Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Tuesday, May 19, 2015

SABAH MILIK FILIPINA???


MANILA - Filipina sekali lagi menegaskan bahawa mereka akan terus berusaha menuntut Sabah dan akan melakukan kajian terperinci sebelum mengambil tindakan lanjut.

Menurut Presiden Filipina, Benigno Aquino III, mustahil untuk menamatkan tuntutan itu kerana perkara itu akan mengundang rasa tidak senang rakyatnya.

Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima telah menjalankan kajian mengenai tuntutan itu dan berpendapat tuntutan Sabah adalah isu yang paling besar dalam penentuan hak dan maruah negara Filipina.

Tuesday, March 31, 2015

SEMUA KENA BAYAR CUKAI, TERMASUK BURUH KASAR DAN PENCUCI TANDAS


Memanglah kalau boleh kita nak bayar cukai paling rendah, mendapat manfaat paling banyak dan kalau boleh tiada rasuah pun. Semua hidup aman damai, sejahtera, makmur dan sentosa. Tapi kat mana boleh dapat macam tu? Brunei, Arab Saudi atau di syurga nanti barangkali?

German yang disebutkan dalam contoh ni, GST 19.9 peratus dan dapat menikmati pelbagai kemudahan. Ya memang betul. Tapi berapa income tax yang rakyat dia kena bayar?

Semua level kena bayar 40peratus cukai pendapatan termasuk buruh kasar dan pencuci tandas. Tapi di Malaysia berapa yang kena bayar cukai pendapatan (income tax)? Paling tinggi adalah 21 peratus sahaja dan hanya sekian peratus dari rakyat yang kena bayar cukai ini.

Singapura pula wajar laksanakan GST sebab mereka sudah kaya raya? Memang betul pendapatan per kapita mereka tinggi. Apa sebab?

Faktor utamanya adalah meritokrasi. Malaysia masih ada kuota pribumi yang secara tak langsung me’nombordua’kan kompetensi. Yang mana lebih bagus? Kalau majoriti rakyat mampu bersaing, meritokrasi adalah yang terbaik. Persoalannya, 60% Melayu dan pribumi sudah bersediakah dengan meritokrasi 100 peratus ala Singapura?

Adakah ratusan negara miskin yang lain belum laksanakan GST? Bahkan negara-negara seperti Laos, Kemboja, Filipina, Bangladesh dan lain-lain sudah melaksanakan GST dengan kadar yang lebih tinggi sejak lama dahulu. Jadi GST TIADA hubungan sama sekali dengan pendapatan per capita rakyat. Ia hanya sebuah bentuk cukai yang lebih efisien berbanding SST.

Nak cegah rasuah, ketirisan? Ya, memang semua nak bersih, telus dan mulus. Apa cara Singapura buat? Naikkan gaji Perdana Menteri, menteri-menteri, penjawat awam dan sebagainya.

Untuk makluman kepada yang belum tahu, gaji Perdana Menteri Singapura adalah yang tertinggi di dunia, iaitu USD 2 juta setahun (40 kali ganda pendapatan majoriti rakyatnya). Gaji Perdana Menteri Hong Kong pula, sebanyak USD 530,000 (12 kali ganda pendapatan majoriti rakyatnya).

Gaji Presiden Obama pula, sebanyak USD 400,000 dan seterusnya. Bahkan gaji Presiden Indonesia pun berjumlah USD 120,000 setahun, sedangkan puluhan juta rakyatnya hanya mampu memperoleh pendapatan di bawah paras USD 5,000 setahun.

Tapi berapa gaji Perdana Menteri, Najib? RM 360,000 (USD 100,000 ) setahun dengan pendapatan per-kapita rakyat di atas paras USD 10,000 per tahun. Gaji sebesar ini bahkan lebih rendah daripada sebahagian doktor spesialis di hospital swasta yang mampu menghasilkan RM 100,000 sebulan!

Bila Perdana Menteri umum untuk mengantikan jet kerajaan bagi kegunaan pelbagai pihak, sebahagian orang jadi tidak cerdik, dengan menuduh ia sebagai jet peribadi untuk berfoya-foya dengan keluarganya. Itu belum lagi kalau PM umumkan untuk tambah gaji dirinya dan para menteri.

Memanglah kalau boleh kita ingin pemimpin macam Umar al-Khattab dan lain-lain yang sanggup ikat perut seperti rakyat jelata. Tapi ada lagikah, pada zaman sekarang orang yang begitu? Anwar Ibrahim? Lim Kit Siang? Guan Eng? Rafizi Ramli? MIMPI~

Rumus yang mengatakan menaikkan gaji untuk menurunkan rasuah dan ketirisan adalah standard di mana-mana negara atau perusahaan.

Hutang negara 500 billion? Baca tak bahagian hutang ini bagaimana?

Majoritinya adalah hutang domestik atau hutang oleh rakyat sendiri, sama ada untuk keperluan ataupun untuk berfoya-foya atau dalam bahasa mudah biar papa asal bergaya! Sebelum tuduh kerajaan membazir itu dan ini, lebih baik periksa dulu isi rumah masing-masing, hutang dah berapa peratus berbanding pendapatan (termasuk saya).

Soal sumber daya alam yang melimpah ruah, ya memang betul. Lupakah tukang kritik sembrono bahawa selama ini petroleum menyumbangkan lebih sepertiga daripada bajet tahunan? Cukupkah dengan mengharapkan itu saja?

Lihat apa terjadi bila harga minyak turun di bawah USD 50 per barrel. Income negara pun turun berpuluh billion! Sebab itu lah GST dibuat, supaya sistem percukaian lebih efisien, tiada taikun yang lari daripada cukai sekaligus menambahkan penghasilan negara.

Ya, kita ingin penambahbaikan di sana sini. Pendidikan murah, kesihatan murah, kemudahan awam bagus seperti negara maju, ketirisan berkurang dll. Kita harapkan setelah GST, kerajaan dapat menyalurkannya untuk hal-hal yang memberikan manfaat kepada rakyat jelata.

Sebab itu, kritik lah dengan fakta, bukan dengan auta.--Nabieh Rahmat

Tuesday, December 09, 2014

KENAPA JATA ASKAR DAN POLIS MALAYSIA ADA KALIMAH ALLAH???



Setiap negara memiliki “Jata” atau “Coat of Arms” yang digunapakai oleh pasukan tenteranya bagi menandakan kekuasaan dan kehebatan sesebuah pasukan tersebut. Begitu juga dengan pasukan tentera dari negara-negara Islam.

Diantara “Jata” atau “Coat of Arms”yang diguna pakai oleh pasukan tentera negara Islam di dunia kini, ramai mungkin terlepas pandang akan keunikan yang terdapat pada “Jata” pasukan tentera Malaysia.

Jika dibandingkan “Jata” atau “Coat of Arms” antara negara-negara Islam, hanya pasukan tentera Malaysia menggunapakai kalimah Allah dan Muhammad saw pada “Jata” atau “Coat of Arms” mereka.

Agaknya, diatas faktor inilah kenapa bumi ini senantiasa mendapat keberkatan dari Allah swt walaupun pelbagai cara pihak musuh cuba melemahkannya. Cuba kita perhatikan.

Wednesday, November 27, 2013

BUKTI SINGAPORK INTIP MALAYSIA DIDEDAHKAN!!!???


LAPORAN bahawa Singapura mengintip pergerakan Malaysia bukanlah suatu yang baru dan ianya tidak menghairankan. Dalam tempoh 5 tahun ini, Singapura semakin kerap menunjukkan keberanian dan kurang ajarnya campurtangan dalam hal-hal politik Malaysia. 

Antara persoalan lain ialah mengapakah syarikat enjin internet terbesar Google telah dipindahkan operasinya ke Singapura? Atas alasan bisnes atau alasan pengintipan? Beberapa syarikat berkaitan seperti Waze yang berasal dari Israel juga perlu diperhatikan? 

Negara Thailand antara negara yang memahami aspirasi Singapura apabila Temasek Holding berusaha untuk membeli syarikat telekomunikasi milik mantan Perdana Menteri Thaksin Sinawatra. Bukan sahaja rakyat Thai menghalau Temasek Holding, malah Thaksin turut dihalau hingga ke hari ini!

Terbaharu beberapa bulan lalu di mana seorang Ahli Parlimen Singapura telah memanjangkan kakinya ke Malaysia. Apakah maksudnya ini: 


TERUS BACA >>>DI SINI<<<

Wednesday, November 23, 2011

MALAYSIA BENARKAN JALUR GEMILANG DIBAKAR DI INDONESIA




jalur gemilang dibakar



"They don't respect you, they don't respect our flag, they   don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about.

Kata-kata di atas dipetik bukan dari seorang negarawan dan jauh sekali ahli politik yang kononnya pembela negara.

Kata-kata di atas dipetik dari seorang yang berbangsa Cina iaitu Ong Kim Swee, jurulatih skuad Harimau Muda yang telah mempertahankan pingat emas dalam acara Sukan Sea. Harimau Muda telah berjaya menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir Isnin lalu.

Memang dari mula sikap biadap jiran kita ini telah diperlihatkan dengan jelas. Dengan pelbagai provokasi yang melampau dan kelakukan diri rakyat mereka yang jelas terlalu jauh dari peradaban tamadun manusia yang waras, kekalahan Sang Garadu adalah pembalasan yang hebat untuk mereka.

Namun kekalahan ini juga tidak menyedarkan malahan menambah lagi tahap biadap mereka kepada negara Malaysia. 

Lagu Negaraku dihina dengan laungan persis beruk kerasukan. Jalur Gemilang dipijak dan dibakar hanya kerana pasukan Indonesia gagal meraih emas. 

Pelbagai lagi jenis hinaan yang mereka lontarkan kepada rakyat dan negara Malaysia. Di media massa, media cetak dan media baru macam-macam medium juga cara penghinaan rakyat Indonesia lemparkan tanpa rasa malu atau bersalah.

Aku juga hairan, kenapa mereka berkelakuan begini??? 

Jika mereka hina Malaysia kerana mereka kalah, kenapa tidak sahaja mereka alihkan penghinaan mereka kepada Gunawan yang gagal menjaringkan gol sepakan penalti yang menjadi punca kekalahan pasukan mereka????

Mengapa mereka tidak menghina penjaga gol merekaKurnia Mega yang gagal menyelamatkan sepakan penalti pada perlawanan akhir tersebut yang menjadi punca kekalahan pasukan mereka???????

Jelas di sini, kelakuan biadap rakyat Indonesia adalah kerana mereka adalah dari faktor keturunan dan mereka bangga melakukan perbuatan biadap ini. 

Kegagalan ibu bapa mendidik, tahap pendidikan dan bebolehan berfikir segara elok juga dilihat  sebagai faktor utama mereka menjadi biadap sedemikian rupa.

Apa yan paling dikesalkan, di mana suara rakyat Malaysia yang kononnya pejuang Negara??? Di mana ahli politik yang lantang bersuara akan membela dan mempertahankan negara ini semasa kempen pilihanraya yang lalu???

Juga di mana suara bakal pemimpin yang berjanji akan memperlihara kedaulatan tanah air ini jika mereka dipilih menjadi pemimpin kelak??

Adakah golongan pemimpin dan bakal pemimpin ini mampu unuk membenarkan ini berlaku dan tidak mahu berbuat apa-apa??? Adakah janji mereka sebelum ini hanya janji politik dan kita ini telah menjadi mangsa pembohongan mereka???

Ada dua perkara yang besar tidak boleh diterima iaitu kebiadapan rakyat Indonesia terhadap kedaulatan negara ini dan kegagalan pemimpin kita dari menghalang perkara ini dari terus berlaku.



JPX

Wednesday, August 03, 2011

MELAYU SINGAPORK MAHU PERANG DENGAN MELAYU MALAYSIA????



BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.

Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.

Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan. 

“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. 


Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.

“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.

Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.

p/s: Budus punya pompuan.. Orang tak ada otak je yang menaip benda-benda macam tu didalam Twetter.. Harapkan nama je nampak solehah.., tapi perangai memang hancuss..

Patutlah melayu kat Singapork tu kena jajah dengan Kuan Yew and Son.. Mentaliti dorang taraf cap ayam rupanyaa....



DICEDUK TERUS DARI MPP ONLINE

Thursday, December 30, 2010

HARIMAU DAPAT HIDANGAN DARI ALAM KHAYALAN



1. Berita baik pertama setelah Harimau Malaya Juara Piala Suzuki AFF adalah untuk semua rakyat Malaysia. Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abd Razak baru saja mengumumkan Jumaat 31/12/2010 ini adalah cuti sempena kemenangan bersejarah ini.

2. Berita baik kedua adalah untuk pemain. Sudah pasti ganjaran yang besar sudah menanti. Harap-harap dengan ganjaran yang diberikan adalah pemberi semangat yang benar bukannya melekakan pemain tersebut.

3. Akhirnya, semua mulut jahat dan lancang penyokong Indonesia di alam maya tertutup rapat. Ada yang mulut tutup tapi mata berlenang air mata...hehehehhe

4. Kalau semalam pelabagi jenis ragam, perkataan dan perbuatan yang dilakukan bagi memastikan "kekalahan" Malaysia, hari ini moga mereka tenang dan bersabar dengan segala ketentuan ini. Memang sukar menerima kekalahan dan orang kalah mesti ada tekanan...hehehehhehe.

5. Paling tak tahan, artis/ikon seks Indonesia pun sanggup berpakaian seksi, bercoli laser semata-mata untuk menganggu perhatian pemain Malaysia. Apapun tahun ini Piala Suzuki AFF milik Malaysia yer...

6. Garuda hanyalah haiwan khayalan dan mitos. Harimau hidup di alam nyata. Ternyata Harimau Malaya mendapat hidangan istimewa dari alam khayalan malam ini.

JPX

Wednesday, December 29, 2010

JURULATIH INDONESIA AKUI AKAN KALAH DI TANGAN MALAYSIA!!!



SANG Garuda sudah pasti akan kembali dengan niat mahu menyambar Harimau Muda di laman sendiri buat mencari penawar duka kekalahan perit di Kuala Lumpur tempoh hari.

Tetapi berpandu kepada bekalan selesa miliki skuad bola sepak negara, skrip dimimpikan Indonesia itu mungkin terbatas, malam ini ketika barisan didik K Rajagobal akan berarak turun ke Stadium Gelora Bung Karno dengan hanya satu misi – pertahankan pendahuluan 3-0 dan pulang membawa mahkota kejuaraan Piala Suzuki AFF buat julung kali ke bumi sendiri.
 
Hakikat yang terpancar ketika ini adalah bola kini di kaki pemain skuad negara diketuai Safiq Rahim menentukan haluan mereka kerana berada pada posisi terbaik menghadiahkan rakyat Malaysia trofi kejuaraan kedua selepas gah meraih pingat emas Sukan Sea 2009 di Laos.

Raja jelas hanya terbayang kemenangan, malam ini dan pemainnya yang terpancar wajah penuh yakin amat selesa dengan arahan jurulatih mereka yang memiliki ‘sesuatu yang istimewa’ mengapikan semangat perjuangan untuk muncul juara.

“Kami boleh datang ke sini untuk seri atau kalah dengan jaringan tidak melebihi dua gol. Tapi itu bukan hajat kami ke Jakarta. Esok (malam ini) sasaran kami adalah untuk menang dan akan bermain secara menyerang untuk mencari lagi tambahan jaringan.

“Mungkin Indonesia akan meramal kami akan bertahan tetapi ingat...kami juga ada penyerang baik dalam kejohanan kali ini yang mampu mencipta serangan berkesan jika ada sebarang peluang terbuka,” katanya padang sidang akhbar selepas mesyuarat pengurus di Hotel Sultan, Senayan semalam.

Sementara itu, jurulatih Indonesia, Alfred Riedl pula seperti bermain psikologi dengan pasukan Malaysia apabila menyifatkan peluang anak buahnya tipis untuk mengilhamkan kemenangan tapi akan menguatkan mental pemain untuk melakukan sesuatu demi keghairahan penyokong tempatan nanti. - BERITA HARIAN

Wednesday, November 17, 2010

ANAK MELAYU YANG MENGHARUMKAN NAMA NEGARA


KUALA LUMPUR 17 Nov. - Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang menyumbangkan pingat emas kedua Sukan Asia XVI Guangzhou 2010 buat negara apabila memenangi acara keirin di Velodrom Guangzhou, China, hari ini.

Kejayaan gemilang The Pocketrocketman itu turut diserikan dengan kemenangan pingat perak oleh rakan senegara, Josiah Ng dalam perlumbaan sengit dan mendebarkan sehingga mengakibatkan satu insiden perlanggaran.

Gangsa menjadi milik pelumba tuan rumah, Zhang Miao manakala saudara kembarnya, Zhang Lei dan Mohammad Parash terlibat dalam insiden itu diisytiharkan gagal menamatkan perlumbaan.

Terdahulu Azizulhasni hampa dalam acara 200 meter pecut setelah sekadar menduduki tempat keempat apabila ditewaskan pelumba Jepun, Yudai Nitta dalam perlumbaan penentuan pingat gangsa. - Utusan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa