Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label PERKASA. Show all posts
Showing posts with label PERKASA. Show all posts

Thursday, October 15, 2015

KENAPA IBRAHIM ALI PELUK HADI AWANG


Lupakah PAS pada pesanan Nik Aziz agar berhati-hati supaya tidak dipatuk oleh ular yang sama dilubang yang sama dua kali? Ibrahim Ali pernah bertanding di Pasir Mas atas tiket PAS namun beliau bertindak keluar dari PAS dan menjadi ahli Parlimen bebas Pro BN.  

Sekaligus mengabaikan kepercayaan para pengundi yang memilih beliau bersandarkan kepada kekuatan parti PAS di Pasir Mas.

Kini kita melihat adengan berpelukan antara Ibrahim Ali dan Hadi Awang pula. Apa yang terdetik di fikiran anda bila melihat Ibrahim Ali dan Hadi Awang berpeluk di Pejabat PAS semalam?

Tuesday, December 27, 2011

RENCANA:BUKTI PAS MELACURKAN AGAMA ISLAM



Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama Jumaat sekampung, kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturahim dan putus hubungan kerabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.


HUKUM MENGIKUT RASA
PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAPmenerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).


Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, “orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik… siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik”. (Disambut beramai-ramai “UMNO”)… Ha… UMNO… Apa hukum orang ni?.. (Pendengar jawab “Munafik”) dan disambung dengan “Munafik”

Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk DAP dalam pilihan raya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.


PERPECAHAN UMMAH
Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama Jumaat sekampung, kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturahim dan putus hubungan kerabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.



MEROSAKKAN AMAL IBADAT
Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti Di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain di mana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.



MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM
Program-program Islam bagi melaksanakan Institusi Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam,Universiti Islam dan Institusi Islam yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. Anehnya antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti-universiti lain.


Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Hadi Awang menyifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang sedang diusahakan oleh kerajaan tidak memberi apa-apa erti pun kepada umat Islam di negara ini. “Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam”. (Harakah – 26 Januari 1983).


AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN
Di dalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981 (ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa sesiapa di kalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. Pada hal PAS juga menggunakan Perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (II). PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).



PENYELEWENGAN ZAKAT
PAS melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu. PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah, kerana PAS berjuang Fi Sabilillah. Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas. Hak-hak asnaf yang lain tidak dipedulikan.



DERMA JIHAD YANG JAHAT
PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah dari segi syariat. Amanat Hadi menyebut “Derma kita adalah Jihad”.



PULAU MEMULAU
Pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh orang-orang PAS terhadap orangorang UMNO, tanpa menghiraukan hukum- hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. Berlakunya perceraian suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long, Setiu).



PEMBOHONGAN PAS
PAS mendakwa hendak menegakkan negara Islam. Sebenarnya PAS berbohong kerana dalam Perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan negara Islam Cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.



BERGADUH SURUHAN ALLAH
Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan pergaduhan. Haji Abd Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalahtafsirkan ayat 251, surah al-Baqarah dengan kata: “Kalau Tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi ini.” Ucapan ini dibuat beliau di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu pada 24 September 1980 (Ada rakaman kaset).



MEMPERSENDAKAN HUKUM HUDUD ALLAH
PAS telah mempersendakan hudud Allah. Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata “Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang”. Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?


Haji Hadi juga berkata :” Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam”. Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini di perkecilkan sehingga 1/10,000. (Utusan Malaysia 7 Mac 2000). Apa yang menghairankan penggubalan Hudud Kelantan dahulu di pengerusi oleh Haji Hadi sendiri.


PAS HINA WANITA
PAS menghina kedudukan wanita dengan menolak dalihkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja. Mereka tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif. Suara wanita adalah aurat apabila membaca Al-Quran, sebaliknya suara-suara Muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara. Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah Al-Quran dengan nyanyian.


“Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga,” kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.

Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri memberi pekerjaan kepada wanita “kurang rupawan” kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja, ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.

TULISAN: 
YBhg DATUK AKBAR ALI, 
AHLI MAJLIS TERTINGGI PERKASA

Tuesday, June 14, 2011

PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT MELAYU!!!!



Malam ini bertempat di Kelab Sultan Sulaiman Dato Ibrahim Ali akan mengumpulkan seberapa ramai NGO NGO Melayu bagi berbincang bagi menggagalkan Demo GANAS yang bakal di anjurkan oleh BERSIH.

Mohon agar Seluruh NGO NGO Melayu menyokong usaha yang di lakukan Tok Him PERKASA ini bagi menyelamatkan Orang Melayu dari terjebak dalam Kancah Kebocohan oleh mereka yang tidak bertanggungjawap.

Pohon sebaran...

Thursday, May 19, 2011

PANGGILAN UNTUK SEMUA UMAT MELAYU YANG SAYANGKAN MELAYU

Kita sudah BERTEKAD DGN IKRAR MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH.GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG.. AYOH KELUAR AHLI PERKASA, WP DAN SGOR, KELUAR RAMAI RAMAI PD 2OHB MEI JUMAAT JAM 2.3Optg (selepas solat jumaat) DI JALAN CHOW SOW LIM, 500 ela dari Pejabat UTUSAN MALAYSIA..Angkatan Muda Keadilan Mahu Ganyang UTUSAN..Ini puak2 barua yg jadi alat DAP dan kumpulan boneka Anwar. Mereka nak datang utk tunjuk perasaan thdap Utusan. Satu Usaha Biadap. UTUSAN MILIK MELAYU, SUARA MELAYU DAN SATU2NYA MEDIA YG BELA MELAYU. AYOH KORBAN SEDIKIT MASA DEMI PERJUANGAN. PERHIMPUNAN KITA AMAN, ELAK PROVOKASI DAN JAGA UNDANG2 NEGARA. KITA BERHIMPUN HANYA UTK MEMPERTAHANKAN UNDANG2. ALLAHU AKBAR! ~IRWAN FAHMI, KETUA WIRA PUSAT

Monday, December 13, 2010

ANTI MELAYU & PEMBANGKANG MULA GENTAR DAN MENGGIGIL!!!


Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali kembali ke Parlimen selepas selama sebulan berihat dan mengambil kesempatan itu untuk "membuktikan" bahawa beliau masih 'garang' untuk kembali ke gelanggang politik tanahair.

Sambil membidas penulis blog dan penyebar khabar angin kononnya
beliau sedang koma dan tenat, ahli parlimen Pasir Mas itu berkata sudah waktunya baginya menyangkal desas-desus mengenai kesihatannya.

Oleh itu, katanya, beliau hadir di Parlimen untuk membuktikan yang beliau sudah sihat, walaupun doktornya menasihatkan beliau berihat tiga bulan lagi.

Hari ini adalah kali pertama Ibrahim kembali mengikuti sidang Parlimen selepas menjalani pembedahan pintasan jantung Oktober lalu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen, Ibrahim sambil berseloroh berkata, beliau kasihan dengan mereka mengharapkan beliau meninggal dunia atau berada dalam koma.

Menurut Ibrahim lagi, beliau tidak duduk diam selama cuti sakit, sambil menyatakan beberapa rancangan yang beliau dan PERKASA akan lakukan dalam masa terdekat ini.

Katanya, adalah aneh Malaysia tidak mempunyai muzium untuk memperingati pahlawan negara dan sultan, dan lebih penting lagi insiden seperti Rusuhan 13 Mei.

Beliau mengambil contoh 'Museum Holocaust' di Jerman, yang menurutnya menggambarkan banyak kejahatan yang dilakukan pemimpin Nazi, Adolf Hitler dalam Perang Dunia II.

"Kita perlu mewujudkan muzium 13 Mei. Lihatlah ia secara positif.

"Kita perlu menceritakan kisah sebenar supaya generasi muda dapat mengetahui siapa yang memulakan semuanya, siapa yang membakar bendera Malaysia pada 10 Mei, siapa yang mencetuskan rusuhan," katanya.

Ibrahim juga mencadangkan Majlis Raja-Raja mengambil langkah proaktif dan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk memantau kemajuan kerajaan dalam mempromosikan penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara.

Menurutnya, majlis tersebut perlu berbuat lebih banyak lagi untuk menggalakkan agenda bumiputera, selaras dengan dengan matlamat negara untuk menjadi negara maju pada 2020.

Ibrahim berkata, PERKASA akan menghantar memorandum dan surat kepada Majlis Raja-Raja, meminta supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya diraja, atau sekurang-kurangnya sebuah jawatankuasa pemandu.

Langkah itu, tegasnya, akan dapat memastikan pencapaian 30 peratus penyertaan menyeluruh bumiputera dalam ekonomi apabila negara mencapai status negara maju.

Ibrahim mengakui bahawa kerajaan telah membuktikan komitmennya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa ekonomi bumiputera yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Namun, tegasnya lagi, sebuah badan bebas masih diperlukan untuk memantau kemajuannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa