Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label ZAHID HAMIDI. Show all posts
Showing posts with label ZAHID HAMIDI. Show all posts

Wednesday, December 10, 2014

INI SAHAJAKAH ZAHID HAMIDI MAMPU LAKUKAN???


Selain menarik balik Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) milik blogger, Alvin Tan dan aktivis politik, Ali Abdul Jalil, taraf kewarganegaraan kedua-dua mereka juga harus dilucutkan, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun.

Beliau berkata, pergerakan itu akan meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan lebih drastik ke atas dua penderhaka itu dengan meminta Peguam Negara bertindak menerusi mahkamah.

"Kita bersetuju dengan tindakan KDN dan Jabatan Imigresen menarik balik pasport mereka berdua.

"Pada masa sama, atas kedegilan mereka tidak mahu pulang ke Malaysia untuk berhadapan dengan perundangan negara, satu tindakan lebih drastik diambil oleh Peguam Negara menerusi mahkamah untuk melucutkan kewarganegaraan mereka,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, petang ini.

Semalam, Jabatan Imigresen mengambil keputusan menarik balik PMA Alvin Tan dan Ali berkuatkuasa serta merta.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, pihaknya juga akan menghantar surat makluman secara rasmi bahawa pasport kedua-dua mereka akan ditarik balik ke alamat terakhir masing-masing di Malaysia.

Mengulas lanjut, Khairul Azwan berkata, tindakan itu wajar kerana kedua-dua mereka tidak mempunyai rasa hormat kepada prinsip Rukun Negara dan negara sendiri, Malaysia.

"Sewajarnya, mereka dilucutkan taraf kerakyatan,” katanya.

Sementara itu, beliau menerima kunjungan sekumpulan belia dari Negara China yang mengadakan lawatan balas ke negara ini selepas kumpulan belia Malaysia diketuai Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin melawat negara itu pada April lalu.

"Lawatan dua hala ini adalah rentetan hasil hubungan 40 tahun Malaysia-China. Saya telah menyatakan kepada kumpulan belia China ini bahawa Malaysia adalah Pengerusi ASEAN tahun depan dan ahli kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Kita mengharapkan hubungan lebih erat antara Malaysia-China untuk mencapai kesejahteraan di rantau ASEAN," kata beliau.--MG

Thursday, October 16, 2014

RAKYAT MALAYSIA TERLIBAT ISIS DIKENALPASTI


KUALA LUMPUR, 15 Okt — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti 39 rakyat Malaysia termasuk seorang wanita yang dikaitkan dengan gerakan militan seperti Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bagaimanapun setakat ini polis belum dapat mengesahkan pembabitan mana-mana individu berkenaan dalam aktiviti Jihad Al-Nikah.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengenai perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Jihad Al-Nikah atau jihad seksual merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita dikatakan menawarkan diri mereka untuk memenuhi keperluan seksual militan.
Ahmad Zahid berkata sekiranya terdapat bukti yang kukuh berhubung penglibatan mereka dalam aktiviti gerakan militan, kerajaan akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada.
Ini termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Kanun Keseksaan dan Akta Pertubuhan 1966.
“Kerajaan tidak pernah mengiktiraf mana-mana entiti, pertubuhan atau pakatan yang terlibat dengan elemen militan di dalam atau luar negara,” tegas Ahmad Zahid.
— BERNAMA

Thursday, September 11, 2014

ZAHID HAMIDI LAYAN BUDAK-BUDAK SETAN!!!???


ADAKAH PAK MENTERI ZAHIDI HAMIDI NAK LAYAN KUTU HAPRAK NI???
ADAKAH NAIB PRESIDEN UMNO PARTI YANG JAGA KEPENTINGAN ISLAM DAN MELAYU AKAN TURUT CAKAP BUDAK-BUDAK SETAN  NI???
PAK ZAHID ADA KUASA MENTERI DAN INILAH MASA UNTUK GUNA KUASA UNTUK KEKALKAN KUASA KITA SEMUA...
JANGAN BERI MUKA SANGAT PADA BUDAK-BUDAK SETAN NI...
BUKAN KITA TAK TAU MEREKA TU SEMUA SEKUTU DENGAN SIAPA...
KALAU LAYAN SANGAT BOLEH TERJUAL NEGARA!!!

KALAU PAK ZAHID LAYANKAN JUGAK...
SUMPAH AKU TAK TAHU NAK CAKAP APA LAGI...

JPX

INILAH muka-muka samseng pemuda pakatan rakyat yang diberitakan akan mengadakan pertemuan hari ini dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan keperluan memansuhkan Akta Hasutan 1948. Mereka turut menghantar memorandum sebagai mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengotakan janji pada 12 Julai 2012 yang lalu. 

Pemuda PAS, PKR dan DAP itu turut menggesa kerajaan membebaskan segala pertuduhan yang dikenakan kepada kesemua pemimpin pembangkang, ahli akademik dan aktivis melalui Akta Hasutan tersebut. Selepas kemerdekaan, akta ini tidak digunakan ke atas komunis, tetapi terhadap tentangan politik. Undang-undang yang menjamin keadilan tidak wajar lagi menjenayahkan percakapan dan buah fikiran. 

Adakah munasabah menjadikan kritikan kepada pemerintah sebagai satu jenayah?, kata Ketua Pemuda DAPSY, Teo Kok Seong. PAS dan PKR masing-masing diwakili ketuanya Suhaizan Kaiat dan Nik Nazmi Nik Ahmad. 

IBM difahamkan mereka kesemua hanya dibenarkan masuk sekitar jam 11.30 pagi tadi. Persoalanya, siapa mereka-mereka ini yang berani mendesak DS Zahid? Bagi IBM senang sahaja. Nasihat IBM kepada semua pemuda pakatan haram ini supaya berambus dari bumi Malaysia ini. Tak suka dengan undang-undang di negara ini, sila..sila belah. 

Kepada DS Zahid, jangan tunduk kepada kemahuan pemuda keparat pembangkang itu. Suka diingatkan kepada mereka supaya jangan nak cuba-cuba jadi hero dan membuat hura-hara di negara ini. Akta hasutan masih relevan dan di guna pakai. Jangan sampai korang seorang demi seorang di humban ke penjara. Ada faham? Wassalam ~ IBM

Monday, April 28, 2014

APA YANG ZAHID HAMIDI BOLEH/MAMPU BUAT???


Kumpulan anti-GST tetap akan mengadakan perhimpunan untuk membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei di kawasan Dataran Merdeka biarpun polis meminta ia diadakan di Padang Merbuk atau Stadium Merdeka.

Menurut Malaysiakini.com, Penganjur perhimpunan tetap akan berkumpul di kawasan Dataran Merdeka biarpun ia kini ditutup untuk tujuan “naik taraf”.

Jurucakap jawatankuasa protes 1 Mei S Arutchelvan berkata keputusan telahpun dibuat pagi ini untuk tetap berkumpul di Dataran Merdeka.

“Kami bersetuju dengan kebimbangan mengenai kawasan pembinaan yang berjalan tetapi kami akan berkumpul di jalan bersebelahan padang,” kata beliau kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Thursday, April 10, 2014

APA SUDAH JADI PADA ZAHID HAMIDI???


Masa pemilihan agung UMNO tempoh hari, antara yang menarik perhatian adalah calon Naib Presiden, Zahid Hamidi. Beberapa kenyataannya dilihat telah menyebabkan dia menerima sokongan besar, bahkan ada sesetengahnya berpendapat, sekiranya dia bertanding sebagai Presiden UMNO pun, dia boleh menang pada ketika itu. Dan ramai pula yang menjuih bibir dan berkata, panas Zahid Hamidi itu tidak akan lama kerana apa yang dilakukannya hanyalah mencari populariti semata-mata.

Entahkan betul, tetapi kebetulannya terlalu luar biasa. Antara janji besar yang dibuat untuk mendapatkan sokongan adalah janji Operasi Membantera PATI dan amaran keras kepada penggiat media yang sentiasa mencipta masalah Kerajaan. Ternyata, selepas menang, Zahid bagaikan terlupa dengan janji-janjinya sendiri.

Ng Wei Aik merupakan ADUN DAP yang paling kuat pegangan Cinanya. Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja hatta menghina golongan yang dilabelkannya sebagai pendatang, melengking-lengking bagaikan anjing putus ekor apabila ada desakan agar Kerajaan Negeri Kedah menuntut Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah atau bayaran pajakan dinaikkan dari RM10,000 menjadi RM10 juta setahun. Ng Wei Aik pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sebagai rakyat Pulau Pinang, tidak rela Pulau Pinang ‘dijajah’ kembali.

Wednesday, March 05, 2014

KENAPA HANYA KAFIR KATOLIK SAHAJA YANG SIBUK NAK GUNA KALIMAH ALLAH???


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa hanya golongan Kristian Katolik sahaja yang menuntut untuk mengguna kalimah ‘Allah’ dalam kitab Bible di Malaysia.

Menurut Zahid, penganut Kristian bermazhab lain di Malaysia tidak mempersoalkan keputusan Mahkamah sebelum ini yang mengiktiraf penggunaan itu hanya untuk orang Islam sahaja.

“Keputusan (guna kalimah ‘Allah’) hanya (dituntut oleh) Katolik. Kristian lain OK sahaja. Saya tak tahu mengapa Katolik ada banyak isu berkenaan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan meminta mahkamah membuat keputusan dengan mengambil kira isu ketegangan kaum dan agama dalam masyarakat kini.

Bercakap dalam satu sidang media di Hulu Langat hari ini, beliau berkata kerajaan tidak akan mempengaruhi mahkamah dan menghormati keputusan mahkamah.

Zahid turut memberi amaran kepada semua pihak agar tidak memanipulasi isu kalimah ‘Allah’ menjelang kempen pilihan raya kecil DUN Kajang.

Katanya, rayuan oleh pengarang mingguan Katolik The Herald untuk menggunakan kalimah tersebut sehingga kini masih belum diputuskan oleh mahkamah.

“Kita patuh kepada apa yang diputuskan mahkamah sebelum ini dan apa yang bakal diputuskan kelak.

“Tapi saya nak jangan ada pihak memanipulasikan hal Allah dan kita mesti bertoleransi dalam hal agama.

“Jangan menjolok sarang tebuan,” katanya yang turut meminta agar semua pihak mengelakkan pergeseran di antara agama.

Mahkamah Persekutuan dijangka membuat keputusan sama ada untuk membenarkan rayuan paderi Lawrence Andrew untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitannya.

Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2013 telah memutuskan bahawa Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebelum ini secara sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah ‘Allah’. 

Wednesday, February 12, 2014

ZAHID HAMIDI TERTIDUR SEMASA BERTUGAS!!!


Portal pro-pembangkang Malaysia Insider semalam melaporkan bahawa Taib Mahmud, ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) Sarawak, telah menasihati sesiapa pun yang bakal menggantikannya harus memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke negeri itu.

Insider

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Nancy Syukri ketika dihubungi petang tadi menafikan sekeras-kerasnya laporan yang dikeluarkan oleh portal tersebut. Beliau yang turut hadir di dalam perjumpaan tersebut berkata, Ketua Menteri langsung tidak pernah berkata seperti yang laporan tersebut.

“Mana ada CM (Ketua Menteri) berkata macam itu. Beliau tidak pernah bercakap sedemikian malah amat menghargai hubungan dan kerjasama baik yang terjalin antara persekutuan dan kerajaan negeri”, katanya.

Saturday, February 08, 2014

ANAK ZAHID HAMIDI AKAN BERTANDING DI PRK KAJANG!!!???


SECARA JUJURNYA...
AKU LEBIH SUKA ORANG UMNO YANG BERTANDING...
TAPI DAH KERANA MEMANG TU TEMPAT MCA...
APA NAK KATA...
MASA BANYAK LAGI...
BOLEH BINCANG-BINCANG...
MCA KALAU YAKIN BOLEH MEMANG...
TERUSKAN...

JPX

Anak perempuan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah berhasrat bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Bercakap kepada Sinar Harian, Nurul berkata, keputusan terletak ditangan pucuk pimpinan siapa calon terbaik untuk kerusi itu.

“Saya tidak boleh komen lebih-lebih, masih dalam perbincangan. Hasrat itu ada, saya percaya mereka yang rasa dirinya layak juga berhasrat perkara sama.

“Apa-apa pun terserah pada pucuk pimpinan parti,” katanya.

Tegas Nurul, beliau berharap tidak ada pihak cuba mengeruhkan keadaan dengan membesarkan lagi cerita ini.

“Saya hanya buka mulut pada rakan-rakan, saya minta pandangan mereka. Tidak tahu pula sampai kepada pengetahuan (media).

“Saya tidak mahu ada pihak terguris hati, jadi saya tidak berminat untuk komen lebih lanjut. Lainlah jika memang sudah diumum sayalah calon itu,” katanya.

Menurut Nurul, jika perkara itu dibesarkan pihaknya bimbangkan akan memberi implikasi kepada BN dan juga bapanya. 

“Seperti mana orang tahu bapa saya berada dalam kepimpinan parti, jadi saya tidak mahu keruhkan hubungan dengan beliau, saya sangat hormati kedudukan beliau,” katanya.

Nurul yang merupakan anak jati Selangor itu memberitahu beliau sudah lama menetap di Kajang. -Sinar Harian

Thursday, December 26, 2013

TERKINI: MAT SABU SAMAN ZAHID HAMIDI 100 JUTA RINGGIT!!!


Saya tersengih-sengih membaca artikel rakan kolumnis baru-baru ini yang menyindir Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, yang hingga ke hari ini masih gagal memfailkan saman terhadap Menteri KDN, Datuk Seri Zahid Hamidi, yang menuduhnya berfahaman Syiah pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.

Memang benar, Mat Sabu khabarnya beri tempoh 3 hari untuk Zahid memohon maaf padanya secara terbuka. Malah komited dengan ugutan tersebut, Mat Sabu enggan memberi komen mengenai isu itu bila diajukan wartawan. Tapi hari ini sudah lebih dari 3 hari, Mat Sabu masih tak saman-saman Zahid. Hari ini cuti Krismas, kot?

Pada saya, sama ada masuk ke mahkamah atau tidak, isu yang melibatkan aqidah ini tidak akan memberikan sebarang kesan pada Mat Sabu.

Isu sesat aqidah bukannya seperti isu mencuri zina, mencuri dan seumpamanya. Zina misalnya menetapkan beberapa syarat dan bukti jelas di dalam Islam sebelum didakwa atau disabitkan kesalahan. Berbanding isu sesat aqidah, isu itu terlalu subjektif untuk dikemukakan bukti jelas dan nyata, apatah lagi isu ini membabitkan fahaman Syiah!

Monday, December 09, 2013

SYIAH SAMAN MENTERI KABINET MALAYSIA!!!???


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tindakan tersebut dibuat berhubung kenyataan Zahid sewaktu beliau menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 petang Sabtu.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” jelas Mohamad Sabu kepada lidah rasmi parti tersebut, Harakah.

Sewaktu dihubungi Astro AWANI, Mat Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau ialah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.

Thursday, September 26, 2013

PANAS:A.SAMAD SAID KENA HUKUMAN PENJARA 15 TAHUN!!!???


Kebiadapan pembangkang menghina, memijak dan menukar jalur gemilang  Negara sesuka hati sebagai salah satu mainan politik kotor mereka akhirnya bakal membawa padah. Ini berikutan dengan pindaan undang-undang yang bakal diluluskan di Parlimen kelak.

Menurut  peruntukan undang-undang ini yang  terkandung dalam Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 yang dibacakan buat kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang Dewan Rakyat menyatakan bahawa  mana-mana pihak yang menggunakan, mengiktiraf serta mempromosi bendera kebangsaan selain daripada bendera Malaysia sebenar boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 15 tahun serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Selama ini pembangkang telah mempermainkan undang-undang negara. Dengan bersandarkan kepada barisan ahli Majlis Peguam yang tegar menyokong mereka telah memberi ruang dan kesempatan untuk mereka mencetuskan provokasi melampau menghina dan mempermainkan kedaulatan negara dengan “loophole” atau kelemahan ruang yang terdapat dalam undang-undang negara. 

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

Thursday, May 16, 2013

ZAHID HAMIDI TANGKAP HISHAMUDDIN???



MENTERI YANG BARU, TOLONG BUAT KERJA...
JANGAN NAK BERI AMARAN AJA KERJANYA...
RAKYAT DAH BERI KEPERCAYAAN UNTUK BUAT KERJA..
DAH LAMA SANGAT PUAK NI PIJAK KEPALA KITA...
TAK KAN KITA NAK BIAR DAN DIAM AJA...
TEGAS SIKIT BARU KENA DENGAN MUKA YANG GARANG TU YER...

JPX

KUALA LUMPUR:  Barisan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyeru penyokongnya agar turun ke jalan raya untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang baru lalu.
 
Gesaan itu dibuat antaranya oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa, dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

"Kita perlu teruskan tekanan," kata Sivarasa pada Forum Hari Bangsa Malaysia: Selamatkan Demokrasi di sini, malam tadi.

Seruan turun ke jalan raya itu juga terkandung dalam deklarasi yang dibacakan pada akhir forum itu. Forum tersebut dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Seruan berkenaan turut mendapat sokongan aktivis pro Pakatan Rakyat antaranya Hishamuddin Rais. 

"Saya menghasut semua rakyat agar turun ke jalan raya. Itu satu-satunya jalan untuk kita menumbangkan kerajaan," kata Hishamuddin semasa berucap pada forum itu. 

Rapat umum besar-besaran yang bermatlamat menghimpunkan sejuta orang itu dijangka diadakan di ibu negara pada 18 Mei ini.

Pakatan Rakyat minggu lalu menggerakkan kempen Hitam 505 dan melancarkan siri jelajah Suara Rakyat Suara Keramat ke seluruh negara bagi membantah keputusan PRU-13.

Selain menggesa penyokong terus berdemonstrasi, Nurul Izzah turut menyifatkan pilihan raya semula perlu diadakan di beberapa kawasan yang didakwa meragukan.

"Kita juga mendesak agar pilihan raya diadakan semula di 27 kerusi parlimen yang dimenangi Barisan Nasional dengan jumlah majoriti tipis," kata Nurul.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pada Isnin mengumumkan pihaknya telah mengenal pasti 27 kerusi parlimen yang keputusannya sedang disiasat dan mungkin akan membawa kepada tindakan petisyen di mahkamah.

Daripada 27 kerusi itu, 19 ditandingi oleh PKR manakala 6 kerusi oleh Pas dan 2 DAP.

Rafizi juga memaklumkan pihaknya turut menerima 237 laporan yang dipercayai melibatkan penyelewengan pilihan raya termasuk yang telah dilaporkan kepada polis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa