Seperti yang dijangkakan dari awal lagi, berani dan kelantangan PAS tidak akan bertahan lama apabila berdepan dengan Anwar Ibrahim, PKR dan DAP. Lainlah kalau berhadapan dengan UMNO, disuruh menjilat jalanraya yang panas pun mereka sanggup dan sangat istiqomah melakukannya.
Tetapi apabila membabitkan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, seberani-berani pahlawan PAS yang telah membunuh puluhan ribu jin dan ifrit pun, dijerkah dek Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, boleh menyebabkan mereka terkencing terberak kalau tidak pun demam tak kebah-kebah tujuh lapan minggu.
Itulah yang berlaku dalam PRK DUN Kajang. Pada peringkat awalnya, PAS terutama sekali menerusi Dewan Pemuda PASnya begitu lantang dan begitu garang. Walaupun digelak-gelakkan oleh UMNO dan menyatakan, keberanian serta kelantangan Pemuda PAS itu ibarat embun pada waktu pagi, timbul cahaya hilanglah dia, ramai pula para penyokong PAS terutama sekali dari kalangan Pemudanya menyatakan bahawa kali ini PKR dan DAP akan tunduk kepada PAS.
Yalah, membayangkan PAS sebagai tonggak utama yang membekalkan kaum yang sanggup berguling-guling di atas jalanraya dengan hanya semangat jihad bengong mereka dan ditokok pula dengan tadahan tin milo, pastinya kekerasan dan ketegasan PAS amat diharapkan. Tanpa bantuan daripada PAS, PKR dan DAP tidak akan berjaya dalam sebarang demo atau kempen yang dijalankan, termasuklah usaha memburuk-burukkan keperibadian Perdana Menteri dan isterinya.



