Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label Mas Ermieyati Hj. Samsudin. Show all posts
Showing posts with label Mas Ermieyati Hj. Samsudin. Show all posts

Wednesday, March 19, 2014

KETUA PUTERI DESAK BATAL KONSERT!!!


KUALA LUMPUR 19 Mac - Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan membatalkan konsert Life In Color yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, 19 April ini.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, kejadian di sebuah konsert di ibu negara beberapa hari lalu yang mengorbankan enam nyawa anak muda dan 14 lagi dirawat di hospital kerana pengambilan dadah dan alkohol berlebihan sepatutnya dijadikan iktibar.

Beliau berkata, melihat nama penganjurannya sahaja sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku semasa konsert tersebut dan Puteri UMNO tidak mahu peristiwa di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini berulang.

"Semoga kita semua lebih sensitif. Banyak cara lain yang kita boleh lakukan untuk menjual nama Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, bukannya dengan cara ini sahaja," katanya dalam laman Facebook rasmi beliau.

Sabtu lalu, enam penonton konsert antarabangsa Future Music Asia 2014 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil maut dipercayai akibat pengambilan dadah sintetik berlebihan.

Konsert yang sepatutnya berlangsung selama tiga hari itu bagaimanapun dibatalkan oleh pihak polis pada hari terakhir ekoran tragedi tersebut.

Manakala konsert Life In Color pula dikatakan parti cat terbesar di Malaysia yang akan menampilkan beberapa DJ terkenal dari serata dunia. - UTUSAN ONLINE

Friday, February 21, 2014

BILA KETUA PUTERI MULA MENULIS


SATU PENULISAN YANG MENARIK...
MUDAH DIFAHAMI KALAU ANDA BENAR-BENAR MAHU FAHAM...
DENGAN PEMAHAMAN YANG BAIK...
ANDA AKAN SEDAR MANA YANG BAIK DAN MANA YANG BURUK...
 JPX

PENGUMUMAN Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletak jawatan secara sukarela awal bulan ini berjaya mengalih seketika perhatian rakyat terhadap isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Di saat ini pakatan pembangkang merasakan mereka seolah-olah sudah berada di puncak hanya kerana propaganda politik yang dimainkan mendapat sambutan hangat di laman-laman sosial. Mereka merasakan inilah waktu yang sesuai untuk melakukan `korban politik’ demi kuasa melalui taktik lapuk yang tidak budiman. Tidak dapat dinafikan dengan hanya memutar-belit dan memonopoli sesuatu isu, rakyat yang sedang risau dan bimbang dengan keadaan semasa mudah menerima apa saja yang dimomokkan.

Lantas, khabar angin cepat saja tersebar melalui kecanggihan dunia teknologi tanpa sempadan walaupun hanya dengan sekeping gambar. Satu demi satu kebencian dicipta oleh pembangkang untuk menyemarakkan api amarah rakyat kepada kerajaan. 

Yang terbaharu, video Teresa Kok. Usaha menyemarakkan api perkauman menjadi salah satu dakyah pembangkang. Jika dibiarkan dan tidak ditangani segera, pasti menjadi nanah dan kudis di dalam masyarakat yang akhirnya akan mencetuskan porak-peranda. Begitulah hebatnya peranan media baharu yang menjadi wahana pembangkang untuk meraih sokongan dan simpati masyarakat.

Monday, January 27, 2014

KETUA PUTERI DAH MULA BERSUARA



Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan memijak Al-Quran yang disebarkan melalui laman sosial Facebook dan juga provokasi penggantungan poster-poster berbaur provokasi berhubung kalimah Allah di beberapa kawasan di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketuanya, Mas Ermieyati Bt Samsudin menyifatkan perbuatan ini terlalu biadap, berniat jahat dan sengaja diadakan bagi membangkitkan ketegangan agama di Malaysia.

“Puteri amat dukacita dengan perbuatan ini dan menggesa agar pihak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan drastik mengenalpasti siapa dalang disebalik perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dan seterusnya mengheret mereka ke muka pengadilan. Ini kerana jika tidak dibendung dengan segera, kita khuatir puak-puak pelampau ini akan bertambah berani mencabar kedaulatan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan.”

Thursday, October 24, 2013

KETUA PUTERI KERAH AHLI!!!




STEADY LER KAK EMI...
DAPAT JER JAWATAN TERUS DAPAT TUGASAN BESAR...
SEMOGA JENTERA PUTERI DAPAT ALL-OUT UNTUK MEMENANGKAN CALON BN...
CARA DAH BETUL LER TU...
DEKATI PENGUNDI MUDA DENGAN CARA PUTERI...
KAMI BANTU DENGAN CARA KAMI...
INSYALLAH ALLAH RAHMATI...

JPX

Tuesday, October 08, 2013

Thursday, July 04, 2013

LAGI AHLI PARLIMEN TAWAR DIRI UNTUK JAWATAN TERTINGGI UMNO.




STEAY KAK EMI...
TERUSKAN KERJA KUAT UNTUK PERKASAKAN PARTI KERAMAT ORANG MELAYU INI...
SEMOGA KAK EMI TERUS DALAM PERLINDUNGAN ALLAH DALAM MEMASTIKAN KELANGSUNGAN KEGEMILANGAN AGAMA ISLAM, KEDAULATAN MELAYU DAN KEJAYAAN MALAYSIA.
AKU MESTI SOKONG WALAUPUN TAK BOLEH UNDI...
HEHEHEHE

JPX

Ahli Parlimen Masjid Tanah , Mas Ermieyati Hj. Samsudin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Puteri Umno pada pemilihan parti yang dijangka berlangsung hujung tahun ini.
 
Ketua Puteri Umno Melaka itu berkata, keputusan itu dibuat setelah beliau membuat kajian dan mendapatkan pelbagai pandangan daripada ahli-ahli Puteri dan kepimpinan Umno daripada pelbagai peringkat.

"Sebelum saya membuat keputusan, saya telah berjumpa dahulu dengan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Melaka, Ketua Menteri Melaka, Ketua Umno Bahagian, Ketua Umno Cawangan dan saya juga berjumpa dengan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Ketua Puteri Umno Malaysia). 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa