Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label NFC. Show all posts
Showing posts with label NFC. Show all posts

Monday, December 05, 2011

BUNG MOKHTAR DAN ISTERI SERTAI PKR???!!!




APA KES NI BUNG???
KENAPA MACAM NI SEKALI???
PATUTNYA...
TIME KITA KENA SERANG...
ORANG KITA MESTI BANTU ORANG KITA...
JANGAN TAMBAH SAKIT ORANG KITA SENDIRI...
NAK MILEAGE PUN..
TAK PAYAH SAMPAI MACAM TU SEKALI...

TAK PUN BUNG DAH DAPAT TAHU...
BUNG PUNYA TERM KAT PARLIMEN DAH NAK ABIS KE???
SEBAB TU BERSUNGGUH BELA PKR???
NAK LOMPAT KE SEBELAH SANA KE???
NAK JADI MP PKR KE???

MUNGKIN INILAH YANG DIMAKSUDKAN PRESIDEN UMNO SEBAGAI 
"PENJARING GOL SENDIRI"...

JPX


Maka timbullah persepsi dan persoalan, atas dasar apakah Bung Mokhtar beria-ia sangat mahu menurut kehendak juak juak murahan PKR..? Bung masih membawa mesej Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin, ketiga tiga ekor lembu PKR ini Shahrizat Jalil meletakkan jawatan....!

Bung Mokhtar menjadi ‘wakil cakap PKR’ dalam UMNO...? Malah menurut sumber yang disampaikan ke telinga seorang sahabat Blogger kita House PK, beliau dimaklumkan pada sesi perbahasan Persidangan Agung UMNO, Bung Mokhtar telah cuba ‘deal’ dengan Timbalan Pengerusi Tetap, Datuk Aziz Sri Gading agar Ahli Parlimen Kinabatangan ini diberikan sedikit ruang bercakap semata mata mahu ‘mempengaruhi’ perwakilan dalam dewan PWTC untuk mendesak Ketua Wanita UMNO itu meletakkan jawatannya...


Thursday, December 01, 2011

SAIFUDDIN NASUTION DISERANG CIRIT BIRIT 7 HARI 7 MALAM



Siasatan polis sehingga hari ini tidak menemui sebarang unsur pecah amanah dan penyelewengan berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian kondominium mewah di One Menerung, Bangsar yang dikaitkan dengan keluarga seorang menteri Kabinet. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata sehingga hari ini, 74 individu kecuali Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sudah dipanggil untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun, Khalid berkata, Shahrizat boleh dipanggil pada bila-bila masa jika terdapat keperluan.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran rondaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di bawah Strategi Gelombang Biru Kebangsaan di Taman Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh tadi.

Monday, November 28, 2011

KESAH KAK IJAT DAN NFC: ITU BUKAN LEMBU SAYA!!!




LEPAS NI...
SIAPA YANG KAITKAN KAK IJAT DENG NFC...
JPX CADANG SAMAN SAMA ITU ORANG...
SETUJU???

JPX


KUALA LUMPUR 28 Nov. - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Justeru kata Ketua Wanita UMNO itu, beliau tidak akan menggunakan Perhimpunan Agung UMNO minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.

"Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita UMNO nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah.

"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita UMNO,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011, di sini.

Bagaimanapun Shahrizat berkata, beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menjadi Pengerusi Eksekutifnya.

"Dalam politik (parti) mana tidak ada masalah, tambahan pula pembangkang, dia takut kerana Wanita UMNO kukuh bersatu padu dan dia cuba untuk menggoyahkan Wanita UMNO tetapi Alhamdulillah, UMNO dan Wanita Umno tetap kental.

 "Keimanan kita, keikhlasan kami tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara,” kata Shahrizat. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa