
Sebelum ini Nga Kor Ming telah mempersendakan amalan sedekah yang dituntut oleh agama Islam kepada umatnya untuk menambah ibadah. Tindakan Nga Kor Ming mempersendakan amalan sedekah itu telah mendapat reaksi dari seluruh orang Islam dinegara ini kecuali penyokong DAP dan PKR berketurunan Melayu.
Nga Kor Ming dalam satu post yang disiarkan dilaman media sosial beranggapan bahawa amalan sedekah ini dilabelkan sebagai rasuah yang terangan dilakukan. Beginilah pemimpin DAP yang sentiasa mencetuskan api perkauman diantara kaum dalam negara ini.
Baru-baru ini pula, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok memperlekehkan arahan Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang meminta agar semua masjid di seluruh negeri mengadakan solat hajat untuk memohon ke hadrat Allah SWT agar konsert Selena Gomez dibatalkan daripada dianjurkan di negeri itu.








