Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label NAJIB TUN RAZAK. Show all posts
Showing posts with label NAJIB TUN RAZAK. Show all posts

Tuesday, October 20, 2015

NAJIB RAZAK JAWAB 1MDB DALAM DEWAN


Ini tentu menarik dan pasti ditunggu-tunggu.Kita nanti akan boleh dengar penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengenai wang derma RM2.6 billion di Parlimen.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang jaga urusan Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said kata penjelasan itu akan dibuat masa sesi sidang Dewan Rakyat sekarang pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Beliau memberitahu demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen DAP Bagan Lim Guan Eng dan DAP Segambut Lim Lip Eng.

Menurut Azalina selain soalan asal semua soalan-soalan yang berkaitan isu berkenaan akan dijawab oleh Perdana Menteri.

Sebelum ini soal derma RM2.6 billion itu telah dijelaskan diperolehi dari individu dari Timor Tengah.

Malah SPRM sendiri kata sudah lihat surat menyurat mengenainya.Ia juga disahkan bukan wang 1MDB.

Namun beberapa pihak khususnya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang terus mempersoalkannya.

Saturday, October 03, 2015

TEKS PENUH UCAPAN NAJIB RAZAK PADA PERBAHASAN UMUM SESI KE-70 PBB


TUAN Presiden, Tahniah atas pelantikan tuan sebagai Presiden sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA). Pengalaman dan kebijaksanaan tuan amat berharga dalam membimbing kami.

Tema sesi ini - ‘Pertubuhan Bang­sa-Bangsa Bersatu (PBB) Pada Usia 70 Tahun: Jalan Ke Arah Keamanan, Keselamatan dan Hak Asasi Manusia’ - tepat pada masanya. Ini kerana kita perlu segera mencari pendekatan baharu, bangkit mengatasi jurang politik dan mendahulukan rakyat, dalam era yang cara lama terbukti tidak memadai untuk berdepan dengan cabaran masa kini.

Kita berada dalam dunia dengan pelbagai negara. Namun konflik dan ancaman baharu yang membahayakan keamanan dan keselamatan kita tidak mengenal sempadan. Pengganas tanpa negara, seperti kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Negara Islam (IS), mengancam untuk memusnahkan kedaulatan negara-negara.

Friday, August 21, 2015

WAJIB BACA:AHLI UMNO PERLU KELUAR DARI KEJAHILAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Saya menerima satu pesanan WhatsApp yang kononnya dari ahli UMNO dengan mukadimah seperti berikut, “Tak payahlah nak tuduh orang yang kritik Najib sebagai menentang UMNO kerana sekarang ni Najib yang menjahanamkan UMNO, Najib yang sabotaj UMNO dengan membiarkan UMNO menjadi mangsa akibat cara Najib mengendalikan isu yang menjadi perhatian ramai, tak pasal-pasal masalah peribadi Najib dah diheret menjadi masalah UMNO hingga UMNO pula yang teruk menanggung beban yang bukannya beban UMNO pun.”

2. Membaca keseluruhan panjang lebar ulasan beliau saya hadir kepada dua kesimpulan. Pertamanya, inilah ahli UMNO yang masih dalam zaman jahiliyah, malas membaca, emosional dan kaki sakau projek. Kedua, penulis tersebut dari kumpulan “taksub dan taklid” pro-Tun Mahathir.

3. Masalah 1 Malaysia Development BErhad (1MDB) adalah masalah kerajaan bukan peribadi Mohd Najib. Ia masalah sebuah syarikat kerajaan yang harus menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Barisan Nasional. Jika ada yang menyatakan menyatakan Kabinet tidak menyokong 1MDB, maka beliau harus meletak jawatan. Sehingga kini tidak ada seorang pun meletak jawatan termasuk Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, yang terpaksa digugurkan bukannya meletak jawatan atas prinsip.

Thursday, August 06, 2015

NAJIB RAZAK AKAN DIPANGGIL SPRM


Kalau ada yang masih ragu-ragu lagi pasal sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang Rabu mengeluarkan satu kenyataan untuk menjelaskan hal berkenaan.

Pekara pokok yang paling utama SPRM mengesahkan ia sudah tahu identiti penderma itu yang berasal dari Timur Tengah namun tidak dapat dedahkan identitinya.

SPRM juga telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada Perdana Menteri itu.

Ia telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri.

Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma.

Tuesday, July 28, 2015

NAJIB RAZAK UMUM ROMBAKAN KABINET HARI INI???!!!


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka mengumukan rombakan kabinet hari ini, iaitu beberapa hari lebih awal dari perancangan sebelum ini.

Sebelum ini Mohd Najib dijangka mengumumkan rombakan kabinet selepas mempengerusi mesyuarat Kabinet pada rabu ini. Namun hari ini Mohd Najib mempercepatkan rombakan ini setelah melihat tingkah laku Timbalannya ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras, ahad lalu.

Oleh kerana rombakan ini sangat mengejut tiada sebarang kebocoran langsung sehingga jam 2 pagi ini. Ada sumber menyatakan Mohd Najib telah mengadap DYMM YDP Agong petang tadi. Satu sumber lagi menyatakan Mohd Najib akan merafak sembah senarai baru pagi ini.

Monday, July 20, 2015

SIAPA 10 ORANG YANG TERLIBAT JATUHKAN PERDANA MENTERI???


Warganegara Switzerland, Xavier Andre Justo yang akan didakwa kerana memeras ugut bekas majikannya, mendakwa kira-kira 10 orang telah membeli dokumen daripadanya untuk menyerang Perdana Menteri.

"Dia telah mengaku segala-galanya. Dia telah memberikan kita kerjasama yang sangat baik...setiap dokumen, walaupun dari dalam telefon bimbitnya," kata jurucakap polis Thailand Lt Jen Prawuth Thavornsiri dipetik The Straits Times.

Justo dilaporkan menjual data yang telah diambil dari PetroSaudi kepada kumpulan tersebut, termasuk tokoh-tokoh media dan seseorang daripada pihak Perdana Menteri sendiri.

Antaranya adalah seorang wanita yang dilahirkan di Malaysia dan telah berpindah ke Britain.


Saturday, July 18, 2015

BUKTI KERJA JAHAT UNTUK GULING NAJIB RAZAK DIDEDAHKAN!!!


Kisah hendak menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mendakwa beliau penjenayah dan 'makan' duit firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) nampaknya bertukar sebaliknya.

Kumpulan yang berkomplot hendak 'mengenakan' Najib kini terdedah selepas dua minggu polis Thailand menyiasat bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Andre Justo dalam lokap paling ketat di negara Gajah Putih itu.

Pada Jumaat, tatkala umat Islam di Asia Tenggara menyambut Aidilfitri, atau Hari Kemenangan, ada berita baik untuk Datuk Seri Najib.

Komplot mengulingkan beliau terbongkar... londeh habis.

Pertama polis Thailand mengesahkan bahawa sebuah organisasi berita berpangkalan di London telah memalsukan dokumen membabitkan 1MDB.

Friday, July 10, 2015

11 BUKTI AKHBAR YAHUDI INI ADALAH PEMBOHONG TERBESAR DI DUNIA!!!


Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang.

Tentu ramai antara kita yang percaya bahawa "kalau PM Najib Razaktidak bersalah, masakan ada banyak tuduhan dan dakwaan yang melibatkan akaun peribadi beliau". Namun sekiranya orang yang menuduh beliau adalah orang yang kerap berbohong, adakah tuduhan tersebut boleh dipercayai?

Adakah anda akan mempercayai orang yang terkenal di seluruh dunia sebagai pembohong dan batu api?
Berikut adalah 11 pautan dari sumber antarabangsa yang mendedahkan bahawa Wall Street Journal adalah pembohong dan sering memanipulasikan fakta untuk tujuan tertentu. 

Oleh itu, adakah anda masih mempercayai The Wall Street Journal?

Thursday, July 09, 2015

BAGAIMANA HUBUNGAN NAJIB DAN TIMBALANNYA SEKARANG???


Dua tiga hari ini beberapa acara yang dihadiri Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menyaksikan lebih ramai wartawan yang membuat liputan dari biasa. Semua menunggu kalau-kalau ada apa-apa 'breaking news' . Apa lagi kalau bukan pasal isu 1MDB dan sewaktu dengannya.

Pada Rabu, semalam saja, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu muka dalam tiga acara, sebelah pagi mesyuarat Kabinet, awal petang menyerahkan 81 fellow perdana kepada menteri-menteri Kabinet di Putrajaya (pelajar terpilih bekerja sementara di pejabat menteri) dan lewat petang di program berbuka puasa bersama warga pendidik di Bangi.

Kedua-duanya nampak mesra, relaks dan tidak kekok. Dalam kata mudahnya berlawanan dengan apa yang cuba dipotretkan oleh portal berita dan geng media sosial 'belah sana' yang saban hari cuba melaga-lagakan pemimpin nombor satu dan dua kerajaan dan UMNO itu.

Kemelut melibatkan syarikat pelaburan strategik negara 1MDB cuba dijadikan alasan untuk meretakan hubungan antara Najib dan Muhyiddin.

Tuesday, July 07, 2015

WAJIB BACA:KESAH SEBENAR GAMBAR NAJIB TUN RAZAK DENGAN .....



Sarawak Report telah mengeluarkan beberapa foto DS Najib Razak bersama beberapa individu di sebuah bot layar. Kita tahu motif blog tersebut. Dalam masa yang sama, ianya menghadirkan bermacam-macam interpretasi dan persepsi. 

Tetapi selepas membaca artikel Jho Low, Prince Turki and Najib photos: Sarawak Report confirms PetroSaudi-1MDB is a G2G Joint Venture , blog Sarawak Report dan Pakatan Pembangkang terpaksa gigit jari sekali lagi kerana gagal dalam cubaan untuk memburuk-burukkan DS Najib Razak!

Anda baca terjemahan artikel padat dan sangat menarik ini:
  
Tidak kira berapa kacak Jho Low dalam gambar ini, jangan lihat dia dulu. Tumpukan perhatian anda kepada lelaki macho yang tinggi di sebelah dia. PM Najib juga adalah seorang yang tinggi namun orang itu lebih tinggi daripada dia. Siapa dia? 
Sarawak Report mungkin berfikir bahawa dengan menyiarkan gambar-gambar Najib sekeluarga bersama-sama dengan Jho Low pada Ogos 2009 sebelum usahasama PetroSaudi-1MDB ditandatangani, ia akan merosakkan reputasi Najib.

Sebenarnya, ia adalah sebaliknya ..

Hari ini, Sarawak Report sebenarnya telah membuktikan PetroSaudi dimiliki oleh Putera Turki bin Abdullah Al Saud. 

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

Monday, July 06, 2015

FITNAH TERHADAP NAJIB RAZAK ADALAH TANDA-TANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!!!???


Fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diatur secara terperinci oleh golongan tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menghuru-harakan negara.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata tindakan golongan berkenaan juga jelas menunjukkan sikap busuk hati mereka terhadap imej dan kepimpinan Najib serta kemakmuran negara.

"Setiap perdana menteri sebelum ini pernah dilanda pelbagai fitnah tetapi beliau (Najib) dilanda fitnah bertubi-tubi dan perbuatan segelintir pihak ini cukup jijik kerana sentiasa iri hati dengan kestabilan politik, sosial dan kemakmuran ekonomi negara.

Wednesday, May 13, 2015

NAJIB UMUM KABINET BARU SELEPAS RAYA!!!???


Bernama hari ini melaporkan Pejabat Perdana Menteri menafikan terdapat rombakan Kabinet seperti yang tertera dalam satu senarai yang tersebar di laman sosial.

Pejabat Perdana Menteri melalui akaun twitter ‘Msia PM Press Office’, berkata tidak ada perubahan dalam barisan kepimpinan kerajaan.

Senarai yang tersebar di laman sosial terutama melalui aplikasi WhatsApp memaparkan kononnya tujuh menteri dan timbalan menteri digugurkan daripada Kabinet.

Ia juga memaparkan senarai menteri dan timbalan menteri bagi setiap kementerian termasuk beberapa muka baharu.

Gosip politik ini menjadi isu panas kerana terdapat pelbagai sumber menyatakan bahawa beberapa Menteri telah ditegur oleh ahli majlis Tertinggi UMNO kerana gagal menjelaskan dasar kerajaan dan cuba menjadi lebih pembangkang dari pembangkang dalam hal membabitkan kritikan Tun Mahathir ke atas Mohd Najib.

Wednesday, April 29, 2015

NAJIB TUN RAZAK AKAN TERUS BERTAHAN!!!


Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyebut sesiapa, namun ramai yang percaya kata-katanya itu jelas merujuk kepada kritikan bertalu-talu Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya kebelakangan ini.

Kata-katanya yang mencuri perhatian ramai itu diluahkan pada penghujung ucapan ketika membentangkan laporan program transformasi kerajaan di Angkasapuri Selasa malam.

Friday, April 10, 2015

BILA MASA NAJIB ARAH SEMUA PIHAK SOKONG BELIAU?


Nampaknya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir agak emosi dalam serangan terbaru yang beliau lancarkan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam. Mengapa emosi Tun M? Tidak eloklah beremosi dalam usia hampir 90 tahun, tidak baik untuk kesihatan…

Friday, December 05, 2014

APA LAGI MELAYU MAHU????


Adakah kita terlalu “bangang”???

UMNO telah selesai bersidang. Semua sudah pulang ke lubuk masing-masing. Tahun hadapan, insya-Allah bertemu semula.

Agenda akan berulang. Berulang dan berulang. Jika ada pemilihan pucuk kepemimpinan, maka suasana akan berbeza. Lebih panas, mendebarkan dan cah keting. Sekarang pun ada yang berkata bunga-bunga pemilihan sudah berputik.

Namun semalam saya menerima satu WhatsApp yang membuatkan saya berhenti sejenak untuk berfikir, merenung bagai Mat Jenin dan menginsafi diri sebagai Melayu. Di mana silapnya bangsa aku ini?

Begini bunyinya. Ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Datang dari seorang bernama Melayu Islam, yang tidak perlulah saya siarkan namanya.

Katanya, UMNO telah memerintah Malaysia selama 57 tahun dan masih menangisi bagi mempertahankan (safeguard) hak keistimewaan Melayu, Melayu masih terancam, Melayu hidup di bawah kemiskinan dan lain-lain dan lain-lain.

Beliau bertanya:

Selama 57 tahun UMNO memerintah negara ini, Islam ialah agama rasmi, apa yang telah UMNO lakukan sekiranya Malaysia dan Islam berada di bawah ancaman?

Beliau berkata faktanya ialah:

- Malaysia ada sembilan Sultan dan Raja. Mereka semua Me­layu.

- PM dan TPM, memegang jawatan paling berkuasa di Malaysia adalah Melayu.

- Sejak 1974, Menteri Kewangan adalah Melayu.

- Selain Pulau Pinang, semua KM dan MB adalah Melayu.

- Majoriti Menteri Persekutuan ada­lah Melayu dan Kementerian-kementerian berpengaruh dan penting dikuasai Melayu.

- Daripada 222 Ahli Parlimen, le­bih daripada 50 peratus adalah Melayu.

- Lebih daripada 93 peratus Jabatan-jabatan Kerajaan, dari bawah ke jawatan tertinggi adalah Melayu.
- DEB dirangka untuk orang Melayu.

- Sebanyak 80 peratus kuota universiti diperuntukkan kepada Melayu.

- Diskaun istimewa untuk pembelian rumah dan saham-saham untuk orang Melayu.

- Pangkat tertinggi dalam polis dan tentera kepada orang Melayu.

- GLC atau syarikat-syarikat milik kerajaan dikuasai Melayu.

Beliau berkata, bagaimana Melayu yang menguasai sepenuhnya sedang diancam dan berkedudukan di bawah daripada kaum-kaum minoriti? 

Adakah ia satu strategi untuk pemerintah terus berkuasa dengan menjadikan orang lain sebagai kambing hitam? Apa sebenarnya berlaku. Adakah orang Melayu ini terlalu “bangang” sehingga mereka terus menerus perlu merayu, menagih, meminta untuk terus hidup di bumi bertuah ini.

Adakah kita ini semua masih menjadi bahan ujikaji sosio-politik? Di mana silapnya? Apa lagi kita mahu?

Thursday, May 08, 2014

PERDANA MENTERI JADI MANGSA PENIPUAN MENTERI KABINETNYA SENDIRI!!!???


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menafikan Kabinet ada membuat keputusan menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan.

Najib berkata, Kabinet sebaliknya membuat keputusan untuk mengekalkan amalan sedia ada.

Ianya bertujuan memastikan setiap kaum mendapat pertimbangan yang adil dan tidak ketinggalan dalam dasar kerajaan.

“Kenyataan itu tidak tepat, memang kita ada bincang dalam Kabinet tetapi keputusan kita adalah kekal,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Rumah UMNO Taiping, Khamis.

Selain itu katanya, Kabinet juga tidak buat keputusan mansuhkan butiran agama dalam borang rasmi kerajaan.

Sehubungan itu, Najib berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun, akan mengeluarkan kenyataan hari ini bagi memperbetulkan kenyataannya yang disiarkan media hari ini selain memohon maaf atas kesilapan itu.

Media  hari ini menyiarkan kenyataan Belaun yang mendakwa ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan.

Tuesday, May 06, 2014

ANWAR IBRAHIM KANTOI KELUAR ARAHAN PEDAJAL NAJIB RAZAK!!!


KUALA LUMPUR 5 Mei - Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Gobalakrishnan mendakwa, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan Naib Presiden parti itu, Tian Chua memalsukan gambar yang menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak duduk bersebelahan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut Gobalakrishnan, gambar tersebut telah dipalsukan oleh Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu dan beliau berada bersama-samanya ketika itu.

Bekas Ahli Parlimen Padang Serai itu mendakwa, gambar tersebut dipalsukan supaya rakyat yakin yang Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan Altantuya bagi memburuk-burukkan nama beliau.

Dakwaan tersebut dibuat Gobalakrishnan ketika disoal dalam pemeriksaan balas oleh peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini pada perbicaraan kes saman fitnah peguam Manjeet Singh Dhillon terhadap beliau dan tiga yang lain.

Wednesday, April 23, 2014

PERDANA MENTERI BUAT ROMBAKAN KABINET!!!???

Lojiknya besar kemungkinan akan ada rombakan kabinet dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Apa yang kini hangat berlegar ialah bila.

Mungkinkah 6 Mei ini yakni genap setahun BN kembali berkuasa selepas PRU13?

Jika ikut sifir politik apa yang terbentang di depan mata sekarang memang ada beberapa kekosongan dalam pentadbiran perlu diisi.

Untuk jawatan di Pusat misalnya, wujud kekosongan di Jabatan Perdana Menteri selepas Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy melepaskan jawatan sebagai timbalan menteri awal Febuari lalu.

Selain itu, selain itu, menteri yang jaga tranformasi ekonomi, Datuk Seri Idris Jala juga perlu melepaskan jawatan tersebut.

Ini kerana penggal beliau sebagai senator yang melayakkan beliau menjadi menteri akan berakhir pada September 2015.

Sunday, April 06, 2014

PERDANA MENTERI SIFATKAN AIR ASIA SOMBONG


Ini kontroversi membabitkan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia yang enggan berpindah ke lapangan terbang baru KLIA2 dan membuat kenyataan terbuka mengenai perkara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengatakan kenyataan Air Asia yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar baru-baru ini,"berbunyi kenyataan yang sombong,".

Beliau yang kini berada di Hanoi menegaskan AirAsia tiada pilihan melainkan berpindah ke KLIA2 seperti yang dijadualkan manakala Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang pula tetap akan ditutup pada 9 Mei ini.

Menurut Najib, kerajaan menerusi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) sedia mendengar dan meneliti sebarang masalah atau isu-isu dibangkitkan daripada syarikat penerbangan tambang murah itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa