Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label KHALID SAMAD. Show all posts
Showing posts with label KHALID SAMAD. Show all posts

Tuesday, May 05, 2015

KHALID GEREJA KELUAR FATWA UNTUK BANTU ISTERI PELIWAT


Tindakan boikot oleh ahli dan jentera akar umbi Pas Permatang Pauh menye­babkan pembangkang kini berada dalam keadaan cukup terdesak untuk mengekalkan kerusi tersebut sehingga sanggup ‘memfatwakan’ jika tidak mengundi Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, pengundi kawasan itu mungkin tergolong da­lam kalangan yang tidak diakui sebagai umat oleh Nabi Muhammad SAW.

Seolah-olah cuba memperbodoh­kan pemikiran pengundi ter­ma­suk ahli Pas sendiri, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad, yang dilabelkan salah se­­orang daripada kumpulan Anwarinas dalam parti itu, memetik sebuah hadis Ra­sulullah bagi menyokong ‘fatwa’ berkenaan, sambil ligat menuduh UMNO serta Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah kerajaan zalim.

Wednesday, July 16, 2014

KHALID GEREJA PATUT DIJATUHKAN HUKUMAN SULA!!!


SEGALA puji bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhamad SAW.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, beta dapat hadir ke majlis perasmian masjid dan berjumpa serta berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih dengan rakyat bela di daerah ini.

Beta bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana negara Malaysia dan negeri Selangor yang kita kasihi ini adalah dalam keadaan aman dan tidak ada kekacauan dan rusuhan, yang mana umat Islam dapat menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan yang mulia ini dengan aman dan tenteram.

Allah SWT telah menyuruh umat Islam menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini dan beramal serta menjalankan kerja-kerja mulia serta menghindari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan agama Islam.

Sunday, February 23, 2014

KHALID SAMAD JURUCAKAP RASMI GEREJA UNTUK ISU KALIMAH ALLAH!!!



Muzakarah kalimah Allah dari sudut perundangan anjuran MOBTV baru-baru ini dilihat tidak lebih daripada sekadar sembang kedai kopi tanpa sebarang kesimpulan apabila Khalid Samad yang merupakan salah seorang panel dalam program itu GAGAL memberi hujah berlandaskan aspek perundangan.

Mungkin merasakan dirinya pakar dalam perundangan, Ahli Parlimen PAS Shah Alam itu hadir ke studio MOBTV tanpa sebarang persediaan atau rujukan berkaitan dengan undang-undang.

Berbeza dengan Datuk Seri Noh Omar beliau hadir dengan buku-buku perundangan seperti enakmen negeri Selangor dan beberapa nota-nota yang bertepatan topik yang dibincangkan.

Noh memulakan hujah dengan menjelaskan beberapa artikel dalam Perlembagaan Malaysia yang berkaitan dengan Islam seperti artikel 3, artikel 11, artikel 12, kedudukan Mahkamah Syariah dan sebagainya.

Menurut Noh, artikel 11 yang mengatakan bahawa Malaysia mengamalkan kebebasan beragama sering disalah tafsir dan disalah faham oleh sesetengah pihak.

“Tetapi kebebasan beragama ini tertakluk kepada artikel 11(4) di mana kerajaan-kerajaan negeri dan wilayah persekutuan diberikan kuasa untuk mengubal undang-undang supaya agama-agama lain tidak boleh disebarkan dikalangan orang-orang Islam,” jelasnya.

Dalam konteks negeri Selangor pula, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang menjelaskan terdapat enakmen yang melarang kalimah Allah daripada digunakan oleh mana-mana pihak selain daripada penganut agama Islam.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

Thursday, November 28, 2013

AHLI PARLIMEN PAS TERBUKTI KUAT FITNAH SESAMA MUSLIM!!!


SHAH ALAM 27 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad membayar ganti rugi RM300,000 kepada Datuk Dr. Hasan Ali setelah didapati memfitnah Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati) itu.

Hakim Datuk Yaacob Md. Sam turut menetapkan kos sebanyak RM20,000 perlu dibayar oleh Khalid kepada Hasan pada prosiding bagi menetapkan jumlah ganti rugi dan kos dalam kes saman fitnah membabitkan kedua-dua individu terbabit.

Pada 31 Oktober lalu, mahkamah tersebut memutuskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dalam satu sidang akhbar pada 24 Februari tahun lalu bukanlah satu pembelaan terhadap isu 'pemimpin parasit' yang ditimbulkan oleh Hasan.

Thursday, March 22, 2012

KHALID SAMAD CONFIRM TAK BERTANDING PARLIMEN SHAH ALAM!!!!

LAGI GAMBAR >>>DI SINI<<< 

INILAH CROWD YANG DATANG UNTUK DENGAR CERAMAH KHALID SAMAD, AHLI PARLIMEN PAS SHAH ALAM.

CERAMAH NI DIADAKAN DI SHAH ALAM, KAWASAN KHALID SAMAT.

KITA TENGOK SENDIRI, BERAPA KERAT YANG DATANG??

BUAT KAT KAWASAN SENDIIRI PUN ORANG TAK MAU DATANG TANDA APA???

ITU TANDA KHALID DAH MAMPOS BAGI ORANG SHAH ALAM.

LEPAS NI NTAH PARLIMEN MANA PULAK SI KHALID NI NAK BERTANDING???

JPX

Thursday, August 18, 2011

KHALID SAMAD DAN PAPA GOMO BERDAMAI????



Gua rasa terpanggil untuk mengetuk sesuatu atas laptop buruk gua biarpun keadaan kesihatan yang tak berapa elok seminggu dua ni. Tapi dengan kudrat yang Allah bagi pada gua, gua gagahkan jugak untuk melunaskan tanggungjawab gua sesama Islam.



Gua nak sentuh sikit pasal isu Khalid Samad dan beberapa pimpinan Pakatan yang dikatakan mahu menyaman GOMO. Sesal gua kalau benda ni jadi. Sebabnya: Perkara ni terjadi dalam bulan Ramadhan dan yang menyaman dan kena saman kedua duanya adalah Islam.

Mungkin Khalid Samad tidak kenal GOMO lantaran itu Khalid Samad tidak berpeluang untuk bersemuka dengan GOMO tetapi kalau tak silap gua, kelibat Salahuddin Ayub ada kelihatan di dalam sidang media tempoh hari. Mustahil Salahuddin Ayub tak kenal GOMO. Khabarnya, GOMO dan Salahuddin Ayub telah bertentang 4 mata dalam suatu isu. Susahkah Salahuddin Ayub nak berikan nasihat atau setidak-tidaknya memberikan nombor telefon GOMO pada Khalid Samad? Khabarnya GOMO akur dengan permintaan Salahuddin Ayub untuk tidak memperbesarkan suatu isu yang cukup menyentuh perasaaan Salahuddin.

Rasanya Salahuddin kenal GOMO secara peribadi dan apalah salahnya jika dia menasihati Khalid Samad untuk berjumpa secara 4 mata bersama GOMO?

Gua percaya pada GOMO sebagai anak jantan dan tidak akan gentar dengan sebarang tekanan. Tetapi apalah salahnya jika sebagai umat Islam baik Khalid Samad dan GOMO perjumpaan secara 4 mata di dalam menyelesaikan isu ini adalah jauh lebih baik tambah tambah pulak dalam bulan Ramadhan.

Isu pokoknya adalah isu serbu gereja. Dan lanjutan daripada itu timbul pula pelbagai isu. Jangan Melayu jadi bodoh kerana sehingga artikel ini ditulis masih tidak ada sebarang tindakan atau kata putus dari pihak yang terbabit sedangkan Melayu yang mahu menyaman dan kena saman sudah terlalu ke depan di dalam bertindak.

Ini bukan soal siapa anak jantan. Jika masjid diserbu beranikah Melayu bertindak pantas atau Melayu akan menunggu hasil siasatan dulu sebelum bertindak?

Siapa yang untung dalam soal ni?UMNO? PAS? Kedua-duanya tidak kerana yang untung adalah pihak yang sedang melaksanakan apa yang telah dirancangkan.

Gua sekadar tak mahu Melayu jadi bangang!!!!!

Cukuplah Melayu bertegang leher dalam isu arak dan isu
kalimah Allah. DAPigs senyum lebar tengok gelagat Melayu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa