Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Saya menerima satu pesanan WhatsApp yang kononnya dari ahli UMNO dengan mukadimah seperti berikut, “Tak payahlah nak tuduh orang yang kritik Najib sebagai menentang UMNO kerana sekarang ni Najib yang menjahanamkan UMNO, Najib yang sabotaj UMNO dengan membiarkan UMNO menjadi mangsa akibat cara Najib mengendalikan isu yang menjadi perhatian ramai, tak pasal-pasal masalah peribadi Najib dah diheret menjadi masalah UMNO hingga UMNO pula yang teruk menanggung beban yang bukannya beban UMNO pun.”
2. Membaca keseluruhan panjang lebar ulasan beliau saya hadir kepada dua kesimpulan. Pertamanya, inilah ahli UMNO yang masih dalam zaman jahiliyah, malas membaca, emosional dan kaki sakau projek. Kedua, penulis tersebut dari kumpulan “taksub dan taklid” pro-Tun Mahathir.
3. Masalah 1 Malaysia Development BErhad (1MDB) adalah masalah kerajaan bukan peribadi Mohd Najib. Ia masalah sebuah syarikat kerajaan yang harus menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Barisan Nasional. Jika ada yang menyatakan menyatakan Kabinet tidak menyokong 1MDB, maka beliau harus meletak jawatan. Sehingga kini tidak ada seorang pun meletak jawatan termasuk Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, yang terpaksa digugurkan bukannya meletak jawatan atas prinsip.







