Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label Mohd Ali Rustam. Show all posts
Showing posts with label Mohd Ali Rustam. Show all posts

Saturday, September 21, 2013

TERKINI:TOK ALI TIDAK TARIK DIRI!!!


DARI SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI, TOK ALI AKAN TETAP MENAWARKAN DIRI SEBAGAI CALON NAIB PRESIDEN UMNO WALAUPUN SEBUAH AKHBAR TELAH MELAPORKAN BAHAWA BELIAU AKAN MENARIK DIRI.

BORANG PENCALONAN UNTUK JAWATAN TERSEBUT DIKHABARKAN AKAN DISERAHKAN SEBELUM KAUNTER SERAHAN DITUTUP HARI INI.

KHABARNYA TOK ALI DALAM PERJALANAN KE PWTC DAM DOAKAN PERJALANAN BELIAU SELAMAT SAMPAI KE SANA.

TERDAHULU, TOK ALI TELAH SERAH BORANG UNTUK PERTAHAN JAWATAN KETUA UMNO BAHAGIAN BUKIT KATIL.

JPX

Wednesday, September 04, 2013

TOK ALI SURUH KITA REBUT INI BARANG BAIK!!!


STEADY TOK ALI...
TERUSKAN KERJA YANG BAIK INI UNTUK BANTU ANAK WATAN BUMIPUTERA...
KITA LAHIRKAN LEBIH RAMAI LAGI USAHAWAN BERJAYA...
BIAR KITA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA KUASAI EKONOMI NEGARA INI...
CUKUPLAH CINA LAHANAT KUASAI EKONOMI TANAH MELAYU INI...
MARILAH KITA SEMUA ORANG MELAYU REBUT PELUANG INI...

JPX


MELAKA 3 Sept. - Teknokrat bumiputera diseru merebut peluang pembiayaan yang disediakan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk berkecimpung dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan kejuruteraan.

Pengerusi PUNB, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, selain teknokrat, golongan profesional yang mempunyai pengalaman bekerja dengan syarikat multinasional turut digalakkan terlibat dalam bidang berkenaan.

Menurutnya, setakat ini PUNB berjaya membantu dua syarikat bumiputera yang besar dan tersenarai di Bursa Malaysia dalam bidang tersebut termasuk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Tuesday, August 27, 2013

TERKINI:KJ SERAH TUGAS PADA TOK ALI!!!





SEBELAH PAGI TADI TELAH BERLANGSUNG SATU MAJLIS RINGKAS PENYERAHAN TUGAS PENGERUSI PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) DARI YB KJ KEPADA PENGERUSINYA BARU IAITU TOK ALI, IBU PEJABAT PUNB, KL.

MAJLIS ITU MENANDAKAN TAMATNYA PERKHIDMATAN YB KJ DI PUNB DAN KINI IANYA DIAMBIL ALIH OLEH TOK ALI.

BAGI YANG TAK TAK TAHU APA ITU PUNB DAN FUNGSINYA, BOLEH BACA DI SINI.

AKU UCAP SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA TOK ALI KERANA DIPILIH SEBAGAI PENGERUSI PUNB DAN BERHARAP AGAR AGENSI INI AKAN TERUS CEMERLANG DI BAWAH KEPIMPINAN BELIAU.

PENGALAMAN TOK ALI SEBAGAI KETUA MENTERI MELAKA DIYAKINI DAN TAK BOLEH DISANGKAL LAGI. PERDANA MENTERI TELAH BUAT PILIHAN BETUL DALAM PERKARA INI.

SEMOGA INI ADALAH PERMULAAN YANG BAIK BAGI TOK ALI.

KEPADA YB KJ, CHIEF, TERIMA KASIH SEPANJANG BERTUGAS DI PUNB. JASAMU DIKENANG.

JPX

Monday, August 05, 2013

TOK ALI TAK JADI BERTANDING NAIB PRESIDEN TAPI UMUM BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN PULAK!!!



Datuk Seri Ali Rustam telah melontarkan satu teka teki di celah mood pemilihan UMNO yang semakin mencuri perhatian ramai.

Soalan tentulah jawatan apa yang bakal ditandingi oleh bekas Ketua Menteri Melaka ini.

Teka tekinya pula tidak lain tidak bukan jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO atau Naib Presiden UMNO.

Para pemerhati politik yang faham mengenai lenggok pemilihan UMNO tetap letak Ali sebagai ' serious candidate' sekalipun beliau tiba-tiba hampir hilang segalanya gara-gara tewas sebagai Ahli Parlimen Bukit Katil ditangan Ketua AMK PKR Shamsul Anwar Mohd Akin pada pilihanraya umum ke 13.

Sunday, August 04, 2013

TERKINI:TOK ALI UMUM BERTANDING NAIB PRESIDEN UMNO!!!???


STEADY TOK ALI!!!
SEBAGAI SEORANG ANAK JATI MELAKA...
AKU SOKONG TOK ALI NAK BERTANDING JAWATAN NAIB PRESIDEN UMNO...
HARI BELOM KIAMAT, ESOK SIAPA TAHU....
HARAP AHLI UMNO DAPAT BERIKAN SOKONGAN DAN UNDI PADA TOK ALI PADA PEMILIHAN PADA KALI INI!!!

JPX


KUALA LUMPUR 4 Ogos - Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam memberi isyarat jelas yang beliau hampir pasti akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

Walaupun berulang kali mengelak untuk mengesahkan perkara itu, beliau menyokong jawatan Presiden serta Timbalan Presiden yang kini disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dipertandingkan.

Beliau yang ditemui di sini hari ini turut mengesahkan sudah banyak bahagian UMNO yang menyatakan sokongan terbuka kepada beliau untuk bertanding jawatan Naib Presiden termasuk terbaru daripada UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.

Terdahulu beliau merasmikan majlis sumbangan Ramadan kepada 500 anak yatim, warga tua dan golongan kurang bernasib baik anjuran Wanita UMNO Cawangan Kampung Seri Hujung, Bahagian Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Dalam pada itu, ditanya apakah perubahan pada sistem pemilihan kali ini yang membenarkan 150,000 perwakilan mengundi memberi kelebihan kepadanya, Mohd. Ali berkata, semua pihak mempunyai peluang yang sama.

Kepada soalan apa yang akan diperjuangkan jika terpilih sebagai salah seorang Naib Presiden pula, Mohd. Ali menegaskan, beliau akan mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Islam yang kini dicabuli pihak tertentu.

"Sekarang ini banyak pihak cuba rampas hak orang Melayu dan Islam yang kita semua telah persetujui semasa mula-mula menuntut kemerdekaan dulu. Mereka ini hendak ubah Perlembagaan negara dan nak tulis semula undang-undang," katanya. - UTUSAN

Friday, July 19, 2013

TERKINI PETANG JUMAAT:TOK ALI BAKAL NAIB PRESIDEN UMNO YANG BARU???!!!



AKU CUKUP SOKONG DAN SETUJU...
UMNO PERLU TRANSFORMASI TOTAL...
KALAU BOLEH PRESIDEN UMNO PUN TUKAU!!!
TAK BOLEH ORANG LEMBIK DAN TERLALU BERTOLAK ANSUR JADI KETUA KITA...
TAKUT NANTI AGAMA ISLAM DAN ORANG MELAYU YANG BERANSUR NANTI...
KEPADA TOK ALI...
AKU UCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA DAN SEMOGA BERJAYA...
AKU YAKIN DAN PASTI...
ORANG UMNO AKAN TERUS PILIH TOK ALI SEBAGAI NAIB PRESIDEN NANTI...
HEY...
INI ALI LAH!!!

JPX

Wednesday, May 29, 2013

TERKINI:TOK ALI DILANTIK SEBAGAI SETIAUSAHA AGONG UMNO, TAPI....



Aku tak terperanjat sangat bila ada blogger dah mula menaip dengan laju di laman blog mereka mula korek keburukan lampau seseorang pemimpin UMNO. Dengan tempoh pemilihan parti UMNO yang kini sudah hampir, aktiviti pembunuhan keraktor ini semakin galak dan berluasa. 

Blogger ini sudah mula menjalankan kegiatan pembunuhan keraktor yang aku anggap sebagai misi mereka dalam memastikan nama boss mereka terus harum dan dipermudahkan untuk capai jawatan yang dihajat.

Rafi Awang Kecik bukan nama asing dalam dunia blogging. Sebagai seorang presiden sebuah pertubuhan yang mengumpulkan blogger yang tersohor penulisan beliau tentu sahaja akan mendapat perhatian pembaca terutamanya dari pengamal media baru.

Dalam satu entri terbarunya di blog miliknya >>>di sini<<<, beliau secara terbuka dan lantang mengecam tindakan kononnya ada gerakan kumpulan yang cuba melobi nama Tok Ali, bekas Ketua Menteri Melaka untuk dijadikan Setiausaha Agong UMNO.

Alasan utama beliau dalam penulisannya itu adalah MORAL Tok Ali yang pernah disabitkan kesalahan politik wang hingga beliau tidak dapat bertanding jawatan Timbalan presiden umno pada sesi pemilihan yang lalu.

Abang Rafi juga mengimbau sejarah Tok Ali ketika beliau menjawat jawatan Pengerusi Biro Latihan UMNO satu ketika dulu. Cerita dan sejarah negetif dibangkitkan semula seakan mahu membangkitkan kebencian ahli parti terhadap Tok Ali

Tapi jika kita ambil itu sebagai alasan utama Rafi menyatakan penolakan beliau kepada Tok Ali untuk menjawat Setiausaha Agong,  maka Abang Rafi juga  patutnya perlu segera membuat sedikit kaji selidik tentang nama nama pemegang jawatan tertinggi yang sedang berkhdimat dalam UMNO.

Abang Rafi perlu selidik sedalamnya apakah semua pemegang jawatan dalam UMNO bersih rekodnya, buat kerja cemerlang dan tiada cacat celanya.

Bagaimana pula dengan beberapa nama yang juga pernah mengalami nasib sama seperti Tok Ali yang kini sedang menjawat jawatan tertinggi dalam UMNO? Adakah mereka ini bersih rekodnya dan tidak terlibat dalam politik wang?

Ada juga yang menjadi Pengerusi itu dan ini walaupun telah juga pernah disabitkan salah atas kesalahan politik wang. Betul tak?

Kenapa pula hanya Tok Ali sahaja yang difokuskan dan tidak dilibatkan sekali individu ini?

Bagaimana pula dengan puluhan nama lain yang sekarang sudah rancak pasang ancak di seluruh semenanjung mempromosi diri untuk jawatan tertinggi dalam UMNO?

Penulisan Abang Rafi yang fokus kepada Tok Ali juga boleh aku katakan sebagai satu serangan awal untuk memastikan nyawa politiknya Tok Ali yang tinggal sedikit terus dipadamkan dari arena politik Malaysia. 

Aku andaikan ada musuh politik Tok Ali nampak kebolehan Tok Ali bekerja tidak mustahil YAB Presiden parti akan menamakan beliau sebagai Setiausaha Agong. 

Ada individu yang mengidamkan jawatan Setiausaha Agung ini sudah mula rasa terancam apabila nama Tok Ali mula disebut-sebut dan rasa terancam maka gerak kerja untuk memusnahkan ancaman mula digerakan.

Jika Abang Rafi menulis hanya sekadar berdasarkan pandangan peribadi beliau, aku nak tanya pulak, juga melalui padangan peribadi beliau, siapa pula yang dia rasakan layak untuk menjawat jawatan Setiausaha Agong UMNO, jika benar Ku Nan bakal melepaskan jawatan beliau?

Orang Melaka terutamanya tentu sahaja akan gembira jika Tok Ali dilantik sebagai Setiausaha Agong UMNO, namun jika Abang Rafi rasakan Tok Ali tidak sesuai atau layak tolong namakan seorang yang layak supaya kita di Melaka ini dapat menerimanya dan menilaikan kelayakan individu tersebut untuk menjadi Setiausaha Agong UMNO.

Namun semua ini adalah hak ekslusif Presiden UMNO untuk memilih dan menentukan. Kebolehan Presiden (dengan bantuan penasihatnya) membuat pemilihan tidak boleh dipertikaikan. Biarlah siapa pun yang dipilih, sebagai ahli parti kita kena akur dan berikan sepenuh sokongan kerana dalam perjuang berparti itulah yang paling utama.

Permasalahan ini biarlah pucuk pimpinan yang tertinggi selesaikan. Tak salah juga bagi kita untuk memberikan pendapat dan cadangan. Tapi perlulah kena cara dan tertibnya.

Secara peribadi, aku rasakan tulisan Abang Rafi sedikit mengguris perasaan dan nadanya tidak boleh kami terima, terutamanya bagi kami rakyat negeri Melaka.

Jika nak cerita kebaikan Tok Ali, datang sendiri ke negeri kami ini. Masuk dari tol Ayer Keroh, ke bandar Melaka hinggalah ke sempadan Muar di Sungai Rambai keindahan, kemajuan, kemudahan dan perubahannya yang ada pada hari ini adalah cetusan idea dan usaha kerja keras Tok Ali.

Bila pemimpin besar kami ini kutuk, dihina secara terbuka ianya seakan satu pengisytiharan perang ke atas kami dan tak mungkin kami akan berdiam diri dan membiarkannya. Namun apa guna kita bersengketa sedangkan musuh mengintai sambil ketawa??? 

Allah takdirkan Tok Ali kalah dan beliau telah terima kekalahan tersebut. Kami juga akur dengan keputusan kekalahan Tok Ali. Namun untuk menerima cemuhan dan kritikan terbuka sedemikian rupa, terutamanya dari seorang yang boleh dianggap sahabat, ianya seperti mencurahkan garam ke luka yang terbuka.

Semoga Allah berikan kekuatan kepada Tok Ali dan memberikan petunjuk kepada Presiden parti kita untuk memilih siapa yang selayaknya. Jika ditakdirkan Tok Ali terpilih janganlah cerita ini diusung ke sana ke sini kerana itu adalah pilihan Presiden maka wajar kita hormati.

Kami juga berharap agar Abang Rafi dapat berlaku adil dalam penulisan dan jangan terlalu menyerang kepada mereka yang belom sahih jawatanya. Pandanglah dengan skop yang lebih luas dan perhatikan mereka yang sedia ada di depan mata.

Kalau nak cari salah orang memang mudah. Kuman seberang laut pun nampak kan. Tak perlulah kita blogger yang mengaku pro UMNO ni telanjangkan pemimpin kita sendiri. Banyak lagi musuh hakiki kita di luar sana yang perlu diserang dan ditelanjangkan kejahatan mereka.

Hentikanlah perkara yang boleh membesarkan jurang perbezaan dan segera kita cari persamaan dalam persediaan kita menghadapi PRU 14.

Kepada Allah kita berserah!!!

JPX

Wednesday, January 30, 2013

MELAKA AKAN TIADA ELEKTRIK TIDAK LAMA LAGI???






ALOR GAJAH, 29 Jan -- Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (kanan) menandatangi plak perasmian pada majlis pemasangan Panel Solar di Rembia di sini hari ini.Melalui projek ini, bekalan tenaga elektrik akan di jual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui perjanjian "Renewable Energy Power PurchaseAgreement (REPPAS) selama 21 tahun.Dengan adanya projek ini dapat mengurangkan tenaga elektrik konvensional dalam aktiviti serta menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk negeri Melaka.


STEADY MELAKA...
SLOGAN NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU BUKAN SEKADAR CAKAP DI MULUT SAHAJA...
TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI NI MEMANG BAGUS...
JIMAT DAN BERSIH...
APA YANG DIKATA TELAH DILAKSANA...
JANJI DITEPATI MEMANG BETUL-BETUL BERLAKU...
SYABAS DAN TAHNIAH DI ATAS KERJA KERAS TOK ALI DAN PASUKANNYA...
TERUSAN KERJA YANG BAIK INI...
KAMI RAKYAT MELAKA AKAN TERUS SOKONG DAN BANTU MANA YANG BOLEH...
MANA RAKYAT YANG TAK MAHU IKUT...
TERUS LER DUDUK KAT SITU...
MANA YANG NAK MAJU...
UNDI BARISAN NASIONAL..

JPX

Friday, January 18, 2013

TOK ALI LETAK JAWATAN SEBAGAI KETUA MENTERI MELAKA???!!!



MELAKA: Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini mengesahkan sedia bertanding di kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-13, sekali gus menamatkan spekulasi beliau berhasrat melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka. 

Beliau berkata, hasrat itu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
"Ramai juga yang sedia maklum tentang perkara ini namun keputusan terletak di tangan Perdana Menteri," katanya selepas menyampaikan bantuan persekolahan RM100 kepada murid Sekolah Kebangsaan Dato Palembang di sini, hari ini. 

Beliau yang diminta mengulas khabar angin berhubung hasratnya melepaskan jawatan ketua menteri untuk kembali berkhidmat di peringkat pusat, bagaimanapun enggan mengulas mengenai kerusi parlimen yang akan ditandingi. 

Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang kesembilan menggantikan Datuk Seri Abu Zahar Isnin pada 2 Disember 1999. 

Beliau sebelum itu pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Kesihatan. 

Sementara itu, Mohd Ali berkata, pembahagian kerusi bagi pilihan raya umum ke-13 di Melaka telah selesai dan dipersetujui semua parti komponen Barisan Nasional (BN). 
"Tidak ada perubahan baru buat sementara ini dan kita akan ikut cadangan awal yang telah dikemukakan kepada Pengerusi BN sebelum ini," katanya. 

Katanya, berdasarkan perancangan sekarang, hanya kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana yang sebelum ini ditandingi MCA, akan diserah kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk ditandingi Pengerusi PPP negeri Datuk Chiw Tiang Chai. - BERNAMA 

Thursday, December 27, 2012

TOK ALI DESAK LIM GUAN ENG CAKAP BENAR!!!




Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didesak memberi penjelasan berhubung dakwaan dua pemimpin parti itu di Perak yang ditawarkan tanah bernilai lebih RM30 juta di Gua Musang, Kelantan sebagai syarat menerima wakil Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.

Tindakannya menggesa kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam kitab Injil versi Bahasa Melayu di Semenanjung dilihat sebagai cubaan untuk mengalihkan isu berkenaan daripada rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Guan Eng perlu menyatakan siapa dalang dalam sebuah syarikat yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.

"Biarkan dia (Guan Eng) berseorangan bercakap (isu perkataan Allah). Kita nak tanya dia isu balak ini macam mana kesudahannya.

"Kita mahu bincang hal balak dulu, isu kalimah Allah sudah dibincangkan dahulu," katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat agung ke-18 Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), di sini hari ini.

Guan Eng dalam perutusan sempena Hari Krismas semalam mendesak kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam kitab Injil versi Bahasa Melayu seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.

Blog pisau.net baru-baru ini mendedahkan mengenai pemberian tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.--UM

Tuesday, December 11, 2012

MELAKA AMBIL ANAK ANGKAT PALESTIN



MELAKA 10 Dis. - Kerajaan negeri bercadang mengambil anak angkat rakyat Palestin bagi membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, mengikut perancangan, anak angkat berkenaan akan terus kekal di Palestin dan tinggal bersama keluarga masing-masing tetapi akan dipantau oleh kerajaan negeri terutama dari segi pembangunan akademiknya.

Menurutnya, yuran persekolahan mereka akan ditanggung oleh kerajaan negeri sehingga kanak-kanak berkenaan menjejakkan kaki ke universiti.

"Pemantauan ini akan dilakukan dengan kerjasama Wisma Putra dan kita akan menghubungi anak-anak ini sama ada melalui telefon atau e-mel dan mungkin juga sesekali kita akan berkunjung bagi melihat sendiri perkembangan pendidikannya.

"Kita mempunyai peruntukan mencukupi bagi melaksanakan usaha murni itu namun beberapa persediaan perlu dilakukan antaranya melantik orang hubungan di negara berkenaan serta beberapa urusan dokumentasi," katanya ketika berucap dalam program Jom Layan Orang Muda anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) di Banda Hilir di sini semalam.

Yang turut hadir, Presiden Pertubuhan Belia Sedunia (WAY), Datuk Ir. Idris Haron; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Gan Tian Loo; Timbalan Presiden MBM, Mohd. Sukor Md. Yusoff dan Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Zali Mat Yasin.

Mohd. Ali berkata, menerusi misi bantuan ke Gaza yang turut disertai sukarelawan dari negeri ini, diharapkan mereka dapat mengumpulkan seberapa banyak maklumat yang boleh diguna pakai untuk melaksanakan pengambilan anak angkat itu.

Beliau berkata, usaha murni itu adalah antara sumbangan kerajaan negeri yang prihatin terhadap kesengsaraan rakyat Palestin terutamanya golongan kanak-kanak yang dirampas hak mereka sama ada untuk bermain atau menuntut ilmu.--UM

Wednesday, November 28, 2012

APA YANG TOK ALI BUAT NI???




TERIMA KASIH BN MELAKA...
KALAU NAK IKUT HATI...
MEMANG TAK CUKUP LAGI NI...
KALAU NAK BEST...
TARIK BALIK DATUK CINA BETINA NI...
JANGAN BERI MUKA LANGSUNG PADA CINA PENGKHIANAT MACAM NYONYA TUA NI...
BIAR JADI PENGAJARAN PAA YANG LAIN...

JPX

Melaka Tengah: Barisan Nasional (BN) Melaka tidak lagi mengiktiraf Datuk Kian Sit Har sebagai Ketua Wanita MCA negeri.

Ini susulan tindakan beliau menyertai demonstrasi anjuran pembangkang di Dataran Merdeka, kelmarin.

Pengerusi BN negeri yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata tindakan Sit Har itu sudah melampau.

"Ini kali kedua dia berbuat demikian selepas menyertai demonstrasi Bersih di Dataran Pahlawan pada Mei lalu. Bagi saya dia bukan Ketua Wanita MCA Melaka lagi... kita tak iktiraf beliau. Dia ibarat dah tak ada dalam BN.

"Bergerak sendirian lone ranger, cari publisiti murah... ambil gambar bersama pemimpin oportunis.. satu sen tak guna dan tak laku dalam BN. Beliau ambil gambar dengan Lim Kit Siang supaya dapat keluar akhbar, itu saja kerjanya," katanya kepada BH ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas penyertaan Sit Har pada Himpunan Hijau di Dataran Merdeka yang dianjurkan pembangkang, kelmarin.

Beberapa laman blog semalam turut menyiarkan gambar menunjukkan pemimpin Wanita MCA Melaka itu berpakaian hijau dan bersalaman dengan pemimpin DAP.

Mei lalu, Mohd Ali meminta Sit Har melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita MCA Melaka kerana terbabit secara langsung dengan penganjuran perhimpunan Bersih di Dataran Pahlawan, dekat sini.

JPX

Monday, November 12, 2012

WAJIB BACA:BLOGGER DEDAHKAN WAJAH SEBENAR KETUA MENTERI MELAKA


SEORANG BLOGGER TELAH MEMBUAT SATU PENDEDAHAN PANAS TENTANG DIRI KETUA MENTERI MELAKA SEMPENA HARI DEEPAVALI INI.

KALAU KORANG SEMUA NAK TAHU PERANGAI SEBENAR TOK ALI YANG AKU TAK MAMPU NAK CERITA, KORANG BACA SENDIRI 

BERANI BETUL BLOGGER TU BUAT CERITA DANN SIARKAN GAMBAR TOK ALI SEDANG BERKELAKUAN SEDEMIKIAN. AKU MEMANG TAK MAMPU BACA APATAH LAGI LIHAT KETUA MENTERI AKU DALAM KEADAAN BEGITU.

KORANG BACA DAN NILAIKAN SENDIRI APAKAH WAJAR TOK ALI DAN BN TERUS DIBERIKAN MANDAT UNTUK MENTADBIR KERAJAAN DALAM PRU 13.



JPX

Tuesday, October 23, 2012

KANTOI PAGI SELASA:TOK ALI ADA LEBIH RAMAI PENGAWAL PERIBADI BERPISTOL DARIPADA ANWAR IBRAHIM!!!???



CERITA PENUHNYA >>>DI SINI<<<

NAYA PUNYA KES...
APA TOK ALI BUAT LAGU NI???
TAK KAN TOK ALI NAK IKUT PERANGAI ANWAR AL-JUBURI..
BODY BERBELAS ORANG SIAP PISTOL LAGI...
KALAU GAYA MACAM ANWAR...
ITU TANDA ORANG PENAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI....

TAPI TOK ALI STEADY...
TAK PAYAH BODYGUARD BERBELAS ORANG...
RILEKS JER KE SANA SINI SEMUANYA SELAMAT...
MANA NAK CARIK KETUA MENTERI MACAM NI...
MATI-MATI KERJA...
SEMOGA ALLAH LINDUNGI DAN BERIKAN KEKUATAN SERTA KESIHATAN PADA TOK ALI UNTUK TERUS MEMIMPIN MELAKA...
INSYALLAH.


Friday, October 12, 2012

PERLUKAH TOK ALI HALAU TETAMU PADA HARI ITU???




SEBETULNYA isu kenduri majlis perkahwinan anak sulong Ketua Menteri Melaka yang dihadiri lebih 130,000 orang rakyat Melaka ini, bukan satu masalah pun.  Kalau orang nak menyeleweng, banyak cara dia boleh buat dan diamkan, bukan bodoh benar nak tunjuk depan rakyat terang-terang dengan adakan majlis kenduri kahwin besar-besaran.

Kenduri kahwin pun seperti yang ramai tahu, bukan dipaksa kepada sesiapa untuk hadir.  Tak pernah penulis dengar ada orang berbunuh sebab tak hadir kenduri kahwin setelah dijemput, ada ke?

Jadi kalau orang nak berduyun-duyun datang ke majlis kenduri pemimpin macam Ali Rustam, apa nak dihairankan?  Beliau orang terkenal, pemimpin negeri dan sepanjang jadi Ketua Menteri Melaka dah beribu pulak kenduri kahwin rakyat yang beliau hadiri sepanjang pegang jawatan itu.

So, rakyat nak balas balik dengan hadir beramai ke majlis perkahwinan anaknya, nak bising apa?

Cukup tak cukup bajet ke, kena usahalah cari mana dapat, takkan nak dihalau pulak rakyat yang datang ke majlis kenduri tersebut atau biarkan mereka tak makan semata-mata takut pembangkang jadikan isu?

Ini yang bebal namanya dan Pakatan Rakyat kebetulan memang penuh orang bebal.  Mana nak terfikir benda-benda macam ini!!  Pakatan haram ini lebih suka Ali Rustam halau rakyat yang datang kenduri kahwin anaknya, senang nanti depa nak kempen Ali Rustam pemimpin sombong pulak.

Sebetulnya memang lumrahnya kalau dah namanya pembangkang, mana-mana pun tak kena dan salah, oleh yang demikian usahlah ambil pusing.

Cuma yang penting dalam hal ini untuk rakyat tahu, inilah pun rupanya politik pembangkang.  Akal lain tarak, apa perkara pun nak dijadikan isu, waima dalam soal mengadakan kenduri kahwin.

Itu hari Perdana Menteri pun kena juga bila adakan  majlis pertunangan anak.

Sebetulnya Pakatan haram ini dengki sebab kenduri kahwin Ali Rustam menerima sambutan rakyat.  Depa dah pukul canang satu Melaka yang Ali Rustam ini pemimpin korup dan maka itu patut dibenci, apa sekali bila beliau buat kenduri, beratus ribu yang datang.

Mana tak berbulu mata, lebih-lebih lagi mata Sam Ketot  – calon PKR untuk kawasan Bukit Katil tempat Ali Rustam bermaustatin dan jadi Ketua Bahagian UMNO di sana.

Bersih 3.0 tempoh hari pun tak sampai suku dari majlis kahwin anak Ali Rustam tau.

Gelabah puyuh punya pasal tengok sambutan rakyat begitu hebat, maka dipusinglah isu kepada kononnya berlaku penyelewengan.  Busuk betul hati Pakatan Rakyat ini ya, berpolitik tak kira tempat, semua perkara pun dia nak pulun.

Tapi jangan kita kang serang peribadi pemimpin dia waima video seks yang terang-terang tunjuk muka.  Betul salah tolak belakang, yang nampak “UMNO main isu peribadi”, itu sajalah taktiknya, lapok dan ketinggalan zaman.

Menyedihkan betul.--SUMBER

Thursday, October 11, 2012

TOK ALI BUAT HAL DENGAN BAKAL AHLI SYOOORGA!!!



MELAKA 9 Okt. - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyarankan penyokong Pas agar meninggalkan parti itu yang perjuangan politiknya kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila bekerjasama dengan DAP.

Beliau berkata perjuangan Pas dilihat lebih mementingkan kuasa dan undi daripada memperjuang agama Islam.

"Memang dari dulu kita (Barisan Nasional) dah beritahu, Pas tidak lagi perjuangkan Islam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengakuan ahli seumur hidup Pas, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa parti itu hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam.

Mohd Ali turut memuji pengakuan Sasterawan Negara itu dan menganggap ia satu tindakan yang tepat dalam usaha memastikan masyarakat Islam tidak terkeliru dengan perjuangan tersebut.

Katanya beliau yakin lebih ramai ahli atau pemimpin parti itu akan tampil menyatakan pendirian mereka berhubung perjuangan Pas pada masa ini.

Terdahulu, Mohd Ali menyampaikan sumbangan yuran persekolahan oleh kerajaan negeri Melaka berjumlah RM250,000 kepada 118 pelajar Sekolah Menengah Pay Fong di sini yang kurang berkemampuan.

Beliau berkata sekolah Cina persendirian tersebut turut dijangka akan memulakan aktiviti penanaman sayur dan buah-buahan di tanah seluas 0.3 hektar yang disewakan kerajaan negeri Melaka pada November depan.

Katanya inisiatif tersebut bertujuan membantu sekolah berkenaan menjana pendapatan tambahan bagi menampung kos pengurusan yang semakin meningkat. - BERNAMA

Friday, October 05, 2012

PANAS:SUMBER TOK ALI DAPAT DUIT BANYAK DIDEDAHKAN


Bila pembangkang terpaksa membangkitkan isu Tok Ali kahwinkan anaknya baru-baru ini sebagai bahan politik mereka, terbukti jelas mereka sudah ketandusan idea dan kehabisan modal untuk berpolitik.

Pembangkang menyalak bising mengatakan Tok Ali belanja besar untuk majlis anaknya dan perbelanjaan itu melangkau jauh dari pendapatan beliau sebagai seorang Ketua Menteri.

Bukankah ini satu pertuduhan yang tak masuk akal dan hanya orang bodoh sahaja seperti pembangkang akan menggunakan isu ini sebagai senjata menyerang musuh politik mereka.

Bila pembangkang menyerang begini, mereka terlupa untuk merujuk kepada diri mereka terlebih dahulu sebelum melakukan serangan. Dan kini, kita boleh menyerang kembali mereka dengan peluru yang mereka gunakan untuk menyerang kita.

Pembangkang cakap Tok Ali belanja melebihi pendapatan sebagai seorang Ketua Menteri. 

Mari kita selidik, berapa tahun dah Tok Ali jadik Ketua Menteri??? Sejak 1999 hingga kini, sudah 12 tahun Tok Ali jadik Ketua Menteri dan korang kira sendiri berapa agaknya gaji Tok Ali sebulan.

Sebelum Tok Ali jadik Ketua Menteri, beliau pernah jadik Timbalan Menteri Kesihatan dan agak-agak berapa pulak gaji Tok Ali pada ketika itu.

Jadik secara logik, adakah pada kadar pendapatan Tok Ali yang sedemikian mustahil bagi beliau untuk belanja besar untuk majlis perkahwinan anaknya???

Pembangkang bodoh sangat ke nak faham logik ini??? 

Apa yang mereka dengki sangat ni??? 

Adakah mereka cemburu dengan jumlah kehadiran majlis tersebut yang telah mencatat satu rekod Malaysia atau sakit hati kerana tidak dapat jemputan ke majlis tesebut???

KALAU NAK CERITA BAB PERBELANJAAN MELEBEHI PENDAPATAN, MARI KITA TENGOK BAGAIMANA PULA PEMIMPIN PEMBANGKANG BERBELANJA MENGGUNAKAN PENDAPATAN MEREKA.



ANWAR IBRAHIM, YANG DAPAT GAJI SEBAGAI AHLI PARLIMEN DAN PENASIHAT EKONOMI SELANGOR YANG GAJINYA HANYA RM1, MAMPU TERBANG KE SELURUH DUNIA HAMPIR SETIAP MINGGU  UNTUK MESYUARAT ITU INI DENGAN ORANG-ORANG TERTENTU DALAM USAHA MENJADI PRESIDEN PERTAMA MALAYSIA.

PADA KADAR PENDAPATAN ITU ANWAR JUGA MAMPU TERBANG MENGGUNAKAN JET PERIBADI SAMBIL DITEMANI PIMPINAN PEMBANGKANG YANG LAIN.


KHALID IBRAHIM, YANG HANYA BARU LEBIH KURANG 4 TAHUN MENJADI MENTERI BESAR SUDAH MAMPU MEMBELI SEBUAH BAS DAN MENGUBAH SUAI BAS TERSEBUT YANG KHABARNYA MELIBATKAN KOS LEBIH SEJUTA RINGGIT.


KHALID JUGA BELANJA BESAR UNTUK PERJALANAN BAS TERSEBUT YANG MEMBAWA BIG BOSSNYA, ANWAR JELAJAH SATU MALAYSIA. 


JELAJAH BAS TERSEBUT JUGA DISERTAI PENGAWAL PERIBADI LENGKAP BERSENJATA API DAN TENTU SAHAJA BAYARAN MEREKA TIDAK MURAH.

JADIK, KENAPA PEMBANGKANG TAK NAMPAK INI SEMUA DAN SEBUK MENYERANG KITA DENGAN MENGGUNAKAN ISU TOK ALI BELANJA BESAR UNTUK KAHWINKAN ANAK??

ADAKAH SERANGAN INI UNTUK MENUTUP PERBELANJAAN TAK MASUK AKAL YANG DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN PEMBANGKANG SELAMA INI???

ATAU PENYERANG ITU TERLALU BODOH UNTUK SEDAR BAHAWA PEMIMPIN PEMBANGKANG JUGA TELAH BERBELANJA MEWAH DAN MELEBIHI PENDAPATAN MEREKA SELAMA INI???


APAPUN, SYABAS KEPADA SAM KETOT YANG BERSUNGGUH SANGAT MENYERANG TOK ALI DALAM HAL INI. AKU DENGAR SAM KETOT DAH BUAT LAPORAN SPRM DAN KITA SAMA-SAMA TUNGGU APA KEPUTUSAN SIASATAN.

PADA AKU, SAM KETOT MEMANG BUKAN TARAF DENGAN ORANG MELAKA. ORANG KENCING DALAM SELUAR MEMANG TAK PATUT SAMA TARAF DENGAN SESIAPA SAHAJA DI MELAKA INI.

SAM KETOT TERPAKSA BERLAGAK BERANI, MUNGKIN ATAS ARAHAN BIG BOSSNYA.

KEKECEWAAN SAM KETOT KERANA TAK DAPAT JADI KETUA PEMUDA UMNO CAWANGAN KESANG JAYA MASIH TERLALU PEDIH DAN ATAS KEKECEWAAN ITU BILA ADA PELUANG, SAM KETOT AKAN SERANG HABIS-HABISAN. 

TAKPER LER, SEKURANG-KURANGNYA KITA BOLEH TAHU APA TAHAP PEMIKIRAN SAM KETOT DAN PENGIKUTNYA. BODOH YANG TAK BOLEH DIAJAR DAN PANDAI SEDIKIT PUN TAK BOLEH IKUT.

DI ATAS DASAR KEBODOHAN ITU, MAKA SAM KETOT IKRAR UNTUK SETIA DENGAN ANWAR IBRAHIM DAN BERHARAP SATU HARI NANTI ANWAR AKAN BAWA DIA BERSAMA DALAM JET PERIBADI KERANA DIA SELALU KENA TINGGAL JER....HEHEHEHE

JPX

Thursday, October 04, 2012

GEMPAR:KETUA MENTERI MELAKA AKAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH KERANA KAHWINKAN ANAK????



AKU SUMPAH TAK FAHAM DENGAN PENCACAI PEMBANGKANG NI...
KETUA MENTERI MELAKA KAHWINKAN ANAK PUN JADIK MASALAH BESAR...
ITU PUN PECACAI PEMBANGKANG NAK JADIKAN ISU...
TIAP-TIAP MINGGU ADA BAPAK KAWINKAN ANAK...
KENAPA KAU TAK BISING...
KENAPA KAU TAK BUAT REPORT POLIS...
HARI TU ANWAR IBRAHIM KAWINKAN ANAK...
KENAPA KAU TAK BISING???
JANGAN JADIK BODOH SANGAT LER...
BUKA SIKIT MINDA KAU SEMUA...
JANGAN JADIK JUMUD SANGAT...
JANGAN INGAT DENGAN KEBODOHAN KAU MAMPU UNTUK BODOHKAN RAKYAT...
APAPUN...
SELAMAT MENERIMA MENANTU BUAT TOK ALI DAN KELUARGA...

NAK TAHU CERITA LANJUT KLIK >>>DI SINI<<<

JPX

Friday, August 24, 2012

WAJIB BACA:APA YANG BERLAKU PADA TOK ALI MALAM INI???



Tok Ali telah diberi mandat dan amanah untuk memajukan negeri Melaka dan penduduknya sejak 2 Disember 1999. Beliau tidak mensia-siakan amanah rakyat itu; bahkan telah memikul dan melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab selama 12 tahun yang lalu.

Senarai panjang kejayaan Melaka di bawah pentadbiran Tok Ali memang tak boleh dinafikan. Kesungguhan Tok Ali merencana dan melaksana semua pembangunan ini amatlah membanggakan hingga Melaka terkenal diseluruh dunia.

Tok Ali bukan sahaja disegani kawan tapi digeruni lawan. Sebagai seorang ketua, karisama dan kepimpinan beliau menjadi kekuatan hingga berjaya membawa Melaka ke suatu peringkat yang tidak mungkin sampai jika pembangkang yang mentadbir Melaka.

Kejayaan Tok Ali menjadi kebanggan rakyat Melaka. Kejayaan ini juga menjadi satu tanda Tok Ali adalah seorang pemimpin ulung yang harus diberikan penghormatan yang tinggi di atas usaha dan kejayaan beliau.

Aku secara peribadi memang tabik hormat kepada Tok Ali dan merakamka ucapan setinggi tahniah di atas apa sahaja usaha beliau untuk negeri Hang Tuah ini. 

Semoga Allah bekalkan kesihatan dan kesejahteraan kepada Tok Ali yang telah genap 63 tahun usianya. Aku juga mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR ke 63 dan semoga pada usia yang ada, Tok Ali terus mentadbir Melaka hingga kejayaan mutlak menjadi kita semua.

ALLAH SELAMATKAN TOK ALI!!!

SENARAI KEJAYAAN TOK ALI SEPANJANG MENJADI KETUA MENTERI MELAKA


  1. EKONOMI (KDNK) BERKEMBANG PESAT  (84%) – DARI RM10.1 BILION KE RM18.5 BILION
  2. PENDAPATAN PER KAPITA MENINGKAT 41% – DARI RM16,674 KE RM23,558
  3. PENDAPATAN PURATA ISI RUMAH BULANAN MENGUKUH 85% – DARI RM2,260 KE RM4,184
  4. KADAR KEMISKINAN HAMPIR SIFAR (0.5%)
  5. JURANG PENDAPATAN LUAR BANDAR /  BANDAR MENGECIL 7%.
  6. PELUANG PEKERJAAN MELOMPAT 39% – DARI 231,514 KE 322,300 (ST3 2011)
  7. KADAR PENGANGGURAN HAMPIR SIFAR (0.7%)
  8. KENAIKAN HARGA RUNCIT SEDERHANA (PURATA BAWAH 2.5% SETAHUN)
  9. BILANGAN PELANCONG MELONJAK 454% – DARI 2.2 JUTA KE 12.2 JUTA
  10. HASIL KERAJAAN NEGERI MENOKOK 96% – DARI RM153 JUTA KE RM300 JUTA
  11. HASIL 5 JABATAN PERSEKUTUAN MENJULANG 720% – DARI RM288 JUTA KE RM2.4 BILION
  12. KADAR PENYERTAAN SEKOLAH RENDAH & MENENGAH = 100%
  13. KADAR PENYERTAAN IPT MENINGKAT  108% – DARI 40.3% KE 83.8%
  14. KADAR CELIK HURUF MENINGKAT DARI 93.7 % KE  95.5%
  15. BIL. PELAJAR IPT MELOMPAT 128% – DARI 31,339 KE 71,576
  16. JUMLAH RUMAH AWAM KOS RENDAH TELAH DIBINA = 13,855
  17. JUMLAH RUMAH PPRT TELAH DIBINA = 6,047 BUAH; KOS = RM58.5JUTA
  18. BANTUAN KEPADA FAKIR MISKIN (MAIM) = RM70.49 JUTA
  19. BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN = RM272.4 JUTA
  20. BANTUAN PENDIDIKAN = RM141.7 JUTA
  21. KUTIPAN ZAKAT MENJULANG 305% – DARI RM8.4 JUTA KE RM34.0 JUTA
  22. JALAN RAYA DIBINA = 2,219.5 KM
  23. PERATUS PENDUDUK MENDAPAT BEKALAN AIR DAN ELKTRIK = 100%
  24. BIL. PENDAFTRAN KERETA & MOTORSIKAL BARU PER 1,000 PENDUDUK MENOKOK 39% – DARI 29.4 BUAH KE 40.9 BUAH.
  25. SELURUH NEGERI MAMPAN = >80 MATA

PENCAPAIAN  MELAKA YANG TERBAIK DI MALAYSIA DAN DI KALANGAN 33 BUAH NEGARA OECD, 2010:
  1. KADAR KEMISKINAN = 0.5%
  2. KADAR PENGANGGURAN = 1.0%
  3. KADAR INFLASI TERENDAH = 2.8%
  4. KADAR JENAYAH TERENDAH = 654 PER 100,00 PENDUDUK
  5. BEKALAN AIR PAIP BERSIH = 100%
  6. BEKALAN ELEKTRIK = 100%
JPX

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa