KPDNKK MELAKA RASIS KERANA HANYA AMBIL TINDAKAN PADA MELAYU SAHAJA!!!
KPDNKK MELAKA BACUL KERANA TAKUT AMBIL TINDAKAN KEPADA CINA DVD HARAM!!!
Aku ucapkan setinggi tahniah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Melaka yang Pak Menterinya Dato Haji Hasan Malek.
Kerana apa aku ucap tahniah pada KPDNKK Melaka?
Sebab cawangan ini telah bejaya melaksanakan misi dan visi kementeriannya dengan cemerlang dan gemilang.
Semalam petang, lebih kurang sebelum senja lima orang penguatkuasa KPDNKK Melaka telah melaksanakan tugas mereka memeriksa kawasan Medan Ikan Bakar Umbai Melaka.
Untuk makluman, semua peniaga di Medan Ikan Bakar Umbai adalah MELAYU.
Antara yang diperiksa adalah tanda harga dan alat timbang di kedai-kedai ikan bakar di medan tersebut. Kita pun sedia maklum bahawa memang tugas utama KPDNKK adalah mengawal harga barang dan memastikan peniaga sentiasa patuh kepada undang-undang perniagaan.
Dalam pemeriksaan tersebut, ada beberapa kesalahan yang telah dikesan oleh penguatkuasa dilakukan peniaga. Kesalahan yang dikesan adalah alat timbang telah luput pemitnya.
Salah tetap salah dan setiap kesalahan mesti ada hukuman. Maka tanpa membuang masa, saman dikeluarkan untuk memberikan pengajaran kepada peniaga ikan bakar tersebut.
Dalam masa yang sama dan hari yang sama, di dalam kawasan parlimen yang sama ada tiga kedai cina yang secara terang-terangan menjual dvd cetak rompak.
Kedai cina ini telah beroperasi lebih dari setahun dan sehingga hari ini tidak ada apa-apa langsung tindakan diambil. Cina-cina ini bebas berniaga benda haram tanpa ada apa-apa penguatkuasaan undang-undang diambil ke atas mereka oleh KPDNKK Melaka.
Apa istimewanya Kedai Cina DVD Haram ini kalau nak dibandingkan dengan Kedai Ikan Bakar orang Melayu??
Kenapa penguatkuasa KPDNKK Melaka hanya buat pennguatkuasaan mereka di kedai milik orang Melayu sahaja??
Adakah KPDNKK Melaka anti Melayu???
Adakah KPDNKK Melaka takut dengan Cina???
Atau adakah KPDNKK Melaka memang ada hanya untuk ganggu perniagaan orang Melayu dan pastikan perniagaan Cina terus berkembang maju tanpa ada apa-apa gangguan walaupun perniagaan cina itu melibatkan benda yang haram di sisi undang-undang???
Macam aku cakap awal tadi, salah tetap salah dan penguatkuasa ada kuasa untuk keluar kompaun atau saman. Namun manusia diberikan akal dan dengan akal ini datang budi bicara.
![]() |
KPDNKK MELAKA ADA PENGUATKUASA RUPANYA. LIMA ORANG PULAK TU.... |
Adakah penguatkuasa KPDNKK Melaka langsung takde budi bicara dalam menjalankan tugas mereka?
Peniaga di Medan Ikar Bakar semua sekarang dah betul-betul marah dengan KPDNKK Melaka. Mereka akui kesalahan mereka tapi dalam masa yang sama mereka kecam KPDNKK Melaka kerana tidak adil dalam menjalankan tugas.
Kedai Cina DVD haram di kawasan itu secara terang-terang beroperasi langsung tidak diusik oleh KPDNKK Melaka.
Melayu nak berniaga cari makan, salah sikit saman ratus-ratus tanpa ada apa-apa budi bicara!!!
Kalau KPDNKK teruskan kerja mereka dan hanya menyasarkan orang Melayu dalam penguatkuasaan undang-undang, maka Hasan Malek akan dipersalahkan jika orang Melayu menolak kerajaan pada PRU akan datang.
Senang cakap memang orang Melayu di sini tak puas hati dengan KPDNKK Melaka selagi mereka tak tutup kedai-kedai cina dvd haram yang bermaharajalela berniaga tanpa apa-apa halangan.
Aku harap semua peniaga Melayu dapat ikut undang-undang perniagaan untuk mengelakan tindakan undang-undang dari KPDNKK.
Sekali lagi,
KPDNKK MELAKA RASIS KERANA HANYA AMBIL TINDAKAN PADA MELAYU SAHAJA!!!
KPDNKK MELAKA BACUL KERANA TAKUT AMBIL TINDAKAN KEPADA CINA DVD HARAM!!!
JPX