Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, February 19, 2011

UITM SERI MENDAPAT: REZEKI DARI KEKEJAMAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR!!!


Menteri Besar Selangor menjadi boneka DAP Komunis

1. Salah satu janji Barisan Nasional dalam PRU 2008 adalah akan membawa dan membina satu IPTA di Kawasan Jasin dan ianya terlaksana apabila UiTM akan membuka kampusnya di Seri Mendapat.

2. UiTM ini adalah rezeki untuk rakyat setempat. Dengan wujudnya UiTM di Seri Mendapat punca rezeki rakyat disekitar akan bertambah. Deretan kedai baru akan wujud dan rumah untuk sewaan sedikit sebanyak melimpahkan kemakmuran untuk mereka yang sedia bersaing.

3. Namun rezeki ini mempunyai sejarah yang panjang. Kronologinya adalah seperti berikut;


  • Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mempunyai tanah seluas 876 ekar di Serendah dan bercadang untuk menggunakan tanah tersebut untuk membina sebuah kampus UiTM.
  • YBK membawa cadangan ini kepada Menteri Besar Selangor dan cadangan ini ditolak dengan pelbagai alasan dan dipercayai atas desakan DAP Komunis yang anti UiTM (MELAYU)
  • Salah satu alasanya, YBK masih mempunyai tunggakan cukai tanah. Kerajaan Melaka telah membayar RM 5.7 juta untuk melunaskan tunggakan tersebut bagi memastikan UiTM dapat terus di bina di Serendah.
  • Namun Kerajaan Selangor dengan angkuh memulangkan wang tersebut dengan alasan cukai tanah ini perlu dilunaskan oleh pemilik tanah sahaja iaitu YBK. Jelas di sini, Kerajaan Selangor memang tidak mahu dan tidak akan membina UiTM di situ.
  • Kemudian Kerajaan Selangor mencadangkan Abdul Khalid dilantik sebagai Pengerusi YBK, manakala Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail sebagai anggota lembaga pengarah yayasan itu sebagai syarat untuk membina kampus UiTM di Serendah.
  • Menteri Besar Selangor juga menggunakan alasan YBK bukannya pihak yang berautoriti untuk mengeluarkan kenyataan atau keputusan mengenai pemilihan tapak pembinaan kampus universiti di negeri itu.
  • Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencadangkan supaya YBK mencari tanah di negeri lain untuk membina kampus UiTM bagi menggantikan tapak asal di Serendah, Rawang.
  • Kerajaan Negeri Melaka menawarkan sebidang tanah Yayasan Melaka untuk UiTM dapat dibina di sini.
Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi YBK Dato Zainal Sakom semasa lawatan tapak UiTM di Seri Mendapat
  • Perbincangan dijalankan dan Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju untuk membina UiTM di Seri Mendapat, Melaka dan hari ini, sebentar tadi YAB Perdana Menteri merasmikan pecah tanah UiTM Kampus Seri Mendapat, Merlimau, Melaka.
4. Menteri Besar Selangor pula mengakui bahawa keputusan ini tidak akan merugikan Kerajaan Negeri Selangor. Yang rugi adalah rakyat Negeri Selangor. Ada pula ahli Exco Selangor.


5. Prinsip menolak pembangunan kerana keegoan politik. Ini menunjukan Menteri Besar Selangor dan Kerajaannya menggunakan pendekatan "marahkan nyamuk, kelambu di bakar"

6. Oleh kerana perbezaan politik dan marahkan YBK dan pendokong-pendokongnya, Kerajaan Selangor membuat keputusan untuk menolak satu pembangunan kekal yang boleh memberi kesan positif jangka panjang kepada rakyat dan negeri Selangor?

7. Adakah misi dan visi politik Kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat hanya untuk memuaskan nafsu dan marah mereka??? Bukankah menjadi Pemerintah Negeri dan wakil rakyat adalah untuk memenuhi kemahuan dan keperluan rakyat yang mereka wakili??

8. Yang rugi adalah rakyat Selangor. Mereka tidak dapat satu pembangunan dan rugi kerana memilih pemimpin yang angkuh dan dungu.

9. Budaya politik begini tidak mungkin akan diterima oleh warga Merlimau, Kerdau mahupun sesiapa sahaja di Malaysia.

10. Hanya mereka yang sama taraf pemikiran dan sama taraf kejahatan yang akan terus bersama kerajaan durjana ini.

JPX

6 comments:

Anonymous said...

Nak tau apa jadi dengan tanah YBK tu? Dah kena rampas dengan DAP ke belum?

Anonymous said...

nak buat apa u lg?dah berlambak lar...xrugi pn kalo xde..kalo ade pn yg mniaga sna dh tntu org2 kaya...yg miskin tgk je la...yg kaya makin kaya yg miskin makin miskin..tu la umngok..guna duit tu bntu rkyt!!

Unknown said...

"Anonymous said...
nak buat apa u lg?dah berlambak lar...xrugi pn kalo xde..kalo ade pn yg mniaga sna dh tntu org2 kaya...yg miskin tgk je la...yg kaya makin kaya yg miskin makin miskin..tu la umngok..guna duit tu bntu rkyt!!"

Bukankah menuntut ilmu itu wajib???
Bukankan semakin hari semakin ramai yang layak masuk u????
Pelajar bukan rakyat ke???
Kerajaan buat banyak U tapi masih ramai orang macam engkau!!!

Anonymous said...

anon 307:

aku rasa ko bukan budak cerdik pandai yang nak menilai baik buruk kalau wujud universiti lebih2 lagi uitm. dengan adanya u disesuatu tempat, id dapat menaikkan taraf kehidupan penduduk disitu. dengan erti kata lain, peluang pekerjaan makin bertambah la..bila ada kerja tetap adala duit..so org2 bule la bebelanja dan bila org bule berbelanja wujud la penawaran contohnya kedai2 akan dibuka, project perumahan akan dubangunkan..bukan kedai saja..bank, pejabat pos, badan2 kerajaan, stesen minyak dan lain2 akan wujud sebab adanya permintaan especial dari student2 u itu sendiri..faham? tu la, blaja la sampai bila2 pun xrugi..

Anonymous said...

Anonymous 3.07

sengal jugak eh ko.....kalo dh ade u kat situ lagi2 uitm, dak2 u akan cari kedai makan+ dieowg pon nak sewa umah+ barang2 keperluan pon nak dibeli+nak gak tempat2 riadah.....so ngan adenye U yg nak dibina so pendapatan penduduk sekitar dapat ditingkatkan la...dieowg leh bukak kedai makan or sewa rumah utk dak2 u....tak ke tu untung utk dieowg....bkn utk kerajaan pon....laen kali jgn asik memBANGKANG/memBANGANG jek....pk sikit....

Anonymous said...

Anonymous 3.07

sengal jugak eh ko.....kalo dh ade u kat situ lagi2 uitm, dak2 u akan cari kedai makan+ dieowg pon nak sewa umah+ barang2 keperluan pon nak dibeli+nak gak tempat2 riadah.....so ngan adenye U yg nak dibina so pendapatan penduduk sekitar dapat ditingkatkan la...dieowg leh bukak kedai makan or sewa rumah utk dak2 u....tak ke tu untung utk dieowg....bkn utk kerajaan pon....laen kali jgn asik memBANGKANG/memBANGANG jek....pk sikit....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa