Sebelum ini cadangan kerajaan Melaka supaya jalan di Jonker Walk dibuka dengan bertujuan untuk menilai semula keadaan kesesakan lalu lintas di situ bagi tempoh empat minggu telah dipolitikkan oleh pembangkang. Mereka memutarbelit dan memanipulasikan apa sahaja cadangan dan tindakan kerajaan Barisan Nasional yang baik dan ikhlas.
Oleh itu cadangan untuk buka jalan telah dimanipulasikan kononnya Barisan Nasional ingin menutup peluang perniagaan Cina di kawasan tersebut.
Jalan Hang Jebat itu telah dibuka bagi kenderaan di sepanjang pasar malam Jonker Walk mulai 28 Jun lepas ialah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di kawasan bandar pada hujung minggu seperti yang sering menjadi rungutan pelancong dan rakyat tempatan. Empat jalan sisi di Jalan Hang Jebat turut dirancang untuk ditempatkan peniaga terlibat.
Namun kejadian kebakaran di Jonker Walk baru-baru ini telah membuktikan betapa praktikal dan baiknya cadangan buka jalan di Jonker Walk. Kebakaran tersebut telah menjejaskan suasana pasar malam di Jonker Walk yang meriah dengan pengunjung apabila sebuah premis menjual makanan tempatan dan tradisional terbakar.
