Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, July 15, 2015

AHLI PAS CURANG DIPECAT!!!


Paling malang dalam episod ini adalah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib, tak sampai dua tahun sertai PAS kini sudah dipecat gara-gara aktif dengan kumpulan pemisah Gerakan Harapan Baharu (GARU).

PAS Selangor pada Isnin mengumumkan penamatan keanggotaan beberapa anggota parti itu kerana didapati terlibat dengan GARU.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman (gambar) berkata penamatan keanggotaan mereka adalah mengikut Fasal 13(1)(c) Perlembagaan PAS.


"PAS Selangor mengambil maklum tentang penubuhan parti politik baharu ini yang mana sebahagian besar daripada jawatankuasa mereka adalah bekas anggota kita di Selangor.

"Kita hormati keputusan mereka dan ini sekali gus menamatkan keanggotaan mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Mohd Khairuddin berkata kesemua jawatan yang dipegang bekas anggota berkenaan akan dipangku serta-merta oleh kepimpinan yang lain mengikut kaedah perlembagaan parti.

Antara yang dikatakan hadir pada majlis pelancaran pergerakan itu hari ini adalah Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, bekas Anggota Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Anggota Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.--AD

1 comment:

Anonymous said...

Mike Tyson masih belum ketemu surga PAS lagi kah? Tak pa Mike masih boleh bertaubat dlm parti baru. Janji surga yg lebih progresif.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa