 |
| Menteri Besar Selangor menjadi boneka DAP Komunis |
1. Salah satu janji Barisan Nasional dalam PRU 2008 adalah akan membawa dan membina satu IPTA di Kawasan Jasin dan ianya terlaksana apabila UiTM akan membuka kampusnya di Seri Mendapat.
2. UiTM ini adalah rezeki untuk rakyat setempat. Dengan wujudnya UiTM di Seri Mendapat punca rezeki rakyat disekitar akan bertambah. Deretan kedai baru akan wujud dan rumah untuk sewaan sedikit sebanyak melimpahkan kemakmuran untuk mereka yang sedia bersaing.
3. Namun rezeki ini mempunyai sejarah yang panjang. Kronologinya adalah seperti berikut;
- Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mempunyai tanah seluas 876 ekar di Serendah dan bercadang untuk menggunakan tanah tersebut untuk membina sebuah kampus UiTM.
- YBK membawa cadangan ini kepada Menteri Besar Selangor dan cadangan ini ditolak dengan pelbagai alasan dan dipercayai atas desakan DAP Komunis yang anti UiTM (MELAYU)
- Salah satu alasanya, YBK masih mempunyai tunggakan cukai tanah. Kerajaan Melaka telah membayar RM 5.7 juta untuk melunaskan tunggakan tersebut bagi memastikan UiTM dapat terus di bina di Serendah.
- Namun Kerajaan Selangor dengan angkuh memulangkan wang tersebut dengan alasan cukai tanah ini perlu dilunaskan oleh pemilik tanah sahaja iaitu YBK. Jelas di sini, Kerajaan Selangor memang tidak mahu dan tidak akan membina UiTM di situ.
- Kemudian Kerajaan Selangor mencadangkan Abdul Khalid dilantik sebagai Pengerusi YBK, manakala Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail sebagai anggota lembaga pengarah yayasan itu sebagai syarat untuk membina kampus UiTM di Serendah.
- Menteri Besar Selangor juga menggunakan alasan YBK bukannya pihak yang berautoriti untuk mengeluarkan kenyataan atau keputusan mengenai pemilihan tapak pembinaan kampus universiti di negeri itu.
- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencadangkan supaya YBK mencari tanah di negeri lain untuk membina kampus UiTM bagi menggantikan tapak asal di Serendah, Rawang.
- Kerajaan Negeri Melaka menawarkan sebidang tanah Yayasan Melaka untuk UiTM dapat dibina di sini.
 |
| Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi YBK Dato Zainal Sakom semasa lawatan tapak UiTM di Seri Mendapat |
- Perbincangan dijalankan dan Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju untuk membina UiTM di Seri Mendapat, Melaka dan hari ini, sebentar tadi YAB Perdana Menteri merasmikan pecah tanah UiTM Kampus Seri Mendapat, Merlimau, Melaka.
4. Menteri Besar Selangor pula mengakui bahawa keputusan ini tidak akan merugikan Kerajaan Negeri Selangor. Yang rugi adalah rakyat Negeri Selangor. Ada pula ahli Exco Selangor.
5. Prinsip menolak pembangunan kerana keegoan politik. Ini menunjukan Menteri Besar Selangor dan Kerajaannya menggunakan pendekatan "marahkan nyamuk, kelambu di bakar"
6. Oleh kerana perbezaan politik dan marahkan YBK dan pendokong-pendokongnya, Kerajaan Selangor membuat keputusan untuk menolak satu pembangunan kekal yang boleh memberi kesan positif jangka panjang kepada rakyat dan negeri Selangor?
7. Adakah misi dan visi politik Kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat hanya untuk memuaskan nafsu dan marah mereka??? Bukankah menjadi Pemerintah Negeri dan wakil rakyat adalah untuk memenuhi kemahuan dan keperluan rakyat yang mereka wakili??
8. Yang rugi adalah rakyat Selangor. Mereka tidak dapat satu pembangunan dan rugi kerana memilih pemimpin yang angkuh dan dungu.
9. Budaya politik begini tidak mungkin akan diterima oleh warga Merlimau, Kerdau mahupun sesiapa sahaja di Malaysia.
10. Hanya mereka yang sama taraf pemikiran dan sama taraf kejahatan yang akan terus bersama kerajaan durjana ini.
JPX