Hari ini bertarikh 14 Rabiul Awal, tahun 1435 Hijrah. Dua hari lepas, kita sambut hari kelahiran junjungan besar, Muhammad SAW, dengan penuh kesyukuran atas kurniaan Allah SWT yang memilih kita sebagai sebahagian dari umat baginda. Sebagai Rasul yang diutus Allah, Muhammad SAW bagaikan membawa rahmat ke seluruh alam…
Saya faham bahawa sebahagian ulama menganggap menyambut Maulidur Rasul itu sebagai haram dan dianggap “bida’ah dholaalah”. Sebahagian ulama pula berpandangan sambutan hari lahir Rasulullah SAW itu hukumnya harus dan dianggap “bida’ah hasanah”.
Pun begitu, mungkin mahu menunjukkan fahaman Islam yang tinggi, PAS yang tahu sejarah dan budaya umat Islam di negara kita menyambut hari lahir Rasulullah SAW pada setiap tahun “sengaja” bertindak menongkah arus dan berpandangan sambutan tersebut sebagai “bida’ah dholaalah” dan haram disambut.
Malah hujah mereka berkata, menyambut harijadi Rasulullah SAW itu sama tarafnya seperti Abu Lahab yang beriya-iya menyambut kelahiran Rasulullah SAW pada 12 Rabiul Awal, tahun Gajah, dulu. Memang benar, riwayat menceritakan bahawa Abu Lahab korbankan haiwan ternakan kerana terlalu gembira menyambut kelahiran Muhammad SAW.
Hujah tersebut mengenangkan saya pada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Sudah berkali-kali dia menyambut hari lahirnya. Malah dia turut diraikan dengan kek harijadi dan dia memotong kek tersebut. Bukan sekali, tapi sudah berkali-kali. Laporan lidah rasmi PAS, Harakahdaily dan beberapa media lain mengesahkan sambutan “maulidul Nik Aziz Nik Mat”…
Persoalannya, kalau benar PAS berpandangan haram hukumnya menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW, apakah PAS berpandangan bahawa menyambut hari lahir Nik Aziz sebagai “harus”? Mengapa perlu ada “double standard” di antara sambutan hari lahir Rasulullah SAW dan Nik Aziz?
Sejak bila pula kedudukan Nik Aziz lebih mulia berbanding Rasulullah SAW? Sambut harijadi Nik Aziz hukumnya “harus”, tapi sambut hari lahir Rasulullah pula hukumnya “haram” pada PAS? Biar betul pandangan sedemikian?
Atau PAS sengaja berpandangan sebegitu bagi memuaskan hati “Khalifah” Lim Guan Eng yang enggan membenarkan sambutan Maulidur Rasul diadakan oleh umat Islam di Pulau Pinang sebelum ini? Apakah memuaskan hati Guan Eng dan merendahkan martabat Rasulullah SAW itu sebahagian dari “tahaluf siyasi” yang diagung-agungkan PAS?
Kalau PAS tak mahu sambut Maulidur Rasul, maka tak payahlah sampai memfatwakan sambutan itu sebagai “haram”. Cukuplah sekadar berdiam diri saja. Lagipun, saya percaya bukan Nik Aziz seorang saja yang menyambut hari lahirnya, malah ramai lagi pemimpin PAS yang menyambut harijadi mereka, bukan?
Seperkara lagi, saya agak kecewa apabila hari kelahiran Rasulullah SAW baru-baru ini ditenggelami dengan momokan politik pembangkang dengan perkataan “kangkung”. Apakah “kangkung dan politik” itu lebih wajar ditonjolkan pada hari lahir Rasulullah SAW?
Apa kata kalau kita banyakkan bersalawat pada Rasulullah SAW pada setiap 12 Rabiul Awal? Ustaz Kazim memberitahu, Rasulullah SAW sanggup tunggu di tepi titian Sirat sambil mengucap “Sallim, sallim, sallim..(Ya Allah, selamatkanlah dia, selamatkanlah dia, selamatkanlah dia..” pada setiap kali umatnya mahu melintas titi tersebut.
Begitu sekali baginda mahu kita selamat menyeberangi titi Sirat itu. Tapi kita lebihkan “kangkung” dari bersalawat padanya? Umat jenis apakah kita ini yang tidak kasihkan kekasih Allah SWT? Baginda begitu kasihkan umatnya, tapi kita pula sebok pasal kangkung? Tapi harijadi Nik Aziz beriya-iya pula diraikan. Wajarkah kita?--SUMBER
1 comment:
Puak puak alim terlebih ni habis semua dibid'ahkannya.
Cer tanya diaorg belajar ngaji pakai muqaddam tu bid'ah tak ? Mushaf Quran tu bid'ah tak ? Ngaji agama kat U tu bid'ah tak ? Bnyk lg la klu nak persoalkan diaorg yg terlebih alim ni.
Post a Comment