Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label LAHAD DATU. Show all posts
Showing posts with label LAHAD DATU. Show all posts

Saturday, July 27, 2013

PENGGANAS SULU HANTAR SURAT MAHU SERANG LAHAD DATU KALI KEDUA!!!???



SANDAKAN, 26 Julai — Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib Jumaat mengulangi penegasannya bahawa surat yang mendakwa ada gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu ke Sabah bulan depan adalah tidak benar.

Sehubungan itu beliau meminta rakyat di Sabah agar tidak bimbang kerana pada masa yang sama pasukan keselamatan tetap mempertingkatkan kawalan.

“Elakkan menyebarkan khabar angin hingga boleh menakutkan penduduk negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan di sini, hari ini.

Beliau berkata polis masih menyiasat mengenai surat itu yang dikatakan dihantar oleh pengganas dari selatan Filipina.

Surat bertarikh 3 Julai itu yang ditandatangani oleh ‘Komando Militan’ bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan masyarakat Tambunan, memberi amaran mereka mahu memulakan perang di daerah itu pada Ogos ini sebagai membalas dendam terhadap pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Mac lepas.

Dalam pada itu Hamza turut meminta orang ramai, khususnya pemimpin masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas kepada pihak keselamatan.

– BERNAMA

Wednesday, May 22, 2013

PANAS:MEMANG ADA BUKTI ANWAR IBRAHIM BAGI DUIT KEPADA PENGGANAS UNTUK SERANG LAHAD DATU!!!!




Kuala Lumpur: Penyerahan wang oleh ahli Parlimen pembangkang kepada kumpulan pengganas Kiram di Manila, yang dikesan perisikan tentera Filipina adalah sebahagian daripada bukti kukuh pembabitan pembangkang dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.

BH difahamkan urusan membawa dan menguruskan sejumlah besar wang tunai itu diarahkan oleh seorang individu berkepentingan dari negara ini berlaku pada 7 Februari, iaitu dua hari sebelum pencerobohan pada 9 Februari.

Urusan penyerahan wang pada 7 Februari dipercayai kepada wakil kumpulan pengganas Kiram dapat diintip dan direkod oleh perisikan tentera Filipina. Ia adalah isyarat utama insiden pencerobohan bakal berlaku,” Sumber BH

Dapat diintip, direkod

“Urusan penyerahan wang pada 7 Februari dipercayai kepada wakil kumpulan pengganas Kiram dapat diintip dan direkod oleh perisikan tentera Filipina. Ia adalah isyarat utama insiden pencerobohan bakal berlaku,” katanya.

Pasukan perisikan negara berkenaan juga menerima maklumat bahawa kumpulan pengganas mula menyerahkan wang kepada ahli keluarga terdekat mereka sebagai belanja sebelum mereka menceroboh Sabah.

Sumber itu juga berkata: “Isyarat makin jelas apabila lagu Sabah Nak Hilang mula didendangkan dan dinyanyikan dalam siri ceramah pembangkang seolah-olah sesuatu akan berlaku di Sabah,” katanya.
Katanya, tujuan utama lagu itu dinyanyikan adalah untuk mengalihkan tumpuan jika berlaku sebarang insiden tidak diingini ke atas Sabah, pihak yang harus dipersalahkan adalah Kerajaan Pusat sedangkan pada masa sama rancangan jahat menceroboh Sabah sedang dilakukan oleh pembangkang.

Pada 9 Februari, kumpulan pengganas Kiram dikesan memasuki Pantai Timur Sabah, iaitu hari yang sama dua Ahli Parlimen pembangkang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tiga hari kemudian, lebih 150 orang pengganas lengkap berpakaian seragam tentera dan bersenjata api dikesan memasuki kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Sudah peroleh bukti

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah memperoleh semua bukti berkaitan pembabitan tiga pemimpin pembangkang dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Semua bukti dijangka dikemukakan kepada Peguam Negara dalam tempoh terdekat. untuk tindakan susulan selepas PDRM dan ATM membuat penelitian dari segi undang-undang untuk memperkuat hujah di mahkamah – Berita Harian

Tuesday, May 21, 2013

KERAJAAN RAHSIAKAN DALANG INSIDEN LAHAD DATU



Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

"Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti... kami iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

"Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di ibu negara, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau mengulas kenyataan Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee semalam, yang mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.

Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika menjadi Menteri Pertahanan berkata kementeriannya telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Ahmad Zahid juga sebelum ini dipetik sebagai berkata, masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut adalah selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik. 

-Bernama

Friday, March 29, 2013

PANAS:VIDEO TIAN CHUA DAN SIVARASA KE MANILA SUDAH TERSEBAR



BUKTI MAKIN HARI MAKIN BANYAK...
BILA NAK TUBUH RCI NI...
TAK BELA NYANWA PRAJURIT KITA YANG MATI DIBUNUH KIRAM...
JANGAN BAGI YANG SUBAHAT INI HIDUP DI SINI LAGI!!

JPX

Thursday, March 28, 2013

LAGI BUKTI ANWAR IBRAHIM DALANG SERANGAN LAHAD DATU DIDEDAHKAN!!!




KUALA LUMPUR 25 Mac - Pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin mendakwa memang berlaku pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Nur Misuari bagi membincangkan isu politik di Sabah.

Dakwanya, pertemuan pertama Ketua Pembangkang dengan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) itu berlangsung pada 16 Julai 2012 di Hotel Crowne Plaza, Jakarta dan diatur oleh sahabat baik Anwar sendiri.

Pertemuan seterusnya pula dakwa Raja Petra, berlaku pada 4 Ogos 2012 di Manila bertujuan memuktamadkan segala perbincangan yang dibuat di Jakarta dan penerbangan ke sana menggunakan pesawat Malaysia Airlines.

"Dalam pertemuan itu, Anwar dikatakan meminta pertolongan Nur Misuari bagi memastikan kemenangan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang dengan tumpuan khusus perbincangan adalah berkait isu Sabah.

"Pembangkang memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen di Malaysia Timur untuk membentuk Kerajaan Pusat dan bagi memastikan perkara itu berlaku, Anwar memerlukan pertolongan pengundi Muslim di Sabah,'' katanya seperti dipetik daripada portal malaysia- today.net, hari ini.

Menurutnya, Anwar berjanji kepada Nur Misuari apabila pakatan pembangkang memerintah, Kerajaan Pusat akan memberi autonomi kepada Sabah dan Sarawak.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan Anwar telah beberapa kali bertemu Nur Misuari sebelum berlakunya insiden pencerobohan berdarah oleh pengganas Kiram di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Bagaimanapun beliau enggan memberitahu jumlah sebenar pertemuan tersebut kerana pihak berkuasa masih meneliti dengan terperinci setiap maklumat yang diperoleh sebelum mendedahkannya kepada rakyat.

Pengesahan Hishammuddin itu ekoran pendedahan sebuah blog mymassa.blogspot.com yang mendakwa Anwar bertemu Nur Misuari lima kali dengan pertemuan kali terakhir dikatakan berlangsung pada 7 Februari lalu.--UTUSAN

Monday, March 25, 2013

ANWAR IBRAHIM AKAN DITAHAN DALAM MASA TERDEKAT KERANA SUBAHAT SERANGAN LAHAD DATU???!!!




EKSKLUSIF!!!!! Kita telah mendengar serta membaca pelbagai desas-desus penglibatan individu tertentu dalam krisis pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Tetapi apa yang hendak dikongsi di sini adalah bukti-bukti yang telah didedahkan sendiri oleh satu unit perisikan tentera!!! So, status kebolehpercayaannya AMAT TINGGI!!!

Manila – Philippine Military Intelligence mengesahkan kehadiran Sivarasa dan Tian Chua ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013, yakni dua hari sebelum pendaratan Pengganas Kiram ke Lahad Datu pada 9 Februari 2013. 

Media antrabangsa seperti Reuters, Inquirer  Manila Times, The Philipine.ABC.CBN, Wikileaks dan Kedutaan Amerika di Manila mengesahkan akan “Pembabitan Individu Pembangkang dari Malaysia”. Kemudiannya individu pembangkang ini dikenalpasti sebagai Tian Chua, R. Sivarasa dan Bapa Pengkhiamat Negara Anwar Ibrahim. 

Dua hari lepas, Atik Husin dan Holanda mengesahkan di Mahkamah Tawau bahawa mereka dibayar upah dan wang oleh seseorang semasa di Filipina lagi. 

Pada 8.2.2013 iaitu sehari selepas R.Sivarasa dan Tian Chua bertemu dengan Kelompok-Kelompok MNLF, dipercayai memberikan Sejumlah Wang yang maha besar kepada MNLF untuk mengkucar-kacirkan Sabah menjelang Pembubaran Parlimen kononnya pada 1.3.2013. 

Perjumpaan pada 7 Feb 2013 merupakan janji manis Buku Jingga ke-2, dua orang pengkhianat kepada penceroboh untuk menceroboh negara sendiri. 

Begitu juga bapa segala pengkhianat negara Anwar Ibrahim turut bersama-sama berada di Manila bertemu Nur Misuari. Ini juga dipantau oleh Philipine Militarry Intelligent dan dilapor oleh media-media cetak antarabangsa. 

Mereka Ke Manila Membawa Wang pada 7.2.2013…2 Hari Sebelum Pendaratan Pertama Pengganas Kiram 

RM 20 JUTA ANWAR BAYAR LAJIM

Ramai orang di luar sana tidak mengetahui bahawa Bapa Pengkhianat Negara Anwar Ibrahim, telah membayar Lajim sejumlah Wang RM20 Juta untuk melompat lagi kepada PKR. Info ini diberitahu kepada kami oleh Salah Seorang Pegawai Tinggi Lajim di Kementerian Perumahan…(Kinabaluboy akan ulas perkara ini kemudian). 

Maknanya, jika Anwar boleh bayar Lajim RM20 Juta supaya melompat parti. Maka anda teka berapa Jumlah Wang yang Anwar usahakan kepada Kelompok MNLF ini? 

Mereka hendak membeli sesiapa sahaja sekarang, bapa Saiful mereka beli, dan cubaan membeli Dato’ Eskay turut dibuat. Sekali lagi janji Buku Jingga Bapa Pengkhianat Negara Nombor 1, bukan sahaja Sabah malahan Sarawak juga mahu dituntut oleh Misuari. Maka terancamlah keselamatan Sabah & Sarawak. Di Sarawak, NDI melalui Global Witness yang dibiayai oleh (George Soros) yang merupakan penyagak matawang turut fokus kepada Sarawak, turut mengkucar-kacirkan negeri Sarawak. 

Isu ini Kinabaluboy akan sambung dua tiga hari lagi, krew strategik kami baru sahaja terbang ke Sarawak untuk mendapatkan maklumat eksklusif untuk anda. Sabah & Sarawak adalah fix deposit BN mereka hendak meruntuhkan secara kejam, pertumpahan darah dan menggadaikan negara.

Is Money An Issue? NO. Lihat kepada kesanggupan membayar bapa Saiful berapa juta!. Juga Offer membayar Dato Eskay any amaunt to any account in any country. Bermaksud unlimited budget ditaja oleh siapa? 


KRONOLOGI


16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu.

29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG"

7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence.Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim.

9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12.2013.

- Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA.

16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA.

19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu.

- Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina.

28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita.

- Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung.

- Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG"

1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence!

- Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA!

4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"!

7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul.

- Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar!

10.3.2013 - Ejen kami seorang Palauk yang terlatih, memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF.

- Sebuah lagi Media Internasional, Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu!

11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama mereka sejumlah Senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal seprti parang dan pisau.

12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu.

13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari!

15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila.

16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu!

20.3.2013 - Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari !

21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau. Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar dan Dijanjikan bayaran.

22.3.2013 - Ejen Palauk kami di Kunak dan Lahad Datu menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia", lebih tepat "Anwar Ibrahim" (Butiran maklumat akan menyusul selepas ditranslate ke dalam bahasa Melayu).

*Nota : Pertemuan Anwar dengan Nur Misuari ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada pertengahan tahun 1990an tidak disertakan.--SUMBER

Friday, March 22, 2013

GEMPAR:TIAN CHUA BERJAYA BUKTIKAN SERANGAN LAHAD DATU ADALAH KONSPIRASI UMNO!!!???




KUALA LUMPUR 22 Mac - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua seolah-olah mencabar institusi mahkamah, pihak berkuasa dan rakyat Malaysia yang semakin memuncak kemarahan kepada beliau apabila terus-terusan menyifatkan insiden pencerobohan kumpulan pengganas di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Terbaru, tohmahan secara terbuka Tian Chua dibuatnya ketika beliau berucap pada ceramah manifesto pakatan pembangkang Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Ia hanya seminggu selepas prosiding pendakwaan terhadap Tian Chua bermula pada 14 Mac lalu apabila beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO.

Tian Chua didakwa membuat kenyataan kepada portal lidah rasmi PKR, Keadilan Daily pada 1 Mac lalu bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO.

Pada masa sama, Tian Chua tidak mempedulikan perasaan rakyat Malaysia yang mana sejak 1 hingga 20 Mac lalu, 1,361 laporan polis telah dibuat terhadapnya. Ia ekoran kenyataannya itu yang ternyata mengguris hati banyak pihak terutama keluarga perwira negara yang terkorban dalam Operasi Daulat memerangi kumpulan pengganas Kiram.

Dalam ucapan terbarunya malam tadi, Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan di Sabah itu sebagai konspirasi UMNO dan BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah.

Ahli Parlimen Batu itu mendakwa, insiden pencerobohan yang dicetuskan oleh kumpulan pengganas Kiram itu digunakan oleh UMNO dan BN bertujuan mengalih perhatian masyarakat daripada isu pemberian kad pengenalan kepada orang asing di Sabah.

"Nampaknya, kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) gunakan kes ini untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengalih pandangan orang awam daripada isu pokok iaitu satu tajuk yang sangat hangat (iaitu) Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah iaitu projek IC (kad pengenalan) kepada orang asing secara banyak. Itu saya sifatkan sebagai konspirasi.

"Atas sebab itu saya tetap menyatakan adalah konspirasi UMNO untuk mencemarkan pihak pembangkang bukan sahaja dalam kes Lahad Datu tetapi setiap kes dari awal lagi. Kita lihat tiap kali pilihan raya mesti ada konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkan imej pakatan pembangkang," katanya.

Malah, dalam ceramahnya kali ini, Ahli Parlimen Batu itu menambah tohmahan liar apabila mengaitkan tragedi Memali pada 1985 sebagai salah satu daripada konspirasi UMNO.

Seterusnya beliau mendakwa tidak pernah menghina anggota keselamatan sama ada polis atau tentera.

"Pada zaman reformasi berapa kali saya dihentam, dipukul, dibelasah oleh polis. Berapa kali saya ditahan. Pernah ke saya balas kekerasan itu. Pernah ke kita lakukan keganasan terhadap polis. Pernahkah kita baling batu kepada pihak polis.

"Ini adalah kerana kita menghormati peranan mereka (polis). Kita memahami mereka hanya menjalankan tugas apabila diarah," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Thursday, March 14, 2013

WAJIB TONTON: VIDEO JENERAL MUSA BERSAMA TALI BARUT TEMPATAN KINI TERSEBAR



VIDEONYA >>>DI SINI<<<

Paparan video dibawah memperlihatkan Jeneral Hj Musa, pemimpin nombor dua pengganas di Lahad Datu bersama seorang tali barut warga tempatan.

Manakala lelaki yang menerima topi daripada Jeneral Hj.Musa merupakan "Tali Barut" pengganas. dikatakan lelaki tersebut adalah antara mereka yang bertemu Jeneral Musa sewaktu pasukan pengganas mula-mula mendarat di Kampung Tanduo, tidak jauh dari Kampung Tanjung Batu.

Menurut sumber, video ini diperolehi dari salah seorang pengganas yang berjaya dibunuh. Kedengaran dalam perbualan mereka ada menyebut "LAHAD DATU"... dipercayai rakaman ini dibuat sebelum berlakunya insiden Lahad Datu.

Wednesday, March 13, 2013

TERKINI DARI LAHAD DATU:KETUA PENGGANAS MASIH HIDUP DAN PERLU SEGERA DIBUNUH!!!



Lahad Datu, 13 Mac - Pasukan keselamatan yakin ketua kumpulan militan yang menceroboh Lahad Datu, Azzimudie Kiram masih berada dengan kumpulan itu yang kini berkubu di Kampung Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yakin Azzimudie tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan sejak pencerobohan pada 12 Feb lepas.

"Sebagai ketua dia tidak akan lari. Kami masih yakin dia bersama kumpulan itu," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Hamza berkata keyakinan itu bersandarkan kawalan ketat pasukan keselamatan di kawasan zon merah Operasi Daulat termasuk melalui laut kerana kawalan di laut adalah amat kukuh dan pemantauan sentiasa dijalankan.

Selepas sembilan hari Operasi Daulat, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh dan 25 daripada mayat penceroboh militan itu telah dibawa keluar dari zon merah.

Seramai 156 orang ditahan kerana berada di zon merah operasi manakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan, kata Hamza.

Sehingga kini 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua tentera. Seorang daripada anggota tentera itu terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku.

Hamza berkata tiada pertempuran dilapor sejak malam tadi hingga pukul 10 pagi ini dan operasi kini diperluas ke Sungai Nyamuk berhampiran Tanjung Batu.

Ditanya bila penduduk Kampung Tanduo akan pulang ke kampung mereka, beliau berkata perkara itu belum diputuskan kerana terdapat beberapa faktor perlu diteliti.

"Hanya ada 10 rumah di situ. Banyak aspek perlu dipertimbangkan termasuk sama ada tanah mereka duduki adalah milik mereka atau tidak dan taraf kerakyatan mereka.

"Pewujudan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM) juga (menyebabkan) kami harus melihat secara lebih menyeluruh bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu," katanya.

Mengenai kemalangan yang menyebabkan seorang anggota tentera terbunuh, Hamza berkata kenderaan tentera tiga tan itu yang menyertai konvoi dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu untuk Operasi Daulat terbabas di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku pada 7.30 pagi, semalam.

Kejadian menyebabkan pengiring kenderaan iaitu Kpl Ahmad Farhan Ruslan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan itu cedera. - BERNAMA

Tuesday, March 12, 2013

TERKINI DARI LAHAD DATU: SEORANG LAGI PAHLAWAN KITA GUGUR DITEMBAK PENGGANAS SULU!!!



AL-FATEHAH UNTUK ALLAHYARHAM YANG TERKORBAN.
SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN SYAHID KEPADA BELIAU.

Gambar 1124833 Kpl Khairul Anuar yang ditembak di Lahad Datu pagi tadi. Dalam keadaan stabil di Hospital Sandakan. Kejadian dipercayai berlaku akibat dari serang hendap Penceroboh. Dalam kejadian tersebut, 3 pengganas ditembak mati dan 2 lagi yang cedera melarikan diri.

Mari kita bersama berdoakan agar Kpl Khairul Anuar dan anggota perajurit yang lain dikuatkan iman dan diperkukuhkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T bagi menghadapi ancaman penceroboh negara dan menjalani dugaan ini dengan penuh kecekalan.

Saya minta maaf kepada keluarga mangsa kerana menyebarkan gambar ini tetapi saya bertanggungjawab menyedarkan rakyat Malaysia akan nasib² perwira Malaysia yang berjuang di perbatasan demi agama, bangsa dan tanah air.

Dalam masa yang sama saya ingin menyedarkan penyokong PR supaya jangan terpengaruh dengan dakyah PR yang mendakwa kononnya kejadian yang berlaku di Lahad Datu hanyalah sebuah sandiwara.--SUMBER

GEMPAR: ADA AHLI PARLIMEN BN JALIN KERJASAMA SENYAP-SENYAP DENGAN PKR!!!???




Lahad Datu – Ahli Parlimen Silam, Salleh Kalbi hari ini menawarkan tajaan perjalanan termasuk penginapan kepada Tian Chua untuk datang ke sini terutama di kawasan pencerobohan pengganas militan Sulu bagi memberi peluang kepada beliau melihat dan menilai sendiri sejauh mana situasi di tempat tersebut.

Bagi Salleh, tidak ada guna pemimpin PKR itu bercakap sesuka hatinya mengenai apa yang terjadi ketika ini sedangkan Ahli Parlimen Batu itu langsung tidak pernah menjejakkan kakinya ke zon konflik yang dimaksudkan.

” Beliau (Tian Chua) mendakwa ini semua konspirasi…jadi saya cabar beliau datang ke sini dan lihat apa yang terjadi.

” Kalau beliau keberatan untuk mengeluarkan perbelanjaan, saya sanggup taja,” katanya ketika ditemui di Felda Sahabat di sini hari ini.

Pada 1 Mac lepas, Portal KeadilanDaily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

Semalam polis telah merekodkan keterangan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhubung kenyataannya.

Sepasukan polis dari Kontinjen Johor telah mengambil keterangan Ahli Parlimen Batu itu di ibu negara.

Polis juga telah merakamkan keterangan dua Editor Keadilan Daily dan wartawan dari The New Straits Times Press.

Dalam pada itu, Salleh berkata, selepas insiden ini ditamatkan, beliau akan memohon kepada kerajaan untuk melakukan beberapa penambahbaikkan kepada penduduk yang terlibat memandangkan mereka melalui situasi yang cukup sukar sejak peristiwa pencerobohan itu berlaku.

” Kerajaan perlu membina semula penempatan bagi para penduduk termasuk menyediakan perumahan yang lebih selesa, tersusun dan terancang.

” Pada masa yang sama, kita perlu membantu mereka terutama yang terpaksa menanggung hutang dan beban kewangan, maklumkan bila insiden ini terjadi, ramai mereka tidak boleh keluar bekerja, perniagaan mereka juga jatuh merudum hingga membuatkan pendapatan masing-masing terjejas dengan teruk.

” Satu pembinaan lapangan terbang yang lebih moden juga diperlukan…bukan saja demi tuntutan komersil, tetapi juga untuk kegunaan pasukan keselamatan kita bila berlaku perkara yang tidak diingini di masa akan datang,” tegasnya. -- SUMBER

MAYAT PENGGANAS SULU SUDAH BERBAU



Selepas seminggu Operasi Daulat, Pihak Polis mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh militan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Ahad lalu, seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Pada 8 Mac pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan itu yang diikuti dengan operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu mereka.



Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di sini, Hamza berkata 22 mayat pengganas militan telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Hamza turut membenarkan wartawan mengambil gambar mayat-mayat pengganas militan itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh.

Ditanya mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris pada Isnin bahawa Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan itu, berjaya melarikan diri dalam operasi pasukan keselamatan di Semporna, Hamza dengan tegas menolak dakwaan berkenaan.

"Kalau saya tahu dia di Semporna sudah lama saya tangkap," katanya.

Beliau turut menafikan laporan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya. Sehingga kini tiada laporan polis diterima mengenai keganasan yang dilakukan pihak keselamatan," katanya.

Friday, March 08, 2013

GEMPAR:NGO MALAYSIA TAJA ANAK KIRAM SERANG LAHAD DATU!!!???





AMPANG 7 MAC - Pencerobohan kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai pengikut Kesultanan Sulu di Lahad Datu didakwa mendapat pembiayaan oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) sebanyak USD 2 juta.


Presiden Jaringan Cina Malaysia Ng Lam Yong berkata, bantuan kewangan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kepada kumpulan penceroboh itu disahkan oleh rakannya dari Manila, Filipina.

"Saya terima email dari rakan saya yang berada di Manila hari ini, isi kandungan email itu memberi tahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan USD 2 juta untuk tujuan pencerobohan itu."

"NGO yang diberitahu itu adalah SUARAM yang dahulunya saya dan rakan saya Azwanddin Hamzah pernah membongkarkan isu SUARAM yang menggunakan dana asing untuk merosakan segala-galanya di Malaysia." katanya pada Forum Pendedahan Siapa dalang Serangan Di Lahat Datu di Bukit Antarabangsa disni hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Muhammad Zahid Md Arip, Pengerusi Badan Bertindak Projek Datum Jelatek (BBDJ) Salleh Samad, Ketua Umno bahagian, Datuk Ismail Kijo dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah.

Lam yang juga bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu disebalik SUARAM yang banyak menggunakan dana asing bagi menjayakan matlamat beliau.

"Dana asing ini datangnya daripada sembilan yayasan yang dipegang oleh orang yahudi, matlamat dana ini adalah untuk menjatuhkan Malaysia dan kerajaan Barisan Nasional kerana khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan bersetuju memberikan satu Pangkalan Tentera (di) Lumut kepada Amerika Syarikat (US)."

"US mahu menguasai rantau Asia Pasifik khususnya di Asia Tenggara kerana pangkalan tentera US ini telah pun wujud sekian lama yang bertempat di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina." jelas beliau

Tambahnya, Malaysia tidak membenarkan kewujudan Pangkalan Tentera US dalam negara berikutan sekatan yang hebat bakal akan berlaku dalam keputusan yang dilakukan oleh kerajaan.

"Oleh itu mereka menggunakan dana asing untuk menjatuhkan Malaysia secara halus," ujarnya lagi

alt
Dalam pada itu satu upacara simbolik membakar patung bergambar Naib Presiden PKR Tian Chua diadakan selepas forum itu selesai berikutan dakwaan beliau terhadap insiden di Lahad Datu sebagai sandiwara politik UMNO.--SUMBER

ANAK KIRAM TIPU MALAYSIA LAGI SEKALI???!!!





Lahad Datu, 8 Mac - Belum ada tanda-tanda penceroboh militan Sulu yang berkubu di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu mahu menyerah diri dan meletak senjata mereka, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. 

Beliau berkata gerakan memburu penceroboh diteruskan dan tiada pertempuran berlaku sejak 11 pagi semalam, apabila sejumlah 31 pengganas ditembak mati. 

"Selepas insiden pertempuran semalam sehingga 31 penceroboh ditembak mati, tiada tanda mereka mahu letak senjata api," katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Sahabat 16, kira-kira 130km dari sini hari ini. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas 'Op Daulat' di Felda Sahabat semalam berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat.

Gerakan Op Daulat masuk hari keempat hari ini dengan helikopter digunakan untuk menghantar anggota keselamatan ke lokasi sekitar bagi operasi menggeledah manakala jet-jet pejuang berlegar di udara membuat tinjauan.

Ismail berkata pihak keselamatan belum mengenal pasti identiti mayat seorang ketua penceroboh, dipercayai berpangkat jeneral, yang ditembak mati dalam pertempuran semalam. 

Ditanya sama ada kemungkinan ketua itu ialah orang yang menggelar dirinya Raja Muda Sulu, Azimuddin Kiram, Ismail berkata: "Kami masih mengenal pasti (identiti) berdasarkan pakaian dia, tetapi beliau ialah ketua operasi pihak penceroboh." 

Ismail juga menunjukkan kepada media gambar-gambar senjata yang ditemui daripada penceroboh yang ditembak mati.

Zulkifeli pula berkata walaupun tiada pertempuran berlaku sejak semalam, ini tidak bermakna pihak musuh tidak lagi berada di kawasan itu. "Operasi akan diteruskan," katanya. - BERNAMA

BERITA PAGI JUMAAT:52 PENGGANAS BERJAYA DIBUNUH!!!





Lahad Datu, 7 Mac - 52 pengganas Sulu telah berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan Malaysia setakat hari ini. 32 pengganas berpangkat general turut berjaya ditembak lapor Ketua Polis Negara (KPN).

Menurut KPN lagi, jumlah tersebut tidak termasuk musuh yang dilaporkan cedera dan ada sebahagiannya telah dikebumikan.

Sementara intu masyarakat Suluk di Sabah mengutuk tindakan kumpulan pengganas yang menceroboh Sabah dan berkubu di Kampung Tanduo.

Mereka membantah pencerobohan tersebut sambil melafazkan ikrar taat setia kepada kerajaan persekutuan Malaysia dan negeri Sabah. Etnik Suluk di Sabah juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia yang menjaga kebajikan mereka sehingga taraf hidup mereka semakin meningkat kini.

Etnik Suluk sabah ini juga mengucapkan takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban sewaktu mempertahankan Sabah.

Thursday, March 07, 2013

VIDEO OPS DAULAT DI SABAH


SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN PERLINDUNGAN KEPADA SEMUA YANG SEDANG BERTUGAS MENJAGA KEDAULATAN NEGARA..
MARI SEMUA BERDOA AGAR KITA BEROLEH KEMENANGAN...

JPX

PANAS:ANWAR IBRAHIM GUNA DANA ASING UNTUK BEKAL SENJATA KEPADA PENGGANAS SULU???!!!



Untuk menjawab soalan di atas, mungkin kita perlu melihat kepada kenyataan Presiden Filipina, Benigno Aquino beberapa hari lepas bahawa wujud petanda dan bukti-bukti jelas pencerobohan di Lahad Datu adalah satu konspirasi.

(klik sini untuk membaca berita lengkap Mynewshub.my berhubung dakwaan itu)

Ini kerana jelas beliau, tidak mungkin Jamalul Kiram mempunyai kemampuan kewangan untuk melaksanakan operasi pada skala itu.

Aquino dilaporkan berkata, Jamalul Kiram perlu membelanjakan sekurang-kurangnya 100,000 Peso (RM7,611) sekiranya mahu menyewa satu bot besar bagi membawa pasukannya ke Lahad Datu

Beliau berkata, keluarga Kiram menggunakan dua bot besar dan sebuah bot laju untuk membawa pengikut mereka ke Sabah. Justeru dari mana mereka mendapat wang yang banyak untuk menyewa bot-bot berkenaan?

Aquino dengan nyata menzahirkan Jamalul Kiram tidak mampu membiayai operasi seperti itu.

Malah katanya, Jamalul Kiram yang menghadapi masalah buah pinggang, terpaksa menerima sokongan kewangan dari Philippine Charity Sweepstakes Office (PCSO) untuk melakukan rawatan dialisis dengan kerap.

“Dana untuk makanan, wang yang ditinggalkan, kumpulan yang disepadukan, kritikan yang senada, semuanya berarah kepada satu konspirasi,” katanya dalam satu sidang media di Manila.

Aquino menegaskan beliau bukan bercakap tanpa bukti dalam tuduhannya bahawa wujud konspirasi dalam isu pencerobohan di Sabah.

Kini, jom kita lihat kepada satu lagi aspek dalam kes di Lahad Datu iaitu jumlah senjata canggih dan mahal yang dimiliki oleh pengikut Kiram, yakni seorang tua yang perasan dirinya sultan tetapi perlu mendapatkan bantuan kerajaan Filipina untuk rawatan dialisis.

Sumber memberitahu, antara senjata milik pengganas yang dikesan di Lahad Datu ialah;

M-16

M-14 – Rifle untuk penembak tepat

Light Machine Gun – LMG

General Purpose Machine Gun – GPMG

M203 – grenade launcher

AK47

Rocket Propelled Grenade – RPG (Anti kereta kebal)

Bom tangan (dipercayai dimiliki kumpulan berkenaan)


Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan.

Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.

Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer).

Harga senjata adalah berdasarkan jenis dan aksesori tambahan pada senjata berkenaan.

Malah, jika mengikut gambar dan maklumat sebelum ini, kumpulan Kiram juga dipercayai memiliki FN FNC Para Carbine. Mereka juga dipercayai memiliki senjata-senjata yang dihasilkan sendiri.

Secara keseluruhan, dianggarkan seramai 180 pengganas memasuki Lahad Datu 4 minggu yang lalu dan jumlah senjata mereka tidak dapat dipastikan dengan tepat.

Gambar utama di atas memperlihatkan kumpulan Kiram III yang diambil pada Oktober tahun lalu dan senjata yang dimiliki mereka.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa