Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label scorpene. Show all posts
Showing posts with label scorpene. Show all posts

Tuesday, October 09, 2012

GEMPAR: PERANCIS ADALAH SEKUTU UMNO KERANA PENGAKUAN INI???!!!



Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.

“Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media,” katanya kepada Bernama di sini.

Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.

Berikutan satu aduan Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia, yang difailkan pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu, beliau mendedahkan bahawa dua “hakim siasatan” bebas memulakan siasatan mereka awal tahun ini.

Charpenel berkata di Perancis, seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.

Beliau berkata adalah hak bagi sesiapapun untuk memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media.

Beliau menjelaskan bahawa untuk kes-kes tertentu di Perancis, Kementerian Keadilan akan meminta seorang hakim bebas, meminta “hakim siasatan” untuk menyiasat.

“Dia hanya seorang penyiasat. Ini adalah sistem lama yang bermula sejak era Napolean. Jika hakim siasatan mahu seseorang pergi ke Malaysia, dia perlu memohon dengan kerajaan anda kerana kami ada apa yang dipanggil Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama. Kerajaan Malaysia boleh kata ‘ya’ atau ‘tidak’. Ia perlu diputuskan oleh pihak berkuasa Malaysia.

“Seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya. Ini adalah mustahil, ianya bertentangan dengan undang-undang Perancis dan ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa,” kata Charpenel.

Beliau menjelaskan di Perancis, seperti di tempat-tempat lain, perjalanan undang-undang tidak boleh ditentukan oleh media.

Seperti yang dikatakannya, “Di Perancis, masa keadilan berbeza daripada masa media. Sudah tentu, media perlu data-data, maklumat, berita. Ia adalah semula jadi tetapi siasatan itu agak berbeza. Ia adalah sama, sama ada di Perancis atau di Malaysia.

“Dan ia menjadi rahsia. Kami kini dalam langkah pertama, mungkin, kami dapat satu lagi langkah, mungkin tidak, dan ia adalah terlalu awal untuk bercakap lagi.

Ditanya mengenai laporan media bahawa peguam-peguam Perancis yang mewakili Suaram dalam saman itu akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada anak guamnya, Charpenel berkata mana-mana peguam dari mana-mana negara, bebas untuk berbuat demikian kerana dia dibayar oleh anak guamnya.

“Dia bebas bercakap dengan media, itu adalah kebebasan atau hak asasi manusia. Tetapi dia bukan seorang pendakwa. Dia juga bukan seorang hakim siasatan. Dia bukan seorang pegawai.”

Pada April tahun ini, ahli-ahli politik pembangkang tempatan di sini malah telah meminta pegawai Malaysia untuk memberi keterangan di Paris atau berdepan pemulauan dalam Kesatuan Eropah.

“Perbicaraan adalah satu perbicaraan dengan semua peraturan. Siasatan adalah adalah satu perkara lain,” kata Charpenel mengenai maklumat salah yang dijana oleh portal-portal berita tertentu berhubung dakwaan bahawa satu perbicaraan sudahpun berjalan.

Sabtu lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara menjelaskan urus niaga Scorpene dijalankan mengikut prosedur perundangan.--  SUMBER

Monday, June 11, 2012

GEMPAR!! Perbicaraan Tentang Kapal Selam Scorpene di Perancis



BACA BETUL-BETUL, FAHAMKAN DAN SEBARKAN.
JANGAN TERUS TERPEDAYA DENGAN PEMBOHONGAN PEMBANGKANG DAN JANGAN BENARKAN ORANG LAIN MENJADI MANGSA PEMBOHONGAN MEREKA.
JPX
Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a pembangkang, telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009.
Secara ringkasnya, SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.
Menurut kenyataan Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong, “SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.”
Secara tidak langsung, namun jelas lagi terang, Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan.
SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.
Malah, SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis.
Untuk itu, SUARAM mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 – pastinya, untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu.
Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut.   Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM ‘makan-angin’ ke Perancis.
Tetapi, jika ada yang telah menyumbang, inilah disarankan agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang mereka.  Ini kerana, sumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes kapal selam scorpene ini, pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis.
Mengikut undang-undang Perancis, sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas.  Hakim juga boleh menyoal saksi, orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti.
Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN dengan parti politik Perancis.
Hakikatnya, Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis.  Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop siasatan ini.
Justeru, apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali.  Isu pembelian scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata.
Seharusnya, isu rasuah scorpene ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan penjelasan terperinci secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di parlimen.
Selain itu, Dato’ Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak mengenali Altantuya dan alibinya serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian juga amat  kukuh sekali.
Malah, penyebar fitnah tersebut, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya mereka-reka cerita.
Namun, SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan.  Kita berkata demikian, kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan, mereka sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan selesai.
Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun!
Tujuan SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang merupakan satu entiti yang sama.
Memandangkan jangkahayat pembangkang hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya apa saja – sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai.
Dengan pilihanraya semakin hampir, scorpene adalah satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar meragui kepimpinan Dato’ Seri Najib.
isuhot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa