Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, March 04, 2014

SELEPAS MELAKA, BEBAS MUFLIS AKAN JELAJAH KE SELURUH NEGARA


Sekretariat Bebas Muflis dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka telah berjaya menganjurkan Siri Jelajah Taklimat & Pendaftaran mereka pada sabtu 1 Mac 2014 lepas di Dewan Warisan, Tingkat 8 Bangunan Graha UMNO Melaka. 

Mereka komited untuk terus turun padang bagi mendengar rintihan mangsa muflis, memberi khidmat nasihat dan menggalakkan lebih ramai orang untuk tampil mendaftarkan diri ke Jabatan Insolvensi. Destinasi mereka seterusnya adalah di Perak pada 15 Mac 2014 yang akan datang.

Pengerusinya, Dato' Sohaimi Shahadan berkata, program sebegini akan diperluaskan dan jaringan kerjasama akan terus ditambah bagi menjadikan program sebegini mencapai objektif dan memberi HARAPAN BARU kepada mereka yang dibelenggu masalah sebegini. Ini adalah satu usaha sukarelawan yang berjuang membantu rakyat Malaysia.

Program ini membolehkan orang ramai yang menghadapi masalah kebankrapan ini tampil dan mendaftarkan diri dengan pihak Sekretariat Bebas Muflis seterusnya diajukan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia agar kes mereka dapat di dengar daripada terus menyembunyikan diri dan menghadapi kesulitan menjalani kehidupan harian.

Setiausaha Sekretariat Bebas Muflis, Saudara Mohd. Mustafa Hamzah pula dipetik berkata “Kami akan turun ke akar umbi untuk berjumpa dengan seramai mungkin mereka yang muflis sebab kita sedar ramai mangsa-mangsa yang muflis ini, ada di antaranya disebabkan oleh masalah teknikal.”

Ada juga di antara mereka yang telah diistiharkan muflis ini tidak tahu apa peranan dan tanggungjawab mereka selepas mereka diistiharkan muflis. Tanggungjawab mereka terhadap Jabatan Insolvensi dan apa yang boleh mereka lakukan, sebab itu Sekretariat Bebas Muflis ditubuhkan yang bertujuan untuk menjadi jejambat penghubung antara rakyat Malaysia yang muflis dengan Jabatan Insolvensi Malaysia di samping memberi penerangan dan konsultasi yang berguna bagaimana dan apakah cara yang dapat mereka lakukan dalam usaha untuk membebaskan mereka dari belenggu kebankrapan.

Pihak sekretariat mengalu-alukan mereka yang diisytiharkan muflis akibat masalah teknikal, teraniaya atau menjadi penjamin sosial mendaftarkan diri dengan sekretariat supaya kami boleh membela dan mencari jalan penyelesaian untuk menggugurkan status muflis mereka.

Pendaftaran masih boleh dibuat dengan mengisi borang secara atas talian bagi memudahkan pengumpulan maklumat dilakukan menerusi laman web sekretariat, http://www.bebasmuflis.com.--Sahabar Gunung

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa