Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label NIK AZIZ NIK MAT. Show all posts
Showing posts with label NIK AZIZ NIK MAT. Show all posts

Thursday, August 07, 2014

PANAS:NIK AZIZ SOKONG KHALID IBRAHIM KEKAL MB SELANGOR


Inilah penutup kepada kemelut politik di Selangor.  Hasrat PKR dan DAP mahu singkir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditolak PAS. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pegawai di ibu pejabat PKR lepas ini boleh letak jawatan beramai-ramai dan bersara dari politik.

Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.

Dalam kenyataan yang ditandantangani Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Dr Haron Din itu menyatakan, keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.

Bagaimanapun kata kenyataan itu, jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan Khalid.

Berikut adalah kenyataan penuh.

Kenyataan Majlis Syura Ulamak

Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara" ,

Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:

"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.

Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus  memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

KREDIT KEPADA AGENDADAILY

Monday, June 09, 2014

NIK AZIZ BAWA PAS KELUAR DARI PAKATAN TIDAK LAMA LAGI???!!!


AKU RASA ADA BAIK NIK AZIZ BAWAK PAS KELUAR CEPAT DARI PAKATAN RAKYAT.

PAS  JADI HAMBA DAN BUDAK SURUHAN JER DALAM PAKATAN.

PAS JUGAK TAK MAMPU UNTUK TEGAKAN SYIAR ISLAM DENGAN TENANG SELAGI MEREKA BERSEKUTU DENGAN KAFIR HARBI DAP.

INI DAP KALAH PRK PUN MEREKA NAK SALAHKAN PAS. ADA KE PATUT???

SEMOGA NIK AZIZ DAPAT  BUAT KEPUTUSAN YANG BAIK UNTUK KEBAIKAN AGAMA ISLAM. AMIN

JPX


KOTA BHARU 6 Jun - Mur­syidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapatkan penjelasan daripada Lim Kit Siang mengenai tindakan DAP yang menyalahkan parti itu sebagai punca kekalahan mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini.

Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata, Penasihat DAP itu akan datang ke Kelantan Sabtu ini dan Pas akan menunggu penjelasan sebenar DAP mengenai isu tersebut.

"Sabtu ini Kit Siang akan datang. Kita tunggu hari itu. Kita tidak boleh ulas hari ini sebab dia hendak datang," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Gobind Singh Deo yang mendakwa pendirian Pas mahu melaksanakan hudud di negeri ini menyebabkan berlaku protes terhadap pembangkang sehingga menyebabkan kekalahan calon parti itu, Dyana Sofya Mohd. Daud.

Gobind turut mendakwa kebanyakan pengundi di Teluk Intan tidak menyokong hudud kerana mereka berpandangan Malaysia merupakan negara sekular.

Tindakan pemimpin DAP itu seterusnya mendapat tentangan daripada Kerajaan Pas Kelantan yang mahu parti itu mengakui kelemahan sendiri sebagai punca kekalahan.

Thursday, January 30, 2014

JOM BACA:NIK AZIZ SOKONG AMALAN SYAITAN


MEMBAZIRKAN AMALAN SYAITAN...
PUAK NI SELALU MARAH CAKAP KERAJAAN MEMBAZIR...
SEKARANG NI ANWAR PULAK NAK BAZIRKAN DUIT RAKYAT DENGAN SENGAJA ADAKAH PRK...
KALAU ADUN TU MATI LAIN CERITA...
INI ANWAR "BUNUH" ADUN TU  UNTUK KEUNTUNGAN POLITIK DIRI SENDIRI..
ADA KE PATUT...???
ORANG PAS YANG "WARAK" KENA KAJI BETUL-BETUL CERITA PRK KAJANG NI...
ADDAKAH INI AMALAN YANG BAIK DI SISI AGAMA???

JPX 

Setiap kali Anwar Bin Ibrahim melakukan kesalahan maka Nik Aziz akan tampil mempertahankan beliau seolah-olah telah menjadi tugas khas Nik Aziz untuk “mencuci najis” Anwar Bin Ibrahim. Sepatutnya manusia yang berada dipenghujung usia seperti beliau sentiasa mengeluarkan kenyataan yang benar dan adil sahaja tanpa dipengaruhi oleh sebarang kepentingan peribadi.

Dalam keadaan Nik Aziz yang sentiasa uzur beliau dilihat berada dalam keadaan yang cukup terdesak apabila sanggup mencabar Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk tidak meletakkan calon mereka sekiranya menganggap pengosongan kerusi di Dun Kajang itu sebagai satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi.

Mengapa Nik Aziz tidak lantang bersuara mempertahankan kesucian maruah Islam apabila Kalimah Allah dengan jelas cuba diperkotak katikkan oleh rakan-rakan seperjuangan Nik Aziz. Anehnya apabila Nik Aziz yang kononnya mewakili parti Islam Se-Malaysia sebenarnya tidak peduli langsung akan untung nasib bangsa Melayu yang beragama Islam.

Saturday, January 25, 2014

TERKINI MALAM MINGGU:NIK AZIZ AKAN BAWA PAS KELUAR DARI PAKATAN PEMBANGKANG KERANA TIDAK SETUJU DENGAN ANWAR IBRAHIM




SYABAS DAN TAHNIAH TUAN GURU...
PENDIRIAAN ANDA DIHARGAI...
TAPI APA PULAK KOMEN TUAN GURU PASAL VIDEO DI BAWAH...
PAS NAK TERUS KER BERSAMA DENGAN KAUM-KAUM PENJAHAT AGAMA NI???
TOLONG KOMEN SIKIT...

JPX

Thursday, January 16, 2014

SAMBUT MAULIDUR RASUL “HARAM”, “MAULIDUL NIK AZIZ” PULA “HARUS” HUKUMNYA???


Hari ini bertarikh 14 Rabiul Awal, tahun 1435 Hijrah. Dua hari lepas, kita sambut hari kelahiran junjungan besar, Muhammad SAW, dengan penuh kesyukuran atas kurniaan Allah SWT yang memilih kita sebagai sebahagian dari umat baginda. Sebagai Rasul yang diutus Allah, Muhammad SAW bagaikan membawa rahmat ke seluruh alam…

Saya faham bahawa sebahagian ulama menganggap menyambut Maulidur Rasul itu sebagai haram dan dianggap “bida’ah dholaalah”. Sebahagian ulama pula berpandangan sambutan hari lahir Rasulullah SAW itu hukumnya harus dan dianggap “bida’ah hasanah”.

Pun begitu, mungkin mahu menunjukkan fahaman Islam yang tinggi, PAS yang tahu sejarah dan budaya umat Islam di negara kita menyambut hari lahir Rasulullah SAW pada setiap tahun “sengaja” bertindak menongkah arus dan berpandangan sambutan tersebut sebagai “bida’ah dholaalah” dan haram disambut.

Malah hujah mereka berkata, menyambut harijadi Rasulullah SAW itu sama tarafnya seperti Abu Lahab yang beriya-iya menyambut kelahiran Rasulullah SAW pada 12 Rabiul Awal, tahun Gajah, dulu. Memang benar, riwayat menceritakan bahawa Abu Lahab korbankan haiwan ternakan kerana terlalu gembira menyambut kelahiran Muhammad SAW.

Saturday, November 30, 2013

NIK AZIZ ULAMA' SAKIT OTAK!!!


Sungguh melucukan sekali apabila Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti mengeluh seakan mencemburui usaha diplomasi oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub yang melakukan kunjungan rasmi menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya beberapa hari lepas.

Kata Nik Aziz, pertemuan rasmi sebegitu adalah sesuatu yang tidak dijangkakan sama sekali kerana dakwanya sepanjang lebih 20 tahun beliau menjadi MB menerajui Kelantan tidak pernah ada perjumpaan sedemikian rupa diaturkan untuk membolehkannya menemui PM.

“23 tahun baru boleh jumpa, payahnya Menteri Besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (Perdana Menteri) buka pintu,” itu keluhannya seolah-olah membayangkan inilah pertama kalinya PM meluangkan masa bertemu MB Kelantan.

Saturday, July 20, 2013

ORANG UMNO TAK SEMBAHYANG!!!???


Saya percaya bahawa umat Islam di Kuala Besut semuanya bersaudara. Sama ada UMNO atau PAS, semuanya diikat dengan tali silaturrahim berasaskan ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW sejak dulu lagi.

Allah berfirman di dalam Al-Furqan yang mafhumnya berbunyi “sesungguhnya orang-orang mukmin (Islam) itu bersaudara” dan kita sesungguhnya saudara seagama dari keturunan Nabi Allah, Adam AS…

Pada saya, umat Islam di Kuala Besut hanya dipisahkan oleh fahaman politik masing-masing. Mungkin Pok Cha merupakan penyokong PAS dan adiknya Pok Die pula seorang penyokong UMNO tegar.

Namun saya yakin, Pok Cha takkan sampai hati menuduh adiknya kafir dan tidak menunaikan solat. Dan begitu juga sebaliknya. Berbeza fahaman politik, tapi tetap bersaudara…

Tapi baru-baru ini ada datang seorang “cikgu pencen” dari Kelantan yang bernama Nik Aziz Nik Mat yang cuba memecah-belahkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di Kuala Besut. Dia datang berceramah dan berkempen untuk PAS di Kuala Besut.

Kata Nik Aziz…

“UMNO menyeru kita buat masjid, dia (UMNO) sendiri tak sembahyang” – Nik Aziz Nik Mat, PRK Kuala Besut, Terengganu.

Dari kata-kata Nik Aziz ini, dia menunjukkan betapa “gedebe”nya dia ketika menjadi Menteri Besar Kelantan apabila enggan membina masjid baru di negeri Kelantan. Dia memberi alasan bahawa “orang UMNO tidak sembahyang” sebagai justifikasi untuk dia tidak membina masjid.

Persoalannya, benarkah orang UMNO tidak solat? Apakah benar orang UMNO tidak sembahyang di masjid? Dan bila tidak bersolat, maka dengan mudah Nik Aziz cuba membayangkan orang UMNO sebagai kafir sebagaimana yang dia fatwakan sebelum ini?

Sebetulnya perkara ini pernah dan telah berkali-kali menjadi perdebatan di antara PAS dan UMNO. PAS menuduh dan UMNO mempertahankan aqidahnya sebagai muslim.

Saya tidak kisah sama ada Nik Aziz tidak mahu membina masjid di Kelantan. Kalau membina rumah Allah pada Nik Aziz itu tidak membawa sebarang faedah pada umat Islam, saya tidak kisah dengan pendirian bekas MB Kelantan itu. Itu dia punya pasal…

Namun, kalau enggan bina masjid untuk umat Islam di Kelantan sekalipun, tak payahlah sampai menuduh orang UMNO tidak sembahyang! Siapa kata orang UMNO tidak solat?

Saya UMNO dan saya solat 5 waktu setiap hari. Dan saya yakin, berjuta lagi orang UMNO yang solat 5 waktu setiap hari. Malah ramai ahli UMNO yang begitu konsisten mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah bila azan dialunkan!

Cuma kami tidaklah seperti PAS. Kami tidak canang ke seluruh negara bahawa kami tunai solat 5 waktu setiap hari. Kami juga tidak beritahu dunia bahawa kami lebih Islam dari orang lain. Sebabnya, kami yakin Allah SWT tahu apa yang kami lakukan pada setiap saat…

Soalnya, siapa Nik Aziz yang mahu menuduh orang UMNO tidak solat? Kalau Nik Aziz nak tahu, ramai lagi orang PAS yang langsung tidak solat walau sekali dalam sehari. Malah di saat umat Islam berpuasa, dia sebok cari gerai tersembunyi membeli nasi bungkus di waktu tengahari!

Nik Aziz juga perlu tahu bahawa ada juga orang PAS yang beli nombor ekor. Ada juga yang berjudi dan melanggan pelacur. Malah ada juga yang sanggup bermukah, menggoda isteri sahabat sendiri sebelum “dicuri” untuk dijadikan isteri nombor dua!

Pada saya, tentang solat, puasa, zakat dan segala amalan itu adalah terletak pada diri seseorang itu. Sama ada orang UMNO atau PAS, ada di kalangan mereka yang melakukan pahala dan dosa. Ada muslim yang baik dan ada pula yang kufur. Namun UMNO atau PAS bukanlah ukuran pada solatnya!

Bak kata Ustaz Nasharuddin yang dibenci sangat oleh Nik Aziz, tidak semua orang UMNO itu syaitan dan tidak semua orang PAS itu malaikat. Dan begitu juga sebaliknya, bukan? Tidak semua orang PAS itu syaitan dan tidak semua orang UMNO itu malaikat.

Nik Aziz sebagai individu yang kononnya seorang “Mursyidul Am”, perlu berlaku adil dalam sebarang “kalam” yang mahu disampaikan pada jemaahnya, termasuk di Kuala Besut. Dia patut jaga lidahnya sementara usianya masih ada. Risau juga kalau tak sempat meminta maaf dari orang UMNO nanti!

Pada saya, usahlah kerana politik maka Nik Aziz sanggup menuduh orang Islam lain tidak sembahyang. Jangan fikir orang PAS saja yang lebih Islam sedangkan ramai juga orang UMNO yang jauh lebih sempurna Islamnya berbanding Nik Aziz sendiri.

Harapan saya semoga ada pihak di dalam PAS yang tampil memperbetulkan minda Nik Aziz sebelum terlambat. Bukan apa. Tempohari khabarnya terbit darah dari mulut Nik Aziz. Tolonglah jaga “lidah” sebelum mulut itu berdarah sekali lagi, boleh?--SUMBER

Monday, July 15, 2013

PANAS:PAS NEGERI MELAKA DOAKAN NIK AZIZ MATI!!!



INILAH TARAF PEMIKIRAN PEMIMPIN PAS...
LANGSUNG TAKDE KUALITI SERBA SERBI...
ORANG HIDUP DIMINTA MATI...
MAIN POLITIK LANGSUNG TAKDE PERI...
AKAL DAN OTAK MACAM TAKDE FUNGSI...
MAIN SEBUT IKUT MULUT SESUKA HATI..
LANGSUNG TAK FIKIR SENSITIVITI...
ISLAM MEREKA HANYA DI MULUT BUKAN DI HATI...
ISLAM HANYA UNTUK KEPENTINGAN PARTI...
DAN JUGA UNTUK MENCARI UNDI...!!!

APA AGAMA YANG DIANUT ORANG PAS NI SAMPAI NAK AJAK ORANG DOAKAN KEMATIAN PADA ORANG HIDUP???
SERASA AKU DALAM ISLAM TAKDE AJAR BENDA NI...
KALAU YER PUN KEMARUK NAK TAGIH BANTUAN KERAJAAN...
TAK PAYAH LER SAMPAI DOAKAN ORANG HIDUP MATI...
KALAU NAK KIRA LOGIK AKALLAH...
LEBIH BAIK YB PAS YANG MATI DARI HIDUP KASI SUSAH ORANG!!!
DATANG TAK MENAMBAH PERGI TAK MENGURANG!!!
SETUJU TAK???

JPX
 

Sunday, July 07, 2013

NIK AZIZ KECAM ANWAR IBRAHIM YANG SUKA BERDEMO DI TENGAH JALAN!!!???


Oleh Nor Azlina Shaari

Kita ketika ini digemparkan dengan berita penggulingan Presiden baru Mesir, Mohamad Morsi dari Ikhwanul Muslimin oleh tentera Mesir ekoran rakyat tidak setuju dengan pentadbiran Morsi yang hanya berjalan selama seminggu sahaja.

Dikatakan corak pentadbiran Morsi adalah berbentuk diktator hinggakan rakyat sanggup mengadakan gerakan di jalan raya.

Cara yang sama juga digunakan dalam menumbangkan Hosni Mubarak sebelum Morsi mengambil alih tampuk pemerintahan Hosni.

Sunday, June 16, 2013

TERBAIK MALAM MINGGU:PAS JALANKAN KAJIAN MENDALAM TERHADAP OTAK NIK AZIZ!!!


MUNGKIN ramai tidak begitu peduli dengan pengumuman Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yaakub pada 8 Mei lepas bahawa kerajaan negeri itu akan menubuhkan Institut Pemikiran Nik Aziz, kononnya untuk menghargai jasa dan entah apa-apa yang orang PAS ni pandang hebat sangat si Nik Aziz.

Selain tulang yang makin hari makin reput dan nafas yang semput, hampir tidak ada apa yang istimewa mengenai Nik Aziz, melainkan kenyataan-kenyataan kontroversi yang pernah dikeluarkannya sebelum ini – itupun kalau nak dikatakan istimewa.

Tapi lebih sebulan selepas pengumuman mengenainya dibuat, tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang institut tersebut, adakah nak diteruskan atau tidak?

Hakikatnya, ikut amalan biasa di seluruh dunia, institut pemikiran macam ini ditubuhkan untuk orang yang super hebat.  Jenis orang yang kalau kita sebut saja namanya, dah terbayang macam-macam kemajuan yang dia pernah bawa untuk kepentingan ramai orang.

Paling tidak, ada penerbitan buku atau jurnal yang boleh dikaitkan dengannya yang menjadi bahan rujuk universiti-universiti ternama di dunia – dalam kapisiti Nik Aziz, Universiti Al-Azhar atau istitusi pengajian Islam yang lain.

Ada ke?  Penulis boleh confirmkan disini, sehelai karya Nik Aziz pun tarak.

Sunday, April 14, 2013

GEMPAR:NIK AZIZ JATUH KO???!!!








ITU LER...
TUHAN SEKARANG BAYAR CASH..
AGAMA MANA AJAR KITA DOA PECAH PERUT ORANG???
AGAMA MANA AJAR KITA DOA KO PADA PARTI ORANG...???
SEKARANG SIAPA YANG KO???
BARU SIKIT JER TU...
APA PUN...
PADAN MUKA!!!

JPX

Monday, April 01, 2013

NIK AZIZ MASUK WAD DIRAJA IJN SEKALI LAGI???!!!



BAGUS LER TU..
SYUKUR ALHAMDULILAH...
TOK GURU DAN MURID PONDOK NI LEBIH TINGGI ILMU AGAMANYA DARI NIK AZIZ...
MEREKA PUN DAH SEDAR BAHAWA PAS NI TAK LEBIH DARI PARTI POLITIK MURAHAN PENJUAL AGAMA..
MANA BOLEH SUKA-SUKA BUAT HUKUM IKUT SUKA SENDIRI...
MANA BOLEH ORANG ISLAM CAKAP NABI KEKASIH ALLAH MAT BUDAK KAMPUNG...
MANA BOLEH BUAT PERBANDINGAN ATAS NAMA KEKASIH ALLAH..
MANA BOLEH KITA ORANG ISLAM SETUJU BAGI KALIMAH ALLAH ORANG KAFIR GUNA...
BIAR DIA TINGGAL ANAK BERANAK JER DALAM PARTI PAS...
JANGAN BERI PELUANG PADA MEREKA LAGI..
LAGI LAMA LAGI BANYAK BENDA MUNGKAR YANG MEREKA LAKUAKAN...
JANGAN UNDI PAS PADA PRU 13 NANTI YER..

JPX

PASIR MAS 1 April - Sebanyak 70 anggota Pas yang terdiri daripada guru dan pelajar sebuah sekolah pondok di sini, malam tadi mengisytiharkan mereka keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO sebagai wadah perjuangan.

Bagi mereka tiada parti lain selain UMNO yang mampu memartabatkan sinar Islam selepas Pas gagal berbuat demikian sejak memerintah Kelantan pada 1990.

Selain itu bagi mereka lagi terlalu banyak janji palsu yang ditaburkan pemimpin Pas dan selama itu mereka melihat jasa kerajaan Pusat dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat benar-benar telah menambat hati.

Wakil guru dan pelajar pondok di Tal Tujuh di sini, Mohd Zaidi Shafie berkata budi UMNO dan kerajaan pusat dalam memartabatkan sinar Islam dan membantu rakyat telah menyebabkan mereka bertukar fikiran untuk keluar daripada Pas.

"Memang betul saya pengikut setia Tok Guru Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan selalu mengikut programnya. Apabila saya membuat perbandingan akhirnya kami sepakat Pas tidak boleh membela nasib kami dan tidak mampu memartabatkan Islam.

"Jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat besar terutama pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia dan banyak lagi.

"Ini telah membuka hati kami para guru dan pelajar pondok di sini dan kami yakin UMNO boleh membawa negara, bangsa dan agama ke tempat yang selayaknya," katanya pada majlis penyerahan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat di Kampung Hutan Chengal, Tendong di sini malam tadi.

Mohd Zaidi berkata lebih menyedihkan Pas hanya pandai menabur janji namun tidak pernah ditunaikan demi rakyat di Kelantan.

Sementara itu Hanafi berkata keikhlasan guru dan pelajar pondok itu untuk menyertai UMNO bukan dipaksa oleh mana-mana pihak tetapi lahir daripada kehendak mereka sendiri.

"Saya jangka lebih ramai anggota Pas akan keluar parti dan menyertai UMNO.

Penyertaan guru dan pelajar sekolah pondok ini diharap dapat membuka mata anggota Pas untuk sama-sama berjuang dalam UMNO," katanya. - BERNAMA

Sunday, March 31, 2013

NIK AZIZ KAKI TEMBERANG PALING HANDAL DI MALAYSIA



Sekadar mengambil petikan kata-kata Presiden ABIM ketiga, Datuk Dr. Siddiq Fadzil yang menyatakan ulama perlu berani menegakkan kebenaran dalam apa jua keadaan tanpa mengira tempat dan masa. Malah menurut rakan baik Anwar Ibrahim itu, ulama bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan dan tidak boleh berkompromi atau bersekongkol.

“Ulama harus berani dan bebaskan diri mereka untuk memberikan pendapat demi kebaikan semua,” kata beliau di dalam satu program wacana yang bertajuk “Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” tidak lama dahulu.

Namun baru-baru ini, Pas dikecam hebat oleh beberapa orang ulama di Kelantan  yang mengatakan bahawa mengundi Pas dalam pilihan raya akan datang adalah haram kerana telah lari dari perjuangan asal sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP.

Ini kerana umum mengetahui DAP sebagai sebuah parti ‘ultra kiasu’, mengunapakai pendekatan sekular sebagai teras perjuangan mereka yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Malah Karpal Singh sendiri suatu ketika dahulu pernah mengeluarkan kenyataan ‘langkah mayatnya sekiranya Pas ingin menjalankan menubuhkan negara Islam di Malaysia”.

Lebih malang lagi, ‘baiah’ Karpal itu masih dipegang olehnya sampai kini sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pengikut Pas berhubung kerjasama yang terjalin itu.

Terbaru kegagalan Pas untuk mempertahankan Islam terutamanya dalam isu berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam kerana terlalu tunduk dengan desakan DAP juga sukar untuk dimengertikan.

Malah bukan itu sahaja, Pas sekarang ini, sudah sampai ke tahap sanggup berbohong demi meneruskan survival politik mereka.

Pas juga begitu bangga menyatakan, kononnya kerajaan negeri Kedah telah membina sebanyak 12 buah masjid sepanjang hampir lima tahun pemerintahan mereka seperti yang terkandung di dalam buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’.

Yang mana ia jelas merupakan satu penipuan yang maha besar di Kedah kerana pembinaan masjid itu telah nitanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM24 juta.

Bahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang bertanggungjawab membina 22 masjid baru itu sejak 2008 dengan peruntukan keseluruhan hampir RM40 juta.

Oleh yang demikian tindakan pemimpin Pas ini boleh diklasifikasikan sebagai munafik.

Kerajaan Kedah yang diterajui oleh pimpinan parti yang kononnya berasaskan Islam seharusnya berasa malu kerana gagal melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat itu.

Sebaliknya, BN yang sebelum ini tewas, terus dilihat tetap melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat Kedah dengan penuh ikhlas dan tanpa rasa kecil hati walaupun kalah dalam pilihanraya yang lalu.

Apapun, rakyat Kedah kini sudah semakin sedar akan kesilapan yang telah mereka lakukan dan pasti akan bangkit dalam pilihan raya akan datang untuk menebus kembali kesilapan mereka.

Tuesday, March 26, 2013

NIK AZIZ MUNTAH DARAH PAGI INI!!!



Perjuangan Pas yang semakin menyimpang daripada landasan sebenar menyaksikan lebih 6,000 ahli dan penyokong parti itu telah berpaling tadah dan menyatakan komitmen mereka untuk membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, sokongan kumpulan berkenaan diyakini akan membantu UMNO dan BN merampas semula kerusi Parlimen Pasir Puteh dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Gaal, Semerak, Selising dan Limbongan.

Beliau berkata, penyertaan bekas ahli dan penyokong Pas dalam UMNO itu dibuat secara berkelompok sama ada menerusi perisytiharan rasmi atau secara senyap yang dilakukan di setiap cawangan dan kampung sejak 2010 lagi.

"Ia turut digerakkan oleh bekas ahli Pas tegar dan penyokong kuat parti itu yang menubuhkan Majlis Selamat Tinggal Pas (MSTP) bagi mengukuhkan jentera mereka sendiri untuk menarik lebih ramai ahli Pas menyertai UMNO," katanya berucap pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Kampung Kandis di sini malam tadi.

Turut berceramah ialah aktivis dan bekas penyokong tegar Pas yang juga penulis buku Kafirkah Aku?, C. N. Al-Afghani; bekas Timbalan Ketua Keselamatan Pas negeri, Shaidi Husin dan aktivis Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz.

Menurut Zawawi, penyertaan kumpulan itu turut memberi kekuatan kepada UMNO apabila mereka secara sukarela tampil sebagai penceramah bebas bagi memberi penjelasan terperinci kepada rakyat mengenai pelbagai isu dan kepincangan kepimpinan Pas.


"Pengalaman mereka berjuang bersama Pas sejak sekian lama banyak membantu mendedahkan pelbagai kepincangan kepimpinan, isu dalaman dan
perjuangan parti itu untuk pengetahuan umum," katanya.

Saturday, February 23, 2013

WAJIB TONTON: VIDEO TERLAMPAU PEMIMPIN PEMBANGKANG TERSEBAR LAGI!!!



KOTA BHARU 20 Feb. - Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.

“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.

“Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).

“Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) tahun ini memperuntukkan kira-kira RM3 bilion untuk mengagihkan sebanyak RM500 kepada kira-kira 4.3 juta isi rumah manakala kira-kira 2.7 juta individu bujang berumur 21 tahun ke atas menerima sebanyak RM250.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, pilihan raya umum kali ini penting kepada Pas kerana bukan sekadar mahu membentuk kerajaan tetapi menukar kerajaan sekular kepada kerajaan Islam.

Saturday, February 09, 2013

TERKINI:NIK AZIZ SEMAKIN TENAT!!!




KETIKA ramai melihat Nik Aziz sebagai ketinggalan zaman apabila menganggap penyanyi Oppa Gangnam-Style, Psy sebagai seorang perempuan, penulis pula lebih cenderung untuk mempertikaikan tahap kesihatan mental pemimpin PAS yang telah berusia lebih 80 tahun itu.

Penulis  bimbang Nik Aziz juga sudah tidak boleh membezakan antara jawatan Mursyidul Am dengan Menteri Besar sehingga dia menganggap dia masih layak bertanding dalam pilihanraya umum akan datang dan kekal dalam jawatan tersebut hingga mati – itu kalau PAS menang di Kelantan dalam pilihanraya akan datanglah, tapi nampak gaya macam nak tumbang.

Kalau yang merapu macam ini terdiri dari kalangan pemimpin UMNO macam Tun Mahathir umpamanya, penulis pasti ada waktu ini blog-blog puak kera ini pasti tidak henti-henti mengulang-ngulang kenyataan tersebut.

Tapi pasal yang terlibat dewa hidup PAS, maka semua pakat-pakat buat tak tahu dan buat tuli saja.

Walhal ia mempunyai petunjuk yang jelas bahawa pemimpin yang telah menjadi Menteri Besar lebih 22 tahun itu sudah tidak lagi layak untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Dari fizikalnya pun kita sudah nampak dia tidak larat, sekarang mentalnya pulak.

Dalam masa yang sama, ini juga menunjukkan ego Nik Aziz yang ramai tidak tahu .  Orang nak cakap, dia nak cakap, orang tahu, dia pun nak tunjuk tahu juga.  Susah benar mulutnya tu nak cakap “maaf kawe tak tahu” atau “maaf, no comment”.  Ini nak komen juga, penyudahnya nampak macam bodoh, walau memang bodoh pun.

Tidak cukup dengan itu, Nik Aziz juga mempertikaikan kenapa orang Malaysia meminati lagu dalam bahasa yang tidak mereka faham.  Kenyataan bodoh ini dikeluarkannya setelah wartawan yang bertanya menjelaskan bahawa Psy adalah penyanyi berasal dari Korea.

Mungkin si tua ini tak tahu berapa ramai orang suka lagu Hindustan tapi tak faham bahasa Hindustan.  Malah, berapa ramai yang mengaji al-Quran tak faham apa yang mereka baca pun!!

Tapi sebab dia nak kondem kedatangan Psy disini kerana takut menjejaskan DAP di Pulau Pinang, maka terpacul keluar jugalah alasan bodoh macam tu, dahlah awak tu bodoh, nyanyuk pulak.

Macai-macai PAS kat dalam portal, tolonglah nasihatkan tuk guru korang tu, itupun kalau Nik Aziz nak jumpa koranglah kan.

Thursday, December 27, 2012

LAGI BUKTI NIK AZIZ BERDOSA KEPADA RAKYAT KELANTAN TERSERLAH



KUALA LUMPUR 26 Dis – Kerajaan Pas Kelantan dilihat telah melakukan satu ‘dosa yang cukup besar’ terhadap rakyat negeri itu jika benar dakwaan yang melibatkan pemberian tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada pemimpin DAP.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas yang juga Setiausaha UMNO Gua Musang, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata dakwaan berkenaan cukup mengguris hati rakyat Kelantan khususnya kalangan penduduk setempat kerana mereka sendiri cukup sukar untuk mendapatkan tanah.

Menurut beliau begitu juga dalam soal untuk mendapatkan hak milik dan sebagainya lagi, rakyat Kelantan berdepan dengan pelbagai kesukaran dan dakwaan yang timbul hari ini benar-benar melukakan hati rakyat setempat.

“Kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz tidak seharusnya berdiam diri…. dan apakah hanya sekadar memberikan penjelasan di peringkat awal dakwaan timbul baru-baru ini ianya sudah dianggap selesai.

“Apa pun jika benar seperti yang didakwa, pendedahan mengenainya cukup melukakan hati rakyat Kelantan..Bayangkan ‘orang luar’ sewenang-wenangnya mendapat tanah berkenaan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Abdul Aziz seterusnya menegaskan salah satu ‘dosa besar’ oleh kerajaan Pas Kelantan itu perlu diberikan tumpuan sewajarnya oleh pihak yang berkenaan dan bukannya sekadar pandang ringan.

“Ini melibatkan satu dakwaan yang besar dan sepertimana yang saya katakan tadi jika benar dan sahih, ianya adalah satu ‘dosa besar’ kerajaan negeri terhadap seluruh rakyat Kelantan,” katanya. -MediaUMNO

Thursday, November 22, 2012

NIK AZIZ DEMAM TERUK LEPAS BACA BERITA INI???



KOTA BHARU 21 Nov. - Para pemimpin agama tempatan terdiri daripada guru pondok, golongan tahfiz, tabligh dan ustaz di negeri ini hari ini bangkit menyatakan bantahan terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berikutan kenyataan beliau yang memurtadkan sesama Islam serta doa Pas yang memohon kehancuran UMNO.

Mereka yang bernaung di bawah pertubuhan bukan kerajaan, Minda Pondok turut membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan itu kerana mendakwa kenyataannya bukan sahaja bercanggah dengan Islam malah merosakkan akidah ummah.

Ahli Jawatankuasa pertubuhan itu, Mohamad Zainal Abidin Awang yang juga Ketua Pondok Pulau Ular, Pengkalan Kubor berkata, beliau mencabar Nik Abdul Aziz untuk tampil bersama saf kepimpinannya berdebat dengan Minda Politik mengenai Islam.

"Ini satu perkara yang tidak boleh dibiarkan dan kami di Minda Pondok dipertanggungjawabkan untuk memberi penerangan supaya rakyat tidak tertipu dan supaya perkara songsang ini dapat disucikan dengan izin Allah SWT.

"Kami amat berdukacita di atas apa yang berlaku sewaktu perhimpunan Pas di stadium di mana Pas telah mendoakan supaya Barisan Nasional (BN) hancur," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian di sini hari ini.

Selain itu, Minda Pondok yang memiliki kira-kira 300 ahli turut membuat dua lagi laporan polis iaitu terhadap adik Nik Abdul Aziz iaitu Nik Razi Nik Mat dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar atas tindakan mereka yang menghina Islam.

Nurul Izzah dalam kenyataannya baru-baru ini seperti dilaporkan media menyatakan bahawa semua rakyat Malaysia termasuk orang Melayu perlu diberi hak dan kebebasan beragama.

Sementara itu Jumaat lalu, Nik Razi dalam satu perhimpunan Pas di Stadium Sultan Muhammad IV di sini ketika memimpin doa memohon agar UMNO dan BN ditimpa bala serta menyamakan parti itu dengan Firaun.

Nik Abdul Aziz dalam satu sidang akhbar ketika Muktamar Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) mendakwa UMNO sebagai murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam.

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, doa tersebut tidak salah memandangkan UMNO adalah sebuah parti murtad yang memperlekehkan Islam dan menyamakan situasi itu dengan kisah Nabi Noh.

Sementara itu, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff, 34, yang juga guru agama di Kubang Kerian meminta Pas dan Nik Abdul Aziz menarik balik kenyataan itu serta meminta maaf kepada tiga juta ahli UMNO.

"Minta maaf secara terbuka sebab mereka sepatutnya tahu mana-mana umat di dunia ini yang mengucap dua kalimah syahadah adalah orang Islam, jangan memurtadkan sesama Islam," katanya.--UM

Wednesday, November 14, 2012

NIK AZIZ BUAT LAPORAN POLIS KERANA DITIPU ANAK BUAH SENDIRI???



ADAKAH sesiapa terperanjat bila Nik Aziz Nik Mat keluar kenyataan mempertahankan Nurul Izzah dalam soal menggalakkan kebebasan beragama (termasuk di kalangan orang Melayu) di negara ini dan menyerang Utusan kerana perkara tersebut?

Sudah tentu tidak.  Sebab kita tau Nik Aziz berada dibawah telunjuk Anwar Ibrahim sepenuhnya sehinggakan  apa pun yang keluar dari mulut nasab-nasab Anwar, akan diterima tanpa bahas oleh Nik Aziz dan para penyokongnya.

Cuma dalam hal ini Nik Aziz dilapor tidak percaya Nurul Izzah ada mengeluarkan perkataan tersebut – betul-betul menyedihkan.

Kita tahulah dalam soal ini, Nurul Izzah bercakap dalam bahasa English, sedangkan Nik Aziz bukan reti pun berbahasa itu, cakap melayu pun hancur boncai, lagi mau cakap English.

Maka itu tidak hairanlah Nik Aziz bergantung sepenuhnya kepada Mujahid Rawa yang turut hadir dalam forum tersebut, pertimbangan untuk menilai sendiri jawapan tersebut tidak ada, tau-tau nak bagi komen sahaja.

Kalaulah pemimpin UMNO yang bagi komen berdasarkan cakap orang lain macam ini, penulis yakin dah bertan-tan sumpah seranah penyokong Pakatan.

Apa punya kualiti jadi pemimpin macam ini, buat keputusan berdasarkan apa kata orang, bukan atas pertimbangan sendiri?

Padahal, kenyataan Nurul Izzah itu dirakam dalam bentuk video yang boleh ditonton Nik Aziz dan culai-culai lainnya yang boleh berbahasa English, tak perlu bergantung kepada Mujahid saja.

Yang pertama melaporkan perkara tersebut pun bukan Utusan tapi Malaysiakini.

Jadi betulah kata orang, Nik Aziz sudah semakin hilang kebijaksanaan.  Tolak isu Anwar melindungi keselamatan Israel, bab yang lain berkaitan Anwar dan keturunannya, semua mendapat sokongan Nik Aziz.  Begini terang punya kenyataan pun, Nik Aziz boleh tidak percaya lagi.

Nik Aziz seolahnya pergi kebelakang sebab kalau kita lihat blog-blog dan NGO pro pembangkang hari ini, tidak ada satu pun yang nafikan Izzah ada keluar kenyataan yang membawa maksud orang Melayu juga patut diberi kebebasan beragama.  Sebaliknya yang kita lihat, majoriti daripadanya menyokong kenyataan Nurul Izzah, siap bagi justifikasi dan ada juga yang tidak lupa mengaitkan UMNO.

Macam mana UMNO boleh masuk dalam ini gambar pun kita tidak tahu.

Apa pun yang penting disini, 100 orang bercakap perkara sama, Nik Aziz dan satu dua juaknya bercakap benda lain.

Mujahid Rawa pun satu, tergamak menipu Mursamdul Am sendiri.  Walhal dia duduk sebelah Nurul Izzah dan melihat sendiri sambutan yang begitu hangat dari peserta forum setelah Nurul Izzah bercakap soal tersebut.  Atau Mujahid Rawa juga tidak faham bahasa English?  Mana dapat PhD, beli ke?

Eloklah, tipu menipu sudah jadi budaya di kalangan pemimpin Pakatan Haram.  Kita seru kepada rakyat negara ini, tolaklah kepimpinan yang indah khabar dari rupa.

Wednesday, October 31, 2012

HANYA IZRAIL YANG MAMPU LUCUT JAWATAN NIK AZIZ



Sebagaimana yang dijangka, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan bahawa dia tidak akan melayan mana-mana desakan dari pihak di luar PAS yang mahu dia meletak jawatan sebagai ketua kerajaan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Menyatakan pendiriannya baru-baru ini kepada media, Nik Aziz menjelaskan bahawa dia hanya akan tunduk sekiranya permintaan tersebut dilakukan oleh pihak dalam partinya sendiri dan bukannya dari pihak yang disifatkan sebagai “buangan UMNO” – Datuk Ibrahim Ali.

Katanya lagi, untuk berlawan dengan UMNO, seseorang itu tidak memerlukan tubuh yang sihat untuk berbuat demikian dan memadailah dengan memiliki kekuatan minda.

Nik Aziz mendakwa, sebagai Menteri Besar, dia mempunyai barisan “menteri-menteri kecil” yang membantunya menguruskan pentadbiran negeri Kelantan dan itulah yang menyebabkan dia berkeras menyatakan kemampuannya mempertahankan kerusi empuk itu.

Persoalannya, apakah dia sedar tentang keadaan dirinya itu atau tidak?

Tahukah dia bahawa dia kini langsung tidak memiliki kekuatan minda sebagaimana yang dia katakan itu?

Dan apakah Nik Aziz fikir bahawa untuk menjadi pemimpin tertinggi sesebuah negeri itu hanya memadai dengan kekuatan minda tanpa memerlukan kekuatan fizikal atau tahap kesihatan yang baik?

Saya ingin bertanya kepada Mursyidul Am itu, apakah dia fikir dirinya itu cukup syarat untuk menjadi seorang pemimpin yang sempurna dan mampu mengendalikan segala urusan serta tugas seorang Menteri Besar?

Sebagaimana maklum, sejak penggal lalu lagi kita mendengar media melaporkan keadaan fizikal dan tahap kesihatan Nik Aziz yang kian merosot di mana dia beberapa kali dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan kecemasan.

Malah pada satu-satu masa, dia dilaporkan kritikal dan tidak stabil keadaannya serta terpaksa dimasukkan ke wad untuk pemantauan lanjut.

Saya ingin bertanya, apakah Nik Aziz mampu berfikir secara waras ketika dia sakit dan membuat keputusan bagi pihak Kerajaan Negeri ketika kepalanya sedang pening berdenyut-denyut? Apakah keadaan itu tidak menjejaskan keputusannya?

Selain itu, melihat dan dan mendengar beberapa “fatwa”nya, rasanya ramai umat Islam boleh meneka bahawa berkemungkinan besar Menteri Besar Kelantan itu sudah “nyanyuk”, “tidak waras” dan langsung tidak wajar.

Misalnya, dalam hal menjatuhkan UMNO, Nik Aziz sanggup mengeluarkan fatwa “menghalalkan berkawan dengan syaitan”, sedangkan begitu jelas firman Allah SWT bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata!

Apakah Nik Aziz memiliki kekuatan minda ketika menghalalkan apa yang diharamkan Allah dan ajaran Rasulullah SAW itu? Atau minda Nik Aziz ketika itu begitu lemah dan telah dikuasai oleh bisikan syaitan yang merasuknya?

Seperkara lagi, cuba nyatakan apakah tindakan dan pelan pentadbiran terbaik yang dikeluarkan oleh Nik Aziz di dalam penggal ini sejak 4 tahun selepas PRU ke-12 yang lalu. Rasanya, boleh dikatakan semua hal pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dilakukan oleh Exco-Exconya yang diketuai oleh Husam Musa.

Apakah dia fikir Husam dapat gaji Menteri Besar? Husam dapat gaji Exco sahaja dan apakah Nik Aziz fikir adil bagi orang kanannya itu mendapat habuan yang kecil sedangkan dia layak mendapat gaji yang diperoleh Nik Aziz.

Apakah Nik Aziz fikir wang gaji yang diterimanya sebagai Menteri Besar itu berkat sekiranya dia makan gaji buta setiap bulan dan tugasnya dilakukan oleh orang lain? Nik Aziz tak punya maruah, kah?

Lagipun, ketidakadilan itu juga mampu mendorong Husam untuk bertindak tidak amanah. Dia mungkin akan “mencuri sedikit hak gajinya” menjalankan tugas sebagai Menteri Besar secara tidak sah melalui penyelewengan dan sebagainya. Apakah Nik Aziz fikir tentang masalah tersebut?

Apatah lagi jika difikirkan tentan permintaan ADUN Gaal, Dr Nik Mazian yang memintanya meletakkan jawatan dan menamakan salah seorang dari mereka sebagai pengganti untuk jawatan berkenaan.

Malah lebih sinis lagi, dia begitu lembut berkias, risau sekiranya Nik Aziz mati sebelum menamakan pewaris “takhta”nya nanti! Nik Mazian ialah ADUN mewakili PAS. Pemimpin PAS sudah berikan “signal”, Nik Aziz tak faham-faham lagi, kah?

Justeru itu, saya mengharap agar Nik Aziz menggunakan mindanya yang “kuat” itu untuk memikirkan kepentingan dan masa depan rakyat Kelantan dan tidak meletakkan mereka di dalam pentadbiran seorang pemimpin yang lemah sepertinya.

Itupun kalau minda Nik Aziz kuatlah. Kalau mindanya lemah, teruslah bertanding pada PRU ke-13 nanti dan jangan terkejut pula jika Izrail datang memanggil sebelum sempat angkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan sekali lagi…!--MYKMU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa