Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts
Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts

Monday, November 20, 2017

STEADY CHIEF:KJ SELAR PM SINGAPORK!!!


Kenyataan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang mendakwa niat sebenar tuntutan Malaysia terhadap semakan keputusan ke atas Pulau Batu Puteh adalah kerana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dianggap sebagai tuduhan tidak bertanggungjawab yang hanya boleh merosakkan hubungan baik Malaysia dengan Singapura.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sehubungan itu pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan pemimpin Singapura itu kerana memperlekeh permohonan Malaysia untuk semakan keputusan terhadap tuntutan tersebut.

Tuesday, August 27, 2013

PEMUDA UMNO WAJIB BACA SEBELUM UNDI LOKMAN ADAM!!!



SEBELUM ITU, BACA >>>DI SINI<<<

Menurut Jendela Maya SINI, Lokman Noor Adam mendahului pertandingan untuk Naib Ketua Pemuda UMNO.  Itu hasil undian Taiping Mali.

Tahniah kami ucapkan kepada Lokman Noor Adam.

Pada hari minggu baru-baru ini, kami telah sakat Lokman dengan satu kenyataan lama SINI ketika dia Setiausaha Pemuda Keadilan.

Banyaklah kata nesta yang diperkatakan ketika itu. Dia pun ada tanding Parlimen lawan Hishamuddin di Tenggara ketika itu. 

Kini dia telah berubah dan hilang sudah kepercayaan pada Anwar Ibrahim dan PKR. Dia kini menyokong UMNO dan BN. Begitu taksub dia sokong UMNO dan BN, dia dikhabarkan terlepas kata menuduh seseorang pembelot apabila seseorang itu mempunyai pendirian yang berbeza dengannya.

Maka kita keluarkan kenyataan lama supaya dia sedar bahawa kami tidak pernah belot. Perbezaan pendirian dan pendapat tidak bermakna belot.

Walaupun berbeza pandangan, asasnya kami tak pernah dan tak akan belot. Sampai masa UMNO dan BN tetap pilihan. Pastinya kami tidak akan taksub pada sesiapa hingga parti dan perjuangan untuk orang Melayu diketepikan.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

Tuesday, October 30, 2012

APA KENA KJ MENGAMUK SAKAN SAMPAI MENJERIT-JERIT???






KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menyifatkan kerajaan negeri Selangor hipokrit kerana membangkitkan isu penjana tenaga bebas (IPP) dan tol lebuh raya, tetapi pada masa sama mereka mempunyai kepentingan dalam syarikat terlibat dalam kedua-dua aktiviti itu.

Khairy, yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional dan Ketua Pemuda Umno, berkata walaupun kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang sering mengkritik tindakan kerajaan Persekutuan dalam isu IPP dan tol, namun ia masih mempunyai kepentingan dalam IPP generasi pertama, syarikat Genting Sanyen (Malaysia) Sdn Bhd dan Lebuhraya Shah Alam (Kesas).

“Mereka mengkritik, menentang tetapi pada masa sama menerima keuntungan dividen daripada pelaburan IPP tersebut… ini menunjukkan mereka hipokrit, langsung tidak apologetik.

“Walaupun pelaburan tersebut dilakukan sebelum pembangkang mengambil alih Selangor, tetapi sudah empat tahun mereka tadbir, tiada sebarang usaha diambil oleh pakatan pembangkang untuk melupuskan pegangan saham atau pelaburan dalam Genting Sanyen, ” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Selasa.

Beliau berkata jika secara prinsipnya mereka tidak setuju dengan pelaburan tersebut, sewajarnya mereka melupuskan saham berkenaan.-- Bernama

Tuesday, January 11, 2011

PANAS:KJ AKAN BERDEBAT DENGAN ANWAR IBRAHIM!!!


1. YB Khairy Jamaluddin menawarkan diri selaku Ketua Pemuda UMNO dan Barisan Nasional untuk mengadakan debat terbuka dengan Anwar Ibrahim Sang Peliwat!!!

2. Ini adalah untuk menyahut cabaran Anwar Sang Peliwat yang telah mencabar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk berdebat secara terbuka dengannya.

3. Berita yang diterima tidak menyatakan bila dan di mana debat ini akan diadakan. Persetujuan Anwar Sang Peliwat juga tidak dilaporkan.

4. Apapun tahniah kepada YB KJ yang berani menggalas tugas ini. Inilah ketokohan yang perlu ada pada seorang ketua. Pastikan melengkapkan diri sebaik mungkin sebelum berdebat dengan Sang Peliwat. Takut nanti salah jawab dan tergagap-gagap...heheheeh

JPX

Friday, December 31, 2010

ANTARA PERISTIWA PENTING DALAM POLITIK MALAYSIA SEPANJANG 2010




JANUARI:

1 - Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia pada usia 71 tahun.

FEBRUARI:

12 - Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mengumumkan keputusan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi anggota Bebas.

28 - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin keluar PKR untuk sertai Umno.

MAC:

1 - Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng mengumumkan keputusan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.

3 - Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri keluar PKR dan menjadi anggota Bebas.

6 - PKR pecat anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.

28 - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menang jawatan presiden MCA menewaskan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 68 undi pada pemilihan MCA.

APRIL:

25 - Calon Barisan Nasional P.Kamalanathan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi.

MEI:

14 - Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong isytihar keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

16 - Calon DAP Wong Ho Leng menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas Narawi Haron pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi.

JUN:

11 - PAS benarkan calon bukan Islam bertanding menggunakan simbol parti itu semasa pilihan raya tetapi dengan syarat terima dasar dan perjuangan parti itu.

JULAI:

22 - MIC terima Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T.Murugiah, yang dipecat daripada Parti Progresif Penduduk (PPP), menjadi anggota MIC.

OGOS :

1 - DAP pecat ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock kerana dakwaan menyalahgunakan kepala surat seorang anggota exco Selangor.

SEPTEMBER:

1 - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En yin keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) dan menawar untuk melepaskan jawatan kerajaan kerana tidak setuju pendirian parti menentang kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Beliau masih memegang semua jawatan kerajaan.

OKTOBER:

23 - Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu perhimpunan agung Umno bahawa beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang ke seluruh negara tahun depan untuk bertemu anggota Umno dan rakyat.

NOVEMBER:

4 - Calon BN Abdul Aziz Yusoff mengalahkan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 1,190 undi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

4 - Calon BN Datin Linda Tsen menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah mengalahkan Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah dengan majoriti 6,359 undi.

19 - Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan hasrat untuk keluar daripada PKR ekoran hilang kepercayaan dengan perjuangan parti itu.

20 - BN setuju pinda perlembagaannya untuk memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung secara terus.

24 - Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia pada usia 91 tahun.

28 - Anggota Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR.

28 - Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dipilih Pengerusi DAP Selangor

DISEMBER:

1 - Umno tangguh pemilihan parti 2011 selama 18 bulan.

6 - Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berundur selepas 31 tahun memimpin parti itu dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya Datuk G.Palanivel.

13 - MCA tangguh pemilihan parti yang dijadualkan pada 2011, dipercayai mengikut langkah Umno.

15 - DAP turut tangguh pemilihan parti sehingga Ogos 201.2

15 - Zaid Ibrahim menjadi Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), ditukar menjadi Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

16 - Empat wakil rakyat pembangkang -- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, S.Sivarasa dan Azmin Ali -- digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar di dewan/ menghina dewan.

17 - Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur, akibat kencing manis.

27 - Umno Pulau Pinang, Kedah, Terengganu diketuai pengerusi perhubungan yang baru daripada kalangan pemimpin negeri.

Thursday, December 09, 2010

KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG ANGGUN MENAWAN!!!

Pandanglah lihatlah, Tiru macam saya...

1. Dalam usaha memperkasakan PEMUDA UMNO untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangka akan tiba tidak lama lagi, Ketuanya, YB KJ masih ada masa untuk CatWalk.

2. Apapun, JPX berharap agar PEMUDA UMNO terus maju jaya di bawah pimpinan YB KJ...hehehehe

3. Kalau selera mahu melihat gambar YB KJ CatWalk >>>IKUT LINK INI<<<

JPX

Tuesday, November 16, 2010

PEMUDA UMNO REPAIR MOTOR. PEMUDA PAS BUAT APA???


1. Pemuda UMNO Kedah dengan kerjasama Giat Mara hari ini mengadakan servis motor percuma kepada mangsa banjir negeri itu dalam usaha membantu meringankan beban mangsa bencana alam berkenaan.

2. Ketua Pemudanya, Badrol Hisham Hashim berkata khidmat servis berkenaan diadakan serentak di tujuh bahagian yang dilanda banjir baru-baru ini dan sambutan yang diterima cukup memberangsangkan di mana penduduk setempat mengambil kesempatan menghantar motor yang ditenggelami air untuk dibaikpulih. >>>BERITA PENUH DI SINI<<<

3. Tahniah diucapakan kepada Pergerakan Pemuda UMNO atas kerja yang mereka lakukan. Nak tunggu Kerajaan Negeri mungkin lambat lagi, Jadi sebagai orang muda Umat Islam wajib kita membantu sesama manusia.

4. Tapi JPX rasa, Dewan Pemuda PAS pun ikut macam Menteri Besar Kedah juga. Santai sahaja walhal negeri mereka sedang dilanda musibah. Itulah akibat memilih dari kalangan mereka yang tidak berpengalaman menjadi pemimpin. Rakyat juga yang menjadi mangsanya.

5. Lain kali, buatlah pilihan yang tepat!!!

JPX

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa