Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, July 16, 2013

WAJIB BACA:PAS SETUJU DENGAN PADERI VATICAN DAN PELAKON PORNO!!!???


SAMPAI SAAT INI, TIADA SEORANG PUN SAMADA PEMIMPIN TERTINGGI APATAH LAGI AHLI TERENDAH PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) BERSUARA, WALAUPUN SEDIKIT TENTANG DUA INSIDEN BESAR YANG MELIBATKAN AGAMA ISLAM.


INSIDEN PERTAMA, BISKUP AGUNG JOSEPH MARINO (GAMBAR KIRI)  DALAM KENYATAANNYA ITU BERKATA, PIHAKNYA BERSETUJU DAN MENYOKONG PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH” DI DALAM KITAB BIBLE DI SEMENANJUNG MALAYSIA SEBAGAIMANA YANG DIPERJUANGKAN OLEH GOLONGAN KATOLIK DAN PAKATAN HARAM SEBELUM INI.

PELBAGAI NGO ISLAM DAN PERTUBUHAN ISLAM MENYATAKAN BANTAHAN HINGGA ADA YANG MENYUARAKAN AGAR BISKOP BIADAP INI SEGERA DIHALAU KELUAR DARI NEGARA INI. >>>DI SINI<<<


INSIDEN KEDUA PULA MELIBATKAN PASANGAN PELAKON LUCAH YANG DIKENALI SEBAGAI ALVIVI, TELAH MEMUAT NAIK SEKEPING GAMBAR MEREKA MAKAN BAK KUT TEH SAMBIL MENGUCAPKAN SELAMAT BERBUKA PUASA KEPADA UMAT ISLAM. 


KEDUA-DUA INSIDEN PENGHINAAN KEPADA AGAMA DAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI TELAH MENGUNDANG KEMARAHAN MAJORITI PENDUDUK NEGARA INI. 

MALAHAN ADA PEMIMPIN YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM TURUT BERSUARA TEGAS MENENTANG KEBIADAPAN KE ATAS KE DUA-DUA INSIDEN INI.

NAMUN APA YANG SANGAT MENYEDIHKAN, TIADA SEORANG PUN PEMIMPIN PARTI YANG DALAM PERLEMBAGAAN PARTI MEREKA TERCATIT DI FASAL 5, PERKARA 2  MEMPERTAHAN KESUCIAN ISLAM SERTA KEMERDEKAAN DAN KEDAULATAN NEGARA, TIDAK BERSUARA SEDIKIT PUN SAMADA MARAH, MENENTANG, MENGUTUK TERHADAP DUA INSIDEN BESAR YANG MELIBATKAN AGAMA YANG TERKANDUNG DALAM NAMA PARTI MEREKA.


ADAKAH KERANA KEAKRABAN PEMIMPIN BESAR PARTI ISLAM SEMALAYSIA DENGAN PEMIMPIN PAKATAN YANG SAMA AGAMA DENGAN MEREKA YANG MENGHINA ISLAM INI, MAKA MEREKA TERUS BERDIAM DIRI DAN KUNCI MULUT???

ADAKAH PEMIMPIN BESAR PARTI ISLAM SEMALAYSIA LEBIH MEMENTINGKAN KEAKRABAN DARI MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM SEPERTI YANG TERKANDUNG DI DALAM PERLEMBAGAAN PARTI MEREKA???


ATAU ADAKAH PEMIMPIN BESAR PARTI ISLAM SEMALAYSIA AKUR DENGAN ARAHAN PEMIMPIN LAIN DI DALAM PAKATAN YANG MENGARAHKAN MEREKA UNTUK TIDAK BERSUARA DALAM INSIDEN YANG MELIBATKAN KESUCIAN AGAMA MEREKA SENDIRI???

PARTI ISLAM SEMALAYSIA SANGGUP MENINGGALKAN KEUTAMAAN PERJUANGAN DAN MERENDAHKAN MARTABAT MEREKA BILA MENGUTAMAKAN HATI RAKAN MEREKA DI DALAM PAKATAN.



SEPATUTNYA PEMIMPIN BESAR PARTI ISLAM SEMALAYSIA YANG PALING LANTANG DAN KERAS MENENTANG, MENGUTUK KEBIADAPAN KEDUA-DUA INSIDEN YANG SEPERTI SENGAJA DILAKUKAN UNTUK MECABAR KEDAULATAN ISLAM DI MALAYSIA.

SANGAT SEDIH BILA PEMIMPIN BESAR PARTI ISLAM SEMALAYSIA HANYA MENGGUNAKAN ISLAM HANYA SEBAGAI BAHAN DAN MODAL POLITIK UNTUK MERAIH SOKONGAN TERHADAP "PERJUANGAN" PARTI MEREKA.

MANA PEMIMPIN BESAR PARTI ISLAM SEMALAYSIA YANG LANTANG BERSUARA MAHU TUBUH NEGARA ISLAM TIDAK LAMA DAHULU???

MANA PEMIMPIN BESAR PARTI ISLAM SEMALAYSIA YANG BERSUNGGUH MAHU LAKSANA HUDUD TIDAK LAMA DAHULU???




MANA AHLI BAWAHAN PAS YANG SENTIASA BERTAKBIR "ALLAHUAKBAR" BILA DISUAPKAN JANJI NEGARA ISLAM DAN HUKUM HUDUD OLEH PEMIMPIN BESAR MEREKA???

MASIH WUJUDKAH KEKUASAAN ISLAM DI DALAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA INI ATAU KINI HANYA TINGGAL JASAD PEMIMPIN MEREKA YANG MENJADI TUNGGANGAN "RAKAN" MEREKA DI DALAM PAKATAN PEMBANGKANG???

SEJAK BERSATU BERSAMA DAP DAN PKR DI DALAM PAKATAN PEMBANGKANG, PEMIMPIN BESAR PARTI ISLAM SEMALAYSIA SANGGUP MELETAKAN KEUTAMAAN PERJUANGAN PARTI MEREKA DI TEMPAT TERAKHIR DEMI MENJAYAKAN HASRAT ANWAR IBRAHIM UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI DAN CITA-CITA DAP UNTUK MENJADI MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH REPUBLIK.

DUA INSIDEN BESAR INI LANGSUNG TIDAK DIPERDULIKAN OLEH PEMIMPIN BESAR PARTI ISLAM SEMALAYSIA.

ADAKAH PEMIMPIN BESAR PARTI ISLAM SEMALAYSIA BERDIAM DIRI SEBAGAI TANDA SETUJU DAN AKUR DENGAN PERINTAH YANG DIKELUARKAN KE ATAS MEREKA???

DUA INSIDEN INI JUGA ADALAH BUKTI MEREKA SUDAH MELAMPAU DAN PERLU SESUATU YANG TEGAS DILAKSANAKAN SEGARA BAGI MEMAKLUMKAN KEPADA MEREKA BAHAWA INI ADALAH MALAYSIA!!!

KITA JUGA BOLEH RUMUSKAN BAHAWA PEMIMPIN BESAR PARTI ISLAM SEMALAYSIA TIDAK LEBIH DARI BONEKA DAN LEBIH HINA DARI PELACUR KERANA HINGGA SAAT INI TIADA SEORANG  PUN DARI MEREKA BERSUARA TENTANG KEDUA-DUA INSIDEN INI.

JPX

13 comments:

HH said...

Mereka mengejar kemenangan di Kuala Besut.. Melupakan hakikat perjuangan Islam yg sebenar...

Pas itu parti, pas bukan Islam.. !

Anonymous said...

salam,

jihad untuk penganut pas adalah berjuang untuk pas menentang umno dan bn sahaja. bukannya mempertahankan agama Islam. musuh utama mereka ialah umno dan bn. kalu mati sebab umno, syahid. bab mempelekehkan agama, tu tugas kerajaan yg memerintah. jual agama ok. bab ni pemimpin umno pun pakat main pakai kondom belaka, playsafe. mampuih la kita umat melayu dok harap kat pemimpin macam ni.

Anonymous said...

Abg long tengah tarik telinga la...mana boleh cakap...nanti bila abg long tarak..aku bisik la pelan2..akupun protes jugak...

ada apa hal aku nak protes...yg untung nanti bukan aku ....mana boleh maa..itu bukan kerja aku maa..

islam bukan pegangan..islam boleh dijual beli mengikut keadaan..
ikut mu lah...ajar aku tentang jihad...kafirun buat onar mulut terkelu..mungkin ada sumpah laknat yg dah berlaku...

Anonymous said...

ghani patail dah lama sangat jadi peguam negara .Poket dah penuh bersara lah bagi lah peluang kepada yang berwibawa. sampai bila orang muda nak naik kalau muka macam ni buat jawatan AG macam bapak dia punya. Orang melayu di Selangor pijak kepala lembu di denda dan penjara , cinabeng hina Islam boleh bebas tiada tindakan . baik tiada undang undang kalau macam ni.Patut lah kalah kat Selangor , Cina dijaga melayu di denda. Kalah UMNO di Selangor kerana undi Melayu.

Anonymous said...

sokong anon 3.10pm...agak2nyalah kalau ada kes di fb yg melayu hina kristian..yg cina hina islam...kedua2 ditangkap pada masa yg sama di tempat yg sama....mcm mana ye ???

cina : "byk2 sori boss, I tak kan buat lagi boss..I pun tak tau ini bikin melayu marah maa"

pdrm :" lu jgn bikin lagi, satu kali lagi you buat, lokap kasi masuk"

melayu:" saya buatpun pasal dia org buat dulu encik..mcm mana saya tak angin encik..maruah agama saya dihina encik"

pdrm: "itu yg silap, jgn ambik keputusan sendiri...negara kita ada undang2..kan awak susah sekarang..kena cari lawyer mcm cina tadi"

he he he...slmt berpuase...

Anonymous said...

Itulah sebabnya mengundi PAS adalah haram kata sesetengah ulamak.

Anonymous said...

perdana menteri jangan bacul sangat. tak payah 1malaysia sangat

Anonymous said...

pas adalah pesundal politik dan tak layak guna nama Islam

Anonymous said...

kalau sesama Melayu pas memang cukup garang. oraang UMNO dikatakan kafir. ini orang kafir hina agama Allah dia senyap sunyi jer... apa kes Tuan Garu N.Ajis????

Anonymous said...

Syukur masih tak de siapa menjawab demi menjaga kesucian bulan ramadhan al mubarak. Pekida dan perkasa dh buat kerja dia yg lain duduk diam. Cuma bkn palu tong kosong dum dam dum dam canang sini sana aku lah Islam yang sebenarnya.....

Muslim said...

Bila mengutamakan yg kufur sbg teman, berkawan rapat dgn yg kufur, lidah jadi kelu dan tak terkata apa apa bila agama sendiri dipersenda, diperolok olokkan, diremeh dan dihinakan.
Jgn cenderung pd yg zalim (apatah lagi kafir), nanti tersentuh api Neraka.
Takkan kita temui org yg beriman berteman rapat dgn sikufur yg memusuhi Allah swt dan RasulNya saw.
Allah swt berlepas diri dr golongan yg menjadikan sikufur sbg teman rapat dgn meninggalkan org yg beriman.
Siapakah mrk ini yg menjadikan kaum yg dimurkai Allah swt sbg teman rapat dgn meninggalkan org yg beriman. Mrk bukan golongan mrk (kufur), tp bukan juga golongan kita. Golongan manakah mrk ?
Insaflah !, selamatkan diri kita dan ahli keluarga kita dr Neraka yg bahan bakarnya manusia dan batu batu berhala, yg mengelegak otak bila dipijak tanahnya dek sgt panasnya.

hamba Allah said...

https://www.facebook.com/shamkamikaze/posts/10151463997896612

Anonymous said...

Adalah amat menyedihkan apabila dua pasangan Cina yang bukan Islam yang tidak matang berjaya mendapat perhatian sesetengah orang dengan hanya satu gambar FB sejak 3 hari yang lalu, tetapi sebaliknya lebih daripada 100,000 gambar umat Islam Sunni mati di Syria sejak 3 tahun yang lalu tidak pula mendapat perhatian!

Malangnya ia hanya menunjukkan bagaimana sebahagian daripada kita ini telah menjadi jauh akan teras Islam dan ajaran agama islam yang sebenarnya, dan bagaimana hilangnya teras keutamaan Ummah kita!

Tidakkah Allah swt telah berfirman dalam Quran surah Al-Anaam [Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu). (68)

Dan Allah swt juga telah berfirman di dalam Quran Surah Al-Baqarah [Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). (15)

Jadi Allah swt menyuruh kita untuk SHARE dan LIKE dalam FB apabila orang bukan islam mempersendakan agama kita, atau Allah swt meminta kita untuk tidak menghiraukannya sahaja perkara itu dan berlalu pergi?

Tidakkah Allah swt telah berfirman di dalam Quran Surah ِAl-Hujurat [Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (9)

Dan juga Allah swt telah berfirman di dalam Quran Surah Al-Anfal [Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan. (72)

Bagaimana gambar dua pasangan bukan Islam ini menyindir Islam, menjadi sangat penting kepada umat islam daripada TUMPAHNYA DARAH umat Islam?

Adakah "Bakuteh" adalah lebih hebat sindirannya berbanding TUMPAHNYA DARAH dan KEMATIAN seorang pejuang di jalan Allah swt?

Jika mereka tersebut tahu bahawa kita adalah sebuah UMMAH ISLAM YANG BERSATU, mereka tidak akan pernah BERANI untuk melakukan semua ini!

Ini bukanlah kali pertama dan terakhir mereka akan menyindir Islam, IANYA BUKAN KEWAJIPAN KITA untuk membantu mereka menyebarkan dan membuatkan mereka terkenal dengan gambar-gambar tersebut. Kita harus mengutamakan apa yang wajib sebagai keutamaan kita.


https://www.facebook.com/shamkamikaze/posts/10151463997896612

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa