Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label HUKUM HUDUD. Show all posts
Showing posts with label HUKUM HUDUD. Show all posts

Wednesday, June 01, 2016

MENGAPA ORANG KAFIR YANG SIBUK PASAL HUKUM ISLAM?


Mengapa wakil rakyat bukan Islam terutama daripada DAP menggelabah apabila cadangan Rang Undang Undang mengenai undang-undang syariah yang berkaitan dengan orang Islam?
Tidakkah ia menimbulkan kemusykilan terhadap niat sebenar mereka?
Cuba lihat dalam foto berikut dan foto di atas, tunjukkan yang mana salah seorang daripada kesemua wakil rakyat DAP, MCA dan MIC ini adalah beragama Islam dan berkaitan dengan undang-undang syariah?

DAP BANTAH SYARIAH


Kenyataan Guan Eng semalam “Tidak lama lagi, kita akan lihat negara amalkan dua sistem (undang-undang)” selepas membantah pembentangan usul persendirian “cadangan pindaan Akta 355” oleh Presiden PAS, TG Hadi Awang, di Parlimen semalam. Sebenarnya MEMANG sekarang ini kita sudah pun ada dua sistem – mahkamah sivil dan mahkamah syariah. (Sumber: A Karim Omar)

Sunday, March 22, 2015

MIC UMUM TOLAK DAN TIDAK SOKONG HUDUD


MIC hari ini membuat pendirian untuk tidak menyokong usul PAS membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membuka jalan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Presidennya, Datuk Seri G. Palanivel berkata rang undang-undang hudud itu disifatkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya parti itu sealiran dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain iaitu MCA dan Gerakan yang tegas menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

"Kita menentang, tidak boleh sokong (hukum hudud). Saya akan keluarkan kenyataan tentang hukum hudud ini selepas persidangan Dewan Rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang bersama pemimpin dan anggota MIC Pulau Pinang di sini.

Turut hadir Pengerusi MIC Pulau Pinang, M. Karuppanan.

Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu selepas Dewan Rakyat selesai bersidang pada 9 April ini.--ASTRO AWANI



Wednesday, March 18, 2015

PKR TUNDUK PATUH KEPADA DAP KOMUNIS LAWAN HUKUM ALLAH


Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat mengambil pendirian yang sama dengan sekutunya, DAP apabila menyifatkan hukum hudud bukan perkara yang perlu diberikan keutamaan oleh mana-mana parti dalam pakatan pembangkang.

Selain menyifatkan pelaksa­naan hudud tidak sejajar dengan dasar bersama pakatan pembangkang, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali turut menyifatkan isu mengenai hukum Islam itu tidak perlu disegerakan buat masa ini sehingga mengatasi isu-isu ekonomi, pendidikan dan keselamatan yang dianggapnya lebih penting.

Bagaimanapun, beliau menghormati hasrat kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu menerusi pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, esok.

“Sebagai seorang Islam, kita tidak menolak hukum hudud serta hukum-hukum Allah dalam al-Quran dan kita telah menyatakan pendirian itu dalam pakatan.

“Tetapi ia (hukum hudud) bukan dasar bersama pakatan dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dalam satu kenyataan terbuka sebelum ini menyatakan bahawa hukum hudud tidak perlu disegerakan kerana ia bukan dasar bersama pakatan.

“Dasar pakatan (pembangkang) ialah isu ekonomi, pendidikan dan keselamatan perlu ditangani dahulu untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Jika isu-isu ini diberikan keutamaan, saya percaya ia boleh diselesaikan dengan cara yang baik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut mengingatkan parti-parti dalam pakatan pembangkang supaya tidak membuat sesuatu perkara tanpa mendapat persetujuan daripada Majlis Pimpinan Pakatan terlebih dahulu pada masa depan.

“Pembentangan enakmen ber­kait­an hudud oleh Kerajaan Pas Kelantan adalah melibatkan pindaan, bukannya satu undang-undang baharu. Enakmen itu telah pun diluluskan pada 1993 lagi sebelum pakatan diwujudkan.

“Jadi kita hormati keputusan Kerajaan Pas Kelantan yang dibuat sebelum 1993 namun untuk masa depan, sebarang cadangan baharu yang dibuat mestilah mendapat persetujuan daripada Majlis Pimpinan Presiden pakatan,” ujarnya.

Pada 14 Mac lalu, pemimpin ve­teran DAP, Lim Kit Siang dilaporkan menyatakan parti itu berpendirian tegas serta konsisten bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan terkeluar daripada polisi bersama pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah pada 16 Mac lalu memberi amaran kepada DAP supaya berhenti daripada terus menghalang usaha parti itu untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Utusan

Friday, March 13, 2015

WAJIB BACA:HUDUD TIDAK ZALIM


BUKU ini ditulis bagi menjawab segala kemusykilan yang timbul berhubung pelaksanaan hukum hudud di negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

Langkah ini dibuat kerana wujud salah faham termasuk di kalangan orang Islam sendiri terhadap undang-undang jenayah berat berkenaan sehingga timbul tanggapan hukuman yang dikenakan kejam dan ketinggalan zaman.

Cukup menarik buku yang ditulis sekumpulan 10 pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Kelantan diketuai Dr. Mohd. Azhar Abdullah disampaikan dalam bentuk soal jawab dengan penjelasan yang ringkas dan mudah difahami.

Soalan-soalan dalam buku ini sebenarnya diambil daripada kemusykilan yang ditimbulkan pelbagai pihak dalam akhbar, televisyen, Internet dan ceramah termasuk yang ditimbulkan oleh bukan Islam.

Apabila membicarakan tentang hukum hudud ia melibatkan tujuh kesalahan iaitu zina, qadzaf (membuat tuduhan zina tanpa bukti), minum arak, mencuri, merompak, bughah (pemberontakan) dan murtad yang akan dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja.

Isu pertama yang dijawab dalam buku ini ialah hukuman sebat kepada penzina belum berkahwin sebanyak 100 kali yang dianggap sangat kejam berbanding diperuntukkan dalam undang-undang sedia ada yang hanya membenarkan maksimum 20 sebatan.

Tuduhan dibuat kerana pihak berkenaan tidak memahami kaedah sebatan hudud yang bersifat sederhana dan tidak mencederakan sehingga membolehkan pesalah berjalan dan melaksanakan aktiviti harian setelah menjalani hukuman.

Ini berbeza dengan kaedah sebatan yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang akan menyebabkan kulit pada tempat pertemuan dengan rotan pecah dan berlumuran darah sehingga menyebabkan pesalah merana seumur hidup.

Isu kedua, yang sering dibangkitkan ialah hukuman rejam dengan batu sehingga mati terhadap penzina yang sudah berkahwin yang disifatkan sebagai zalim.

Zina adalah kesalahan hudud paling sukar untuk dibuktikan di mahkamah dan berikutan hakikat itu tidak ramai yang pernah menjalani hukuman di bawah kategori berkenaan.

Ini kerana kesalahan itu memerlukan empat saksi lelaki yang adil dan beragama Islam yang melihat sendiri dengan jelas kemasukan zakar lelaki ke dalam faraj perempuan.

Tiada keterangan lain yang diterima oleh syarak untuk membuktikan kesalahan zina seperti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan video.

Bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab membuat tuduhan palsu maka hukum hudud mempunyai peruntukan qadzaf bagi membolehkan individu yang membuat tuduhan tidak benar disebat 80 kali.

Dalam sejarah Islam, kebanyakan orang yang dijatuhkan hukuman kerana kesalahan zina adalah berdasarkan pengakuan sendiri secara sukarela di hadapan hakim kerana menyedari bahawa mereka tidak akan lagi dihukum kali kedua di akhirat nanti.

Walaupun telah mengaku berzina, seseorang itu boleh menarik balik pengakuannya ketika hukuman sedang dijalankan dan segala keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah sebelum itu adalah terbatal.

Jika ada pihak yang masih menganggap hukuman itu terlalu kejam harus ingat bahawa Islam memberikan pelbagai kemudahan bagi membolehkan seseorang itu me­lakukan persetubuhan secara halal termasuk merendahkan mas kahwin dan membenarkan lelaki berkahwin sehingga empat isteri mengikut kemampuannya.

Isu ketiga, ada pihak mempersoalkan kenapa orang murtad dikenakan hukum bunuh sedangkan memilih mana-mana agama merupakan satu kebebasan peribadi yang perlu dihormati.

Sebenarnya, hukuman bunuh hanya dikenakan ke atas individu yang mengisytiharkan kemurtadan secara terbuka dan dalam masa sama menyeru serta menghasut orang Islam supaya mencontohi tindakannya.

Hukuman bunuh tidak dilaksanakan secara melulu sebaliknya hanya setelah orang yang murtad tersebut diberikan tempoh masa tertentu untuk bertaubat dan telah menjalani sesi kaunseling dan nasihat.

Hukuman bunuh tidak akan dikenakan jika individu murtad berkenaan melakukannya secara senyap-senyap dan tidak menyebarkan dakyah kepada orang lain untuk mencontohinya.

Isu keempat, ada pihak menganggap hukuman potong tangan terhadap pencuri yang mencuri dalam nilai kecil adalah tidak adil dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.

Islam berpendirian hukuman itu setimpal kerana jenayah berkenaan walaupun bernilai kecil telah menimbulkan ketakutan dan ketidaktenteraman kepada tuan punya barang dan masyarakat sama seperti mencuri barangan dan wang bernilai besar.

Turut didedahkan dalam buku itu, jumlah kes jenayah di Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud adalah lebih rendah berbanding negara-negara yang tidak melaksanakannya.

Monday, March 12, 2012

Friday, December 02, 2011

Friday, October 28, 2011

PAS PERLU DIPUJI KERANA PARTI POLITIK YANG PALING BERANI DI MALAYSIA!!!


JPX sangat tertarik dengan tulis Zaini Hassan dalam kolum Cuit minggu lepas >>>DISINI<<<. Selesai membaca artikel tersebut, aku tersenyum sinis dan berfikir sebentar.

PAS yang kini kembali kuat mencanang Hudud sebagai agenda mereka sebenarnya tidak lebih dari penipuan besar akhir zaman. Hudud hanya dijadikan modal politik murah lagi hina pemimpin PAS untuk menarik minat dan simpati rakyat.

Jika PAS yang mengaku sebagai satu parti yang memperjuangkan Islam dan bersungguh mahu melaksanakan Hudud, soalnya mengapa hanya bila menjelang pilihan raya barulah kajian, semakan, jawatankuasa itu ini berkaitan hudud ditimbulkan???

Dan bila soal ini ditimbulkan, ramai ustaz di dalam PAS membuat kenyataan yang mengelirukan dan tidak kurang yang berlagak pandai menghentam kerajaan kerana masih gagal melaksanakan hudud walaupun sudah berpuluh tahun menjadi kerajaan.

PAS handal bermain dengan dalil Al-Quran. Semua ini untuk mengeliru dan menarik minat semata-mata. Jika dalil ini gagal digunakan, PAS tidak segan silu dan tanpa rasa takut mencipta fatwa untuk meyakinkan rakyat bahawa memilih mereka adalah jaminan keselamatan di dunia dan akhirat.

Walaupun mendapat tentangan dari rakan dalam PR terutamanya DAP, PAS tetap juga mahu melaksanakan Hudud walau terpaksa meninggalkan PR. Itu adalah kata-kata pemimpin PAS kira-kira sebulan lalu namun sehingga hari ini tiada ada apa tindakan susulan dari dari mereka.

Pada pandangan peribadi JPX, jika PAS sungguh-sungguh mahu melaksanakan Hudud, ianya pasti sudah terlaksana lama dahulu. Hudud hanya satu mainan politik PAS dan umpun untuk mereka menarik minat dan simpati rakyat.

PAS sangat berani dalam politik. Mana tidaknya, mereka berani mempergunakan hukum Allah untuk politik mereka. PAS bukan setakat mempergunakan hukum Allah ini, malah turut mempermainkannya hanya demi memuaskan nafsu politik mereka dan "saudara" mereka di dalam PR.

PAS memang berani. 

Pujian sinis dari JPX

Tuesday, October 11, 2011

SYABAS NIK AZIZ: AKAN LAKSANA HUKUMAN PANCUNG PERTAMA JUMAAT INI



DAH ABIS MODAL....
PUAK PAS YANG PUAKA...
PUAK DAP YANG CELAKA...
PUAK PKR YANG PENDUSTA...
TERUS KERJA BINASA...
TAK LAMA LAGI MESTI DAPAT BENCANA...!!!!

INI KERJA ORANG TAKDE KERJA YANG BUAT...
TAK PUN MESTI IDEA ORANG KUAT MELIWAT...
JANGAN HARAP RAKYAT NAK TERPIKAT...
RAKYAT PUN DAH NAIK MELUAT...
DAH MALAS NAK LAYAN KORANG PUNYA GELAGAT...

JPX

Sunday, October 02, 2011

PAS HAMPIR PASTI TIDAK AKAN LAKSANA HUKUM HUDUD



HARI TU CAKAP TAKDE NAK BUAT..
INI DAH DEKAT PRU BERSUNGGUH NAK BUAT...
MANA SATU YANG BETUL...

HARI TU CAKAP NAK KELUAR PAKATAN...
TAPI SAMAPI HARI TAK KELUAR PUN...
NAK KELUAR KE TAK KELUAR NI???

BERANI KE TAK BERANI SEBENARNYA NI???
JANGAN CAKAP AJA...
KITA DAH BOSAN DENGAR...
DAH LAMA TUNGGU..
CUBA TETAP SIKIT PENDIRIAN...

DULU CAKAP ORANG PAS BOLEH JUGA KITA LAYAN...
SEKARANG NI...
CAKAPA BANYAK..
AKSI KURANG...
BOHONG LAGI BERTAMBAH!!!


JPX

Thursday, September 29, 2011

PR UMUM TOLAK HUDUD:PAS AKAN UMUM KELUAR PAKATAN RAKYAT???

KUALA LUMPUR 29 Sept. — Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga
>>>TERUS BACA DI UTUSAN ONLINE<<<

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH...
NYATA BERTAMBAH NYATA..
PAKATAN RAKYAT TOLAK HUDUD...
ANWAR DAH NYATA PENDIRIAN...
LIM KIT SIANG DAH NYATA PENDIRIAN...
PAS PUN DAH NYATA PENDIRIAN...

TAPI BERANIKAH PAS TERUSKAN PENDIRIAN NAK KELUAR PAKATAN???
BERJAYAKAH PAS MEMBEBASKAN DIRI DARO CENGKAMAN DAP DAN PKR???
DAN YANG PALING BESAR...
BEJAYAKAN PAS MELAKSANAKAN HUDUD???

KITA SAMA-SAMA TUNGGU APA LAGI PERMAINAN DAN WAYANG YANG PAS NAK BUAT....

JPX

Monday, September 26, 2011

VIDEO:ANWAR IBRAHIM PERSENDA HUDUD DEMI KAFIR HARBI DAP KOMUNIS


DUA TAHUN YANG LALU....

   
DUA HARI YANG LALU...

MANA SATU YANG BETUL???
TAHUN NI CAKAP LAIN...
TAHUN NI CAKAP LAIN...
MANA SATU YANG NAK KITA PERCAYA???
SUSAH LER KALAU MACAM NI...

INI HUKUM ALLAH...
JANGAN BUAT BAHAN POLITIK...
JANGAN HANYA KERANA KEPENTINGAN POLITIK...
AGAMA ISLAM DIPERTARUHKAN....
ISLAM INI AGAMA SUCI...
JANGAN BUAT BINASA AGAMA SENDIRI...

JPX

Sunday, September 25, 2011

PAS AKAN KELUAR PAKATAN RABU INI

KUALA LUMPUR 25 Sept. — Pemimpin tertinggi pakatan pembangkang PKR-DAP-Pas akan bermesyuarat Rabu ini untuk membincangkan rancangan Pas melaksanakan hukum Hudud, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution. >>>TERUS BACA DI SINI<<<


APA PAYAH MESYUARAT...
PASA KATA NAK BUAT...
LAKASANA SAJA..
APA PAYAH NAK MESYUARAT...
BUANG MASA DAN BUANG TENAGA SAHAJA...

PAS NAK LAKSANA HUKUM ISLAM PUN NAK KENA TANYA ORANG KAFIR KE???
PKR PUN MAJORITI ISLAM TAK SOKONG KE PAS LAKSANA HUKUM ISLAM???
SUSAH SANGAT KE PAS NAK LAKSANA ISLAM DALAM PAKATAN???
KALAU SUSAH SANGAT...
BAIK TAK PAYAH PAKAT...

BAIK PAS PAKAT-PAKAT KELUAR PAKATAN...
ITU LEBIH ELOK DAN BAIK...
TAPI...
PAS BERANI KE???

JPX


Saturday, September 24, 2011

MENGAPA CHUA SOI LEK FOBIA DENGAN HUKUM HUDUD???



Semalam, Presiden MCA Chua Soi Lek (CSL)  yang juga merupakan seorang pengamal seks terlarang dengan lantang menyuarakan hasrat untuk keluar dari BN jika UMNO setuju dan meyokong perlaksanaan hukum Hudud.

Beberapa hari ini, hukum Hudud telah menjadi bahan politik dan peraih sokongan buat PAS. Setelah senyap untuk beberapa ketika, Hudud kembali di canang sebagai agenda utama PAS walhal mereka telah menukar agenda dari menubuhkan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan . Ini semua kerana diasak oleh DAP sejak mereka menyertai Pakatan Rakyat.

Sesuatu yang amat menjijikan bagi JPX membaca kenyataan ini. Rasa mual dan marah bergabung. Akal yang waras menyatakan tidak mungkin seorang pemimpin parti yang telah bersumpah setia bersama BN untuk berkata sedemikian. Namun di dalam politikm semuanya berkemungkinan.

Sepatutnya CSL renung dirinya dalam-dalam dan lama-lama di cermin sebelum berkata sedemikian. Dalam masa yang sama CSL perlu bertanggungjawab dengan apa yang telah dia perkatakan. Sebagai pemimpin dia perlu lebih arif dan tahu setiap perkataan yang keluar dari mulut mereka berjuta pasang telinga mendengar . Sedikit kesilapan buruk padahnya.

JPX rumuskan pandangan peribadi mengapa CSL berani berkata demikian:

·  MCA telah berjaya bertapak di Negara yang merdeka melalui bersatu dalam Perikatan. Sudah sampai MCA untuk keluar dan melaksanakan agenda politik mereka sendiri.

·      MCA berasa  tiada keperluan untuk terus bersama dalam BN kerana kaum Cina sudah berdiri teguh dengan sendirinya di Negara ini.

·  Jika MCA keluar BN sokongan orang Cina akan terus bertambah dan agenda menubuhkan Negara Bangsa mudah dicapai.

·    MCA tidak perlu akur kepada Kontrak Sosial yang menjadi teras perpaduan Negara ini dan mampu melakukan apa sahaja perubahan politik jika agenda mereka berjaya.

Sudah TIBA masa untuk keikhlasan MCA ini dinilai semula. Tolak ansur dan pengorbanan bangsa Melayu sudah tidak dipedulikan. Agenda bangsa mereka sudah melebihi agenda BN itu sendiri. Kebiadapan CSL perlu dihukum. Pemimpin BN melalui UMNO terutamanya perlu tegas dalam hal ini.

Jika sudah sampai tahap dan ketika untuk Negara ini mampu melaksanakan hukum Hudud, MCA sebagai sahabat (kononnya) perlu akur dan hormat. Perlembagaan Negera sudah jelas.  Sahabat yang baik akan faham kehendak dan keperluan sahabat yang lain, bukan???

Jika sebelum merdeka dan awal kemerdekaan, mengapa MCA akur dan patuh dengan semua ini?? Mengapa hari ini, MCA seperti “telunjuk lurus, kelingking berkait”??? Mana semangat setiakawan yang selama ini menjadi teras dan kekuatan BN???

Melalui pemahaman JPX, hukum Hudud, jika dilaksanakan pun hanya akan dikuatkuasakan kepada umat Islam sahaja. Mahkamah sivil masih ada untuk mereka yang bukan beragama Islam. Jika CSL tidak mahu hukum Hudud dilaksanakan atas dasar kemanusiaan, jangan risau kerana umat Islam yakin bahawa hukum Allah adalah yang terbaik.

Sebenarnya CSL tidak perlu takut dengan perlaksanaan hukum Hudud. CSL tidak mungkin akan direjam sampai mati jika tertangkap lagi bersetubuh dengan perempuan simpanan.

Satu lagi, jangan main ugut-ugut nak keluar dari BN. Kalau dah tak suka tinggalkan sahaja.

JPX

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa