Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label Dyana Sofya Mohd Daud. Show all posts
Showing posts with label Dyana Sofya Mohd Daud. Show all posts

Wednesday, May 28, 2014

DYANA BERTEMU JODOH DI TELOK INTAN!!!

990c0354-b6b7-45ef-aad6-b2a8cc9412df_400

SUASANA PRK Teluk Intan kelihatannya semakin hari semakin melucukan.

Belum pun habis isu siri penipuan calon DAP, Dyana didedahkan oleh media dan sumber terdekat dengan Dyana, kini PRK Teluk Intan sudah kelihatan seperti sebuah “Agensi Mencari Jodoh”.

Dyana tanpa segan silu menyatakan calon suami pilihannya hanya dari kaum Singh, Irish atau English.

Benarlah… dia sekadar menjawab soalan wartawan, tetapi tiada otak kah Dyana untuk memikirkan sesuatu soalan itu relevan atau tidak untuk dijawab.

Bila soalan yang cukup releven seperti isu Tungku Aziz yang meninggalkan DAP, terkebil-kebil pula nak menjawab sampai Lim Kit Siang terpaksa ‘hijack’ mikrofon dalam sidang media.

Setiap kali isu penipuannya terdedah, maka terkulat-kulat mahu menjawab sampai yang keluar dari mulutnya lagak artis, hanyalah ‘no komen’.

Namun, bila dipancing dengan persoalan jodoh, laju pula dia menjawab.

Apakah tujuan Dyana meletakkan diri sebagai calon hanyalah sebagai satu medan untuk mencari jodoh ?

Kita fahamlah bahawa Dyana telahpun berusia 27tahun.

Mungkin didalam politik dia boleh dianggap muda, tetapi masyarakat tipikal Melayu selalunya mengambil kira usia 27 bagi seorang perempuan yang belum berkahwin sebagai ‘andartu’ atau ‘anak dara tua’.

Apakah begitu terdesak sekali Dyana untuk mencari jodoh ?

Setiap kali Dyana kelihatan muncul untuk berceramah dalam kawasan Parlimen Teluk Intan, boleh dilihat ‘pak-pak lebai’ antara yang laju duduk dikerusi hadapan.

Ianya tidak dapat dinafikan telah pun berlaku di Batak Rabit, walau jam 12tengah malam, ‘pak lebai’ ini sanggup berjaga menunggu Dyana, bak ‘ulat bulu naik daun’ menerkam kerusi hadapan.

Mungkin Dyana boleh isi kekosongan ‘quota’ pak-pak lebai tersebut.

Bagaimanapun, disebalik kelucuan tersebut terdapat satu penghinaan terhadap lelaki Melayu dan India menerusi kenyataannya.

Dyana memandang rendah terhadap lelaki Melayu dan India dan menyifatkan mereka sebagai tidak pandai menjaga perasaan isteri dan seorang yang pengotor!

Agak sukacita penulis nak tanya kepada Dyana, apakah bangsa ibunda dan ayahanda budak Dyana ni?

Singh, Irish atau Inggeris ???

Jelas Dyana hanya mencari populariti diri dan bukanlah benar-benar mahu menadi “WAKIL RAKYAT” yang sebenar kepada wargaTeluk Intan.

Tidak terfikirkah Dyana bahawa kenyataannya itu telah mengguris hati pengundi kaum lelaki berbangsa Melayu dan India.

Dari kenyataan Dyana, jelas dia sememangnya seorang Melayu yang tidak sedarkan diri!

Kalau dah ‘makan belacan’ jangan pula perasan macam makan ‘cheese’ !

_Shaz

Monday, May 26, 2014

BUKTI YANG SANGAT MEMALUKAN TENTANG DYANA SUDAH TERSEBAR!!!


Ekoran pendedahan yang dilakukan oleh Suara.TV berhubung kelayakan calon DAP, Dyana Sofea sebagai seorang peguam, pihak kami menerima pelbagai maklum balas berhubung isu tersebut.

Terbaru, Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam Haezreena Begum Abdul Hamid tampil membuat kenyataan menyelar tindakan Dyana itu.

Menurut Haezreena seseorang yang hanya memperolehi ijazah undang-undang dan tidak melaksanakan tugas hariannya sebagai peguam atau dalam bahasa mudah tidak berdaftar dengan Majlis Peguam tidak boleh dikategorikan sebagai Peguam.

“Dia tidak harus mempromosikan dirinya sebagai seorang peguam, (tambahan pula) dia tidak mempunyai Sijil Annual dan Sijil Amalam Peguam” katanya kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi.

Beliau yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang dan berdaftar dengan Majlis Peguam menyifatkan tindakan Dyana itu sebagai alpa dan bodoh.

Tuesday, May 20, 2014

DAP LEBIH PENTING DARI AKIDAH TAUHID BAGI DYANA

IMG-20140518-WA0004

CALON DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofia membuktikan bahawa bila dia membuat keputusan menyertai DAP, maka seluruh hidupnya juga didedikasikan untuk parti berlambangkan roket tersebut.

Sehingga bila DAP menentang sistem perundangan dalam agamanya sendiri pun, Dyana tanpa segan silu mengikut sama, alasannya (selain pendirian parti), calon dari Gerakan yang mewakili BN dalam PRK tersebut, turut menolak hudud.

Tapi budak ini terlupa atau sengaja jadi jahil, hudud ini bukan tentang parti apa yang kamu sokong, hudud adalah perundangan Islam.  Memilih untuk tidak melaksanakan, dengan menolak secara total perundangan Islam seperti yang dilakukannya sekarang, adalah 2 perkara berbeza.

Monday, May 19, 2014

PANAS:CERITA SEBENAR TENTANG DYANA PAKAI BIKINI


Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan kali ini terdapat seramai 45 orang pengundi berumur lebih 100 tahun, 38.61 peratus pengundi adalah Melayu, Cina (41.94 peratus) dan India (19 peratus).

Calon DAP di Teluk Intan ialah Dyana Sofya Mohd. Daud merupakan Setiausaha Politik Lim Kit Siang. Ibu Dyana Sofya sebenarnya bekas ahli Wanita UMNO yang aktif di peringkat bahagian. Sekiranya pembaca ada mengikuti artikel saya yang lepas maka kalian akan teringat yang saya mengatakan bahawa pakatan pembangkang sering mengambil individu yang memiliki ‘DNA’ UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan akhirnya dipakejkan sebagai jaguh dalam parti mereka.

UMNO dan BN ialah kilang penawaran bakat terbesar kepada pakatan pembangkang. Peliknya setiap hari ada sahaja tuduhan dan dakwaan disebarkan kepada orang ramai betapa lemah dan jahatnya UMNO dan BN.

Dalam isu ini sebenarnya pihak media sosial BN yang tidak peka dan terperangkap dalam jerat yang diumpan oleh pakatan pembangkang. Dalam DAP sebenarnya sama juga seperti parti PKR yang mana terdapat kumpulan yang pro Istana Segambut dan sebaliknya.

Begitu juga dalam DAP, terdapat kumpulan yang pro Dinasti Lim dan yang menentangnya. Banyak penganalisis politik sebelum ini meramalkan keluarga Dinasti Lim sudah tidak sehaluan dengan keluarga Ngeh dan Nga di Perak.

Terdapat beberapa calon berpotensi sebelum ini yang dilihat sebagai penyokong kuat keluarga Ngeh dan Nga di Perak. Mereka ialah Setiausaha Politik Nga Kor Ming, Chong Zhen Min dan Hee Kuan Yew atau lebih dikenali sebagai ‘SUPERMAN’.

Diramalkan keluarga Dinasti Lim bersama strategis dan RBA akan merangka satu strategi untuk mempromosikan Dyana Sofya untuk meningkatkan kebarangkaliannya menjadi calon kerana beliau dianggap produk Dinasti Lim.

Keadaan ini akan mengurangkan kebarangkalian calon-calon berpotensi dan anak jati Perak yang datangnya daripada musuh lama, keluarga Ngeh dan Nga.

Mereka merancang untuk mencari gambar Dyana Sofya yang mirip dengan seorang selebriti Filipina iaitu Pauleen Luna dan menyebarkan kepada penyokong BN melalui jentera RBA.

Akhirnya, penyokong BN yang kekurangan strategi dalam media sosial terperangkap dengan menggerakkan ahli-ahli mereka menyebarkan gambar palsu Dyana Sofya.

Pada ketika itu , Malaysiakini dan laman page RBA dengan cepat mengatakan wanita yang disebarkan bukan Dyana Sofya tetapi Pauleen Luna. Sekiranya tidak dirancang maka persoalannya mana mungkin gambar asal tersebut boleh dicari dengan begitu cepat?

Kini semua media, blogger, RBA dan termasuk akhbar The Star melaporkan dengan meluas bagaimana jahatnya BN mengaibkan Dyana Sofya. Teknik ini adalah serampang dua mata iaitu pertama membuat fitnah sehingga menjejaskan kredibiliti BN, mengakibatkan masyarakat memberi undi dan simpati kepada Dyana Sofya.

Nampaknya sebelum pilihan raya bermula Dinasti Lim sudah hampir menang dalam dua pertarungan iaitu secara dalaman dan luaran.

Oleh itu adalah penting bagi BN untuk sedar daripada lamunan dan tidak berterusan terperangkap dalam permainan dan taktik kotor DAP ini yang akhirnya hanya menguntungkan mereka tetapi BN pula yang terpalit dengan dakyah dan pembohongan pihak pembangkang yang didalangi RBA.

Penulis ialah Penganalisis Politik, Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia, Pengasas blog SYA For The Nation.

Monday, September 02, 2013

TERKINI:UITM AKAN DIBUKA KEPADA CINA TIDAK LAMA LAGI!!!???





Budak perempuan di atas bernama Dyana Sofya Mohd Daud dan merupakan Setia Usaha Politik kepada pemimpin DAP Lim Kit Siang.

Dalam wawancara dengan Malaysikini, yang turut disiarkan di blog Lim Kit Siang, Dyana meluahkan kekecewaan terhadap UiTM, IPT yang dia memperolehi ijazah undang-undang kerana menghadkan kemasukan hanya untuk Melayu dan Bumiputera sahaja.

Dyana nyata tidak tahu asal-usul UiTM bahkan tidak tahu betapa susahnya anak-anak Melayu sebelum merdeka hingga ketahun 70an untuk mendapatkan pendidikan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa