Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, April 11, 2015

SULTAN SELANGOR MURKA LAGI SEKALI KEPADA AZMIN ALI


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa kerana kerajaan negeri tetap berkeras untuk menggunakan slogan ‘Kita Lawan’ bagi kontinjen temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2016.

Titahnya Baginda tidak mahu semangat kesukanan kontinjen negeri itu dicemari dengan unsur “politik dan perkauman”.

“Ini adalah kerana slogan Kita Lawan telah diguna-pakai oleh sebuah parti politik.

“Justeru itu, beta tidak mahu masyarakat umum tersalah tafsir atau menganggap bahawa Kontinjen Selangor mencampur-adukkan atau cuba berpolitik di dalam sukan.

“Beta berpendapat adalah lebih baik Kontinjen Selangor untuk SUKMA 2016 mencari slogan lain yang lebih bersemangat,” titahnya pada malam ini.

Baginda bertitah dalam satu majlis penyampaian pingat sukan Selangor di Subang Jaya pada malam ini.--MK

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa