Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label KOMUNIS. Show all posts
Showing posts with label KOMUNIS. Show all posts

Tuesday, July 12, 2016

SINGAPURA DILANGGAR KOMUNIS:KESAN JIKA KOMUNIS PERINTAH MELAYU


Tulisan ini dipetik daripada buku tulisan Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.
Dr Lily Zubaidah telah dibuang negeri kerana mengkritik kerajaan PAP dan sekarang beliau bertugas sebagai seorang Profesor di Sydney University Australia.
1) Memperalat orang Melayu
Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam.
Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang.
Yusuf Ishak hanyalah gula-gula untuk menarik sokongan orang Melayu pada ketika itu.
2) Siapa yang mempersoal PAP, dituduh “Chauvinists, Religious Extremists and harbouring a sinister agenda”.
“Organisasi-organisasi Melayu, pakatan politik pembangkang, atau individu yang berani mempersoal kerajaa PAP Singapura, akan didakwa sebagai ‘Chauvinists, Religious Extremists & harbouring a sinister agenda” (membawa agenda jahat).
Tuduhan ini amatlah bercanggah dengan amalan meritokrasi seperti mana yang dilaung-laungkan oleh kerajaan PAP.
Tambahan beliau lagi, orang Melayu di Singapura dinafikan hak mereka untuk menyatakan pendapat sama ada di media-media utama ataupun akhbar-akhbar tempatan.
Itu belum lagi, penganiayaan terhadap pelajar Muslim yang ingin memakai tudung ke sekolah.

Thursday, July 07, 2016

ALHAMDULILAH:CINA PENANG PUN SUDAH MULA TOLAK CINA KOMUNIS LIM GUAN ENG!!!


Pendakwaan dua kes rasuah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedikit sebanyak telah menggugat sokongan bukan sahaja daripada rakyat tetapi daripada ahli DAP itu sendiri.

Sebaik sahaja dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta, Guan Eng melalui kerajaan negeri yang diketuainya terus mengadakan "Sesi Penerangan Ketua Menteri Bersama Rakyat" di Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang.

Walaupun dihadiri pimpinan utama Pakatan Harapan seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi PAN, Mohamad Sabu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dan beberapa pimpinan tinggi yang lain, kehadiran majils itu hanya sekitar 600 hingga 700 orang sahaja.

Tuesday, September 22, 2015

WAJAH SEBENAR TALI BARUT KOMUNIS DALAM KERAJAAN DIDEDAHKAN!!!



Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang kata telah putus hubungan dengan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional. Sebabnya PM kata bersyukur Dan berterimakasih kepada rakyat yang berhimpun menyokong Kerajaan dan sekaligus menjawab  Himpunan Rasis Bershit 4.0 yang dihadiri 90% Cina.

Inilah HAKIKATNYA MCA Youth supported Bersih4. Perbuatan Pemuda MCA itu Serupa Tindakan DAP ke atas PAS!

Adakah mereka  mendapat endorsement daripada MCA pusat? Wauw ini perbuatan Retak menunggu belah? Kalau begitu, Wajarkah MCA terus  kekal dalam BN & kabinet? Kenapa tidak boleh  dipecat Timbalan Menteri Pendidikan?  

Tuesday, July 15, 2014

MELAYU MEMANG DAH LAMA SOKONG KOMUNIS!!!


KEBELAKANGAN ini DAP lancar kempen propaganda untuk mempotretkan parti itu sebagai sebuah parti berbilang kaum dengan mewar-warkan kemasukan orang Melayu ke dalam parti tersebut – seolah-olahnya selain cina, hanya Melayu saja kaum lain di Malaysia ni.

Malaysia ada berpuluh etnik tapi politikus DAP faham kalau nak nampak pelbagai kaum, mesti Melayu saja (selain cina).  Yang dia kalah di Teluk Intan hari itu pun pasal letak calon Melayu, lupa agaknya.

Apa pun pedulilah sebab kita tahu budak-budak Melayu yang diarak DAP masuk parti tersebut adalah penyokong PKR – parti yang tidak ada halatuju politik melainkan menyokong punggung Anwar Ibrahim untuk jadi Perdana Menteri, tak kira apa nak jadi.

Yang penulis nak tegaskan disini ialah, janganlah sesiapa rasa terancam dengan propaganda yang semacam ini sebab kalau kita lihat sejarah, Melayu bukan setakat pernah sokong DAP saja, ada yang pernah sokong komunis pun!!

Orang Melayu sokong komunis ni kira kemuncak segala kejahilanlah sebab fahaman komunis tolak agama, tolak bangsa, semua orang sama taraf (walaupun anggota Politbiro kaya raya), harta pun negara punya.

Jadi nak hairan apa depa masuk DAP?

Cakap pasal itu (komunis), kelihatannya DAP guna pendekatan sama macam komunis dalam soal rekrut orang Melayu.  Kalau zaman-zaman 40-an dan 50-an dulu, komunis gemar sasar Melayu yang ada latar belakang agama untuk menyertainya sebab itulah kelompok berpengaruh dalam masyarakat Melayu pada waktu itu.

Melayu yang jadi sasaran DAP hari ini pun ikut latarbelakang yang dia percaya boleh pengaruh Melayu lain untuk sokong parti tersebut. Antaranya professional, kalau perempuan tu mesti muda, ‘menonjol’ dan cantik.  Nenek-nenek baya Tunku Aziz yang DAP tipu dulu, kalau nak  masuk DAP hari ini, masuk diam-diamlah, jangan harap dapat cover muka depan.

Bukan nak kata DAP tu komunis tapi sekadar nak tunjuk strategi yang digunakan sama, cuma latarbelakang Melayu yang dibawa masuk tu saja disesuaikan dengan masa dan zaman.

Sebetulnya, untuk makluman semua, takde bezanya pun Melayu masuk PKR, masuk DAP atau masuk PAS.  Tiga-tiga parti ini dakwa parti berbilang kaum dan bergabung dibawah komponen yang sama – Pakatan Rakyat.

Realistiknya, PAS mungkin ada beza sikit sebab dalam kata berbilang kaum, tak nampak lagi PAS perjuang kuil hindu atau tokong buddha, hardcorenya masih Islam lagi.  Tapi lain dari itu, PAS sering jadi pak turut kepada DAP dan PKR, maklumlah dari segi kerusi parlimen depa yang paling corot sekali.

Logiknya, separuh dari rakyat negara ini adalah Melayu/Bumiputra, setakat berapa kerat yang diheboh-hebohkan sangat ni tak cukup nak kata DAP tu berbilang kaum.  ‘Tak cukup’ kira bahasa berlapik, kalau betul betul drill peratusan dan angka, hampir tidak ada.--MYKMU

Wednesday, April 16, 2014

MELAKA PUSAT BERKUMPULNYA AHLI KOMUNIS!!!


Barangkali Rafizi Ramli tahu yang dia semakin hampir dengan pintu lokap dan seterusnya pintu penjara. Dek kerana itulah, dia TELAH MELARIKAN DIRI dari rumah lamanya dan berpindah ke rumah baru tanpa memaklumkan alamat terbarunya kepada sesiapa pun.

Untuk menghilangkan gemuruh dan takutnya, Rafizi Ramli cuba berlagak berani dengan mengakui bahawa demonstrasi REFORMASI 2.0 yang akan diadakan pada 1 Mei nanti adalah perbuatannya. Konon-kononnya dia tidak takut dengan undang-undang dan tindakan undang-undang negara ini. Konon-kononnya dia boleh mendapat sokongan daripada sesiapa sahaja.

Kelmarin, Tian Chua enggan bekerjasama dengan polis ketika menerima Waran Bongkar. Tian Chua ditemui oleh sepasukan pegawai dan anggota polis di lobi Hotel Armada, Petaling Jaya.

Rafizi langsung tidak bersuara tentang hal tersebut. Dia tidak memberikan sebarang ulasan kerana dia sangat takut.

Bagi yang pernah melihat Rafizi di Mahkamah Tinggi Shah Alam sewaktu dihadapkan dengan tangan bergari, anda akan dapat lihat bagaimana takut dan gementarnya Rafizi Ramli. Malah dia menggigil dan hampir menangis ketika diseret oleh polis ke dalam lif. Walaupun cuba tersenyum namun yang jelas, Rafizi Ramli tersangat takut sehinggakan geletar tubuhnya dapat dilihat dan pucat lesinya tidak dapat disembunyi-sembunyikan.

Barangkali kerana sedar dia berhadapan dengan masalah yang lebih besar, Rafizi Ramli cuba pula melakukan sesuatu yang lebih besar natijahnya apabila Forum REFORMASI 2.0 yang diadakan di Melaka, telah dihadiri oleh 8 persatuan Cina termasuklah PERSATUAN SAHABAT KARIB Sekolah Cina Pay Fong, Melaka. Forum tersebut dianjurkan oleh Dewan Perhimpunan Cina Melaka.

Menariknya, Persatuan Sahabat Karib merupakan persatuan bekas-bekas ahli komunis di Melaka. Kehadiran Persatuan Sahabat Karib diketuai oleh DAN AIK bekas ahli komunis dan ahli PKR Cabang Kota Melaka.

Rafizi nampaknya terus mencabar walaupun pada masa yang sama, cuba bertindak 'bijak' dengan melarikan diri dan berpindah dari rumah lama ke suatu lokasi 'rahsia'. Dia menjangkakan bahawa sebarang waran tidak dapat diserahkan kepadanya, manakala waran atau notis yang dialamatkan ke rumah lamanya, tidak sah dan tidak boleh digunakan di mahkamah.--CUCU TOK WAN

Thursday, April 03, 2014

KENAPA KITA MAMPU BIARKAN KOMUNIS TERUS MENERUS HINA BANGSA MELAYU???


DAP sememangnya tidak senang dengan sistem pendidikan di negara ini yang berteraskan kepada Bahasa Melayu. Sekolah Kebangsaan bagi mereka adalah SEKOLAH MELAYU. Sekolah Melayu pula bagi DAP adalah lebih rendah nilai mutunya berbanding sekolah vernakular, khususnya sekolah Cina kerana nama MELAYUnya, bukan kerana silibus atau kurikulumnya.

Untuk melakukan penghinaan secara  halus, Lim Guan Eng dan seluruh angkatan DAP melabelkan mutu pendidikan di negara ini membabitkan aliran kebangsaan sebagai tidak bermutu, ketinggalan dan guru-gurunya pula jenis tangkap muat. Lim Guan Eng dan DAP tidak sahaja menghina para pemimpin, pegawai-pegawai kerajaan, mahupun kakitangan awam kerana bersekolah kebangsaan, tetapi juga Melayu dan Bumiputera sebagai warganegara bodoh yang tidak tahu apa-apa kecuali menyokong UMNO-BN.

Mutu pendidikan cerdik yang dimaksudkan oleh Lim Guan Eng ialah, produknya akan mengundi DAP dan menjadi abdi Pakatan Rakyat yang tidak boleh berfikir, menolak sebarang maklumat kecuali yang disalurkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat, melihat kerajaan sebagai sebuah entiti haram yang merampas kemenangan Pakatan Rakyat, menganggap semua penyokong kerajaan sebagai pasukan yang menerima bayaran dan projek, melihat para pemimpin kerajaan sebagai perasuah dan melihat Islam serta Melayu-Bumiputera sebagai penyebab negara ini tidak cepat maju seperti Singapura dan Hong Kong.

Friday, January 17, 2014

LIM GUAN ENG LEBIH ALIM DARI NIK AZIZ???!!!


Lim Guan Eng merupakan Setiausaha Agung DAP yang paling popular selepas bapanya, Lim Kit Siang. Kebijaksanaan Lim Guan Eng mencari sela-sela populariti sememangnya tiada bandingan. Dia bijak mengambil kesempatan dan peluang untuk menonjolkan dirinya sebagai pejuang rakyat meskipun sebenarnya Lim Guan Eng adalah seorang pengkhianat rakyat.

Ramai Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat menyatakan kekaguman terhadap Lim Guan Eng walaupun dari sehari ke sehari, mereka juga sedar yang Lim Guan Eng telah mempergunakan mereka sewenang-wenangnya.

Walaupun di sebalik pelbagai pujian dan lambungan diri dibuat oleh Lim Guan Eng, bahkan konco-konconya menyatakan bahawa Lim Guan Eng layak mendapat kelebihan untuk bermewah-mewah kerana telah berjaya menjadikan Pulau Pinang jauh lebih maju berbanding sewaktu di bawah pentadbiran Barisan Nasional, fakta sebenar pula menunjukkan sebaliknya.

Sunday, September 29, 2013

WAJIB BACA:TITAH RAJA MELAYU TENTANG KOMUNIS CHIN PENG



TITAH Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tegas menyatakan bahawa pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng adalah petualang seharusnya menamatkan segala desakan, tekanan atau tindakan yang bertujuan membenarkan abu mayat mendiang dibawa pulang ke negara ini.

Kesalahan dan dosa Chin Peng tidak boleh dimaafkan apatah lagi diampunkan begitu sahaja. Abu mayatnya tidak dibenarkan dibawa pulang untuk dikebumikan atau disemadikan di Malaysia hanyalah pembalasan kecil jika berbanding dengan dosa-dosa yang Chin Peng lakukan ketika memporak-perandakan negara melalui perjuangan dalam PKM.

Chin Peng seperti mana titah Sultan Selangor adalah petualang negara yang berjuang dan berazam untuk menjadikan negara ini sebuah negara komunis. Inilah fakta sejarah yang harus diterima, difahami dan dipegang oleh semua pihak.

Thursday, September 19, 2013

WAJIB BACA:MELAYU BODOH BERKIBLATKAN KOMUNIS!!!


MELAYU l:

CHIN Peng sudah mati. Namun, segelintir rakyat Malaysia juga mati fikiran mereka. Mereka mahu supaya mayat komunis itu atau abunya dibawa pulang dan diberi penghormatan.

Ramai pula Melayu dalam laman sosial yang menangisi pemergian pemimpin komunis itu. Ada yang berkata Chin Peng sudah wafat! Mereka mahu mayatnya dikebumikan di tanah air ini.

Seorang lagi pemuda Melayu semasa 'bertwit' menulis: Mayat Chin Peng akan dibawa pulang? Kami anak muda sedia sahut dan urus jenazah pejuang itu!

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

Tuesday, September 17, 2013

CHIN PENG MAMPOS MATA TERBELIAK SEBAB TAK DAPAT BANTU ANWAR IBRAHIM JADI PRESIDEN MALAYSIA!!!


WALAUPUN tidak ada bukti, penulis yakin pada waktu ini pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, sudah tentu bersedih atas berita kematian satu-satunya ‘wira kemerdekaan’ yang diiktiraf mereka, Chin Peng di Thailand sebentar tadi.

Terutama sekali dua orang pemimpin kanan DAP di Perak yang dikatakan mempunyai hubungan persaudaraan dengan Chin Peng.  Maka itu, kematian ini sudah tentu meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam hidup mereka.

Siapa? Faham-faham sudahlah.

Thursday, May 23, 2013

WAJIB TONTON:KOMUNIS LEBIH KUAT SEMBAHYANG!!!





Petikan video dari filem Bukit Kepong.

Komunis tidak pernah menyerah kalah dan tidak akan hilang selagi mereka tidak menang. 

Walaupun secara zahirnya mereka tidak berpakaian seragam dan memegang senjata tapi kalau kita perhatikan gerak kerja mereka masih lagi ada. 

Memang dari dulu mereka dah guna cara Agama untuk raih simpati dan sokongan terhadap perjuangan komunis.

Kini mereka telah berjaya masuk melalui tali barut dan yang menyedihkan tali barut mereka menggunakan Agama sebagai senjata bagi mendapatkan sokongan.

Komunis akan guna apa sahaja cara dan jalan dalam memastikan idealogi mereka dapat disebarkan dan mereka dapat berkuasa.

Orang Islam Melayu yang bodoh sahaja akan terpengaruh dan sanggup jadi tali barut dan baruah komunis. Golongan ini sanggup menggadaikan agama serta maruah bangsa mereka untuk perjuangan komunis.

Orang Islam dan Melayu perlu segera sedar akan bahaya komunis ini dan memastikan mereka langsung tidak ada peluang untuk bertapak di Tanah Melayu!!!

JPX

Friday, September 21, 2012

LAGI ANAK KOMUNIS PIJAK GAMBAR PERDANA MENTERI


KLIK >>>DI SINI<<< UNTUK CERITA GAMBAR DI ATAS

ANAK CINA NI SAJER CARI PASAL...
APA DIA INGAT DIA BELAJAR LUAR NEGARA...
DIA BOLEH BUAT IKUT SUKA...
INI NEGARA ADA UNDANG-UNDANG...
SIAPA LANGGAR UNDANG-UNDANG MESTI KENA HUKUM...
ANASIR KOMUNIS DAH JELAS KELIHATAN...
PAK MENTERI YANG JAGA UNDANG-UNDANG...
JANGAN TENGOK AJA...
KOMUNIS NI BAHAYA...
DULU ORANG TUA KITA DAH RASA JAHATNYA KOMUNIS NI...
MINTAK JANGAN KOMUNIS NI MUNCUL SEMULA...
SEMOGA ALLAH PELIHARA MALAYSIA YANG TERCINTA...

JPX

Wednesday, September 21, 2011

TERKINI: MAT SABU GUNA DUIT TABUNG MEMALI UNTUK BAYAR IKAT JAMIN???


MAT SABU TAK MENGAKU BERSALAH...
JADI DIA MINTA DIBICARKAN...
HAKIM KENAKAN IKAT JAMIN RM 15,000
MAT SABU TAK ADA DUIT SEBANYAK TU...
UNTUK ELAK DIA TIDUR LOKAP...
DIA ARAH RAKAN KOMUNIS...
UNTUK KUTIP DERMA BAGI TAMPUNG BAYAR IKAT JAMIN...

BAGUS LER TU...
SETIAP SUMBANGAN ITU ADALAH MENYUMBANG KEPADA KOMUNIS...
BOLEH KE AKU TAIP MACAM NI???
HEHEHEHEH...

JANGAN GUNA DUIT TABUNG MEMALI SUDAHLAH YER....

JPX

Wednesday, September 14, 2011

MAT SABU MENGAKU RABA NORMAH SELEPAS MANDI

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ YG LEBIH JELAS

MAT OH MAT...
BUKAN MAIN ROMANTIK KAU YER...
TAK SANGKA ROMANTIK JUGAK ABANG MAT KITA NI...
MISAI TAK BERAPA NAK TEBAL...
TAPI AYAT SANGAT MERBAHAYA...

KALAU KENA ANAK DARA....
BOLEH LUMPUH IMAN TERNODA...
AYAT DIA TAK KENAL SIAPA....
BINI MEMBER PUN BOLEH AJA...
ASAL BOLEH LEPAS LEGA...
MELEKIT LEKIT PUN APA...
ITU NIKMAT YANG TAK TERKATA...

WALAU LEPAS MAHKAMAH DUNIA...
ABANG MAT BONGKAK DAN BANGGA...
DIA TAK SALAH TAK BUAT DOSA...
WALAU DALAM BILIK BERDUA AJA...
TAKDE BUAT APA ITU KATA DIA...
KITA TAK NAMPAK TAK BOLEH CAKAP APA...
SEBAB MAHKAMAH DAH PUTUS BICARA...

ABANG MAT TERLEPAS ITU TAK APA...
TAK SABIT SALAH TEKNIKAL PUNYA PUNCA...
RAKAMAN ROMANTIK DENGAR BERSAMA....
BETUL TAK BETUL ABANG MAT KENA CERITA...
SUDAH SAHIH LAGI NYATA...
ABANG MAT PUNCA "MASJID" MEMBER PORAK PERANDA...
TAPI JENIS  TAK KIRA...
BINI MEMBER PUN JADI AJA...
TAK DAPAT DI RANJANG ...
DALAM TELEFON PUN BOLEH RABA...


PAS MENGAKU PARTI ISLAM...
TAPI PEMIMPIN MUKA KELAM...
BOLEH JAHANAM NEGARA DAN BANGSA...
AGAMA DIJUAL UNTUK UNTUK BERKUASA...
KOMUNIS CINA KETAWA AJA...
MELAYU  SUDAH PORAK PERANDA...
ISLAM TERCEMAR PUN TAK APA...
MELAYU GILA TUKANG BUAT KERJA...

ABANG MAT KENA LER NAFI...
BETUL TAK BETUL RAKAMAN INI...
JANGAN BUAT KAMI TERNANTI...
KALAU SENYAP KAMI SANGSI...
NAK BAGI UNDI KE TAK PRU NANTI....

JPX

Sunday, September 11, 2011

CUBAAN KOMUNIS SERANG PM DI PENANG GAGAL: LIM GUAN ENG KENA BOO!!!



CERITA LANJUT DI BLOG MPP >>>DI SINI<<<

KALAU DAH NAMA KOMUNIS...
MEMANG TAK YANG BAIK...
JAHAT DAN BURUK PERANGAI KOMUNIS NI...
TAPI YANG PALING SEDIH...
ORANG MELAYU YANG MENDEWAKAN KOMUNIS NI...

APA LAH NASIB BANGSA MELAYU...
KALAU KOMUNIS TERUS BERKUASA DI MALAYSIA NI...


JPX

Wednesday, September 07, 2011

Tuesday, September 06, 2011

MAT SABU TERIMA ANUGERAH TERTINGGI DARI GEREJA VATICAN


1. Mat Sabu, bukanlah satu nama baru dalam arena politik. Dalam PAS dia mempunyai satu sejarah panjang dan turun naiknya.

2. Bermula dari memimpin golongan muda dalam PAS, Mat Sabu mencuba nasib untuk pergi lebih jauh dalam politik dan berjaya menjadi Timbalan Presiden PAS di dalam muktamar yang lalu. Mat Sabu dari puak Erdogan berjaya menumpaskan golongan ulamak dengan jayanya dengan bantuan kumpulannya  yang juga terdiri dari golongan Erdogan.

3. Kemenangan Mat Sabu dilihat sebagai tanda matinya perjuangan ulamak dalam PAS. Selesai sahaja itu, misi Negera Islam berkubur dan PAS dengan bangganya menggantikannua dengan misi Negera Berkebajikan. Ada ahli PAS tidak bersetuju dengan penukaran ini namun dalam keadaan rasional mereka juga percaya bahawa Negera Islam tidak mungkin menjadi kenyataan selagi Mat Sabu di dalam kepimpinan PAS.

4. Kini ketakutan itu semua telah menjadi kenyataan. Mat Sabu yang pernah disabitkan kesalahan khalwat diangkat tinggi oleh ahli parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Dan kini Mat Sabu punya lebih banyak peluang untuk menunjukkan belangnya yang sebenar.

5.Mat Sabu pun mula buat kerja. Dia mula mengumpul markah untuk terus mendapat tempat di hati ahli-ahlinya. Bermula dengan pembohongan Bersih 2.0, dia terus menerus melaksanakan agenda jahatnya atas arahan bossnya dalam pakatan.

6. Dan yang terbaru, Mat Sabu sengaja memperbodohkan diri mengatakan bahawa komunis adalah hero sebenar dalam mencari kemerdekaan Malaysia. Kenyataan ini tentu sahaja menarik perhatian seluruh umat di Malaysia dan seluruh umat Malaysia mengecam keras kenyataan bodoh Mat Sabu yang bodoh ini.

7. Maka, tak teduh lah mereka yang bencikan komunis menghentam Mat Sabu. Media arus perdana, media sosial alaf baru, media kedai kopi tak kering lidah bercerita tentang kebodohan dan kedangkalan Mat Sabu tentang sejarah Malaysia. 

8. Tapi Mat Sabu terus steady buat kerja. Dia tetap berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan walaupun sahabatnya Karpal Singhkey menyuruhnya berbuat demikian. Siapa yang nak dengar cakap Singh tua nyanyuk kan???

9. Dalam masa yang sama, sahabat Mat Sabu yang lain dalam Pakatan terus menerus senyum da ketawa panjang. Komunis-komunis yang masih wujud tanpa uniform ini bangga apabila perjuangan dan agenda mereka mula diperkatakan semula.

10. KEJAYAAN TERBESAR MEREKA PADA MASA INI ADALAH BERJAYA MENYEMBUNYIKAN ISU KEGIATAN MEMURTADKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA. MAT SABU SETAKAT INI BERJAYA DENGAN CEMERLANG DAN HARUS MENDAPAT PUJIAN DARI PIMPINAN TERTINGGI PADERI KRISTIAN.

11. MEDIA ARUS PERDANA JUGA YANG HAMPIR SENYAP MEMUTARKAN ISU INI JUGA DILIHAT SEBAGAI SATU TANDA ARAS KEJAYAAN MAT SABU. DUMC BOLEH SUDAH BOLEH MENARIK NAFAS LEGA DAN BOLEH TERUS MEMURTADKAN UMAT ISLAM DENGAN BANTUAN MAT SABU.

12. JIKA KITA SEMUA AMBIL SEDIKIT MASA UNTUK PERHATI DAN FAHAMKAN PERMAINAN INI, SUDAH PASTI KITA AKAN DAPAT MELIHAT KELOMPOK KARIF HARBI DALAM PAKATAN RAKYAT INI SEDANG KETAWA BESAR KESERONOKAN.

13. APA GUNA UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI BERKELAHI SESAMA SENDIRI SEDANGKAN AGAMA DAN NEGERA INI SEDANG DIROSAKAN OLEH UMATNYA SENDIRI DAN IANYA BERLAKU DI DEPAN MATA KITA????

14. MAT SABU SEKADAR ALAT RADAS KAFIR HARBI UNTUK MENYAMPAIKAN HAJAT MEREKA DI MALAYSIA INI. MAT SABU SANGGUP MELAKUKAN DAN BERCAKAP APA SAHAJA KERANA DIA TERLALU NAIF UNTUK MELIHAT SEMUA INI.

15. DAN YANG PASTI, DI MANA PEMIMPIN ISLAM YANG LAIN DALAM PAKATAN??? MENGAPA TERUS MEMBISU WALHAL MEREKA MENGAKU BAHAWA PARTI MEREKA MEMPERJUANGKAN ISLAM??? APAKAH NIK AZIZ DAN HADI AWANG RELA UMAT ISLAM DIMURTADKAN DAN MENERIMA PERJUANGAN KOMUNIS???

16. AGENDA JAHAT DUMC MASIH JUGA BELUM BERHENTI DAN AKAN BERTERUSAN SELAGI DI TANAH AIR INI ADA KELOMPOK MANUSIA YANG SANGGUP BEKERJASAMA DENGAN MEREKA DAN SALAH SEORANG DARINYA ADALAH MAT SABU!!!

JPX

Sunday, August 28, 2011

TERKINI DAN PANAS:BUKTI MAT SABU TERIMA GAJI SEBAGAI KETUA KOMUNIS MELAYU!!!




SUDAH TERANG LAGI BERSULUH... 
KOMUNIS MEMANG MUSUH NEGARA... 
ORANG MELAYU RAMAI DIBUNUHNYA.... 
SEMUA SALAH DIA YANG BETUL SAHAJA... 
ZAMAN DARURAT TEMBAK MENEMBAK... 
KOMUNIS MAHU MENJADI RAJA... 
KEBEBASAN DAN MERDEKA KONON PERJUANGANYA... 
TAPI GANAS TAK INGAT DUNIA... 

 DUNIA MODEN KOMUNIS MASIH ADA... 
ADA MELAYU JADI TALI BARUTNYA... 
PEJUANG DAH MATI HABIS DICACINYA... 
SEBAB IKUT CAKAP KETUA... 
TINDING HIDUNG DAN HULUR KEPALA... 
LABA POLITIK ITU TUJUANNYA... 
BAWA ISLAM TUJUAN ASALNYA... 
TAPI KINI DAH HILANG KE MANA...??? 

MAT SABU TALI BARUT KOMUNIS GAMAKNYA... 
MARI TENTANG SEBELUM BENCANA... 
MALAYSIA INI DIKONGSI BERSAMA... 
JANGAN BERI PELUANG KOMUNIS BERKUASA!!!


JPX

Wednesday, June 29, 2011

KINI KOMUNIS ADA WARNA BARU:HITAM ITU MENAWAN KE???

SAYA BUKAN KOMUNIS
DALAM DUNIA NI...
SIAPA NAK MENGAKU DIA JAHAT...
KALAU DIA KOMUNIS PUN...
TAK KAN DIA NAK CAKAP DIRINYA KOMUNIS...
DULU KAUM INI BODOH JER...
DAH PANDAI SIKIT DAH NAK DIPIJIKNYA KEPALA KITA...
JANGAN MAIN-MAIN...
JANGAN INGAT KO PANDAI CAKAP INGGERIS...
KO BOLEH BUAT SUKA KO...
INGAT ASAL USUL SIKIT...
ASAL USUL BANGSA KO KAT NEGARA NI...
SETUJU???

JPX

KEPALA BATAS 28 Jun - Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan menuduh akhbar Utusan Malaysia membuat laporan karut mengenai lelaki Filipina, Romeo Castillo dan warga Korea, Min Young Song yang didakwa ejen asing untuk membawa gerakan komunis di negara ini.

Menurut Arutchelvan, kehadiran Castillo, 59, dan Young Song, 24, ke negara ini bukan untuk menyebarkan propaganda jahat menggulingkan kerajaan sebaliknya datang menyertai Kongres PSM pada 3 hingga 5 Jun lalu.

Katanya, walaupun hadir sepanjang program PSM di Johor baru-baru ini, mereka berdua tidak membuat ucapan umum atau terlibat dalam perhimpunan atau sebarang aktiviti yang boleh dilabel sebagai jenayah.

''Jika mereka berdua adalah ejen asing yang merbahaya, bagaimana polis boleh membebaskan mereka dengan jaminan selepas ditahan pada 25 Jun lalu dan dibebaskan pada pukul 4 pagi keesokan harinya?

''Jadi laporan yang ditulis Utusan Malaysia adalah berniat jahat kerana tanpa sumber sahih menuduh Castillo dan Young Song merancang konspirasi peringkat antarabangsa," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Kepala Batas di sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan mengenai gerakan komunis yang didakwa meresapi demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sehingga boleh mengancam keselamatan negara.

Memetik sumber, laporan itu menyebut, gerakan tersebut diketuai PSM dikesan bersekongkol dengan Castillo, 59, dan Young Song yang menjadi ejen antarabangsa untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan.

Sumber dalam laporan itu menyebut, Castillo mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Filipina yang banyak membunuh rakyat negara itu melalui gerakan bersenjata manakala Young Song pula merupakan ahli pertubuhan 18 Mei di Korea dan hadir atas tajaan National Democratic Institute (NDI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Castillo dan Young Song ditahan bersama 29 ahli PSM di hadapan Kolej Matrikulasi di Ledang, Johor, Sabtu lalu.

Arutchelvan berkata, Castillo dan Young Song tidak mungkin bekerjasama menggulingkan kerajaan kerana mereka mempunyai fahaman berbeza dengan Castillo berhaluan kiri manakala Young Song pula mempunyai hubungan dengan pertubuhan sayap kanan di Amerika Syarikat.

''Selain itu tuduhan mengatakan PSM mengetuai demonstrasi Bersih juga tidak benar kerana perhimpunan itu adalah inisiatif pertubuhan bukan kerajaan yang diketuai Datuk S. Ambiga," ujarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa