SEBELUM ITU, BACA >>>DI SINI<<<
Menurut Jendela Maya SINI, Lokman Noor Adam mendahului pertandingan untuk Naib Ketua Pemuda UMNO. Itu hasil undian Taiping Mali.
Tahniah kami ucapkan kepada Lokman Noor Adam.
Pada hari minggu baru-baru ini, kami telah sakat Lokman dengan satu kenyataan lama SINI ketika dia Setiausaha Pemuda Keadilan.
Banyaklah kata nesta yang diperkatakan ketika itu. Dia pun ada tanding Parlimen lawan Hishamuddin di Tenggara ketika itu.
Kini dia telah berubah dan hilang sudah kepercayaan pada Anwar Ibrahim dan PKR. Dia kini menyokong UMNO dan BN. Begitu taksub dia sokong UMNO dan BN, dia dikhabarkan terlepas kata menuduh seseorang pembelot apabila seseorang itu mempunyai pendirian yang berbeza dengannya.
Maka kita keluarkan kenyataan lama supaya dia sedar bahawa kami tidak pernah belot. Perbezaan pendirian dan pendapat tidak bermakna belot.
Walaupun berbeza pandangan, asasnya kami tak pernah dan tak akan belot. Sampai masa UMNO dan BN tetap pilihan. Pastinya kami tidak akan taksub pada sesiapa hingga parti dan perjuangan untuk orang Melayu diketepikan.
TERUS BACA >>>DI SINI<<<
No comments:
Post a Comment