Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label MALAYSIAKINI. Show all posts
Showing posts with label MALAYSIAKINI. Show all posts

Monday, October 27, 2014

ORANG MALAYSIAKINI SUDAH MULA GERAK KEMPEN LUPAKAN ANWAR IBRAHIM


Para penyokong Pakatan Rakyat perlu melupai Anwar Ibrahim jika mahu gerakan perubahan politik mereka berjaya dan tidak tersangkut dengan personaliti tertentu semata-mata.

Dalam satu kenyataan beraninya, Fathi Aris Omar, salah seorang pengarang Malaysiakini.com menyatakan sama ada Anwar akan terpenjara atau tidak, bersalah atau tidak, ia tidak harus menjadi titik masa depan Pakatan.

Suatu hari nanti jika tidak dipenjarakan pun Anwar akan mati. Justeru penyokong Pakatan perlu mengubah perspektif perjuangan politik tidak harus berpaksi kepada Anwar Ibrahim.

Kenyataan Fathi yang ditulis dalam facebooknya walaupun agak “biadap” kepada Anwar ia bukanlah mengejutkan.

Ini kerana sejak krisis Pakatan Rakyat di Selangor antara Khalid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim, Malaysiakini memang cenderung kepada Khalid Ibrahim.

Kecenderungan itu bukan sesuatu yang menghairankan apabila dikaitkan dengan gosip-gosip bahawa Malaysiakini merupakan penerima terbanyak bajet iklan dan promosi kerajaan negeri Selangor yang berjumlah RM 15 juta setahun.

Berikut ialah tulisan Fathi Aris Omar didinding Facebook peribadinya:

Kepada pengkagum, pemuja dan peminat Anwar Ibrahim (dan semua pemimpin seangkatannya); juga penyokong Pakatan Rakyat:

“In a world that’s changing really quickly, the only strategy that is guaranteed to fail is not taking risks.” — Mark Zuckerberg

Semua harus akur bahawa tiada guna bergayut pada sentimentaliti tokoh bernama Anwar.

Seperti pemain ‘superstar’, jika sudah sakit atau tidak lagi berkesan, pemain harus direhatkan di bangku simpanan.

Mungkin kita fikir masih lagi remaja atau mentah. Namun jika ibu bapa kita pergi, kita harus belajar hidup sendiri – cari rezeki dan rumah sendiri.

Kita harus ambil risiko meninggalkan Anwar dan semua seangkatan dengannya, dalam Pakatan atau di luar Pakatan.

Lagi cepat kita berfikir untuk mengambil risiko bergerak tanpa Anwar (dan generasi seangkatannya), lebih baik untuk masa depan reformasi bangsa ini.

Umar juga tidak dapat menerima kematian Rasulullah. Hanya Abu Bakar yang rasional dan strategik.

Pilihlah – nak jadi Umar atau Abu Bakar? Nak jadi budak-budak selamanya atau bebas daripada ikatan ibu bapa? Mahu dengar nasihat pengasas Facebook atau tidak?

(ii)

Kalau saya, ambil risiko lebih baik. Sama ada saya terpaksa merempat di sini; namun saya tidak akan kembali tinggal di rumah pusaka atau menziarahi pusaranya dengan linangan air mata.

Saya memang tidak bersentimental dengan gerakan atau tokoh politik.

Saya dekati, saya minati, saya ceburi, saya perjuangkan dan saya tulis apa yang saya fikir tanpa perlu bersentimental.

Sama ada Anwar dipenjara atau dibebaskan, pesan ini kekal relevan. Soalnya, bukan Anwar bersalah atau tidak; soalnya, suatu hari nanti Anwar akan pergi dengan cita-cita dan angan-angannya.

Saya harap pesan saya ini berguna kepada semua pengkagum Anwar dan penyokong Pakatan Rakyat.

Saya tiada dendam pada sesiapa seperti saya kagum pada (almarhum) Fadzil Noor. Tapi saya tiada sentimen dan sanggup berdepan dengan karenah PAS tanpa kepemimpinan Fadzil. Seperti berdepan karenah hidup sendiri tanpa usapan manja ibu.

Kita harus keluar daripada bayang-bayang Anwar (dan mereka seangkatannya). Jika tidak esok; lusa pastilah sudah.

(iii)

Dalam Quran, pesan seumpama ini disampaikan kepada Muhammad dan pengikutnya melalui surah “An Nasr”.
Surah ini meramalkan kemenangan merampas Makkah. Dan, sekali gus, membawa isyarat Nubuwwah tidak lama lagi akan berakhir.

Saya bukan menyampaikan wahyu. Saya tidak mampu meramalkan kemenangan. Saya hanya memberi pesan akan tiba sudah isyarat pertukaran generasi perjuangan reformasi.

Saya tidak maksudkan Anwar seorang sahaja. Saya maksudkan “Anwar dan angkatannya”, di dalam dan luar Pakatan.

Kalaulah anda mahu memahaminya.

Thursday, August 29, 2013

MALAYSIAKINI KANTOI BODOH JER...!!!


KUALA LUMPUR 28 Ogos – Polis menafikan dakwaan seorang pegawainya menceroboh rumah keluarga seorang suspek yang dikaitkan dengan ugutan ke atas guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana di Sungai Buloh baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, pegawai polis itu memang telah datang ke rumah ibu mentua suspek pada Sabtu lalu namun dia tidak menceroboh kediaman itu seperti yang didakwa portal pembangkang, Malaysiakini hari ini.

“Pegawai polis berkenaan pergi menaiki kereta peronda polis dan turut diiringi ketua blok kawasan penempatan berpagar itu. Dia diarahkan ke situ hanya untuk memberitahu suspek supaya hadir di balai polis sahaja.

Monday, September 24, 2012

BUKTI KUKUH MALAYSIAKINI LIDAH RASMI YAHUDI DI MALAYSIA TERBONGKAR



PETALING JAYA: Wartawan veteran Y.L. Chong meletak jawatan sebagai editor berita Malaysiakini lebih dari sedekad yang lalu apabila pengurusan portal berita itu enggan mengaku mereka menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros.

"Saya memberitahu Malaysiakini 11 tahun lalu untuk menjernihkan keadaan dan tidak menyembunyikan maklumat daripada pelanggan dan pembaca.

"Saya memutuskan untuk meletak jawatan kerana enggan terlibat merahsiakan hubungan dengan Soros," katanya dalam satu temu bual.

Chong menekankan bahawa beliau tidak menentang penerimaan dana asing tetapi perlu bersikap telus selepas menerima wang tersebut.

"Namun saya percaya dalam etika kewartawanan, terutamanya di Malaysiakini turut mempertahankan ketelusan dan keterbukaan," katanya.

Chong yang turut buat pertama kalinya mendedahkan perkara ini dalam blog miliknya ww.desiderata2000.blogspot.com beberapa tahun lalu mengulas mengenai laporan Malaysiakini dan Suaram antara oraganisasi yang didakwa menerima dana asing.

Dua penyalur dana itu adalah National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh Soros.

"Pada ketika itu, saya berkhidmat sebagai editor berita dan bertanggungjawab terhadap maklumat yang dibangkitkan dalam mesyuarat Malaysiakini.

"Saya difahamkan sesungguhnya Malaysiakini menerima bayaran pendahuluan 10 % daripada RM188,000 untuk 10% faedah dalam Malaysiakini," katanya.

Chong berkata, beliau meletak jawatan selepas bersemuka dengan dua individu berpengaruh dalam Malaysiakini, Steven Gan dan Premesh Chandran.

Kedua-dua mereka enggan membuat pengakuan secara terbuka menerima dana tersebut menerusi Media Development Loan Fund (MDLF) yang dikendalikan oleh OSI.

"Malah, Gan berkata ia akan membawa kemusnahan kepada Malaysiakini jika mereka mengaku menerima dana tersebut," katanya.

Chong turut menyuarakan kekecewaan terhadap pengurusan portal berita itu yang mendedahkan bahawa beliau berundur kerana tidak berpuas hati dengan bayaran gaji.

"Mereka memutarbelitkan fakta untuk menutup punca sebenar mengapa saya menghantar surat peletakan jawatan," katanya.

Saturday, March 31, 2012

PANAS:LYNAS PUNCA KEMATIAN SEORANG OKU!!!???




Hanya kerana satu kematian atas sebab yang biasa ini, Malaysiakini dan Malaysia Insider cuba mengelirukan rakyat dengan meracun pemikiran mereka dengan cuba mengaitkannya dengan Lynas. Tidakkah mereka pernah terfikir, bagaimana pula dengan beratus-ratus bekas pekerja ARE dan anak-anak serta cucu-cucu mereka yang jelas tidak terjejas dengan kilang tersebut? 

Lai Kwan sendiri masih hidup sehingga sekarang!!! 

Itu belum lagi disebutkan bahawa ARE sangat-sangat berbeza dengan Lynas atas sebab yang sudah banyak kali diterangkan sebelum ini. Mengulang benda yang sama setiap kali hanya merendahkan minda rakyat Malaysia sahaja. 

Berapa banyakkah agaknya wang dari dana luar yang diterima pihak-pihak berkepentingan di negara ini agaknya sehingga benda bohong pun cuba nak ditukar menjadi fakta. 

Pelbagai bukti saintifik pakar dari dalam dan luar negara telah membuktikan bahawa Lynas tidak mendatangkan bahaya dari segi sinaran dan radioaktif, tapi si benak Malaysiakini dan Malaysian Insider ini masih lagi menyanyi lagu yang sama tanpa disokong dengan bukti saintifik yang kukuh. 


KALAU DAH DASAR YAHUDI...
CAKAP MENANG TAK PERNAH YANG BETUL...
YAHUDI HARI-HARI BUNUH UMAT ISLAM...
APSAL MALAYSIAKINI TAK NAK LAPOR...???
DAH BERPULUH PAKAR CAKAP LYNAS TAK BAHAYA...
KENAPA MALAYSIAKINI TAK NAK LAPOR???
MP PAS CAKAP LYNAS SELAMAT...
KENAPA MALAYSIAKINI TAK LAPOR???
KENAPA MALAYSIAKINI SUKA LAPOR CERITA YANG TAK BETUL???
KENAPA MALAYSIAKINI SUKA PUTAR BELIT CERITA???
SIAPA YANG SURUH MALAYSIAKINI BUAT MACAM NI???
SIAPA YANG UPAH MALAYSIAKINI UNTUK BUAT KERJA MACAM NI???

JPX

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa