TUAN PUNYA BADAN DAH JAWAB...
TAK PAYAH NAK TUDUH YANG BUKAN-BUKAN...
BUDAK-BUDAK TU MAKAN PIL TAKDE SAPER YANG SURUH...
JANGAN ASYIK SIKIT TUNDING JARI SANA SINI...
PAK MENTERI PULAK KALAU BOLEH GANDAKAN SIKIT USAHA...
DADAH NI MEMANG PEMUSNAH UTAMA...
BUDAK-BUDAK PULA JANGAN SEMUA NAK CUBA...
MAKAN PIL HILANG NYAWA...
LAST-LAST FAMILY JUGA YANG MERANA...
JPX
Saya dan seluruh rakyat Malaysia amat sedih ekoran kes-kes kematian yang berlaku di konsert Future Music Festival Asia.
Saya amat bimbang jika pengambilan dadah menjadi trend dan pilihan anak-anak muda untuk berhibur kerana kita sendiri telah menyaksikan daripada enam yang telah meninggal dunia serta tiga lagi yang kini kritikal di hospital, mereka masih muda. Mereka sudah tentunya mempunyai masa depan yang cerah, jika kehidupan mereka tidak berakhir begitu.
Oleh kerana kematian mereka sudah dikaitkan dengan kes dadah berlebihan, saya amat berharap agar pihak polis dapat mengesan dan menangkap pihak yang menjual dadah ini, khususnya dalam insiden Future Music Festival Asia sehingga mengakibatkan kematian. Sindiket-sindiket ini tidak boleh dilepaskan.
Dalam hal ini, saya mengingatkan warga belia agar tidak terlibat dalam sebarang penyalahgunaan dadah tidak kira untuk sebarang tujuan. Saya sedar terdapat individu yang bukan sahaja mengambil dadah rekreasi (recreational drug) semasa mengunjungi kelab-kelab malam atau pesta muzik berbentuk electronic dance music atau trance, tetapi mereka juga sudah ketagih kepada dadah yang membolehkan mereka berjaga untuk berhari-hari semata-mata untuk kerja atau pembelajaran.