Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, November 28, 2011

KESAH KAK IJAT DAN NFC: ITU BUKAN LEMBU SAYA!!!




LEPAS NI...
SIAPA YANG KAITKAN KAK IJAT DENG NFC...
JPX CADANG SAMAN SAMA ITU ORANG...
SETUJU???

JPX


KUALA LUMPUR 28 Nov. - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Justeru kata Ketua Wanita UMNO itu, beliau tidak akan menggunakan Perhimpunan Agung UMNO minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.

"Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita UMNO nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah.

"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita UMNO,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011, di sini.

Bagaimanapun Shahrizat berkata, beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menjadi Pengerusi Eksekutifnya.

"Dalam politik (parti) mana tidak ada masalah, tambahan pula pembangkang, dia takut kerana Wanita UMNO kukuh bersatu padu dan dia cuba untuk menggoyahkan Wanita UMNO tetapi Alhamdulillah, UMNO dan Wanita Umno tetap kental.

 "Keimanan kita, keikhlasan kami tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara,” kata Shahrizat. - Bernama

2 comments:

Anonymous said...

kenyataan yg amat tidak bertanggung jawab dari seorng menteri yg berakal spt otak lembu....bodohnya ketua wanita.lg tak nak sedar diri dan perasan mcm dia tu bagus sgt.kalau setakat laki kau saleh tu antar proposal tanpa kait nama engkau ,rentikan lah dia boleh dpt peluang begini.250 rm juta soft loan dan geran duit hangus 13rm juta sebab apa dia blh dpt begitu mudah.kerana engku adalah ketua wanita umno msia ...tua tak.mcm mcm kau sakau duit rakyat...tanah 1000 hektar dgn hasil balak lg..,pergh...kalau terambil lah duit aku melalui ukai yg aku bayar,7 keturunan aku haram kan untuk anak beranak kau makan.beribu lg org melyu yg susah dan nak gerniag tapi tak dpt pinjaman kjaan tau.kau memang sial dan hina.liabiliti pada umno shja...kerana engkau org bertambah benci lg pada umno

Unknown said...

ANLN 3:57 KALAU KAU ADA SEMUA BUKTI...APA TUNGGU LAGI???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa