Tok Ali telah diberi mandat dan amanah untuk memajukan negeri Melaka dan penduduknya sejak 2 Disember 1999. Beliau tidak mensia-siakan amanah rakyat itu; bahkan telah memikul dan melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab selama 12 tahun yang lalu.
Senarai panjang kejayaan Melaka di bawah pentadbiran Tok Ali memang tak boleh dinafikan. Kesungguhan Tok Ali merencana dan melaksana semua pembangunan ini amatlah membanggakan hingga Melaka terkenal diseluruh dunia.
Tok Ali bukan sahaja disegani kawan tapi digeruni lawan. Sebagai seorang ketua, karisama dan kepimpinan beliau menjadi kekuatan hingga berjaya membawa Melaka ke suatu peringkat yang tidak mungkin sampai jika pembangkang yang mentadbir Melaka.
Kejayaan Tok Ali menjadi kebanggan rakyat Melaka. Kejayaan ini juga menjadi satu tanda Tok Ali adalah seorang pemimpin ulung yang harus diberikan penghormatan yang tinggi di atas usaha dan kejayaan beliau.
Aku secara peribadi memang tabik hormat kepada Tok Ali dan merakamka ucapan setinggi tahniah di atas apa sahaja usaha beliau untuk negeri Hang Tuah ini.
Semoga Allah bekalkan kesihatan dan kesejahteraan kepada Tok Ali yang telah genap 63 tahun usianya. Aku juga mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR ke 63 dan semoga pada usia yang ada, Tok Ali terus mentadbir Melaka hingga kejayaan mutlak menjadi kita semua.
ALLAH SELAMATKAN TOK ALI!!!
SENARAI KEJAYAAN TOK ALI SEPANJANG MENJADI KETUA MENTERI MELAKA
- EKONOMI (KDNK) BERKEMBANG PESAT (84%) – DARI RM10.1 BILION KE RM18.5 BILION
- PENDAPATAN PER KAPITA MENINGKAT 41% – DARI RM16,674 KE RM23,558
- PENDAPATAN PURATA ISI RUMAH BULANAN MENGUKUH 85% – DARI RM2,260 KE RM4,184
- KADAR KEMISKINAN HAMPIR SIFAR (0.5%)
- JURANG PENDAPATAN LUAR BANDAR / BANDAR MENGECIL 7%.
- PELUANG PEKERJAAN MELOMPAT 39% – DARI 231,514 KE 322,300 (ST3 2011)
- KADAR PENGANGGURAN HAMPIR SIFAR (0.7%)
- KENAIKAN HARGA RUNCIT SEDERHANA (PURATA BAWAH 2.5% SETAHUN)
- BILANGAN PELANCONG MELONJAK 454% – DARI 2.2 JUTA KE 12.2 JUTA
- HASIL KERAJAAN NEGERI MENOKOK 96% – DARI RM153 JUTA KE RM300 JUTA
- HASIL 5 JABATAN PERSEKUTUAN MENJULANG 720% – DARI RM288 JUTA KE RM2.4 BILION
- KADAR PENYERTAAN SEKOLAH RENDAH & MENENGAH = 100%
- KADAR PENYERTAAN IPT MENINGKAT 108% – DARI 40.3% KE 83.8%
- KADAR CELIK HURUF MENINGKAT DARI 93.7 % KE 95.5%
- BIL. PELAJAR IPT MELOMPAT 128% – DARI 31,339 KE 71,576
- JUMLAH RUMAH AWAM KOS RENDAH TELAH DIBINA = 13,855
- JUMLAH RUMAH PPRT TELAH DIBINA = 6,047 BUAH; KOS = RM58.5JUTA
- BANTUAN KEPADA FAKIR MISKIN (MAIM) = RM70.49 JUTA
- BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN = RM272.4 JUTA
- BANTUAN PENDIDIKAN = RM141.7 JUTA
- KUTIPAN ZAKAT MENJULANG 305% – DARI RM8.4 JUTA KE RM34.0 JUTA
- JALAN RAYA DIBINA = 2,219.5 KM
- PERATUS PENDUDUK MENDAPAT BEKALAN AIR DAN ELKTRIK = 100%
- BIL. PENDAFTRAN KERETA & MOTORSIKAL BARU PER 1,000 PENDUDUK MENOKOK 39% – DARI 29.4 BUAH KE 40.9 BUAH.
- SELURUH NEGERI MAMPAN = >80 MATA
PENCAPAIAN MELAKA YANG TERBAIK DI MALAYSIA DAN DI KALANGAN 33 BUAH NEGARA OECD, 2010:
- KADAR KEMISKINAN = 0.5%
- KADAR PENGANGGURAN = 1.0%
- KADAR INFLASI TERENDAH = 2.8%
- KADAR JENAYAH TERENDAH = 654 PER 100,00 PENDUDUK
- BEKALAN AIR PAIP BERSIH = 100%
- BEKALAN ELEKTRIK = 100%
JPX
1 comment:
syabas. x sangka Tok Ali berjaya majukan Melaka. Seronok jalan-jalan melaka
Post a Comment