Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts
Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts

Monday, February 22, 2016

DOKUMEN SULIT DEDAH PEKONG MENTERI BESAR SELANGOR DIDEDAHKAN!!!


 


NGO pro-pembangkang telah mendedahkan bukti yang mengaitkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dengan dakwaan pemberian tender balak kepada 2 syarikat tanpa me­lalui proses tender secara sempurna.

Di antara laporan media:

Ketua Penyelarasnya, Badrul Hisham Shaharin mendakwa, Mohamed Azmin berbohong apabila menafikan terbabit dalam kelulusan projek jajaran talian penghantaran elektrik melalui kawasan hutan simpan di negeri itu. 
“Saya mempunyai bukti bahawa dia sendiri mempengerusikan Mesyuarat Exco yang membuat keputusan penganugerahan tender berkenaan. 
"Kita mempunyai salinan dokumen yang menunjukkan beliau mempengerusikan mesyuarat tersebut yang memberi kelulusan mengeluarkan kayu balak dianggarkan bernilai RM45 juta kepada dua buah syarikat tanpa tender terbuka,” katanya seterusnya
2 set salinan dokumen Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang didakwa berkaitan pemberian tender balak terbabit telah didedahkan.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

Tuesday, November 10, 2015

AZMIN ALI LIBATKAN ANAK LELAKINYA DALAM SKANDAL...!!!???



Lagi kisah 'akai' pembangkang hendak meraih simpati tapi bertukar 'backfire' selepas cerita sebenar didedahkan kepada umum.

Sekali dengar memang kasihan apabila Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang buat riuh kononnya polis ganggu anak dia hendak ambil periksa dengan panggil untuk beri keterangan berkaitan himpunan Bersih.

Bagi orang yang tidak tahu fakta sebenar... rasa macam tak patut sangat polis panggil masa 'budak' nak periksa.

Rupa-rupanya... orang ramai kena tipu hidup-hidup dengan lakonan politik Azmin Ali.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata anak lelaki  Azmin sebenarnya dipanggil untuk memberi keterangan sejak beberapa bulan lalu, namun gagal memberikan kerjasama.

Beliau menjelaskan polis pada awalnya hanya memaklumkan kepada pelajar berusia 15 tahun itu melalui panggilan telefon untuk hadir memberi keterangan bagi mengelak sebarang kekecohan.

"Kita buat begitu untuk mengelak kekecohan tetapi setelah lebih tiga bulan, dia tetap tidak hadir ke balai, memaksa polis mengeluarkan notis arahan menghadiri penyiasatan di bawah Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah.

Thursday, October 08, 2015

AZMIN ALI MINTAK NYAWA PADA PAS


PATUTLAH Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali se­olah-olah tidak berminat untuk bercakap soal keduduk­an Pas dalam pentadbiran kerajaan PKR Selangor selepas DAP memutuskan hubungan dengan parti itu.

Setiap kali diajukan soalan oleh pemberita mengenainya, Timbalan Presiden PKR itu pasti akan cuba mengelak atau beralih kepada isu lain.

Kalau menjawab pun, retorik sangat bunyinya, seperti terlalu mahu menjaga hati Pas supaya tidak terguris.

Nampak nyata kalau boleh beliau mahu ketiga-tiga Exco Pas sedia ada terus kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, sikap se­demikian tidak menghairankan kerana umum mengetahui yang Pas boleh dikatakan sebagai talian hayat kepada Mohamed Azmin untuk meneruskan kelangsungan politiknya.

Wednesday, September 02, 2015

AZMIN ALI, MANA ITU RM30 BILLION PUNYA HARTA???



Sentimen selalunya mengaburi keupayaan kita untuk berfikir secara rasional. Maka, kadang-kadang penulis hanya mampu tersenyum melihat karenah rakyat Malaysia mempertahankan hujah-hujah di laman media sosial dalam isu-isu tertentu.

Darul Ehsan Investment Group, syarikat “bernilai” RM2 yang ditubuhkan oleh Azmin Ali telah mengundang keresahan di kalangan rakyat Selangor, kerana mempunyai potensi yang besar terdedah kepada penyelewengan dan salah urus tadbir yang akhirnya dikhuatiri mengalirkan sejumlah RM30 billion kekayaan negeri ke “tangan-tangan ghaib”.

Di mana kedudukan DEIG, adakah bernaung di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI), atau berlegar di singgahsana di atas MBI serta dianugerahkan kuasa mutlak untuk berbuat sesuka hati, seolah-olah RM30 billion itu harta mak bapak mereka yang punya.

Dalam cubaan untuk menghalalkan perancangan DEIG, penulis mendapati antara hujah-hujah yang diberikan ialah “bagaimana dengan RM2.6 billion?”. Solusinya mudah, RM2.6 billion adalah wang derma yang diterima dan tidak melibatkan wang rakyat. Malah, ianya disalurkan kepada rakyat (jentera parti).

Sebaliknya, RM30 billion yang dirancang untuk diuruskan dengan penubuhan DEIG adalah harta rakyat Selangor yang selama ini diperolehi melalui anak-anak syarikat seperti PKNS, Peransang dan lain-lain lagi sebelum ditadbir dibawah MBI yang terikat dengan Enakmen Menteri Besar Selangor; tidak seperti DEIG yang terikat dengan “ikut suka hati”.

Hujah ini bukan sahaja digunapakai oleh pro Azmin, tetapi juga di kalangan orang UMNO sendiri. Amat malang untuk UMNO, apabila ahlinya sendiri gagal memahami dasar sesuatu isu. Samada tidak faham atau sengaja tidak mahu faham, anda tepuk dada, tanyalah selera.

RM2.6 billion bukan wang rakyat, sementara RM30 billion adalah mutlak milik rakyat Selangor.

Sehingga artikel ini ditulis, Azmin Ali masih dilanda sindrom bisu. Entah apa yang sedang difikirnya, mungkin sedang menyediakan plan komprehensif untuk menjawab segala persoalan yang dilontarkan berhubung isu DEIG.

Jangan hendaknya ada pula Plan B untuk terus menguasai RM30 billion tersebut, setelah Plan A (DEIG) disedari oleh umum.


AZMIN ALI DISIASAT POLIS???



Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, bakal disiasat polis di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana menghadiri perhimpunan haram BERSIH 4.

Menurut sumber, Polis telah membuka kertas siasatan ke atas Azmin setelah beliau dirakam menghadiri perhimpunan haram tersebut dengan berpakaian T-shirt warna kuning tertulis perkataan Bersih 4, yang merupakan satu kesalahan yang diwartakan di bawah “Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No.22) 2015”

Perintah tersebut melarang pakaian berwarna kuning yang dicetak dengan perkataan ‘Bersih 4’ serta apa-apa bahan bercetak dan risalah yang mendorong kepada perhimpunan itu.

Friday, August 21, 2015

PENDEDAHAN PANAS:SKANDAL KEWANGAN TERBESAR DI ASIA TENGGARA KINI DI SELANGOR!!!






1. Bukan sahaja Sarawak Report hero dedah-mendedah, TS Khalid Ibrahim kini seiringan bersama Sarawak Report telah mengesahkan berlaku penyelewengan maha besar dan berleluasa dalam kerajaan negeri Selangor melibatkan wang rakyat  berjumlah RM7.5Billion dan RM30Billion lagi yang diletakkan di bawah sebuah syarikat bernilai RM2.


2. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan syarikat RM2 itu milik Raja Shahreen dan Soffian Afendi, bukannya milik Menteri Besar Incorporetion (MBI). Patutlah Azmin kelam-kabut dan menggelabah dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

3. Nampaknya hari ini, kerajaan Selangor telah menjadi sangat korup dan tiada integriti lagi. Rakyat Selangor tiada pilihan, bangunlah di atas jalan, Selamatkanlah negeri Selangor. Tidakkah kamu sedar Wisma Yakin, Kompleks PKNS, Hotel Brisdale, Hotel Qualitity semuanya dilelong! Nasib baik padang MPKJ dapat diselamatkan daripada dijual!

4. Bangunlah, mari kita ke jalan raya selamatkanlah negeri Selangor dari Azmin Ali sebelum dia sempat mengambil wang RM7.65 Billion dan RM30 Billion itu. Patutlah Azmin kata tak tidor 2 bulan, rupa-rupanya sedang berfikir ke mana nak simpan wang-wang tersebut!


Thursday, August 20, 2015

SYABAS DAN TAHNIAH:AZMIN ALI DIUMUM SEBAGAI ANTARA LELAKI PALING KAYA DI ASIA DENGAN ASET LEBIH RM30 BILION!!!








INI DAH ADA PELURU...
APA LAGI TUNGGU???
CEPAT-CEPAT KITA TEMBAK...
BIAR RAKYAT TAU...
SAPER DIA AZMIN ALI DAN KUNCU...
BILA SEBUT PASAL NAJIB...
SEMUA JER LAJU..
TAPI BILA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI...
TERUS SENYAP SEPI!!

JPX
 

Wednesday, June 10, 2015

AZMIN ALI KENA SOUND DENGAN DAP KOMUNIS


DAP Selangor hari ini memberi kata dua kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali untuk memilih sama ada meneruskan kerjasama dengan parti itu atau pun dengan Pas dalam pentadbiran negeri itu.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, perkara itu perlu diberi perhatian oleh Mohamed Azmin berikutan tindakan Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP pada muktamar lalu.

Kenyataan Tony itu adalah selaras dengan kenyataan Ahli Parlimen Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut menyarankan perkara sama.

Monday, April 20, 2015

AZMIN ALI SUDAH TIDAK PERLU PAS UNTUK PRK PERMATANG PAUH


PKR tidak bercadang menarik balik kenyataannya terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu Hudud, walaupun PAS Permatang Pauh meletakkan syarat itu untuk bekerjasama pada kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen itu.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata beliau sudah banyak kali mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS dan mereka komited membantu jentera PKR pada pilihan raya kecil itu.

Saturday, April 18, 2015

AZMIN ALI SUDAH GIGIL DAN TERPAKSA MENIPU!!!



BERITA TERDAHULU >>>DI SINI<<<

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan khabar angin yang mengatakan lima ADUN PKR akan melompat parti dan menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor baharu.

Menurutnya, ia adalah propaganda yang disebarkan UMNO dan BN.

Saturday, April 11, 2015

SULTAN SELANGOR MURKA LAGI SEKALI KEPADA AZMIN ALI


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa kerana kerajaan negeri tetap berkeras untuk menggunakan slogan ‘Kita Lawan’ bagi kontinjen temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2016.

Wednesday, October 08, 2014

AZMIN ALI LULUSKAN PESTA MINUM ARAK DI SELANGOR???!!!


Kerajaan ne­geri semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar bersama empat Exco Pas tidak pernah meluluskan permohonan penganjuran festival minuman keras, Octoberfest.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, perkara itu juga tidak pernah dibawa dalam mesyuarat Exco sebelum ini.

Sehubungan itu jelasnya, dakwaan Octoberfest diluluskan semasa pentadbiran Abdul Khalid adalah tidak benar.

“Terdapat tuduhan Octoberfest diluluskan ketika pentadbiran Abdul Khalid dan empat Exco Pas. Ini adalah tidak benar.

“Ia tidak pernah dibawa kepada mesyuarat Exco,” katanya dalam akaun Twitter miliknya hari ini.

Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor merupakan salah seorang daripada empat Exco daripada parti itu yang terus setia bersama Abdul Khalid selepas pemecatan enam Exco DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan kemelut jawatan Menteri Besar sebelum ini.

Tiga lagi Exco Pas terbabit ialah Sallehen Mukhyi, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Dr. Halimah Ali.

Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baharu pada 23 September lalu bagi menggantikan Abdul Khalid.

Semalam, UMNO Selangor melahirkan kekesalan dengan tindakan kerajaan negeri membenarkan papan tanda mempromosikan Octoberfest dipamerkan secara terang-terangan di bandar raya ini.

Pesta arak tersebut bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi di Selangor dan kemuncak acara itu akan diadakan dari 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.--UM

Monday, September 22, 2014

PANAS:ARTIKEL KENAPA AZMIN ALI TAK LAYAK JADI MB SELANGOR SUDAH TERSEBAR!!!


SETELAH hampir pasti nama Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ditolak sebagai calon Menteri Besar (MB) Selangor, pihak media termasuk media arus perdana riuh membuat laporan kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai orang yang disenarai-pendekkan untuk menjadi MB menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat daripada PKR dengan penuh aib dan hina.

Malah ada yang sudah membuat spekulasi Azmin yang akan bertanjak memegang tombak mengangkat sumpah sebagai MB Selangor seperti yang dijadualkan esok.

Teringat saya kata-kata menyengat bekas, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa 'bangsa Melayu mudah lupa'. Dan ura-ura pelantikan Azmin sebagai MB Selangor adalah bukti kata-kata menyengat Tun Mahathir itu ada kebenarannya!

Adakah kita lupa siapa Azmin? Rakyat Selangor khususnya tentu tidak lupa perkara-perkara yang membuatkan Azmin Ali tidak layak langsung untuk menjadi MB Selangor.

Saya tidak menjadikan fakta dan hakikat Azmin sebagai anak kelahiran Singapura dengan kad pengenalan siri 71 sebagai alasan menolak dia sebagai MB. Walaupun dia punya siri nombor kad pengenalan yang biasanya digunakan kepada pendatang asing, lalu membuktikan dia bukan anak jati Selangor, tetapi fakta itu sahaja tidak cukup untuk menghilangkan kelayakan Azmin untuk menjadi MB.

Saturday, April 12, 2014

AZMIN ALI HENTAM ANWAR IBRAHIM SECARA TERBUKA:TANDA AWAL DI KELUAR PARTI???!!!


PERMATANG PAUH 11 April - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, parti itu harus keluar daripada terus dibayangi Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang akan bertanding mempertahan jawatannya bulan hadapan menegaskan, perkara itu perlu dilakukan demi survival parti berkenaan dalam landskap politik semasa.

Menurutnya, PKR yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu perlu bergerak ke hadapan untuk menghadapi keadaan yang semakin mencabar.

“PKR bukan parti Anwar dan tidak boleh terus dibayangi oleh beliau. Oleh itu, ahli- ahli mesti bergerak melebihi beliau dan untuk mencapai hasrat berkenaan, kita perlu menonjolkan lebih ramai pemimpin muda dan profesional demi parti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan ahli PKR negeri di sini hari ini.

Azmin berkata, bagi tujuan kesinambungan kepimpinan parti, lebih ramai tokoh muda dan profesional harus ditonjolkan untuk memastikan PKR terus dominan termasuk dalam aspek kerjasama bersama Pas dan DAP.

Thursday, March 13, 2014

PROSES TUKAR MB SELANGOR TETAP BERJALAN SEPERTI YANG DIRANCANG!!!


Pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding bagi PRK Kajang tidak menghentikan ‘Kajang Move’  - langkah PKR Selangor untuk menggantikan Menteri Besar Selangor.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali yang menegaskan bahawa ‘Kajang Move’ masih relevan sebagai salah satu taktik dan strategi menghadapi PRK Kajang menjelang 23 Mac ini.

Beliau yang ditemui di lobi Parlimen pada Rabu berkata, perkara itu adalah matlamat utama dari awal sejak bekas ADUN Kajang, Lee Chin Ceh mengundurkan diri untuk memberikan laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diuar-uarkan mengambil alih kedudukan Menteri Besar daripada Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Memang langkah Kajang ini ialah untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, Strategi Langkah Kajang tetap menjadi agenda PR.

Monday, March 10, 2014

PANAS:KERAJAAN SOGOK POLIS UNTUK BANTU BN KEKAL DI PUTRAJAYA




ITU APA YANG AZMIN CAKAP...
CUBA TELITI ELOK-ELOK VIDEO DI ATAS...
INI KES BERAT...
DAH LEBIH DARI MENGHASUT...
SIAP ADA BUKTI VIDEO BERSUARA SAHIH LAGI...
AKU PUN YAKIN BERPULUH POLIS SB ADA DI SANA MASA AZMIN CAKAP BENDA MACAM NI...
TAK KAN NAK TUNGGU RIBUAN REPORT POLIS BARU NAK AMBIL TINDAKAN...
TAK KAN NAK TUNGGU MALAYSIA JADI  MACAM LIBYA BARU NAK BERGERAK...
TAK KAN NAK TUNGGU DAN LIHAT JER...
INI TUDUHAN JAHAT...
BOLEH BUAT PENCETUS HURU HARA YANG DASYAT...
KITA RAKYAT YANG CINTA KEAMANAN DAH MUAK DENGAN PERANGAI PEMBANGGANG YANG SUKA BUAT KACAU...
MOHON SANGAT PAK MENTERI DAN PAK POLISI SEGERA BUAT KERJA SIKIT UNTUK NYAHKAN PESUNDAL POLITIK INI DARI BUMI MALAYSIA....

PAK POLISI KALAU SENYAP JER...
ITU MACAM TANDA SETUJU JER DENGAN APA YANG AZMIN CAKAP...
HEHEHEHE

JPX

Friday, March 07, 2014

AZMIN ALI SAHKAN ANWAR IBRAHIM KAKI LIWAT!!!


KAJANG 6 Mac - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dilihat mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung keputusan rayuan kes liwat II melibatkan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka diputuskan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya petang ini.

Pada satu majlis di salah sebuah Bilik Gerakan Pakatan Rakyat (PR) di sini malam tadi, Ahli Parlimen Gombak itu menjangkakan Anwar bersalah dan bakal dijatuhkan hukuman atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari.

"Ada kemungkinan hukuman dijatuhi selepas solat Jumaat esok. Maka saya merayu kepada umat Islam khususnya, mari kita solat hajat supaya Anwar bebas daripada fitnah jahat yang ditaja oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Bilik Gerakan PR di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Kantan bersempena Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Thursday, February 27, 2014

APA HAL AZMIN ALI SAMAN SUARA KEADILAN???


Oleh Zul Rawi

Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan tindakan editorial akhbar Suara Keadilan menerbitkan artikel yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja ingin menjatuhkan maruahnya, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang.

Menurut sebuah portal pro-pembangkang, Azmin dikatakan menyaman akhbar yang merupakan lidah rasmi parti PKR itu sebanyak RM 2 juta, kerana menerbitkan artikel yang memalukannya.

Namun usaha untuk mendapatkan pengesahan Azmin berhubung isu tersebut gagal, apabila dia tidak dapat dihubungi. Menurut sumber terdekat, ahli parlimen Gombak itu sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan ibadah umrah.

Terdahulu, akhbar tersebut telah menyiarkan rencana yang menghentam Azmin secara terbuka. Artikel yang ditulis oleh Hishamuddin Rais itu telah disiarkan oleh akhbar tersebut pada keluaran 160, bertarikh 11 Februari 2014 di muka surat 22.

Pada tarikh yang sama, artikel tersebut turut disiarkan oleh portal Malaysiakini yang juga merupakan media tidak rasmi kepada pembangkang.

Monday, February 17, 2014

AZMIN ALI BAKAL JADI TIMBALAN PRESIDEN UMNO


Sejarah dan perkembangan politik di negara ini sangat menarik untuk kita nilai dan renungkan. Tidak ada perkara yang mustahil akan berlaku.

Pada tahun 1946, ketika Melayu berpecah belah, secara tiba-tiba Inggeris yang melihat keadaan tersebut cuba mengambil kesempatan dengan menubuhkan Malayan Union. 

Hasilnya, semua fraksi Melayu bergabung dan bertemu dalam sidang meja bulat yang diadakan sebanyak tiga kali dan dalam bulan Mei 1946, 200 orang pemimpin-pemimpin Melayu dari semua cabang politik, sama ada kiri, nasionalis, agamawan, feudal, bahkan yang menyokong Komunis, turut bergabung fikiran dan mengusulkan penubuhan UMNO di Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. 

11 Mei 1946, UMNO atau PEKEMBAR (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) ditubuhkan.

Bagaimanapun, 200 orang pemimpin-pemimpin Melayu itu kembali membawa haluan masing-masing. Ada sesetengahnya berada terus di dalam UMNO, sesetengah pula kembali melakukan penentangan terhadap Inggeris secara bersenjata dan sesetengahnya pula melakukan tentangan terhadap Inggeris sambil mengimpikan kewujudan Melayu Raya yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Indonesia dan Singapura.

Tuesday, January 28, 2014

KEJAHATAN ANWAR DAN AZMIN MENJADI KEBENCIAN PAKATAN PEMBANGKANG


Edmund Bon: Kajang voters should punish #PKR by voting any candidate but PKR's.

Wan Saiful Wan Jan: Stupid excuse "@KEADILAN: Kenyataan media CC Lee, mantan ADUN Kajang yang telah letak jawatan petang tadi (semalam).

Pengumuman pengunduran wakil rakyat Kajang semalam menggemparkan banyak pihak, termasuk pemimpin kanan dalam PKR, dan menjadikan mereka semua sangat serba salah.

Gerakan yang mendadak ini dipercayai datang daripada beberapa pihak yang dekat dengan Ketua Umum Anwar Ibrahim sendiri, bukan kumpulan Timbalan Presiden Azmin Ali.

Kumpulan Azmin sendiri, yang digambarkan sangat ghairah ingin mengambil tampuk kekuasaan di Selangor, dikhabarkan terperanjat dengan gerakan mengejut semalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa