Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label AIR ASIA MAS DEAL. Show all posts
Showing posts with label AIR ASIA MAS DEAL. Show all posts

Wednesday, May 29, 2013

TERKINI:TOK ALI DILANTIK SEBAGAI SETIAUSAHA AGONG UMNO, TAPI....



Aku tak terperanjat sangat bila ada blogger dah mula menaip dengan laju di laman blog mereka mula korek keburukan lampau seseorang pemimpin UMNO. Dengan tempoh pemilihan parti UMNO yang kini sudah hampir, aktiviti pembunuhan keraktor ini semakin galak dan berluasa. 

Blogger ini sudah mula menjalankan kegiatan pembunuhan keraktor yang aku anggap sebagai misi mereka dalam memastikan nama boss mereka terus harum dan dipermudahkan untuk capai jawatan yang dihajat.

Rafi Awang Kecik bukan nama asing dalam dunia blogging. Sebagai seorang presiden sebuah pertubuhan yang mengumpulkan blogger yang tersohor penulisan beliau tentu sahaja akan mendapat perhatian pembaca terutamanya dari pengamal media baru.

Dalam satu entri terbarunya di blog miliknya >>>di sini<<<, beliau secara terbuka dan lantang mengecam tindakan kononnya ada gerakan kumpulan yang cuba melobi nama Tok Ali, bekas Ketua Menteri Melaka untuk dijadikan Setiausaha Agong UMNO.

Alasan utama beliau dalam penulisannya itu adalah MORAL Tok Ali yang pernah disabitkan kesalahan politik wang hingga beliau tidak dapat bertanding jawatan Timbalan presiden umno pada sesi pemilihan yang lalu.

Abang Rafi juga mengimbau sejarah Tok Ali ketika beliau menjawat jawatan Pengerusi Biro Latihan UMNO satu ketika dulu. Cerita dan sejarah negetif dibangkitkan semula seakan mahu membangkitkan kebencian ahli parti terhadap Tok Ali

Tapi jika kita ambil itu sebagai alasan utama Rafi menyatakan penolakan beliau kepada Tok Ali untuk menjawat Setiausaha Agong,  maka Abang Rafi juga  patutnya perlu segera membuat sedikit kaji selidik tentang nama nama pemegang jawatan tertinggi yang sedang berkhdimat dalam UMNO.

Abang Rafi perlu selidik sedalamnya apakah semua pemegang jawatan dalam UMNO bersih rekodnya, buat kerja cemerlang dan tiada cacat celanya.

Bagaimana pula dengan beberapa nama yang juga pernah mengalami nasib sama seperti Tok Ali yang kini sedang menjawat jawatan tertinggi dalam UMNO? Adakah mereka ini bersih rekodnya dan tidak terlibat dalam politik wang?

Ada juga yang menjadi Pengerusi itu dan ini walaupun telah juga pernah disabitkan salah atas kesalahan politik wang. Betul tak?

Kenapa pula hanya Tok Ali sahaja yang difokuskan dan tidak dilibatkan sekali individu ini?

Bagaimana pula dengan puluhan nama lain yang sekarang sudah rancak pasang ancak di seluruh semenanjung mempromosi diri untuk jawatan tertinggi dalam UMNO?

Penulisan Abang Rafi yang fokus kepada Tok Ali juga boleh aku katakan sebagai satu serangan awal untuk memastikan nyawa politiknya Tok Ali yang tinggal sedikit terus dipadamkan dari arena politik Malaysia. 

Aku andaikan ada musuh politik Tok Ali nampak kebolehan Tok Ali bekerja tidak mustahil YAB Presiden parti akan menamakan beliau sebagai Setiausaha Agong. 

Ada individu yang mengidamkan jawatan Setiausaha Agung ini sudah mula rasa terancam apabila nama Tok Ali mula disebut-sebut dan rasa terancam maka gerak kerja untuk memusnahkan ancaman mula digerakan.

Jika Abang Rafi menulis hanya sekadar berdasarkan pandangan peribadi beliau, aku nak tanya pulak, juga melalui padangan peribadi beliau, siapa pula yang dia rasakan layak untuk menjawat jawatan Setiausaha Agong UMNO, jika benar Ku Nan bakal melepaskan jawatan beliau?

Orang Melaka terutamanya tentu sahaja akan gembira jika Tok Ali dilantik sebagai Setiausaha Agong UMNO, namun jika Abang Rafi rasakan Tok Ali tidak sesuai atau layak tolong namakan seorang yang layak supaya kita di Melaka ini dapat menerimanya dan menilaikan kelayakan individu tersebut untuk menjadi Setiausaha Agong UMNO.

Namun semua ini adalah hak ekslusif Presiden UMNO untuk memilih dan menentukan. Kebolehan Presiden (dengan bantuan penasihatnya) membuat pemilihan tidak boleh dipertikaikan. Biarlah siapa pun yang dipilih, sebagai ahli parti kita kena akur dan berikan sepenuh sokongan kerana dalam perjuang berparti itulah yang paling utama.

Permasalahan ini biarlah pucuk pimpinan yang tertinggi selesaikan. Tak salah juga bagi kita untuk memberikan pendapat dan cadangan. Tapi perlulah kena cara dan tertibnya.

Secara peribadi, aku rasakan tulisan Abang Rafi sedikit mengguris perasaan dan nadanya tidak boleh kami terima, terutamanya bagi kami rakyat negeri Melaka.

Jika nak cerita kebaikan Tok Ali, datang sendiri ke negeri kami ini. Masuk dari tol Ayer Keroh, ke bandar Melaka hinggalah ke sempadan Muar di Sungai Rambai keindahan, kemajuan, kemudahan dan perubahannya yang ada pada hari ini adalah cetusan idea dan usaha kerja keras Tok Ali.

Bila pemimpin besar kami ini kutuk, dihina secara terbuka ianya seakan satu pengisytiharan perang ke atas kami dan tak mungkin kami akan berdiam diri dan membiarkannya. Namun apa guna kita bersengketa sedangkan musuh mengintai sambil ketawa??? 

Allah takdirkan Tok Ali kalah dan beliau telah terima kekalahan tersebut. Kami juga akur dengan keputusan kekalahan Tok Ali. Namun untuk menerima cemuhan dan kritikan terbuka sedemikian rupa, terutamanya dari seorang yang boleh dianggap sahabat, ianya seperti mencurahkan garam ke luka yang terbuka.

Semoga Allah berikan kekuatan kepada Tok Ali dan memberikan petunjuk kepada Presiden parti kita untuk memilih siapa yang selayaknya. Jika ditakdirkan Tok Ali terpilih janganlah cerita ini diusung ke sana ke sini kerana itu adalah pilihan Presiden maka wajar kita hormati.

Kami juga berharap agar Abang Rafi dapat berlaku adil dalam penulisan dan jangan terlalu menyerang kepada mereka yang belom sahih jawatanya. Pandanglah dengan skop yang lebih luas dan perhatikan mereka yang sedia ada di depan mata.

Kalau nak cari salah orang memang mudah. Kuman seberang laut pun nampak kan. Tak perlulah kita blogger yang mengaku pro UMNO ni telanjangkan pemimpin kita sendiri. Banyak lagi musuh hakiki kita di luar sana yang perlu diserang dan ditelanjangkan kejahatan mereka.

Hentikanlah perkara yang boleh membesarkan jurang perbezaan dan segera kita cari persamaan dalam persediaan kita menghadapi PRU 14.

Kepada Allah kita berserah!!!

JPX

Tuesday, March 06, 2012

GEMPAR: DUIT SIAPA YANG DICURI UNTUK BELI KELAB BOLA SEPAK ENGLAND???


SEKADAR GAMBAR HIASAN...HEHEHEHE


Mengapa di dunia ini, mereka yang menjadi sangat kaya atas dasar kerajaan sesebuah Negara itu berlumba-lumba  menghabiskan wang mereka dengan membeli kelab bolasepak England?

Contoh terbaik, Thailand dan Rusia. Sedang rakyat Negara tersebut dihimpit kesusahan hidup, rakyat mereka kaya langsung tidak mempedulikan rakyatnya yang miskin dan berbelanja boros kepada kelab bolasepak England.

Dan kini trend inI menular ke Malaysia apabila Big Boss syarikat penerbangan tambang murah Malaysia telah membeli kelab bolasepak England sebagai salah satu aset dan permainannya.

Dia boleh gunakan alasan itu adalah duitnya sendiri. Benar dan ini tidak dinafikan. Dia menjadi sangat kaya kerana punya syarikat penerbangan sendiri. 

Tapi tidakah dia ingat bahawa perlaburan untuk syarikat penerbangan itu datang dari geran kerajaan.  

Mereka juga lupa siapa yang menberikan dana permulaan agar dapat syarikat mereka berjaya seperti mana hari ini.

Hari ini mereka heboh menjaja cerita bahawa wang mereka belanjakan itu adalah hasil dari syarikat mereka sendiri, atas usaha mereka selama ini.

Bila kita mengetahui hal yang sebenarnya, sudah tentu ini tidak boleh diterima sama sekali. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan dalam masa yang sama kerajaan bekerja keras untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya, ada syarikat yang mendapat geran dari wang pembayar cukai sedang berbelanja rakusknya untuk minatnya pada bola sepak.

Mungkin kita boleh mula tweet kepada David Cameroon untuk menyampaikan pendapat dan hasrat rakyat Malaysia padanya. Kita minta agar dia tidak akan benarkan syarikat dari Negara membangun untuk membeli pasukan bolasepak di sana yang mana kosnya boleh menampung perbelanjaan seluruh negeri Kelantan…hehehe.

Kita punya hak kerana kita pembayar cukai dan wang kita digunakan bukan untuk kepentingan kita. Perjanjian syarikat penerbangan ini adalah perjanjian yang sangat tidak adil. 

Apa yang kita dapat dan siapa yang mendapat keuntungan dalam perjanjian ini??

Semuanya keuntungan “terbang” ke seorang lelaki India dan rakyat England!!!

JPX

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa