KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengaku bahawa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai kaitan dengan menantunya.
“Saya tidak menafikan bahawa dia (Zaharie ) mempunyai kaitan dengan salah seorang daripada menantu saya dan saya pernah bertemu dengannya beberapa kali. Malah, dia juga merupakan rakan kepada R. Sivarasa (Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Ahli Parlimen Subang) seperti yang kita katakan sebelum ini,” katanya Anwar ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini.
“Bagaimanapun, untuk mempolitikkan perkara itu bukan perkara betul. Kita harus menghormati keluarganya dan berdoa untuk mereka tanpa membuat sebarang dakwaan sehingga siasatan selesai,” jelasnya.





