SENARAI penuh calon Barisan Nasional (BN) hanya akan diketahui esok selepas pengerusi perhubungan negeri mengumumkan calon bagi negeri masing-masing.
Namun pengesahan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa 33 peratus calon bagi Parlimen dan 49 peratus calon Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah muka baharu.
Dengan perkataan lain, hampir separuh daripada calon-calon lama akan digugurkan kali ini, sekali gus membuktikan bahawa BN benar-benar telah melaksanakan transformasi.
Setelah melakukan transformasi di peringkat UMNO sebelum ini, Najib kini memulakan langkah melakukan perubahan di peringkat BN dengan menampilkan calon-calon boleh menang, berdasarkan kehendak pengundi dan kemampuan mereka menjalankan amanah dan tanggungjawab.
Hal ini ditambah pula PRU-13 adalah pilihan raya umum pertama Najib sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan parti daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Maka sudah pasti, beliau akan memastikan calon-calon yang dipilih benar-benar berkualiti. Tambahan pula pengalaman 2008 banyak mengajar beliau dalam memilih calon.
Selain menampilkan hampir separuh muka baharu, Najib turut menekankan soal tahap pendidikan calon. Tidak hairanlah lebih 90 peratus calon BN kali ini terdiri daripada kalangan profesional yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma, termasuk kalangan ulama.
Hal ini bertentangan dengan pihak pembangkang. Ketika mereka asyik berkempen dengan laungan “ubah… ubah…” kenyataannya mereka sendiri tidak pernah mahu berubah. Calon-calon sangat tua, melebihi usia 70 tahun masih menjadi taruhan pembangkang baik di pihak Pas, PKR apatah lagi DAP.
Veteran-veteran politik seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh (DAP), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Pas) atau Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) masih lagi mencalonkan diri untuk bertanding pada PRU-13 ketika rakan-rakan sebaya mereka di dalam BN sudah lama meninggalkan gelanggang.
Nik Abdul Aziz yang pernah mengeluarkan kenyataan akan terus bertanding dalam pilihan raya umum walaupun terpaksa dipapah, jelas menunjukkan ketamakan kuasa yang ada pada Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan itu.
Beliau yang pernah suatu ketika dahulu menasihatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar bersara tetapi beliau sendiri masih lagi enggan meninggalkan kerusi politiknya ketika individu yang dinasihati itu sudah lama melepaskan jawatan.
Malahan jika dilihat struktur pucuk pimpinan UMNO sejak ditubuhkan pada 1946 sehingga kini, parti itu telah diterajui oleh tujuh presiden bermula Tun Dr. Ismail, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lalu siapa yang patut diubah? Apakah benar BN atau pihak pembangkang sendiri?
Jelas pembangkang umpama “ketam yang mengajar anak mereka berjalan dengan betul”. Mereka mengajak rakyat dan pengundi membuat perubahan tetapi mereka sendiri masih lagi berada di takuk lama, enggan berundur, masih mahukan kuasa dan pangkat.
Mereka mengajak pengundi memilih kerajaan baharu sedangkan “kerajaan baharu” yang mereka tawarkan dipimpin oleh orang lama yang sudah sangat tua, tidak bermaya, uzur, bergelut dengan masalah kesihatan, lemah dan otak-otak yang semakin mengecut dan lemah untuk berfikir.
Lalu apa yang dijanjikan mereka kepada rakyat menerusi gerakan “ubah” tersebut? Tiada… Melainkan hanya seruan dan janji-janji kosong daripada para pemimpin parti yang hauskan kuasa, pangkat dan kekayaan walaupun “rumah sudah kata pergi, kubur kata mari”.
Kini rakyat boleh membuat penilaian dan menuangkannya pada kertas undi di hari pembuangan undi 5 Mei ini, sama ada memilih kerajaan yang dibarisi golongan muda dan berwawasan atau kerajaan yang dibarisi pemimpin-pemimpin tua, uzur dan lemah pemikiran. – UTUSAN ONLINE
20 comments:
PRU13, pilihan hati: PR!
adakah parlimen hulu selangor bakal jatuh ke tangan PR
http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2013/04/bn-hulu-selangor-panas.html
kami suka Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Nik Aziz kerana mereka tamak untuk berkuasa hingga roh bercerai dari tubuh.
kami sokong Tua Bangka..., kami suka Tua Bangka... Kami sokong Firaun!!!!!
Engkau, datuk engkau 'sohod' n nenek engkau dan seluruh keluarga engkau yg totok dalam UMNO adalah kafirun ,fasiqun, munafiqun... tempatnya neraka jahanam dan kekal abadi di dalamnya selama-lamanya...kerana mendustakan ayat-ayat Allah serta mempertahankan kesesatan yang nyata oleh UMNO dan Barisan NAsional!!!!!
Engkau, datuk engkau 'sohod' n nenek engkau dan seluruh keluarga engkau yg totok dalam UMNO adalah kafirun ,fasiqun,musyrikun n munafiqun... tempatnya neraka jahanam dan kekal abadi di dalamnya selama-lamanya...kerana mendustakan ayat-ayat Allah serta mempertahankan kesesatan yang nyata oleh UMNO dan Barisan NAsional!!!!!
Bodoh mamat nie...dduk kt mlaysia apa lgi yg tk ckup untk kau..klau tk krana ad umno kau pn tkda kt dnia bongok..ckp mcm org tk berakal..kaki bntot kau skong buat apa
Yang difitnah itulah yg.banyak pahalanya.bukan busuk hati macam perasan boleh dapat kesyurga...PAS ..parti ajaran sosat..PKR..parti konkek rakyat DAP...Dalam ada punai.BN ..
Parti pejuang islam yg.hakiki...
UMNO & BN tetap dihati....allah mengetahui apa yang PR buat..takbirrrrr
Engkau tuhan ke sampai nak cakap kat orang lain firaun..kafir...munafiq!!!! Engkau Tuhan ke nak tentukan orang masuk syurga atau neraka !!!! Mcm ni ke ajaran ko dlm parti !!!!! Agak2lah brader kalau nak cakap kat orang !!!!! Jgn smpai Tuhan turunkan bala kat ko ngan puak2 ko !!!!
Allah bersama2 org yg benar. Hidup Umno dan BN.
Allah bersama2 org yg benar. Hidup Umno dan BN.
jangan bimbang 5 Mei nanti PR akan berkubur
kalau x suka UMNO pun janganlah sampai memaki hamun..kita orang Islam..Islam itu bersaudara..jgn hukum orang lain masuk neraka ..hanya Allah yang tahu
Ya Allah.. menangkan parti yang membawa kebaikan, tolak rasuah, tolak kezaliman kepada rakyat, tolak fitnah, tolak berita yang merosakkan Mata, telinga Dan fikiran anak2 kami .
Redha jer
Apa guna pangkah PAS kalau tak solat,
Apa guna pangkah PAS kalau masih merokok.. Masih ramai golongan macam ni dalam PAS..tp masih nak menjerit ISLAM.. ISLAM.. Sedar tak ISLAM apakah ini?? Perbetulkan mereka2 ini sebelum mengkafirkan org yg lain yg mungkin lebih bertaqwa, lebih mulia kedudukannya di sisi ALLAH.
Apa guna pangkah PAS kalau tak solat,
Apa guna pangkah PAS kalau masih merokok.. Masih ramai golongan macam ni dalam PAS..tp masih nak menjerit ISLAM.. ISLAM.. Sedar tak ISLAM apakah ini?? Perbetulkan mereka2 ini sebelum mengkafirkan org yg lain yg mungkin lebih bertaqwa, lebih mulia kedudukannya di sisi ALLAH.
den orang yg tahu bersyukur.selamo ini anak bini den tak pornah tak makan tak minum.ini den tengok yg maleh ajo sokong PR agaknyo diorang pikir PR berkuaso semuo dapek percumo kut.
Seda diri ....baiki diri....kesian kamu x seda diri...
X tahu apa2 mamat ni dah sesat dunia dan akhirat..
Post a Comment