Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label SPRM. Show all posts
Showing posts with label SPRM. Show all posts

Friday, August 07, 2015

SPRM KENA TIPU DENGAN CINA KOMUNIS DAP


Mahu menegakkan kebenaran atau me­ngambil kesempatan? Itulah persoalan yang timbul apabila sekumpulan pemimpin kanan pakatan pembangkang mengadakan kunjungan ke Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya hari ini.

Dalam kunjungan diketuai Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan disertai oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mereka beria-ia mempertahankan SPRM bagi menjalankan siasatan secara telus dan adil dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM 2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka yang tiba di situ kira-kira pukul 10.30 pagi, bergilir-gilir berucap bagi menyatakan sokongan kepada SPRM sebelum Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob membawa mereka masuk untuk sesi dialog.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang turut hadir dalam kunjungan tersebut menegaskan, kehadiran mereka bertujuan memastikan SPRM dapat melaksanakan tugas dengan profesional, telus dan integriti. Beliau juga dengan lantang menggesa pihak polis supaya menghentikan campur tangan terhadap pegawai SPRM.

Persoalannya apakah yang tersirat di sebalik sokongan terhadap SPRM itu? Apakah ia ikhlas atau satu lagi sandiwara politik pakatan pembangkang? Semua orang tahu bagaimana sikap pembangkang terhadap pihak berkuasa sebelum ini termasuk SPRM.

Dalam kes kematian Teoh Beng Hock, ingatkan kembali apa yang pernah dikatakan oleh pakatan pembangkang terhadap suruhanjaya. Ketika siasatan masih dijalankan pelbagai tuduhan dan kecaman mereka lemparkan kepada SPRM. Pada ketika itu tidak pula mereka bercakap soal SPRM perlu menjalankan tugas secara profesional, telus dan berintegriti.

Tetapi sekarang secara tiba-tiba oleh kerana kes yang disiasat melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN), pemimpin pembangkang cuba menonjolkan diri sebagai ‘wira’ bagi memperjuangkan SPRM.

Kalau benarlah pakatan pembangkang mahu membela SPRM dan begitu hebat memerangi ra­suah atau sebarang penyelewengan termasuklah dari segi menerima dana politik, kenapakah ketika Najib membentangkan usul di Dewan Rakyat agar setiap parti politik mendedahkan sumber dan dana pilihan raya mereka ia ditentang keras oleh DAP dan PKR?

Justeru jika pemimpin-pemimpin pembangkang ikhlas menyokong SPRM, maka diharapkan mereka juga akan bersikap telus untuk menyokong cadangan suruhanjaya itu agar satu akta atau peruntukan undang-undang khusus diwujudkan bagi membolehkan agensi itu melakukan siasatan terhadap mana-mana parti politik di negara ini yang menerima dana daripada pelbagai pihak. Jika tidak kehadiran mereka ke Ibupejabat SPRM, boleh dianggap bukan sahaja sandiwara politik tetapi juga mengambil ke­sempatan semata-mata.

Utusan

Thursday, November 28, 2013

PANAS PAGI KHAMIS:SENARAI AHLI POLITIK MAKAN RASUAH DIDEDAHKAN!!!


Naik muak melihat telatah pembangkang yang cuba berlagak hebat yang merekalah jaguh dalam isu cegah rasuah dan mendedah salah laku parti lawan. 

Hakikatnya mereka hanya pandai bermain wayang dengan melayang-layangkan kertas kosong di atas pentas ceramah kononnya bukti. 

Tidak cukup dengan itu, difitnah pula Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan atau gagal melakukan siasatan. 

Pembangkang melalui Rafizi baru-baru ini, main tembak mengatakan SPRM melindungi ahli politik yang dikaitkan rasuah. 

Terlalu syok membalun hingga terlupa yang barisan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), SPRM juga terdiri daripada tiga wakil pembangkang!

Tiga wakil dari pembangkang ini telah dilantik bersama-sama empat lagi individu lain oleh Yang Di-Petuan Agong pada 28 Oktober lalu di Istana Negara. Wakil pembangkang ini terdiri daripada: 

1. Dr. Tan Seng Giaw (DAP) - Kepong
2. Datuk Fauzi Abd Rahman (PKR) - Indera Mahkota
3. Datuk Takiyuddin Hassan (PAS) - Kota Baru 

LAGI SENARAI AHLI POLITIK RASUAH >>>DI SINI<<<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa