Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label BARISAN NASIONAL. Show all posts
Showing posts with label BARISAN NASIONAL. Show all posts

Sunday, May 10, 2015

AHMAD MASLAN MENOREH GETAH PUNCA BN KURANG UNDI???!!!


Berkempen adalah satu perkara penting dalam setiap pilihan raya, tidak kira pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kebijaksanaan berkempen akan membezakan antara seorang calon dengan calon yang lain. 

Bukan itu sahaja malah keberkesanan berkempen boleh meyakinkan pengundi kepada seseorang calon.

Tetapi kempen dalam setiap pilihan raya di negara ini bukan sahaja sangat melucukan, malah ada kalanya cukup memualkan. Ini kerana strategi berkempen sudah ketinggalan zaman. Sudah lapuk. Sejak saya masih kanak-kanak hingga sekarang cara berkempen tetap sama.

Friday, May 08, 2015

WAJIB BACA:KENAPA BN TERUS "DIJARI TENGAHKAN" DI PERMATANG PAUH!!!???


1. Seluruh jentera BN yang berkampung di Permatang Pauh kecewa, 'down' malah merasakan segala  komitmen kempen parti di  tidak membuahkan pulangan politik berdasarkan keputusan BN (Suhaimi Sabudin) hanya memperoleh 21,475, PKR (Wan Azizah) 30,316, Bebas dengan 367 undi dan PRM 101 undi. Majoriti kemenangan PKR adalah 8,841 undi walaupun peratus keluar mengundi hanya sederhana iaitu 74 %.

2. Pencapaian BN sekadar dapat mencantas nipis majoriti PKR dengan penurunan 2,880 undi itupun akibat faktor keluar mengundi yang merudum 15%. Saya yakin jika hari pembuangan undi dilaksanakan pada hari cuti nescaya pengundi luar berduyun pulang memangkah Pakatan Rakyat.

3. Soalnya, pada senario politik semasa sewajarnya BN mempunyai harapan dan kelebihan untuk membenamkan PKR berikutan isu perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PAS vs DAP), ketiadaan Anwar Ibrahim, kelemahan  "calon  recycle" di Permatang Pauh, keculasan Wan Azizah di Kajang dan isu kenaikan pelbagai kadar cukai oleh Kerajaan DAP Penang. Mengapa segala kebobrokan Pakatan Rakyat ini masih tidak menguntungkan BN. Pencapaian PKR kali itu seolah-olah kebal (zero defect) dari kesan isu tersebut. Adakah kerana culaan jentera BN lemah dan jentera Pakatan Rakyat kuat ? Analisis berantai yang saya nukilkan ini akan menjawab semua soalan tersebut.

Saturday, April 26, 2014

BN TIDAK AKAN BERTANDING DI PRK BUKIT GELUGOR?


DALAM tempoh kurang 10 hari selepas kemalangan yang meragut nyawa bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, mungkin masih terlalu awal untuk mengulas mengenai kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang ditinggalkan mendiang.

Namun, mahu tidak mahu, seluruh tumpuan ketika ini sudah pun terarah kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi tersebut.

Apatah lagi dengan pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh penamaan calon dan pengundian yang masing-masing ditetapkan pada 12 dan 25 Mei ini.

PRK Parlimen Bukit Gelugor adalah PRK kelima dalam tempoh setahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 selepas PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu; DUN Sungai Limau, Kedah; DUN Kajang, Selangor dan DUN Balingian di Sarawak.

Bayangan kepada PRK bagi kerusi ini sudah pun ada sebelum ini selepas Karpal dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu.

Mendiang didapati bersalah kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak pada 2009.

Namun, ketika menunggu proses rayuan ke atas hukuman yang melucutkan kelayakan mendiang sebagai wakil rakyat, Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

Di atas kertas, parti lain selain DAP boleh dikatakan cukup mustahil untuk menembusi salah satu kubu kuat parti itu di negeri ini.

Mendiang Karpal meninggalkan legasi kemenangan yang luar biasa di kerusi itu terutama dalam dua pilihan raya umum terakhir.

Karpal meraih sebanyak 21,015 undi majoriti pada Pilihan Raya Umum 2008 dan majoriti dua kali ganda pada tahun lalu iaitu sebanyak 41,788 undi.

Jumlah undi yang diterima Karpal itu antara rekod undi majoriti tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah Pilihan Raya Umum di negara ini.

Dengan hakikat itu, ramai yang sudah mencongak parti lain termasuk Barisan Nasional (BN) sendiri tidak perlu membuang masa, tenaga dan wang ringgit meletakkan calon bagi PRK kerusi berkenaan kelak.

Malah, SPR juga boleh menjimatkan kira-kira RM2 juta kos perbelanjaan mengadakan PRK dengan memberi kemenangan percuma kepada calon DAP.

Apatah lagi kerusi itu kosong kerana kematian Karpal akibat kemalangan jalan raya - kehilangan secara tiba-tiba dan cukup sukar pula diterima penyokong-penyokong DAP.

Sentimen simpati pastinya lebih tinggi dalam PRK Bukit Gelugor kali ini dan tidak mustahil siapa sekali pun calon DAP kelak akan meraih majoriti undi lebih tinggi berbanding yang diperoleh Karpal sebelum ini.

Tetapi dalam membuat perkiraan sebegitu, ramai juga yang melihat PRK Bukit Gelugor antara medan terbaik menilai sokongan pengundi di negeri ini terhadap BN.

Untuk mengharapkan kemenangan barangkali hanya keajaiban yang boleh melakukannya. Namun, BN perlu melihat jauh ke hadapan yang mana PRK Bukit Gelugor ini boleh dijadikan kayu ukur ke arah persediaan menjelang PRU-14.

Politik bukanlah sesuatu yang statik dan Karpal sendiri pernah merasainya dalam jatuh bangun mendiang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen.

Sebelum mencatatkan kemenangan besar di kerusi itu, Karpal hanya menang dengan majoriti tipis 1,261 undi dalam pilihan raya 2004.


Ini bermakna, BN bukan tidak mempunyai harapan langsung di kerusi itu dan kemampuan mengurangkan sedikit majoriti sebenarnya pemberi semangat yang cukup besar menjelang PRU-14.

Apatah lagi Kerajaan DAP Pulau Pinang ketika ini berdepan pelbagai isu yang mengundang kemarahan penduduk, terbaharu janji tidak menaikkan tarif air tetapi telah dimungkiri.

Kerakusan Kerajaan DAP Pulau Pinang menukar demografi negeri ini kepada sebuah bandar pencakar langit tanpa mengambil kira kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar juga mengundang kemarahan banyak pihak.

Ini antara isu yang boleh menjadi duri dalam daging kepada DAP selain isu-isu nasional dalam pakatan pembangkang sendiri.

Malah, DAP sendiri tidak mudah untuk meletakkan calon mereka kerana masih dalam krisis dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berikutan kemelut pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang belum selesai.

Agak menarik untuk melihat bagaimana DAP kelak mahu meletakkan calon mereka dalam keadaan CEC parti itu yang tidak diiktiraf.

Tidak mustahil DAP mungkin terpaksa meletakkan calon mereka atas tiket Bebas.

Dari sudut BN pula, secara tradisinya kerusi Parlimen Bukti Gelugor adalah milik MCA. Ini selari dengan komposisi penduduknya yang majoriti iaitu 74.49 peratus daripada 82,042 pengundi berdaftarnya adalah kaum Cina.

Tetapi seperti yang dijelaskan sebelum ini, politik bukanlah sesuatu yang statik dan begitu jugalah dalam hal penentuan calon BN di kerusi tersebut.

Atas semangat setiakawan dalam parti komponen BN, MCA barangkali boleh merubah sedikit tradisi dengan menyerahkan kerusi tersebut kepada UMNO.

Memang benar komposisi pengundi Melayu di kawasan itu sangat kecil iaitu hanya 11,880 orang. Tetapi jumlah pengundi Melayu ini boleh memberi perubahan besar kepada undi BN jika mengambil kira sokongan orang Melayu yang semakin meningkat terhadap UMNO dalam pilihan raya umum lalu.

MCA pula boleh menggerakkan jentera mereka dengan meyakinkan pengundi Cina untuk memberi sokongan kepada calon UMNO.

Jika jentera mereka bergerak bersungguh-sungguh dan mampu meyakinkan pengundi Cina, jumlah undi yang diterima calon MCA dalam pilihan raya umum lalu, Teh Beng Yeam iaitu sebanyak 14,061 undi tidak mustahil boleh digandakan.

Ini juga melihat kepada corak sokongan masyarakat Cina terhadap BN yang semakin meningkat seperti ditunjukkan dalam PRK DUN Kajang lalu.

Monday, March 10, 2014

BN GUNA ORANG GAJI SEBAGAI CALON PRK KAJANG???


Datin Paduka Chew Mei Fun mengecam tindakan Anggota Parlimen Taiping Nga Khor Ming yang menghina dirinya sebagai 'pembantu rumah' menerusi laman sosial Twitter.

Calon Barisan Nasional bagi pilihanraya kecil DUN Kajang itu menyifatkan tindakan Nga mengutuknya hanya kerana kad ucapan sempena Hari Wanita Sedunia sebagai satu diskriminasi dan pemimpin DAP itu harus meminta maaf kepada semua wanita di negara ini.

"Saya hanya mengedarkan kad ucapan khas kepada pengundi wanita sekitar DUN Kajang semalam bagi memberi penghormatan kepada mereka sempena Hari Wanita Sedunia dengan menggunakan gambar sebuah seterika antik.

"Penggunaan gambar seterika dalam kad ucapan itu adalah melambangkan kuasa wanita untuk meringankan kesakitan dan perjuangan dalam keluarga seperti menghilangkan kedutan pada kain, bukannya sebagai pembantu rumah seperti yang didakwa beliau (Nga)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden MCA yang diadakan di Kajang.

Tuesday, November 05, 2013

KERAJAAN MALAYSIA TERUS ULUNG IKTIRAF ULAMA' ISLAM



Pendakwah terkenal, Dr Zakir Abdul Karim Naik dari India dianugerahkan oleh kerajaan Malaysia Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa bagi tahun 1435 Hijrah.

Dr Zakir Naik merupakan pendakwah muda yang dianggap bakal menjejaki allahyarham Ahmad Deedat yang menghabiskan keseluruhan hidupnya merantau seantero dunia menceritakan kebenaran agama Islam dan menjadikan perbandingan antara agama sebagai kaedah dakwah.

Sebelum menjadi pendakwah beliau merupakan seorang doktor perubatan.

zakirnaik
Sementara itu, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1435H/2013M.

Monday, October 28, 2013

PAS "MELACURKAN" ORANG LAIN UNTUK UNDI #PRKSGLIMAU


Tidak cukup menggunakan masthead akhbar tabloid Sinar Harian, Pas dilihat semakin terdesak dengan melakukan teknik pertindihan gambar (superimpose) pada salah satu risalah edaran parti itu semalam.

Gambar itu memaparkan  calon mereka, Mohd. Azam Abd. Samat bersama Ketua Wartawan Sinar Harian Edisi Utara, Mohd. Idros Ali mengunjungi pejabat Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak ketika menjadi Menteri Besar.

Risalah itu dikatakan dikeluarkan oleh jentera Pas Sungai Limau bagi membuktikan Mohd. Azam mempunyai hubungan baik dengan Azizan yang menjadi bahan kempen sepanjang pilihan raya kecil kali ini.

Saturday, October 26, 2013

HANDAL:MUKHRIZ MULA BERAKSI SEPERTI "ANAK JANTAN"


Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir mencabar PAS agar meneruskan hasrat mereka untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan beli undi di majlis pemberian bantuan perumahan dan cermin mata percuma Yayasan Felda semalam.

Teruskanlah kerana saya tak tahu bagaimana mereka mahu buktikan dakwaan itu," katanya.

Beliau juga mendakwa pemberian bantuan seumpama itu turut dilakukan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

"Mereka buat perkara sama di Pulau Pinang dan Selangor dan waktu pilihan raya kecil di Galas, Gua Musang," dakwanya tanpa mengulas lanjut tentang perkara itu.

BN semalam menerusi Yayasan Felda memberikan bantuan berjumlah sekurang-kurangnya RM1.12 juta kepada penduduk Sungai Limau di kawasan Simpang Tiga dalam bentuk bantuan memperbaiki rumah dan pemberian cermin mata percuma.

Bantuan itu adalah dalam bentuk geran RM5,000 untuk setiap isi rumah kepada 200 keluarga serta pemberian 700 cermin mata percuma yang bernilai kira-kira RM180 setiap seorang kepada hadirin majlis itu.

PAS pada sidang media pagi tadi menerusi ADUN Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata pihaknya akan melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan SPRM.

#PRKSGLIMAU:UNDILAH BN JIKA SAYANGKAN ALMARHUM USTAZ AZIZAN


Allahyarham Tan Sri Azizan Razak adalah satu nama besar bagi umat Islam di Malaysia. Ketika hayatnya, arwah dianggap sebagai jambatan perpaduan antara PAS-UMNO.  

Beliau tidak meletakkan sempadan parti dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin negeri dan tidak kekok duduk bersama ‘musuh’ berbincang, meminta pendapat mahupun nasihat. 

Namun, sudah menjadi tugas pihak tertentu untuk menghalang perpaduan ummah.  Justeru, walaupun arwah tidak memusuhi sesiapa, ramai sekali yang merasa marah dan memusuhinya bimbang kalau-kalau arwah mampu menyatukan ummah.

UMNO bagaimanapun, menyanjungi pendirian arwah.  Oleh itu, pemimpin UMNO, termasuklah pengganti arwah sebagai Menteri Besar Kedah, iaitu Dato’ Mukhriz Mahathir, tidak pernah menyembunyikan rasa hormat terhadap arwah.   Dato’ Mukhriz begitu kerap melawat arwah di hospital ketika sakit di kala pemimpin PAS sendiri hampir melupakannya. 

Tuesday, July 02, 2013

BN SENARAI TIGA NAMA UNTUK PRK DUN KUALA BESUT


GENTING HIGHLANDS 2 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) telah menyenaraikan tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, tiga nama yang terdiri daripada anak tempatan itu akan diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diputuskan.

"DUN Kuala Besut merupakan kubu kuat BN dan kita akan pertahankan kemenangan. Pertamanya kita akan menyusun gerak kerja parti yang terbaik selain menyelesaikan isu-isu tempatan," katanya.

Muhyiddin yang mengetuai jentera BN bagi menghadapi PRK DUN Kuala Besut berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan di Institut Aminuddin Baki, di sini hari ini.

Beliau ditanya pemberita berhubung persediaan BN menghadapi PRK tersebut ekoran kematian penyandangnya, Datuk A. Rahman Mokhtar, Rabu lalu. - UTUSAN ONLINE

Monday, June 10, 2013

BARISAN NASIONAL SAMA SEPERTI NAZI???


AIDCNews – 08/06/13 – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai mengamalkan ideologi perkauman, seperti yang diamalkan oleh pemimpin Nazi Adolf Hitler dan rejim apartheid Afrika Selatan.
Guan Eng dilaporkan organ DAP, roketkini berkata keputusan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP adalah mengutuk tindakan BN yang disifatkan sebagai jahat dengan menyerang parti tersebut tanpa henti lebih sebulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
Sudah tentu serangan Guan Eng terhadap BN itu merujuk kepada UMNO yang menjadi tunggak parti itu.
Nada yang sama turut dilontar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mengecam UMNO sebagai angkuh apabila mendakwa dan menahan aktivis pembangkang pro demonstrasi ke mahkamah.

Tuesday, May 28, 2013

WAJIB BACA:90% CINA DI MALAYSIA ADALAH PENIPU BESAR!!!


ah-jib-cor

Fakta dari PDM-PDM pada PRU ke-13 ini jelas membuktikan bahawa hampir 90% pengundi Cina tidak menyokong BN dan sebaliknya berpatah arah menyokong Pakatan Haram. Saya yakin, tidak ada sesiapa yang tidak bersetuju dengan fakta tersebut.

Ekoran itu maka PRU ke-13 tempohari dikatakan telah dilanda “tsunami Cina”. Bila disebut mengenai trend pengundi Cina yang menyokong Pakatan Haram dan istilah “tsunami Cina”, maka ia bukanlah sesuatu yang boleh dilabel sebagai perkauman.

Ini adalah kerana fakta tidak mengenal kaum dan tidak mengeluarkan kenyataan yang berunsur perkauman. Jadi, tidak ada soal “perkauman” sebagaimana yang didakwa DAP dan PKR baru-baru ini.

Soalnya sekarang mengapa 90% masyarakat Cina beralih arah menyokong pembangkang? Jangan cakap soal rasuah, seleweng atau tipu undi. Itu semua cuma alasan bodoh untuk mengabui mata rakyat. Malah pemimpin mereka lebih hebat rasuah, seleweng dan menipu rakyat selama ini!

Dari itu, hanya 10% dari kalangan masyarakat Tiong Hua di negara ini yang masih kita boleh pertimbangkan untuk percaya, manakala 90% lagi wajar untuk kita tolak ketepi dan tidak lagi percaya pada mereka.

Pada saya, mangsa sebenar dalam hal ini ialah Datuk Seri Najib Tun Razak. Apa yang beliau tidak lakukan untuk membuktikan bahawa beliau adalah “The Best PM Candidate” berbanding Anwar Ibrahim.

Beliau tahu orang Cina pentingkan ekonomi. Maka sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, Najib kerja lebih teruk dari “bangla” siang malam tanpa rehat. Hasilnya, ekonomi negara stabil dan semakin kukuh meningkat berbanding negara dunia lain.

Bukan senang nak buat semua itu. Hanya mereka yang berlatar belakangkan pengurusan ekonomi yang hebat dan tabah saja dapat buat begitu. Kalau nak diharapkan pemegang ijazah am Pengajian Melayu, maka awal-awal lagi dia akan jual negara ini pada IMF. Ketika itu, tahulah orang Cina laingit itu tinggi atau rendah…

Untuk mengambil hati orang Cina, beliau sanggup bersusah payah mengucapkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina dalam iklan, satu pendekatan yang kreatif dan berkesan. Tapi tiada pun ucapan “selamat” buat beliau dari orang Cina pada PRU ke-13?

Malah beliau juga sanggup bertemu dengan Dong Zhong walaupun kita semua tahu betapa persatuan itu berpegang teguh pada sifat “chauvinis ultra kiasu” yang sering meminta-minta perkara yang tidak wajar diberikan. Demi pendidikan orang Cina, Najib sedia bertemu mereka…

Ah Jib Gor buat macam-macam perkara baik kepada orang Cina dan seluruh rakyat di negara ini. Tapi ini balasan 90% orang Cina pada beliau?

Pada saya, Najib tidak wajar langsung dipersalahkan. Beliau berjaya buktikan bahawa beliau adalah PM Malaysia yang terbaik berbanding Anwar yang gagal semua perkara ketika menjawat jawatan TPM dulu.

Dan saya yakin, semua ini adalah pelan terancang masyarakat Cina yang telah berjaya dipesongkan fahaman dan pendirian mereka oleh DAP.

Dulu negara kita diserang komunis bintang tiga dan mereka telah berjaya dilaksa letak senjata. Tapi sekarang mereka serang secara propaganda siber menggunakan Red Bean Army yang tidak bersenjata api, tapi bersenjatakan fitnah dan tipu helah untuk mempengaruhi minda rakyat.

Mujurlah masih ramai bangsa Melayu Islam di negara ini yang teguh dan benar-benar punya jatidiri yang kental untuk menyelamatkan maruah agama, bangsa dan tanahair. Melayu bangkit menjadi faktor penyebab kemenangan BN pada PRU ke-13!

Jangan terkejut jika saya katakan bahawa 90% golongan “atas pagar” berbangsa Melayu mengundi BN kali ini. Malah boleh dikatakan hampir 40% Melayu PAS turut sedar dengan agenda DAP dan PKR itu tidak keluar mengundi, rosakkan undi dan sanggup mengundi BN..!!!

Pada saya, cukuplah Datuk Seri Najib beri muka pada 90% kaum Cina di negara ini. Kita sewajarnya ambil iktibar bahawa jika 90% kaum Cina di negara ini tidak mengundi BN, bangsa Melayu yang masih mampu untuk mempertahankan negara ini dari dirampas “agen Yahudi” dan “komunis alaf baru”…

Apa yang penting sekarang, kita wajar memberikan sepenuh kekuatan bagi menyokong Najib sebagai PM untuk memastikan negara ini makmur, terus maju dan gah dimata dunia, mahupun tanpa orang Cina. Saya yakin, kita semua mampu..!

Thursday, April 25, 2013

SERANGAN KOMUNIS KE ATAS BILIK GERAKAN BN GAGAL



Berlaku cubaan bakar Bilik Gerakan BN DUN Jelapang Parlimen Batu Gajah pada subuh tadi.

Kebetulan Polis sedang membuat rondaan ternampak suspek dalam keadaan mencurigakan sedang menyalakan api.

Suspek melarikan diri dengan sebuah kereta Nissan berwarna merah. Berlaku aksi kejar mengejar. 

Kereta suspek dipercayai terbabas dan ditahan anggota Polis.

Sementara itu kebakaran di Bilik Gerakan BN dapat dipadamkan oleh petugas-petugas dan orang ramai. 

Dalam kereta Nissan merah itu terdapat bom petrol dan 5 bilah parang panjang.

Kejadian berlaku jam 5.30 pagi tadi. Nasib baik tidak ada kemalangan jiwa atau kecederaan pada petugas-petugas Bilik Gerakan BN akibat dari kebakaran tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan oleh tiga lelaki sebelum mereka bertindak melarikan diri menaiki kereta Nissan Sentra. -- SUMBER

Friday, April 19, 2013

100 SEBAB KENAPA KITA PERLU UNDI BARISAN NASIONAL!!!




Salam 1Malaysia,

Sempena ulangtahun ke-4 YAB PM Najib menjadi Perdana Menteri dan juga sejajar dengan pembubaran Dewan Rakyat pagi ini, kami pohon kerjasama rakan-rakan seperjuangan untuk menyebarkan “100 Pencapaian BN di bawah PM Najib” di laman Twitter dan Facebook masing-masing.

Pada masa yang sama, pohon RT tweet-tweet rasmi dari akaun Twitter @NajibRazak dan @PMOMalaysia.
Hashtags untuk laman Twitter hari ini: #BNBagus & #BetterNation.

Kredit bahan dan ucapan terima kasih ditujukan khusus untuk rakan blogger, Dr. Novandri, penulis asal posting 100 Pencapaian BN di bawah PM Najib. Terima kasih, semua.

100 PENCAPAIAN BARISAN NASIONAL DIBAWAH DATO SERI NAJIB RAZAK

Berikut ialah antara pembaharuan dan pencapaian Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia, sejak dilantik pada 3 April 2009:

1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA

5 April 2009 – Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

11 Julai 2009 – Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.

7 Jan 2010 – Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.

31 Jan 2010 – Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.

28 Jan 2010 – Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.

19 Feb 2011 – Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.

22 Jun 2011 – Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini).

7 Okt 2011 – Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah.

4 Julai 2011 – Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

7 Julai 2011 – Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu).

7 Julai 2011 – Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.

19 Dis 2011 – Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.

18 Feb 2012 – Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.

23 Jun 2012 – Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.

24 Jun 2012 – Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.

7 Julai 2012 – Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.

14 Julai 2012 – Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.

15 Julai 2012 – Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia.

7 Ogos 2012 – Memperkenal kad ’1Malaysia Privilege Card’ khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.

28 Sept 2012 – Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.

12 Nov 2012 – Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.

15 Feb 2013 – Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

19 Mac 2013 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.

16 Mac 2013 – Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

2. HAK ASASI DAN KESELAMATAN NEGARA

3 April 2009 – Mengumumkan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta membuat kajian semula akta itu. (dalam perutusan sulungnya menerajui kerajaan)

Pada tarikh yang sama, Najib mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung sebulan sebelum itu.

9 Julai 2009 – Tidak membenarkan negara dan sistem perbankannya digunakan bagi transaksi pencambahan senjata nuklear.

15 Sept 2011 (Sempena Hari Malaysia 16 Sept)- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

5 Okt 2011 – Memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) setelah tidak diguna pakai sejak 34 tahun lepas, mansuh Akta Kediaman Terhad 1933, umum pembebasan serta merta kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu, lebih 200 waran yang belum diserahkan, dibatalkan.

24 Nov 2011 – Membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang antara lain keperluan untuk mendapatkan lesen perhimpunan akan dihapuskan.

24 Nov 2011 – Mansuh tiga Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977. Bebaskan 36 tahanan di bawah Ordinan Darurat.

19 April 2012 – Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 diluluskan di Dewan Rakyat, yang memberi kelonggaran kepada mahasiswa mencapai usia 21 tahun untuk berpolitik.

28 Sept 2012 – Ketika pembentangan Belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menubuhkan 1,000 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan peruntukan RM20 juta.

28 Sept 2012 – Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat.

15 Dis 2012 – Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

7 Mac 2013 – Perdana menteri beri amaran kepada penceroboh Sulu yang masih bersembunyi di Sabah bahawa mereka tiada pilihan lain selain meletak senjata dan menyerah diri.

11 Mac 2013 – Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am.

25 Mac 2013 – Mewujudkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

30 Mac 2013 – Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB.

3. PENTADBIRAN

9 April 2009 – Najib memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai prestasi anggota kabinetnya — menteri dan timbalan Menteri – dalam mencapai matlamat pentadbirannya “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

18 Julai 2009 – Melakukan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam dengan cadangan jawatan utama sektor itu dibuka kepada sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selain Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

27 Julai 2009 – Memperkenal Penunjuk Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). (Bidang utama pada KPI itu ialah – mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, membuka luas peluang pendidikan yang termampu dan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin, menambah baik infrastruktur di luar bandar dan menambah baik pengangkutan awam)

27 Jan 2010 – Perdana menteri lancar pelan induk pelaksanaan GTP yang berkaitan dengan enam NKRA.

8 Feb 2010 – Najib garis empat tonggak utama untuk dilaksanakan oleh pentadbiran awam bagi menjayakan agenda negara sepanjang tahun itu, iaitu Ggagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Ekonomi Baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

23 Feb 2010 – Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.

23 Feb 2010 – Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.

4 April 2011 – Perdana menteri mahu setiap anggota pentadbiran awam terap empat elemen penting yang terkandung dalam ‘Strategi Lautan Biru Kebangsaan’ dalam pengurusan tugas mereka, iaitu ‘mengurang’, ‘menghapus’, ‘mewujud’ dan ‘menambah peluang’.

28 Sept 2012 – Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang bayaran pertama akan dibuat pada Disember 2012, manakala sebulan lagi pada Januari 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.

26 Ogos 2012 – Memperkenal Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS 7) iaitu inisiatif menghubungkan antara UTC dan RTC supaya melaluinya produk makanan dan hasil pertanian boleh dibawa ke bandar secara berskala besar.

19 Mac 2013 – Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)

25 Mac 2013 – Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS).

4. EKONOMI DAN KEWANGAN

10 Mac 2009 – Mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan mekanisme pelaksanaannya.

22 Apr 2009 – Melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.

27 Apr 2009 – Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara.

27 Apr 2009 – Malaysia menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion.

15 Mei 2009 – Sebuah institut jaminan kewangan, Danajamin Nasional Berhad ditubuhkan bagi memudahkan syarikat mendapat akses lebih baik kepada pasaran bon Malaysia.

24 Jun 2009 – Najib syor supaya diwujudkan entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan bagi menyelaras harta milik orang Islam Malaysia.

30 Jun 2009 – Najib mengumumkan garis panduan pelaburan secara komprehensif iaitu Garis Panduan Pelabur Asing (FIC).

1 Julai 2009 – Perdana menteri lancar Felda Global Ventures (Felda Global) yang menjadi jentera komersil bersepadu tunggal kumpulan Felda.

23 Okt 2009 – Najib buat pertama kali membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang bertemakan `1Malaysia, Kemakmuran ersama’ dengan peruntukan RM191.5 bilion.

23 Dis 2009 – Memperkenal semula Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT) dari jualan hartanah tanpa mengira tahun hartanah itu dibeli.

30 Mac 2010 – Mengumumkan Model Ekonomi Baharu (MEB) yang menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik.

10 Jun 2010 – Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

25 Okt 2010 – Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).

11 Jan 2011 – Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.

5. LUAR NEGARA

10 April 2009 – Mengetuai delegasi Malaysia sebagai Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Sidang Kemuncak berkaitan, di Pattaya, Thailand

3 Jun 2009 – Pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan berucap di Great Hall of the People, Beijing, China sempena lawatan rasmi.

6 Okt 2009 – Merupakan pemimpin Malaysia pertama dalam sejarah hubungan Malaysia dengan Unesco selama 50 tahun yang menyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan persidangan Unesco di Paris, France.

30 Sept 2009 – Najib umum kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi menerusi penubuhan syarikat usaha sama yang bermodalkan AS$2.5 bilion (RM8.65 bilion) bagi mengendalikan aliran pelaburan langsung asing (FDI) dari Asia Barat serta membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.

26 Okt 2009 – Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand dimeterai.

12 April 2010 – Mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Barack Obama di Pusat Konvensyen Walter E.Washington i Washington, Amerika Syarikat.

27 Sept 2010 – Pada ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, Najib menggesa semua negara supaya “memilih kesederhanaan dan menolak ekstremism”.

12 Julai 2011 – Mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, dan telah menjemput ketua-ketua industri negara tersebut untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.

18 Mei 2011 – Menghadiri “Invest Malaysia New York 2011″ di New York, Amerika Syarikat dengan menarik pelaburan baru antara RM5 dan RM6 bilion pelaburan.

15 Okt 2012 – Menjadi saksi kepada acara bersejarah permeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan embebasan Islam Moro (MILF) di Manila, Filippina.

22 Jan 2013 – Merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin sempena lawatan kemanusiaannya ke Gaza.

6. TEKNOLOGI DAN INOVASI

24 Julai 2009 – menubuhkan Majlis Teknologi Hijau bagi mempromosi teknologi hijau dan amalannya.

15 Sept 2009 – mengumumkan Pasukan F1 1Malaysia yang dikendalikan anak tempatan dalam bidang pemotoran.

28 Okt 2009 – Umum kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) membabitkan 18 langkah baharu termasuk mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebagai syarat memperbaharui cukai jalan mulai tahun depan, memansuhkan sepenuhnya permit import (AP) terbuka kenderaan terpakai mulai 2016 dan AP francais menjelang 2021.

29 Okt 2009 – Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi (iCoE) diwujudkan bagi menggalakkan kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber komersial baru negara.

17 Dis 2009 – Najib mengumumkan komitmen Malaysia mengguna pakai petunjuk bagi pengurangan secara sukarela pelepasan arbon atau gas rumah hijau sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap 2005 pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Denmark.

26 Jan 2010 – melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) yang merupakan komitmen kerajaan dalam memajukan sektor itu. Ia sejajar dengan akujanji Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara persekitaran untuk generasi akan datang.

24 Mac 2010 – Umum empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.

10 November 2010 – Kerajaan mengumumkan langkah untuk meningkatkan nilai KDNK dengan menambah kadar penggunaan jalur lebar di negara ini sehingga mencapai tahap 50 peratus menjelang akhir tahun depan daripada hanya 24 peratus ketika ini.

8 Sept 2011 – Lancar Rangka Kerja dan Sistem Penilaian Bandar Raya Rendah Karbon bertujuan mengurangkan 40 peratus enghasilan karbon dioksida di bandar menjelang 2020.

7 Julai 2011 – Memperkenal Kelestarian Yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga dengan pemberian rebat tunai RM200 kepada engguna domestik yang membeli pendingin hawa dan peti sejuk yang diberi taraf 5-bintang.

7. POLITIK

26 Mac 2009 – Diisytihar sebagai presiden Umno yang baharu, tanpa bertanding, pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan erdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

24 April 2009 – Dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

15 Ogos 2011 – Mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang bagi membincangkan reformasi pilihan raya.

29 Nov 2012 – Melancarkan buku bertajuk ‘Transformasi Politik:Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat’, yang memperinci kewajaran setiap transformasi dilaksana kerajaan.

20 Feb 2013 – Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.

8. PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB

Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan.

Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh unia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

Laporan World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia erbanding tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia.

Syarikat perunding A.T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.

World Bank Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia.

Laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013 mendapati Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing.

Malaysia sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.

9. PENDIDIKAN

25 Jan 2010 – 20 daripada 10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

7 Okt 2011 – Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa