PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Gombak, Syarhan Humaizi Halim menegaskan bahawa pergerakan itu akan mempertahankan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari serangan rakan dalam komponen Pakatan Rakyat.
Beliau mendakwa, pimpinan dan ahli tidak membela Presiden yang diserang rakan Pakatan Rakyat.
“Saya ternanti-nanti dan menunggu respon daripada pimpinan PAS yang banyak pengalaman berlatar belakangkan perundangan dan peguam beserta lajnah dan jabatan yang berkaitan undang-undang di dalam PAS, namun setakat ini belum ada.
