Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, March 04, 2014

ANWAR IBRAHIM BERGADUH LAKI BINI BEREBUT JAWATAN!!!


Kalau sebelum ini orang bercakap mengenai 'Kajang Move' yakni gerak langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim...kini ramai yang mengintai 'Khalid Move' pula.Senario belakang tabir yang mencuri perhatian ekoran pengumuman Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR Jumaat malam ialah kisah pertembungan dua kem dalam PKR yang tidak dapat disembunyikan lagi.

Dua kem tersebut adalah kem Presiden Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kem Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim @ kem isteri VS suami.

Pertembungan dua kem ini menarik untuk disaksikan kerana dikatakan akan melibatkan semua jawatan utama parti.

"Ia bakal mengulangi sejarah pertembungan Team A dan Team B dalam UMNO dulu, dengan pengecualian jawatan utama iaitu Presiden yang mungkin dimenangi Anwar tanpa bertanding,"kata sumber dalaman PKR.

Kem Azizah yang berkumpul dibelakang Khalid sebagai calon orang nombor dua parti dikatakan membawa nama-nama besar sebagai regu mereka menghadapi kem Anwar yang berkumpul dibelakang Azmin.

"Ini merupakan Kuruserta PKR (Kurusetra merupakan medan perang saudara dalam hikayat agung perang India Mahabrata). Pertembungan antara adik beradik, sepupu, kawan baik dan musuh yang berada di kedua-dua pihak,"ujarnya lagi.

Khalid dipercayai akan membawa Nurul Izzah dan Tian Chua sebagai regu utamanya bagi jawatan Naib Presiden.

Selain Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail yang juga Exco Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor sebagai calon Ketua Wanita PKR.

Rodziah kini merupakan Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah dipercayai akan bergandingan dengan seorang lagi Exco Selangor, ADUN Bukit Lanjan, Elizeberth Wong yang dijangka menawarkan diri untuk jawatan nombor dua wanita PKR.

Manakala untuk jawatan Ketua Pemuda AMK pula, kem Khalid kini berbelah bagi antara dua nama ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang bergandingan ADUN Teja Perak Chang Lih Kang ataupun Ketua AMK Negeri Sembilan Mohd Nazree Yunus yang bergandingan dengan Ketua AMK Sabah Mohd Serman Hassnar.

"Nazree cuba menarik perhatian Khalid... masalah dengan Nik Nazmi adalah beliau lebih dilihat orang Anwar berbanding Azizah,"katanya lagi.

Manakala bagi Azmin, yang jelas dibelakang beliau kini untuk jawatan Naib Presiden adalah Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin.

Shamsul akan mengosongkan jawatan Ketua AMK Malaysia untuk menawar diri ke jawatan Naib Presiden.

Manakala untuk Ketua Wanita sudah pasti akan mengekalkan ayam tambatannya, Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamarudin sebagai calon utama.

Bagi jawatan Ketua AMK pulak, yang berkumpul dibelakang Azmin adalah ADUN Batu Caves Amiruddin Shaari yang akan bergandingan dengan ADUN Seberang Jaya Dr. Afif Bahardin yang juga Exco Kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sungguhpun di permukaan nampak pertembungan antara Khalid dan Azmin, namun yang tersirat adalah antara orang-orang Azizah dan orang-orang Anwar.

Azizah sendiri selepas memimpin parti sejak ditubuhkan pada April 1999, kini hanya muncul sebagai maskot sahaja.

Peranan sebagai Presiden banyak dimainkan oleh Anwar, namun begitu beliau mempunyai kepentingan-kepentingan lain untuk dijaga.

"Seorang ibu akan melindungi anaknya, itu naluri semula jadi, beliau mahu memastikan Khalid menang bagi menyediakan tempat untuk Nurul Izzah selepas Anwar. Antara Khalid dan Azmin, Azizah lebih mempercayai Khalid,"kata sumber tersebut.

Pemilihan PKR tiga tahun sekali PKR membabitkan semua ahli yang menyertai parti itu selama 12 bulan layak mengundi.

Hari pencalonan bagi pertandingan peringkat Pusat, iaitu bagi jawatan-jawatan utama parti adalah 29 Mac depan.

4 hingga 13 April adalah tarikh pemilihan bagi cabang (bahagian) PKR di seluruh negara manakala pengundian dan Mesyuarat Agung Tahunan pada 25 April.

Mesyuarat Agung Tahunan PKR peringkat cabang dijangka berakhir selewat-lewatnya pada 11 Mei, serentak dengan pemilihan bagi jawatan PKR Pusat.

Keputusan akan diumumkan selepas 11 Mei ini--HELME HANAFI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa