Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label HARI BELIA NEGERA 2012. Show all posts
Showing posts with label HARI BELIA NEGERA 2012. Show all posts

Saturday, June 02, 2012

BLOGGER PAKATAN MENIPU LAGI?



Apa dah jadi dengan juak pakatan harami nie depa nak buat fitnah pun agak-agak la jangan membodek tahap sanggap sampai dokumen lama pun diguna pakai.Kos sebenar bukannya 2.04 juta yang diwar-war oleh Anak sungai derhaka memang suka derhaka dan pencacai setaraf longkang dengannya.


Jawapan Dari Pihak KBS.

Sunday, May 27, 2012

Shabeery Chik Lawat Mangsa Kemalangan Perlumbaan Drag



HJBN 0137.jpg


PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabeery Chik kini berada di Hospital Putrajaya untuk melawat mangsa dan keluarga akibat kemalangan pertunjukan perlumbaan drag, sempena Hari Jutaan Belia 2012 disini, malam tadi.

Sebelum itu, seramai 17 penonton perlumbaan mengalami kecederaan termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut itu. 

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan. 

Salah seorang mangsa, Ami bin Nakim, 26, berasal dari Bahau, Negeri Sembilan, mengalami patah kedua-dua kakinya sementara adiknya yang turut sama menyaksikan perlumbaan drag tersebut, hanya mengalami kecederaan ringan. 

Beliau yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam kemalangan itu dan menganggapnya sebagai perkara biasa terjadi dalam sukan permotoran.

Shaari bin Ujang, 59, Felda Bukit Rokan dan bapa kepada Mohd Iskandar Rashiq, 20, salah seorang mangsa kemalangan memberitahu wartawan anaknya mengalami kecederaan parah di kaki dan kepala, masih lagi menjalani rawatan.

Hamidah binti Zainal Abidin 51, Cheras, ibu kepada Fairus bin Jalaluddin, 27, turut mengesahkan anaknya terlibat dalam kemalangan malam tadi. Anak beliau kini berada di wad pembedahan dan mengalami kecederaan limpa pecah dan luka di hati.

Kesemua keluarga mangsa yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana mana pihak dalam kejadian tersebut. 

Kesemua keluarga mangsa menganggap kejadian tersebut harus dijadikan iktibar kepada semua yang terlibat, malah mengakui minat yang mendalam anak-anak mereka terhadap sukan permotoran itu.

PM : Majoriti Belia Cintakan Keamanan, Bukan 'Demo Crazy'



PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan majoriti belia yang hadir di perhimpunan semalam sebagai mereka yang cintakan keamanan serta tahu menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen. 

Najib ketika berucap merasmikan himpunan berkenaan berkata, negara tidak mampu bergantung harap kepada belia yang 'demo crazy' (gila demonstrasi). 

"Kalau kita melakarkan imej seorang yang liar yang menendang anggota polis, terbaring atas jalan maka ini bukan gambaran belia yang boleh menjamin masa depan kita. 

"Begitu juga dengan mereka yang sedang melonjak-lonjak atas kereta polis, bukan gambaran belia yang bersopan santun yang boleh rakyat bergantung harap untuk masa depan negara," katanya. 

Perdana Menteri turut menggariskan lima ciri belia bagi negara untuk bergantung harapan, iaitu, mereka yang cintakan keamanan, beradab, berhemah mulia, tertib dan menghormati undang-undang. 

"Yang boleh jadi contoh adalah saudara saudari yang berhimpun di himpunan belia di sini. Majoriti adalah belia macam saudara saudari, jangan biarkan segelintir belia hijack agenda dan imej negara kita," kata Najib. 

"Saya nak tunjuk imej himpunan kita ini, bagaimana kita duduk dalam keadaan aman, tak ada ketakutan, tak ramai pun anggota polis. 

"Polis pun agak lega, polis pun tak rasa cemas, orang ramai pun tak rasa cemas, inilah gambaran belia yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini. 

"Belia bukan 'demo crazy' tetapi mereka menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen, belia ada kuasa untuk menggunakan kuasa itu dengan penuh kematangan, menggunakan kuasa dengan penuh bijaksana," kata Perdana Menteri.

Saturday, May 26, 2012

MESEJ PERPADUAN : SIMBOLIK HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012



HJBN 0106.jpg

HJBN 0102.jpg

PUTRAJAYA, 25 Mei 2012 - Riak kegembiraan jelas terpancar di wajah puluhan ribu golongan belia yang hadir pada hari kedua Himpunan Jutaan Belia 2012, di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya, semalam.

Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa puas hati dengan kepelbagaian program dan segmen yang disediakan pada tahun ini. 

Namun begitu, suatu mesej yang simbolik disampaikan melalui temubual yang dijalankan amat bertepatan dengan program pembangunan modal insan yang dijalankan oleh kerajaan dalam memupuk keharmonian dikalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. 

Mohd Khairi Ramli, 25, memberitahu para belia seharusnya mengambil peluang keemasan untuk bersatu dan memupuk perpaduan yang lebih erat selain dari menikmati pelbagai aktiviti yang sedang berjalan.

Begitu juga dengan Azura Abidin, 26, yang pertama kali menghadiri Himpunan Jutaan Belia 2012 yang sedang berlangsung. 

Beliau turut mempunyai pandangan yang sama seperti Mohd Khairi Ramli agar belia yang hadir tidak segan silu untuk bercampur dan bergaul dalam memupuk keharmonian disamping berharap himpunan kali mencapai sasaran dua juta belia.

"Saya dapat  rasakan perhimpunan kali ini lebih meriah dan yakin sasaran untuk mencapai 2 juta belia akan tercapai. Tunggulah pada hari kemuncaknya nanti," katanya. 

Ramesh, 19, yakin perhimpunan kali ini lebih meriah jika dibandingkan dengan perhimpunan tahun lalu kerana lebih banyak program dan aktiviti yang disediakan untuk golongan belia.

Beliau turut memberitahu Hari Belia yang disambut ini jelas melambangkan tidak ada semangat perkauman yang wujud kerana para belia saling bersama dan berpeluang mengenali di antara satu sama yang lain. 

"Memang ada di antara masyarakat berbilang bangsa yang kurang berinteraksi dan perhimpunan belia seharusnya dijadikan platform untuk merapatkan jurang ini. 

"Saya berharap lebih ramai para belia dari msyarakat India dan Cina datang untuk bersama-sama memeriahkan perhimpunan ini," katanya. 

Mohd Zamri Yaakub, 50, berkata Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum melalui pemerhatian beliau sepanjang seharian disini.

Beliau menzahirkan rasa bangga dengan usaha kerajaan yang berjaya melahirkan suatu program untuk golongan belia untuk beriadah, penuh pengisian disamping mengubah pandangan negatif masyarakat terhadap belia. 

"Saya akui program yang diadakan sekali setiap tahun ini bagus untuk para belia kita," katanya yang mengakhiri perbualan.

Tuesday, May 22, 2012

PERDANA MENTERI UMUM DURIAN RUNTUH!!!



KORANG KALAU BAB DURIAN RUNTUH SEMUA LAJU YER....
MEH SINI WARGA BELIA DAN ORANG MUDA...
TONTON DAN DENGAR APA PEMIMPIN KITA NI NAK SAMPAIKAN...
SEMOGA DAPAT MENJADI PEDOMAN DALAM HIDUP..
SELAMAT HARI BELIA 2012

JPX

Monday, May 21, 2012

JOM CARI PELUANG PEKERJAAN DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012



Seperkara yang sangat ditakuti oleh Pakatan Rakyat ialah, seandainya rakyat Malaysia sibuk berkerjaya dan mempunyai kedudukan ekonomi yang baik. Ibarat perut yang penuh berisi, mulut tidak akan banyak bercakap, lidah tidak akan banyak merungut.

Pakatan Rakyat yang secara tidak rasminya diketuai oleh Anwar Ibrahim amat mengharapkan rakyat Malaysia dibelenggu masalah pengangguran yang teruk. Paling disukai sekiranya, peluang pekerjaan yang disediakan, tidak mampu memberikan pulangan gaji dan upah yang besar dan berpadanan dengan gaya hidup masakini.

Dek kerana itulah, dalam setiap ceramah Pakatan Rakyat, pasti akan disentuh kononnya Kerajaan sekarang terlalu zalim dan tidak memberikan sebarang perubahan kepada kehidupan rakyat. Kononnya juga, kerajaan yang ada sekarang telah menyebabkan kadar inflasi yang sangat tinggi di mana rakyat tidak mampu menampung keperluan harian kerana kekangan kenaikan harga yang melampau.

Hakikatnya, negara ini menyediakan peluang pekerjaan yang cukup banyak kepada rakyatnya sehinggakan sebahagian besar pekerjaan rencam terpaksa menggunakan tenaga buruh asing. Dan anehnya, di sebaliknya persepsi kononnya kerja-kerja rencam atau kerja-kerja peringkat bawahan itu tidak akan membolehkan mereka menjadi lebih dan cepat kaya seperti yang dikehendaki, kaum pendatang asing pula boleh hidup senang-lenang dan mengumpul harta di negara masing-masing kerana kerja-kerja yang ditolak oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Menyedari hakikat itulah, Kerajaan Malaysia yang sangat memanjakan rakyatnya menerusi Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan Himpunan Jutaan Belia di mana antara salah satu program pada program tersebut adalah GERBANG KERJAYA.

Gerbang Kerjaya adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia dan ia adalah salah satu program Hari Belia Negara – Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012.

Belia-belia lepasan SPM, Diploma dan Ijazah serta kelulusan lain yang diikhtiraf boleh berkunjung ke Gerbang Kerjaya bagi mendapatkan maklumat dan info serta khidmat nasihat yang berkaitan dengan kerjaya. Sebanyak 100 Booth pameran di mana melibatkan lebih 70 agensi / syarikat yang akan bersama-sama menyertai program ini.

Para pengunjung boleh mendapatkan segala info dan maklumat yang berkaitan seperti, bengkel motivasi kerjaya, panduan & khidmat nasihat kerjaya, kaedah menulis resume, kaedah temuduga & etika berpakaian dan sebagainya. Gerbang Kerjaya juga turut menawarkan temuduga secara terbuka kepada semua selain daripada permohonan secara kaedah online.

Bagi membantu para pengunjung yang hadir, JobsMalaysia turut menawarkan khidmat perunding kerjaya dan padanan kerjaya kepada bakal pekerja. Kepada semua rakyat Malaysia dan bakal pekerja, datanglah beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia 2012 di Gerbang Kerjaya untuk mendapatkan info dan maklumat berkaitan pekerjaan dan peluang kerjaya yang bakal ditawarkan kepada anda.

Dek kerana itulah, bagi mereka yang banyak mulut, banyak songeh, banyak rungut terutama sekali golongan belia yang melihat kerajaan adalah salah dan tidak berbudi kepada mereka, seharusnya mengambil peluang ini untuk mencari kerja sebagaimana yang mereka perlukan.

Apa yang perlu mereka buat sekarang hanyalah bawa segala dokumen yang diperlukan, kemudian datang ke HIMPUNAN JUTAAN BELIA di Putrajaya yang bakal diadakan pada 23 sehingga 27 Mei 2012.

Tetapi kalau selepas ini ada lagi yang berbunyi kononnya KERAJAAN ZALIM sebab mereka tidak bekerja, kita pakatlah gelak kat muka mereka sorang-sorang. Apakan tidak, mereka bukan sahaja BODOH sebaliknya MEREKA ADALAH MANUSIA PEMALAS YANG MENUNGGU NASI MELOMPAT KE DALAM PERUT TANPA PERLU MEREKA MEMBUKA MULUT!!!!

Wednesday, May 16, 2012

TIMBALAN PERDANA MENTERI RASMI HARI BELIA NEGARA 2012



KUALA LUMPUR, 15 Mei 2012 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin sempat merasmikan Hari Belia Negara peringkat
Kebangsaan di Sunway Pyramid di sini hari ini.

Hari Belia kali ini dijangka bertambah meriah dengan adanya
penganjuran Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan oleh Kementerian
Belia dan Sukan. Perhimpunan khas buat golongan belia itu seperti
tahun lepas penganjurannya, menerima sambutan memberangsangkan yang
diadakan di Putrajaya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan di hadapan kira-kira 1000 orang
belia disini, menyarankan golongan pelapis negara itu menjadi individu
yang sayangkan negara dengan menolak sebarang unsur ganas dalam
negara.

Tambahnya lagi, amanat Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak
yang mahukan belia negara menjadi pelapis berguna untuk negara akan
tercapai.


Turut hadir dalam majlis perasmian ini, Dato' Ahmad Shabery Cheek ,
Menteri Belia dan Sukan, Dato ' Sri Mustapha Mohamed, Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Himpunan Jutaan Belia anjuran Kementerian Belia dan Sukan akan
diadakan di Putrajaya dari 23hb hingga 27hb Mei ini.

Tuesday, May 08, 2012

HIMPUNAN YANG BAKAL LEBIH HEBAT DARI BERSIH 3.0 AKAN DIADAKAN TAK LAMA LAGI???




Minggu lepas dalam satu majlis hi-tea bersama penggiat media baru Kementerian Belia dan Sukan yang turut dihadiri oleh penulis, kami dikhabarkan bahawa Hari Belia di Malaysia antara 10 acara terbesar di dunia. 

Jika sasaran tahun lepas mencapai matlamatnya iaitu sejuta pengunjung dalam tempoh program dilaksanakan, tahun ini sasaran dua kali ganda cuba dicapai oleh pihak urusetia. Meskipun nampak sukar namun usaha yang dijalankan termasuk menggunakan platform media baru, membuktikan usaha komited penganjur untuk mencapainya. 

Bukti usaha ini tidak angan-angan palsu, hingga kini laman rasmi HBN sudah dikunjungi 308,547 pengunjung (sewaktu artikel ini ditulis ) walaupun baru sebulan lebih beroperasi sejak 26 Mac 2012 yang lalu. Ini berkat sokongan semua blogger yang meletakkan banner program ini di blog masing-masing selain facebooker dan twitterian yang mempromosikannya.

Sekali pandang Hari Belia dilihat seperi acara yang melalaikan remaja dan muda-mudi negara kita. Namun dua kali pandang kita akan mendapati bahawa acara yang dirancang sebenarnya memenuhi permintaan dan citarasa semua pihak. Termasuk acara keagamaan yang lebih moden dengan panggilan kerohanian turut dirancang. Info klik sini http://www.hbn.gov.my/index.php/component/content/article/54.html

Dalam sebuah negara majmuk sudah tentu acara menarik orang muda tentulah perlu memenuhi aspirasi mereka seperti perkhemahan, motor show, dan berbagai lagi acara. Dengan lebih 500 acara sudah tentu berbagai bangsa yang ada di Malaysia akan menemui apa yang mereka gemarkan di sini. Maklumat lanjut semua program sila klik di sini http://www.hbn.gov.my/

Semoga sasaran dua juta pengunjung akan dapat dicapai tahun ini sebagai bukti rakyat majoritinya belia bersama Kerajaan Malaysia bukan menjadi penyokong LGBT tajaan AMBIGA dan Pakatan Haram.

Tuesday, April 10, 2012

JOY OF RUNNING DIJANGKA TARIK LEBIH 8000 PENYERTAAN


Putrajaya, 5 April 2012 : Tampil dengan tema “Joy Of Running”Standard Chartered Fun Run 2012, akan menganjurkan edisi keduanya di Putrajaya bersempena Hari Belia Negara yang bakal berlangsung Mei ini dengan sasaran 8000 peserta.

Majlis yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek membawa banyak perubahan dalam penganjuran pada kali ini, dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik buat para pengunjung selain kejohanan marathon yang dijalankan. Selain itu, kejohanan ini adalah salah satu kesinambungan bagi “Standard Chartered KL Marathon” yang merupakan antara acara besar dalam kelander sukan di Malaysia.

“Dengan adanya penglibatan syarikat-syarikat swasta dalam membantu mempromosikan acara-acara sukan di Malaysia, sedikit sebanyak mampu menarik lebih ramai lagi warga belia bagi mendekatkan diri mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah dan bermanfaat” tegas Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurut beliau lagi, di samping dapat menarik warga belia, kejohanan seumpama ini sama sekali dapat menyatupadukan dan menerap nilai kerjasama antara kaum dalam penglibatan mereka di setiap aktiviti yang dijalankan.

Pada penganjuran kali ini, pihak penganjur telah menambah pelbagai kategori untuk menarik penyertaan lebih ramai lagi lapisan masyarakat di Malaysia antaranya, ‘staff running, men’s and women’s international open, staff with kids, special run, custome run and celebrity run’. Penganjuran ini juga, adalah untuk memberi peluang kepada semua peserta bagi persediaan dan latihan fizikal untuk menghadapi ‘KL Marathon’ Jun ini.

“Kejohanan ini sememangnya memberi impak yang tersendiri dengan wujudnya pelbagai kategori-kategori menarik dan pengisiannya yang dinamik, bertenaga dan berani.” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia Berhad,Osman Morad.

Hadir sama pada majlis perasmian, aktor hebat, Fizo Omar, Timbalan Ketua Setiausaha Strategik, Dato' Zaidon Bin Hj. Asmuni, Timbalan Ketua Setiausaha Antarabangsa dan Pengurusan, Datuk Jamil Bin Salleh, Pegawai-Pegawai Kementerian Belia dan Sukan dan para media.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa