muhyiddin memaklumkan kepada Majlis Tertinggi Umno bahawa beliau menyedari mengenai konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak namun beliau tidak terlibat atau menjadi sebahagian daripada konspirasi berkenaan.

Dari satu segi, Muhyiddin mengesahkan apa yang dinafikan beberapa bulan lepas – terdapat konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Dan konspirasi ini melibatkan beberapa agensi atau individu dari beberapa agensi, seperti SPRM, AGC, BNM, PDRM dan lain-lain.

Friday, September 04, 2015

FITNAH MELANDA LAGI:TUJUH PEMIMPI UMNO AKAN DIPECAT!!!???



Pada zaman ini dimana ramai asyik bergayut pada handphone dan melayari internet sekelip mata saja siapa saja boleh cetuskan khabar angin yang merebak luas.

'Tembak' satu cerita,lempar masuk mana-mana whatsapp group maka akan menjalar dengan pantas hingga kerap kali ada kisah orang yang segar bernafas terkejut dia dikhabarkan sudah dikuburkan.

Terbaru paling hangat ialah penyebaran di media sosial senarai tujuh orang pemimpin UMNO konon akan dipecat pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan pada Rabu,9 September ini.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sepatutnya diadakan pada 31 Julai lalu.Namun ia dibatalkan  kerana dikatakan untuk sejukan keadaan selepas rombakan kabinet dibuat.

Rombakan itu agak panas bila melibatkan penguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Macam mana senarai yang disebar tak jadi panas.Ia membariskan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO,Shafie Naib Presiden dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Friday, August 21, 2015

WAJIB BACA:AHLI UMNO PERLU KELUAR DARI KEJAHILAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Saya menerima satu pesanan WhatsApp yang kononnya dari ahli UMNO dengan mukadimah seperti berikut, “Tak payahlah nak tuduh orang yang kritik Najib sebagai menentang UMNO kerana sekarang ni Najib yang menjahanamkan UMNO, Najib yang sabotaj UMNO dengan membiarkan UMNO menjadi mangsa akibat cara Najib mengendalikan isu yang menjadi perhatian ramai, tak pasal-pasal masalah peribadi Najib dah diheret menjadi masalah UMNO hingga UMNO pula yang teruk menanggung beban yang bukannya beban UMNO pun.”

2. Membaca keseluruhan panjang lebar ulasan beliau saya hadir kepada dua kesimpulan. Pertamanya, inilah ahli UMNO yang masih dalam zaman jahiliyah, malas membaca, emosional dan kaki sakau projek. Kedua, penulis tersebut dari kumpulan “taksub dan taklid” pro-Tun Mahathir.

3. Masalah 1 Malaysia Development BErhad (1MDB) adalah masalah kerajaan bukan peribadi Mohd Najib. Ia masalah sebuah syarikat kerajaan yang harus menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Barisan Nasional. Jika ada yang menyatakan menyatakan Kabinet tidak menyokong 1MDB, maka beliau harus meletak jawatan. Sehingga kini tidak ada seorang pun meletak jawatan termasuk Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, yang terpaksa digugurkan bukannya meletak jawatan atas prinsip.

Wednesday, July 08, 2015

ORANG UMNO WAJIB BACA:BILA KORANG SEMUA NAK BANGUN TIDO???


Pemimpin UMNO gagal belajar apa hasil kajian saya tulis beribu artikel dan posting serta ambil kira pendapat dari orang lain.

Saya dah baca cara taktikal pr sejak 2009 cara mereka nak kalahkan UMNO BN.

Mungkin saya hanya level sampah sebab tu kajian saya buat pemimpin UMNO bakul sampahkan.

So terlalu banyak bukti apa kajian saya telah berlaku sekarang.

Saya dah tulis macam posting dibawah tentang taktik PR dah lama sejak tahun 2009 lagi dalam Facebook.

Saya keluarkan  kembali point penting post saya yang lepas.

Memahami taktikal PR 2010 -2020 ke atas UMNO/BN.

Kekawan  sebangsa dan Seagama saya.

SERANGAN TERSUSUN DAN TERANCANG TERHADAP KERAJAAN MELALUI 4 FASA. IA BERKAITAN STRATEGI.

PERSOALANNYA SIAPA YANG MENYERANG?

Mendapat pendedahan dalam bidang strategi berpolitik membenarkan saya untuk berfikir dalam konteks permasalahan dan kecamukan yang berlaku dalam negara mutakhir ini. Strategi memainkan peranan penting dalam merancang sesuatu terutama dalam soal pemerintahan dan kepartian.

Monday, May 25, 2015

PANAS: ORANG UMNO BELA HANTU RAYA???


Beberapa bulan lalu saya menulis mengenai sesetengah blogger pro UMNO menjadi blogger hantu raya yang memberikan pandangan tidak baik (liabiliti) kepada UMNO. Sebabnya sebahagian besar blogger hantu raya ini tidak ada kemahiran 'berperang' persepsi dengan pembangkang. Mereka tidak ada strategi, etika malah ada yang menghadapi masalah salah laku dan dibuang kerja

Difahamkan ada pemimpin tertentu 'memelihara' blogger hantu raya untuk menulis yang baik-baik tentang dirinya dan menyerang musuh politik sama ada dalam atau luar parti. Ini memberikan pandangan tidak baik terhadap UMNO kerana blogger tidak ada etika.

Belum selesai isu blogger hantu raya, kini bersepah pula pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hantu raya yang mendakwa mereka sebagai pro UMNO. Saya tidak pasti sama ada UMNO tahu tentang kewujudan NGO ini. Ketrampilan mereka sangat ketara sebagai ayam sabung yang mempertahankan UMNO.

Tuesday, May 12, 2015

WAJIB DIBACA OLEH ORANG UMNO!!!


SERANGAN TERSUSUN DAN TERANCANG TERHADAP KERAJAAN DAN UMNO(MELAYU) MELALUI 4 FASA. IA BERKAITAN STRATEGI.

PERSOALANNYA SIAPA YANG MENYERANG???

AS SALAM..(Durasi Bacaan 4minit 50saat)

Terlebih dahulu untuk saya menzahirkan jutaan terima kasih kepada Sahabat saya Azmi Yahya dengan perbincangan tuntas sehingga membolehkan saya mula menulis artikel ini.Jazakallahu khairan jaza'.

Mendapat pendedahan dalam bidang strategi berpolitik membenarkan saya untuk berfikir dalam konteks permasalahan dan kecamukan yang berlaku dalam negara mutakhir ini.Strategi memainkan peranan penting dalam merancang sesuatu terutama dalam soal pemerintahan dan kepartian.

UMNO sebagai majoriti kepada parti pemerintah BN berdepan satu serangan yang cukup hebat dan terancang dari pihak yang perlu kita kaji dan meneliti siapakah mereka dan apakah tujuan mereka. Terlebih dahulu saya suka untuk menegaskan bahawa tulisan ini jauh sekali untuk membicarakan soal rasis atau perkauman.

Wednesday, April 22, 2015

APA KAITAN SALIB TAMAN MEDAN DAN UMNO?



PKR ternyata tersepit dalam soal sebuah gereja di Taman Medan yang dibantah penduduk setempat kerana lambang ‘Cross’nya sehingga lambang itu diturunkan berikutan desakan tersebut.

Selama hari ini PKR pamer diri mereka sebagai parti yang boleh selesai semua masalah dalam negara ini lebih baik dari BN, tapi baru cerita kecil macam ini pun dah kelam kabut.  Dah mana pergi kononnya PKR parti yang mampu menjaga keharmonian semua penganut agama di negara ini?


Sunday, March 29, 2015

INI UMNO PUNYA SALAH!!!???



Memualkan apabila membaca kenyataan sesetengah pemimpin Pas khususnya daripada golo­ngan Anwarinas yang mengaitkan perbalahan politik antara parti itu dan DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud mempunyai kaitan dengan UMNO.

Masalah yang berlaku sekarang ialah penentangan keras DAP yang disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap usaha Pas untuk membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat bagi membolehkan Akta Mahkamah Syariah 1965 dipinda untuk diselaraskan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) Kelantan.

UMNO tidak pernah menghalang hasrat Pas untuk berbuat demikian ia dibuktikan di peringkat DUN Kelantan. Wakil rakyat UMNO memberi sokongan sebulat suara kepada enakmen tersebut manakala di peringkat pusat, kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi laluan kepada Pas untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat.

Puak yang menghalang dan menentang hasrat Pas bukannya UMNO tetapi kawan baik Pas iaitu DAP. Pemimpin yang menghina Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan pelbagai tuduhan adalah pemimpin DAP bukan pemimpin UMNO. Yang memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi bukan UMNO tetapi DAP. Yang bersekongkol dengan DAP menghalang usaha Pas me­laksanakan hukum hudud bukan UMNO tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Oleh itu kenapakah ada segelintir pemimpin Pas menuding jari kepada UMNO apabila Pas bertelagah dengan DAP? Kenapa mahu mendesak pucuk pimpinan UMNO menyatakan pendirian parti itu terhadap hukum hudud sedangkan kepemimpinan Pas sendiri kecut perut untuk mendesak DAP supaya memahami perjuangan Islam Pas?

Kalaupun hendak mengalih isu berikutan perbalahan antara Pas dan DAP, gunakanlah hujah-hujah yang lebih bernas, jangan membuat kenyataan sedap mulut sahaja kerana rakyat bukannya boleh diperbodohkan dengan sewenang-wenangnya.

Mereka tahu parti yang dilayan bagaikan ‘melukut di tepi gantang’ dalam pakatan pembangkang ialah Pas, mereka memahami parti yang maruahnya terus diinjak-injak dalam kerjasama tersebut ialah Pas dan mereka juga mengerti parti yang sanggup menggadaikan prinsip perjuangan semata-mata mahu menjaga hati PKR dan DAP ialah Pas.

UMNO tidak ada kaitan dengan pakatan pembangkang. UMNO tidak mempunyai hubu­ngan apabila DAP dan PKR mahu menjalani kerjasama dengan Pas walaupun mereka tahu antara ketiga-tiga parti mempunyai perbezaan ideologi perjuangan yang berbeza, oleh itu apa hal pula UMNO disalahkan apabila mereka berbalah?

Para pemimpin Pas perlu belajar menerima hakikat dan bercakap atas nama kebenaran untuk mengakui bahawa kerjasama dalam pakatan pembangkang selama ini hanya retorik dan hipokrasi kelas tertinggi yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga parti terlibat.

Isu hukum hudud yang berlaku menjadi bukti, justeru hentikan ‘kerja-kerja bodoh’ dengan menyalahkan UMNO dalam apa juga masalah yang menimpa pakatan pembangkang!

Utusan

Monday, December 22, 2014

MAMPUKAH UMNO PERJUANGKAN NASIB TANAH RIZAB MELAYU???


Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2013, makin banyak tanah rizab Melayu yang ditukar status untuk tujuan pembangunan, tidak diganti atau proses penggantiannya mengambil masa terlalu lama.

Ada kerajaan negeri telah menukarkan status tanah rizab kepada pegangan bebas untuk memberi peluang kepada bukan Bumiputera dan orang asing untuk membeli tanah di negeri itu. Enakmen Rizab Melayu diperkenalkan pada tahun 1914 bagi mencapai matlamat untuk menjaga tanah kepunyaan Melayu agar kekal dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.

Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan menetapkan tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlulah digantikan dengan kawasan sama jenis dan sama luas dengan kawasan yang dibatalkan.

Hakikatnya, tanah yang dibatalkan sebagai tanah rizab Melayu tidak digantikan. Jika ditelusuri sejarah, ada wasiat Raja-Raja Melayu ketika pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 yang menetapkan nisbah 50 peratus tanah di negara ini diperuntukkan kepada Tanah Rizab Melayu.

Thursday, December 18, 2014

AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MAHU LOMPAT PARTI???


Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memberitahu  Mahkamah Tinggi di sini bahawa terdapat tiga individu, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, cuba memintanya supaya melompat parti pada tahun 2008.

Menerusi kenyataan saksi yang  dikemukakan hari ini, Mohd Puad berkata dua individu lagi ialah bekas setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution yang menghubunginya ketika berada di Taiwan.

Seorang lagi ialah rakan Anwar, Dr Abdul Rahim Ghouse, yang menemuinya di Johor.

Kedua-dua kejadian itu berlaku pada September 2008.

Mohd Puad dipanggil sebagai saksi defendan dalam kes saman RM100 juta yang dikemukakan oleh Anwar terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berhubung kenyataan Anifah dalam sidang media di Washington pada Mei 2009.

Mohd Puad berkata Saifuddin telah menghubunginya semasa beliau bersama 30 anggota Parlimen BN mengadakan lawatan sambil belajar ke Taiwan, anjuran Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), beberapa hari sebelum 16 Sept 2008, iaitu tarikh yang disebut oleh Anwar untuk membentuk kerajaan baru.

Mohd Puad berkata program itu diadakan oleh BNBBC bagi mengelak percubaan ahli Parlimen pembangkang menghubungi ahli Parlimen BN supaya melompat parti.

"Pada ketika itu, sesiapa yang tidak mengikuti program tersebut ke Taiwan, mereka akan menjadi suspek atau disyaki akan melompat parti," katanya.

Mohd Puad berkata Saifuddin turut memaklumkan bahawa Tian Chua dan Fuziah Salleh turut bersamanya di negara itu, dan mereka menginap di hotel yang sama dengan anggota Parlimen BN.

"Saya telah bertanyakan kepadanya bagaimana boleh mengetahui nombor bilik hotel penginapan saya sedangkan kami telah mengarahkan kepada pihak pengurusan hotel untuk tidak memberitahu berkenaan butiran tersebut kepada sesiapa.

"Saifuddin telah memberitahu bahawa beliau mendapatkan pertolongan daripada salah seorang Ahli Parlimen Taiwan," katanya.

Mohd Puad berkata selepas perbualan tersebut, beliau dan ahli Parlimen yang lain bersiap sedia ke Macau untuk mengelak didekati ahli Parlimen pembangkang sebelum pulang ke Malaysia pada 18 September 2008.

Sekembalinya dari Macau, beliau pula dihubungi oleh Abdul Rahim pada 19 Sept 2008 untuk bertemu dan turut menyatakan yang "rancangan 16 Sept akan tetap berlaku beberapa minggu selepas itu atau sekitar 25 September."

Abdul Rahim turut berkata Anwar memerlukan sekurang-kurangnya seorang ahli Parlimen Melayu dari Johor, dan bersetuju untuk menemui Abdul Rahim di gerai makan di Perhentian Batu Pahat di Jalan Omar, katanya.

Mohd Puad berkata dalam pertemuannya dengan Abdul Rahim pada 2 pagi 20 September 2008 di Batu Pahat, Abdul Rahim turut menyatakan bahawa bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak lama lagi akan hilang suara majoriti di Dewan Rakyat.

Abdul Rahim berkata "Beberapa ahli Parlimen BN telah menandatangani surat persetujuan untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri, dan beliau difahamkan surat tersebut sebagai suatu Akuan Berkanun," katanya.  

Mohd Puad berkata Abdul Rahim juga turut menyatakan bahawa 30 orang ahli Parlimen BN akan melompat parti dan surat persetujuan tersebut akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai bukti Anwar telah mendapat suara majoriti di dalam Dewan Rakyat.

"Saya telah memberitahu bahawa saya belum bersedia untuk menandatangani Akuan Berkanun tersebut," katanya.

Abdul Rahim kemudian telah menghubungi Anwar melalui telefon bimbitnya, dan meminta ketua pembangkang itu bercakap sendiri dengannya, kata Mohd Puad.

Beliau berkata: " Anwar sempat menyatakan "Puad, we have enough numbers and its going to happen, but we still need a Malay MP from Johor like you to be with us."

(Puad, kami mempunyai bilangan yang cukup dan ia akan berlaku, tapi kami perlukan seorang MP dari Johor seperti awak untuk bersama kami).

Mohd Puad berkata Anwar juga menyatakan "dengan nada yang menyakinkan bahawa empat Sultan telah bersetuju dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Persekutuan.

Antara negeri yang disebut adalah Perlis, Perak, Terengganu dan Selangor, katanya.

"Saya telah bertanya kepada Anwar tentang bagaimana dengan agenda Melayu dan plaintif telah menjawab bahawa beliau akan melindungi agenda Melayu.

"Saya berasa gementar, dan telah menyatakan kepada Anwar bahawa saya orang Johor dan Umno telah dilahirkan di Johor," katanya.

"Jika saya tandatangan surat tersebut, Sultan akan murka dan memerintahkan saya untuk meninggalkan Johor. Kemudiannya saya memberitahu Anwar bahawa saya hendak pulang ke rumah dan melakukan solat istikharah. Perbualan saya dan Anwar terhenti setakat itu," katanya.

Mohd Puad berkata selepas pulang ke rumah dan solat, beliau telah mendapat petunjuk mimpi bahawa sekiranya menandatangani surat tersebut bererti beliau telah menjual negara.

Susulan itu, beliau telah menghubungi Abdul Rahim dan memberitahunya "you tell Anwar, tumbang-tumbanglah, I am prepared to be the opposition but I will not sign the letter." (anda beritahu Anwar, tumbang-tumbanglah, saya sedia jadi pembangkang, tapi saya tidak akan tandatangani surat itu).

Mohd Puad berkata selepas kejadian itu beliau telah berlepas ke Aceh kerana tidak mahu diganggu.

Anwar telah mengemukakan saman terhadap Anifah dan kerajaan Malaysia pada 27 Mei 2009 kerana mendakwa kenyataan Anifah pada sidang media di Washington, pada 16 Mei 2009, yang turut dihadiri oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang ketika itu Hillary Clinton, telah mencemarkan nama baiknya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid bersambung 26 Disember ini. - Bernama

Monday, December 15, 2014

WAJIB BACA:MUDAHNYA UMNO TERTIPU DENGAN MUSLIHAT PEMBANGKANG






‘Melayu mudah lupa’ antara kata-kata yang mengendang telinga ahli UMNO sejak 20 tahun yang lalu. Seharusnya kita merenung betapa mudahnya parti UMNO yang keramat ini boleh ditipu oleh pihak pembangkang.

Megah berdiri sebagai tulang belakang kerajaan sejak merdeka. Tidak dinafikan pengaruhnya dalam arena politik negara tidak kira dalam Barisan Nasional atau Pembangkang, UMNOlah parti yang disegani dan dikecami. Semua orang sedar lemahnya UMNO maka lemahnya Barisan Nasional.

Ahli biasa yang tidak memegang jawatan juga mempunyai suara dalam parti UMNO, bukan hanya ketua atau timbalan ketua yang dapat mencorakkan agenda parti, itulah keistimewaan parti ini. Bila disebutkan tentang peremajaan UMNO sudah pasti ini merupakan langkah yang baik, tetapi kita harus ingat usia tidak menjanjikan pembaharuan malah apa yang lebih dialukan adalah keikhlasan dalam perjuangan.

Pihak pembangkang tidak pernah sekuat kini dalam sejarah politik negara. PKR yang tidak pernah menyumbang apa-apa kepada negara boleh muncul bagi menyatukan PAS dan DAP yang semestinya musuh ketara dari segi ideologi. Keretakkan mereka hanya menunggu rebah dan kini kita dapat melihat betapa gagalnya perkahwinan mu’taah mereka.

Kegagalan pemimpin tertinggi PKR, DAP dan PAS untuk mengadakan perjumpaan sejak bulan Mei akibat pergolakkan krisis Menteri Besar Selangor dan kes liwat ketua pembangkang sememangnya telah melemahkan Pakatan Rakyat. Tetapi UMNO tidak sedar bahawa dalam pergolakkan mereka telah lahirnya idea bahawa cara terbaik untuk selindung kelemahan pembangkan adalah dengan mencipta pergolakkan dalam UMNO.

PKR ini bukan sebarang parti, lebih 70 peratus kepimpinan mereka bekas ahli UMNO. Mereka juga tahu siapa dalam UMNO boleh diguna pakai untuk melemahkan parti. Yang amat sedih adalah ahli-ahli itu sendiri telah tertipu dengan agenda mereka. 

Kita dapat lihat dengan penggunaan kes 1MDB, dimana pihak pembangkang berjaya menghebohkan kes ini sehingga timbalan ketua bahagian UMNO sendiri melakukan laporan polis terhadap 1MDB, malah pihak pembangkang pun tidak pernah melakukan sedemikian.   

Sedarlah bahawa kemenangan UMNO pada PRU-14 tidak terjamin dan paling menyedihkan adalah di waktu pembangkang begitu lemah dengan pelbagai masalah, UMNO tertipu dengan permainan mereka. 

Sedarlah bahawa bangsa-bangsa lain melihat dengan penuh gelak ketawa dengan penikaman UMNO tersendiri.

Sedarlah diwaktu ekonomi negara tidak menentu dan sokongan pengundi baru harus dimenangi, UMNO masih berpolitik semasa sendiri. Cukuplah dengan niat jatuh-menjatuhkan pemimpin kita. Sedarlah bahawa ahli UMNO harus memahami pelan transformasi ekonomi dan politik kerajaan bagi meyakinkan rakyat bahawa Malaysia dilandasan yang betul dan boleh menangangi krisis ekonomi yang bakal melanda.

Janganlah kita tertipu dengan muslihat pembangkang dengan isu-isu seperti menyoalkan institusi raja-raja Melayu, kedudukan Islam dan 1MDB. Satukanlah perjuangkan kami, ingatlah musuh kami sebenar di luar sana, pihak pembangkang senyum melihat UMNO menunding jari dan menikam sesama sendiri. 

Sudahlah, tiada masa lagi untuk parti keramat UMNO ini berpolitik semasa sendiri dan janganlah kita tertipu dengan sandiwara pihak lawan.

Tuesday, December 02, 2014

KENAPA MUHYIDDIN SEBUT PASAL MATI???


Do or be dead (Buat kerja atau mati). Empat perkataan penuh bermakna yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ini merupakan kejutan kepada pemimpin dan ahli-ahli parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang berakhir Sabtu lalu.

Ramai sahabat berpendapat kejutan kata-kata Muhyiddin ini sama hebat dengan kejutan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak apabila Perdana Menteri itu mengumumkan Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan, bahkan diperkasakan lagi.

Kali pertama Timbalan Presiden membuat amaran itu adalah pada malam Rabu lalu ketika merasmikan persidangan serentak tiga sayap UMNO. Kali kedua beliau mengulangi amaran yang sama ketika menggulung perbahasan, sejurus sebelum Najib membuat penggulungannya. Saya mendengar ucapan beliau dengan sepenuhnya pada kedua-dua peristiwa itu.

Semasa merasmikan persidangan serentak 3 sayap UMNO itu, Timbalan Presiden menyatakan dalam usia parti sudah mencapai usia 68 tahun, Allah SWT masih mentakdirkan parti memikul amanah “kuasa pemerintahan” di negara ini. Sehubungan itu, ahli parti jangan lupa bahawa Allah menggilirkan kemenangan antara sesama manusia sebagai pengajaran kepada semua hamba-Nya.

Thursday, May 15, 2014

TERKINI:SETIAUSAHA AGONG UMNO DITUKAR!!!???


PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dijangka dilantik sebagai Setiausaha Agung Umno yang baru menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut sumber, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat pengumuman tidak lama lagi.

Sumber itu menambah, ramai ahli Umno kecewa cara Tengku Adnan mengendalikan proses pertukaran menteri besar Terengganu yang menyebabkan beliau perlu digantikan.

Jika beliau pandai berdiplomasi dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, maka dua ADUN, Ghazali Taib dan Roslee Daud tidak keluar dari Umno mengikut jejak langkah ADUN Kijal itu.

Bagaimana pun semalam mereka bertiga kembali semula ke pangkuan Umno yang menyebabkan krisis Umno Terengganu selesai dalam masa 48 jam.

“Tambahan pula Tengku Adnan sibuk dengan tugas sebagai menteri, pengerusi perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen Putrajaya yang menyebabkan beliau tidak dapat beri tumpuan sepenuh masa di ibu pejabat Umno,” kata sumber itu kepada FMT.

Ali yang tewas dalam PRU lalu kini dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang tidak ada kuasa eksekutif.

“Justru itu jika beliau dilantik sebagai setiausaha agung, beliau dapat beri tumpuan sepenuh masa di ibu pejabat Umno,” kata sumber itu lagi.--SUMBER

Monday, March 03, 2014

PANAS:ORANG UMNO BELA HANTU RAYA!!!???


Kalau bertanya pada orang ramai mengenai senarai nama akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia ni, tentu sekali Utusan Malaysia menjadi salah satu nama akhbar yang paling kerap disebut. Selain popularitinya kerana menjadi antara akhbar yang agak lama beroperasi di negara ini, Utusan juga popular kerana menjadi akhbar arus perdana yang paling kerap disaman dan kena bayar saman . Dek kerana saman yang bertimbun ini, pengguna media sosial yang cenderung menyokong pembangkang melabelkan Utusan sebagai akhbar fitnah , malah tak kurang juga yang menggelarkan Utusan sebagai 'Utusex' . 

Utusan juga dikatakan menjadi media propaganda UMNO , namun dek kerana kebodohan 'strategis' dalam Utusan, banyak isu atau perkara yang cuba menaikkan imej UMNO/BN akhirnya memakan diri sendiri . Tentu ramai yang masih ingat bila Utusan dalam muka depan akhbarnya dengan gah melaporkan penurunan harga kereta, kononnya dibuat untuk menaikkan imej UMNO/BN . Malangnya dek kerana tidak membuat siasatan dan hanya berasaskan sumber yang tak sahih, berita ini akhirnya menjadi bahan jenaka rakyat bila portal Malaysiakini melaporkan penafian Volkswagen dan Peugeot mengenai penurunan harga kereta. Penulis pernah mengeluarkan satu artikel menganalisa laporan yang dibuat oleh Utusan disini ;


Kalau laporan di atas menunjukkan kedangkalan Utusan dalam mencari sumber maklumat tepat sehingga menyebabkan UMNO/BN dijadikan bahan jenaka oleh pihak pembangkang. Laporan seterusnya pula menunjukkan Utusan meletakkan gambar tidak senonoh seorang individu yang dikatakan pemimpin pembangkang yang diperoleh dari blog-blog . Sumber asal gambar yang diambil dari rakaman video itu dikatakan adalah dari Datuk SK . 

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa