
Paling malang dalam episod ini adalah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib, tak sampai dua tahun sertai PAS kini sudah dipecat gara-gara aktif dengan kumpulan pemisah Gerakan Harapan Baharu (GARU).
PAS Selangor pada Isnin mengumumkan penamatan keanggotaan beberapa anggota parti itu kerana didapati terlibat dengan GARU.
Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman (gambar) berkata penamatan keanggotaan mereka adalah mengikut Fasal 13(1)(c) Perlembagaan PAS.