Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts
Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts

Sunday, May 03, 2015

BERAPAKAH NILAI HARGA DIRI WAN AZIZAH


Menjelang hari-hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada Khamis ini, PKR seperti berasa selesa untuk menang dengan mudah. Dari awal begitulah keyakinan mereka kerana Permatang Pauh adalah wilayah PKR.

Bagi PKR, DAP dan disokong oleh segelintir pemuka Pas, calon mereka Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah aset yang tiada taranya. Wan Azizah adalah harga mati walaupun dibantah oleh akar umbi Pas.

Bagi mereka, seperti selalunya bantahan akar umbi dan kumpulan ulama Pas boleh diuruskan dengan mudah menerusi mekanisme biasa – tahaluf siyasi. Selama ini pun Pas terbukti boleh digula-gulakan dengan slogan adil dan saksama serta jalan ke Putrajaya.

Monday, April 06, 2015

AHLI PKR TOLAK KELUARGA BANDUAN DARI BERTANDING DI PERMATANG PAUH!!!


BETUL LER TU...
KALAU AHLI SENDIRI DAH TAK MAHU..
APATAH LAGI KITA NI BUKAN AHLI DIA...
ASYIK ANAK BERANAK DIA JER...
TAKDE MUKA ORANG LAIN KE???
KALAU ANAK BERANAK DIA PERANGAI ELOK TAKPE JUGAK!!!
WAN AZIZAH KAT KAJANG MUKA PUN PAYAH NAK TENGOK...
CUKUP-CUKUP LER KELUARGA KORANG BUAT ROSAK KAT NEGARA NI...
ADA BAIK KALAU PKR TAK PAYAH HANTAR CALON...
ITU LAGI BAIK!!!

JPX

Tuesday, April 01, 2014

ANWAR IBRAHIM WAJIB DIBERIKAN GELARAN "KEPALA KELUARGA TEBAIK SEDUNIA"!!!


Asas penubuhan Parti Keadilan Rakyat adalah untuk berjuang mempertahankan Anwar Ibrahim yang telah disabitkan dengan beberapa siri jenayah dahulu sehingga dipenjarakan beberapa tahun. Dengan itu para penyokong Anwar yang taksub telah berjuang di jalanraya dan di mana-mana sahaja demi mempertahankan Anwar yang merupakan seorang penjenayah.

Kini setelah Anwar dibebaskan dan disabitkan semula dengan jenayah baru iaitu liwat tiada apa yang berubah. Tujuan parti PKR ini tetap sama iaitu demi kepentingan peribadi Anwar Ibrahim. 

Segala laungan demi rakyat untuk rakyat hanya sekadar ucapan palsu dibibir semata.  Sememangnya pengikut PKR telah bertambah dengan bertambahnya kekuatan pakatan pembangkang yang bergerak dengan bantuan “tangan-tangan ghaib”. 

Hakikatnya PKR tidak pernah berjuang untuk rakyat. Tidak ada satu pun jasa PKR terhadap rakyat Malaysia.

Monday, March 31, 2014

ANWAR DAN AZIZAH SUDAH PUAS BERGASAK ATAS KATIL, LALU...


Lanjutan drama Langkah Kajang arahan PKR. Kali ini kisah perebutan jawatan. Melihat senarai yang akan bertanding, maka akan kelihatan hebatnya demokrasi dalam parti itu. PKR, asalnya ditubuhkan atas nama reformasi bagi membela Anwar Ibrahim selepas pemecatannya daripada kerajaan dan UMNO pada September 1998.

Sehingga kini, Anwar dan keluarga terus berkuasa dalam PKR. Kuasa itu akan terus dipertahankan melalui pertandingan kali ini. Anwar akan mencabar isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan presiden.

Menyelak kembali sejarah, PKR adalah gabungan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) yang ditubuhkan pada April 1999 (selepas reformasi yang digerakkan Anwar) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang ketika itu dipimpin oleh Dr. Syed Husin Ali. PRM sebelum itu dikenali sebagai Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM).

Hasil gabungan itu pada Ogos 2003, jawatan presiden disandang oleh Wan Azizah (Keadilan) dan timbalannya disandang oleh Syed Husin. Tidak pasti sama ada komposisi dua parti itu masih wujud dalam PKR atau dimonopoli sepenuhnya oleh bekas pemimpin Keadilan.

Sunday, March 30, 2014

LAGI BUKTI ANWAR IBRAHIM SUKA BUAT BENDA LUAR TABII


BILA Anwar dan bininya, Wan Azizah umum akan bertanding merebut dan mempertahankan jawatan Presiden PKR, penulis lihat seolah-olah Anwar lekeh rakyat Malaysia ini keterlaluan sangat.  Kosongkan kerusi DUN Kajang secara sengaja dah satu hal, dia dan bininya bertanding rebut jawatan sama ni apahal pulak?

Sandiwara apakah ini?

Tak mengapa kalau Anwar lekeh ahli PKR sebab parti itu memang disokong oleh orang bodoh pun, tapi bila media pro pembangkang cuba justify pertandingan antara laki bini merebut jawatan yang sama itu sebagai satu yang wajar (seperti pertandingan normal yang lain), nampak sangatlah macam kita ni bodoh sangat.

Yelah, pertandingan dalam PKR adalah untuk ahli PKR tapi tulisan yang mewajarkan pertandingan luar tabie tersebut disiarkan dalam portal pembangkang yang semua orang tidak kira ahli parti  atau tidak sokong parti mana-mana pun boleh baca, menunjukkan Anwar nak semua orang jadi bodoh macam dia.

Lagi pun bukan kita tak tahu Wan Azizah duduk bawah tapak kaki Anwar.  Sebijak mana pun Wan Azizah dulu sehingga jadi doktor pakar mata, sudah jadi sejarah sebab dalam soal patuh pada suami, Wan Azizah jenis yang patuh buta tuli, otak tak boleh nak fikir apa pun.

Sunday, March 23, 2014

MEMILIH WAN AZIZAH SEBAGAI PEMIMPIN ATAU PELAKON???

TAK dinafikan, Wan Azizah ini dari segi latar belakang akademiknya memanglah cemerlang.  Kalau tak kahwin dengan Anwar, Wan Azizah mungkin antara beberapa kerat orang Melayu yang pakar dalam bidang perubatan mata di Malaysia hari ini.

Kecerdikan lampau Wan Azizah bagaimanapun tidak mampu menghalangnya dari menjadi alat untuk kepentingan politik suaminya.  Ini dah masuk kali kedua air mata Wan Azizah dijadikan modal simpati bila Anwar terperangkap kerana terlalu suka menaburkan air mani di punggong lelaki.

Dulu atas cadar dan tilam di Trivoli Villa, kini, 4cm dalam dubor Saiful.

Terpaksalah anak ikan Anwar, Rafizi Ramli kehulu ke hilir menipu orang kampung di Kajang bahawa DNA itu tidak boleh ditentukan asal dari air mani atau tidak, boleh jadi asal dari rambut yang dimasukkan ke dalam dubor Saiful, temberang Rafizi.  Entah apa pengalaman dia dalam bidang DNA pun tak tahu, tapi itulah yang dia dok canang beberapa hari ini  di Kajang.

Walhal, berdasarkan nota Mahkamah, DNA tu adalah dari ekstrak air mani (haploid, 23 kromosom) – kenyataan itu tidak disangkal oleh peguambela Anwar sendiri.

Anyway, balik pada cerita Wan Azizah tadi memang sejak mula dia terlihat dipergunakan untuk kepentingan Anwar – yang kalau ikut kelayakan akademiknya, sekadar cukup-cukup nak jadi pegawai rendah kerajaan, tapi boleh membonekakan Wan Azizah yang bergelar doktor pakar bertauliah.

Sebab itu jalan ringkas yang digunakan Wan Azizah setiap kali dipergunakan suaminya ialah dengan menaburkan air mata, nak tarik simpati.  Kalau nak lawan fakta, sudah tentu kalah.  Dalam kes Kajang ini pun serupalah, sebaik Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun, nombor satu Wan Azizah buat ialah tabur air mata dulu di khalayak ramai supaya orang boleh ambil gambar.

Gambar itu pulak, disebar-sebarkanlah ke seluruh Kajang seolah-olah setiap masa Wan Azizah ini berendam air mata, walhal kalau tidak silap penulis, hanya 2 kali saja Wan Azizah menangis sejak Anwar dijatuhkan hukuman, pertama kali di Mahkamah pada  7 Mac, kedua, pada Konvensyen Pakatan Rakyat keesokkan harinya.

Lepas pada itu, tidak sekali pun Wan Azizah menitiskan air mata, menunjukkan, takdelah sedih mana pun bila Anwar masuk penjara.  4 cm air lekit tu masuk dalam dubor Saiful, nak sedih apa, bukti dah jelas.

Jadi rakyat Kajang ingatlah ini, memang betul Wan Azizah akan menang di Kajang (sentimen Cina menolak BN masih tak berkurang sejak PRU13), tapi anda sebenarnya bukanlah mengundi manusia kalau memangkah PKR, tapi mengundi boneka yang telah bersumpah seumur hidup akan setia kepada suami dan suaminya sahaja tidak kira apa.

Mana ada cerita kepentingan rakyat sama sekali.

Tuesday, March 18, 2014

SELEPAS VIDEO SEKS SUAMINYA, KINI VIDEO MEMALUKAN KAK WAN PULAK TERSEBAR


PKR MULIAKAN PELIWAT DAN TERUS MENERUS HINA PENGUNDI KAJANG


Kalau dengar kepada ceramah dan kempen Pakatan Rakyat, mereka sahajalah pembela rakyat. Mereka sahajalah yang menjadi juara rakyat. Mereka sahajalah yang dapat melihat kezaliman yang sedang berlaku dan mereka sahajalah yang tidak mahu rakyat Malaysia kerugian.

Apa-apa sahaja pun Pakatan Rakyat sanggup lakukan untuk rakyat. Dari demonstrasi jalanan, perdagangan agama secara murah, apatah lagi menyanggah Perlembagaan Persekutuan. Segala-galanya dilakukan atas nama rakyat. Dan yang paling menarik, sudah tentulah perjuangan menentang Korupsi, Kronisme dan Nepotisme (KKN) yang cukup popular di Indonesia sehingga menumbangkan Suharto namun pengganti-penggantinya seperti Megawati dan Abdul Rahman Wahid atau Gus Dur jauh lebih teruk berbanding Suharto sehinggakan Indonesia terus menjadi MELAYU SAKIT sampai sekarang.

Sedangkan sejarah sendiri sudah membuktikan bahawa kepala rasuah di Malaysia ketika berkuasa adalah Anwar Ibrahim. Terlalu banyak kaitan rasuah dengan Anwar Ibrahim terutama sekali pink-form pada zamannya yang digunakan untuk mengkayakan kroni dan kaum keluarganya. Bapanya daripada bukan sesiapa, menguasai IOI dan beberapa syarikat lain menerusi pegangan saham yang cukup besar sebaik-baik sahaja Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Begitu juga dengan saudara-saudara lelakinya.

Sunday, March 16, 2014

SEPAKAT BOIKOT PRK KAJANG:PENYOKONG PAS SUDAH BERTAUBAT


Wan Azizah terus mendendangkan cerita-cerita sedihnya untuk didengar oleh para pengundi. Wan Azizah menggunakan elemen kesedihan, kesepian, dan kegersangan seorang isteri yang bakal ditinggalkan oleh si suami, seorang peliwat yang dijatuhi hukuman buat kali kedua meskipun tempohnya lebih singkat iaitu lima tahun berbanding 8 tahun pada tahun 1999 dahulu.

Namun ada satu perkembangan yang sangat menarik. Kalau dalam beberapa PRK sebelum ini, Muslimat PAS merupakan antara jentera yang paling efektif mendapatkan dan meraih undi menerusi kempen dari rumah ke rumah dan mikro, di PRK DUN Kajang, jentera Muslimat PAS tidak kelihatan langsung. Malah jentera Pemuda PAS sendiri pun, kelihatan sekadar wujud untuk meletakkan nama sedangkan kerja tidak dijalankan seperti biasa.

Ada yang berkata, PAS menunggu sehingga pada saat-saat akhir untuk memulakan kempen seperti yang selalu mereka lakukan. Malah ada yang membuat spekulasi bahawa PAS akan meneruskan ‘pemboikotan’ mereka untuk PRK DUN Kajang kerana sudah tidak betah dicop sebagai PENGULUM ANWAR IBRAHIM.

Saturday, March 15, 2014

ISTERI PENJENAYAH LIWAT TERUS BERBOHONG DI KAJANG


PENULIS agak ‘gerun’ mendengar 4 manifesto calon PKR Kajang, Kak Jijah yang dilancarkan kelmarin, terutamanya bab nak mengurangkan jenayah di Kajang.

Tak pastilah Kak Jijah sedar atau tidak bahawa dia sekarang sedang berkahwin dengan seorang penjenayah seksual yang baru-baru ini disabitkan kesalahan meliwat oleh Mahkamah Rayuan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun.

Penulis bukan reka sendiri status itu (penjenayah), tapi Mahkamah Rayuan (sehingga diputuskan sebaliknya oleh Mahkamah yang lebih tinggi).

Ironinya, dia tak boleh nak kurangkan jenayah dalam keluarganya sendiri pun (1 suami dan 6 anak), nak kurangkan jenayah di Kajang macam mana?

Itu belum lagi kita sebutkan bahawa kuasa mengurangkan jenayah ini adalah berada di bawah kerajaan persekutuan (PDRM), bukan ADUN atau kerajaan negeri.

Tak tahulah kalau semua penjenayah di Kajang itu duduk bawah payroll Pakatan Rakyat sehinggakan kalau Kak Jijah menang, dia boleh arahkan semua penjenayah tersebut keluar dan cari makan di tempat lain.

Di samping itu, dari cara Kak Jijah memperkenalkan manifesto baru seolah-olah sebelum ini ADUN Kajang adalah dari parti lain dan pakatan politik yang lain.  Walhalnya, ADUN sebelum ini pun dari PKR juga, kerajaan negeri yang memerintah pun PKR juga dan Kak Jijah sendiri pun dari parti yang sama.

Tidak ada apa yang berubah.

Jadi kalau banyak masalah berlaku di Kajang sekarang, itu adalah kerana PKR, bukan orang lain, dan sebagai calon bidan terjun, apa yang Kak Jijah boleh lakukan untuk mengubah keadaan tersebut?

Pendek kata, pelancaran Manifesto ini bukanlah ada apa-apa nilai kepada pengundi dan rakyat Kajang.  Selama ini tidak ada apa yang dilakukan PKR untuk masyarakat Kajang melainkan menyusahkan rakyat untuk mengundi 2 kali dalam tempoh 8 bulan tanpa sebab yang munasabah.


Tuesday, March 11, 2014

MAJLIS PEGUAM SAHKAN SUAMI CALON PRK KAJANG PELIWAT


Puak pembangkang nampaknya cukup tidak puas hati apabila berita kehilangan pesawat MH370 mengalihkan perhatian dari Ketua Pembangkang yang telah didapati bersalah Jumaat lepas. Rata-rata komen mereka di media sosial tidak segan silu memperlekeh tragedi kehilangan ini sambil mengutuk kerajaan.

Berbagai-bagai teori dikemukakan bagi mengaitkan tragedi tersebut dengan kes Anwar Ibrahim. Mereka juga merungut kononnya kerajaan lambat bertindak, lambat mengumumkan perkembangan terkini, sengaja menyembunyikan fakta dan berbagai-bagai lagi. Mereka mempersoal langkah mencari dan menyelamat dan aset yang digunakan. Malah mereka mencemuh keprihatinan para pemimpin kerajaan, terutama Datin Seri Rosmah sebagai lakonan.

Kesimpulannya, mereka hanya ingin mengutuk kerajaan, dan langsung tidak prihatin terhadap mangsa MH370 . Mungkin dengan memaki hamun kerajaan setiap hari memberikan mereka satu kepuasan jiwa yang tidak terhingga. Oleh itu, segala kemarahan atas keputusan mahkamah yang mendapati Anwar bersalah dihamburkan sepenuhnya dalam memperkatakan tragedi MH370.

Anwar sendiri, di dalam blognya langsung tidak prihatin dengan apa yang terjadi terhadap MH370. Anwar terlalu sibuk cuba membela diri dan mencari publisiti. Anwar benar-benar kecewa apabila demonstrasi yang dirancang semalam tidak menjadi mungkin kerana rakyat terlalu sibuk risaukan MH370. Penafian Anwar yang beliau tidak pernah meliwat telah ditenggelamkan berita tragedy tersebut.

Tuesday, March 04, 2014

ANWAR IBRAHIM BERGADUH LAKI BINI BEREBUT JAWATAN!!!


Kalau sebelum ini orang bercakap mengenai 'Kajang Move' yakni gerak langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim...kini ramai yang mengintai 'Khalid Move' pula.Senario belakang tabir yang mencuri perhatian ekoran pengumuman Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR Jumaat malam ialah kisah pertembungan dua kem dalam PKR yang tidak dapat disembunyikan lagi.

Dua kem tersebut adalah kem Presiden Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kem Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim @ kem isteri VS suami.

Pertembungan dua kem ini menarik untuk disaksikan kerana dikatakan akan melibatkan semua jawatan utama parti.

"Ia bakal mengulangi sejarah pertembungan Team A dan Team B dalam UMNO dulu, dengan pengecualian jawatan utama iaitu Presiden yang mungkin dimenangi Anwar tanpa bertanding,"kata sumber dalaman PKR.

Saturday, May 11, 2013

PERANG AZMIN DAN AZIZAH SEMAKIN SENGIT



Oleh Zul Rawi

Sejak dari petang semalam, pentas politik kecoh seketika apabila blog dan portal pembangkang seperti Malaysiakini melaporkan kononnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan membuat pengumuman untuk keluar parti. Tambah memeranjatkan lagi apabila, beberapa orang ahli parlimen dari PKR turut dikatakan akan mengambil tindakan yang sama sebagai tanda sokongan terhadap ‘anak emas’ Anwar Ibrahim itu.

Malah pihak media dan para blogger turut menerima jemputan untuk menghadiri sidang akhbar khas yang akan dilakukan oleh Azmin di salah sebuah hotel sekitar Kuala Lumpur. Ia semakin mengesahkan laporan yang telah dikeluarkan oleh portal yang menjadi lidah rasmi untuk pakatan pembangkang itu sebelum ini.

Namun pada sebelah paginya, pihak media sekali lagi menerima jemputan yang memaklumkan program sidang akhbar tersebut telah ditukarkan ke ibu pejabat PKR di Petaling Jaya. Sejurus menerima jemputan tersebut, penulis lantas tersenyum sinis, kerana merasakan ia bakal menjadi satu lagi drama dan sandiwara lakonan ‘anak emas’ Anwar itu.

Nyata telahan penulis tepat, apabila Azmin mengumumkan akan kekal bersama parti tersebut dan berita mengenai perletakan jawatannya hanyalah merupakan permainan dari media pro Umno. Sungguh hebat lakonan yang dipentaskan oleh Azmin sebentar tadi, kerana seperti kelazimannya setiap kali berdepan dengan isu, mereka dengan pantas akan cuba mengaitkan Umno untuk dijadikan sebagai ‘kambing hitam’.

Sedangkan pada hakikatnya, isu tersebut telah dimainkan oleh portal dan blog yang cenderung kepada pembangkang. Penulis cuba bertanyakan dengan beberapa orang kenalan rapat Azmin bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai isu yang dibangkitkan ini.

Menurut sumber tersebut, isu ini dibangkitkan oleh Azmin sendiri yang nyata kecewa dengan tindakan Anwar dan Wan Azizah yang menolak untuk mencalonkan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor (MB). Sedangkan menurutnya, Anwar sebelum ini telah berjanji untuk menyerahkan jawatan tersebut kepada dirinya.

Namun disebabkan desakan yang kuat dari Wan Azizah selaku Presiden parti, Anwar akhirnya terpaksa akur engan kehendak tersebut bagi mengelakkan masalah yang lebih besar ditimbulkan oleh ‘isteri kesayangannya’ itu. Lihat sahaja bagaimana sebelum ini, Anwar akhirnya terpaksa akur dan tunduk dengan kehendak Azizah yang bertegas mahu Khalid diletakan bertanding di kerusi DUN walaupun mendapat tentangan hebat dari Azmin.

Kegagalan Anwar untuk tunduk dengan desakan isterinya sebelum ini itu telah menyebabkan Presiden PKR itu memboikot program jelajah Anwar selama 3 hari, sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan penyokong mereka. Namun sejurus selepas pengumuman Anwar untuk mencalonkan Khalid bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang, kelibat Azizah kembali muncul mengiringgi program jelajah Anwar di Sabah dan Sarawak.
Malah Azizah sendiri sebelum ini turut mengumumkan untuk bertanding bagi kerusi DUN di Selangor sebagai alasan untuk menyekat kemaraan Azmin. Kerana secara lojiknya, sebagai Presiden parti dia merasakan lebih layak untuk diletakkan sebagai MB Selangor. Di tambah dengan alasan perlantikan tersebut akan menyebabkan PKR dipandang tinggi dan menjadi pembuka sejarah kerana meletakkan wanita sebagai calon MB yang pertama.
Isu pergeseran antara Azmin – Azizah ini, akhirnya reda buat seketika apabila semua penyokong mereka memberikan tumpuan kepada kempen pilihanraya. Ia kembali hangat apabila Azmin melihat Anwar cenderung dengan desakan Azizah yang mahukan agar Khalid kembali diberi mandat mentadbir Selangor.

Malah sidang akhbar yang diadakan sebentar tadi telah dijadikan medan untuk Azmin menghentam Khalid yang dikatakan GAGAL melaksanakan tugasnya dengan betul. Pelbagai isu dibangkitkan sehingga ada dikalangan petugas media yang merasakan Azmin sedang ‘gila meroyan’.

Tidak cukup dengan itu, Azmin turut menjadikan Azizah sebagai tempat untuk melampiaskan kemarahaannya kerana dikatakan telah menyerahkan perlantikan Khalid sebagai MB kepada Istana tanpa persetujuan PKR negeri.

Menurut sumber tersebut, Azmin berang apabila mesyuarat tergempar yang dipengerusikan olehnya pada Khamis lalu telah bersetuju untuk mengemukakan 3 nama bagi dipertimbangkan oleh pihak Istana sebagai MB. Namun Azizah dikatakan enggan menandatanggi surat tersebut yang mencalonkan nama Azmin, Nik Nazmi dan Shuhaimi Shafie sebagai MB Selangor.

Ekoran tindakan tersebut, Azmin mendakwa Azizah selaku Presiden telah mengamalkan nepotisme dan pilih kasih. Malah dia turut menempelak Pas dan DAP yang sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan terbuka menyokong Khalid Ibrahim.

Kesimpulannya, kenyataan Azmin sebentar tadi boleh dilihat sebagai permulaan ‘perang’ dengan kumpulan Azizah. Bersamalah kita tunggu dan saksikan episod seterusnya drama dan sandirwara ini yang sudah pasti menarik untuk dipertontonkan kepada rakyat khususnya di Selangor.

Buat rakyat Selangor yang telah mengundi pakatan, tahniah kerana anda semua telah berjaya membuka satu lagi episod baru perbalahan dan perebutan kuasa ini.

Monday, February 20, 2012

WAN AZIZAH TERIMA ANUGERAH WANITA CONTOH DARI ISREAL!!!





SYABAS KAK JIJAH...
MEMANG PAYAH KALAU DAPAT LAKI GILA...
SEMUA MAKLUM BRO ANWAR BIN IBRAHIM BANYAK GILANYA...
GILA KUASA...
GILA DOLLAR...
GILA NOT RM500 DAN RM1000..
GILA BETINA...
GILA BONTOT JANTAN...
GILA YAHUDI...
SERBA SERBI GILA...
SAMPAI JAM TANGAN PUN BOLEH LUPA...
KAK JIJAH YANG PENING NAK COVER...
TAPI TAK PER...
INI SEMUA PENGORBANAN SEORANG ISTERI..
TAPI KORBAN BIARLAH BERPADA...
JAM TANGAN JANGAN LUPA TUNJUK YER...

JPX




Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah hari ini menggesa dan merayu agar UMNO dan Barisan Nasional menghentikan serangan terhadap suaminya Anwar Ibrahim berkaitan isu “Keselamatan Negara Israel”’.

Beliau yang menyifatkan semuanya fitnah, Presiden PKR itu beranggapan ianya tidak sewajarnya dipolitikkan memandangkan Anwar telah pun membuat satu penjelasan berhubung kenyataan itu baru-baru ini, selain pandangan pemimpin Hamas, Khaled Meshaa ketika kunjungannya ke Qatar.

"Jika pemimpin Hamas sendiri pun sudah menerima dengan baik perkara ini, kenapa kita pula yang harus perbesarkan? Saya menganggap ini satu salah faham yang perlu diperbetulkan. Tak ada isu pun dalam perkara ini, tapi ia diperbesarkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata Wan Azizah seperti yang dilaporkan portal berita online KL Pos (klpost.com)

Anwar sebelum ini telah memberi kenyataan rasmi berhubung pandangan beliau mengenai keselamatan Israel yang disiarkan melalui akhbar Wall Street Journal.

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan gesaan dari Dewan Ulama Pas dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa lalu yang meminta Anwar menarik balik kenyataan atau meminta maaf serta menyaman pihak Wall Street Journal jika laporan hasil temu bual dalam akhbar itu tidak betul.

Bagaimana pun hingga hari ini, tidak ada sebarang tindakan terhadap Wall Street Journal dari pihak Anwar maupun PKR.-KLPOS

Wednesday, May 04, 2011

KAK WAN SUDAH TEMUI PENAWAR PENYAKIT OMEGAPHOBIA



Sidang Media Datin Seri Wan Azizah dan Yb Nurul Izzah
Tarikh : 4 May 2011
Jam : 2 Petang
Tempat : Ibu Pejabat PKR di Tropicana

Isu : Menjawab Fitnah Tuduhan Video Seks terhadap Dato Seri Anwar Bin Ibrahim dan menunjukkan Jam Tangan Omega.Semua di jemput Hadir.

APAKAH JAWAPAN DARI KAK WAN DAN NURUL IZZAH NANTI !!!

KITA SAMA-SAMA TUNGGU !!!

Sunday, December 12, 2010

ADIK MINTA ABANGNYA BERTAUBAT!!!


1. Jika dahulu Kepal Singhkey sibuk menyuruh anak guamannya dan juga Ketuanya dalam Pakatan Rakyat untuk bertaubat, kini tiba giliran Azmin Ali pula untuk bertaubat!!!.

2. Ummi Halfida, adik kepada Azmin Ali yang telah banyak mendedahkan kejahatan Anwar Ibrahim kini meminta abangnya untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

3. Ummi yang kecewa dengan sikap abangnya yang telah banyak melakukan penyelewengan dan salah laku sekaligus meletakan kejahatan sebagai tugas utamanya untuk menjahanamkan bangsa Melayu.

4. Ummi yang tahu segala kejahatan ini tidak sanggup melihat abangnya terus menerus bersama Anwar Ibrahim menjadi perosak dan menjadi tanggungjawabnya untuk membetulkan keadaan.

5. Selain itu, Ummi juga meminta Anwar dan isterinya juga bertaubat dan mengingatkan bahawa Allah Maha Mengetahui.

6. Rakyat yang menyokong Anwar dan keluarganya harus segera sedar dan jika masih mahu terus menyokong Anwar perlu fikir apa kesanya pada negara dan bangsa.


JPX

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa