Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, July 15, 2015

HAKIKAT 13 JULAI LOW YAT PLAZA!!!

YANG ARIF MOHD. NOOR DAN 
PERISTIWA 13 JULAI LOW YAT

PAGI-PAGI semalam saya mene­rima panggilan daripada seorang sahabat saya. “Lama kita tak jumpa ya. Ada lima tahun?” katanya lembut dalam loghat pekat Negeri Sembilan.

Mendengarkan suaranya dan namanya di skrin telefon, saya menyampuk “apa khabar Yang Arif Datuk.” Dia menjawab “Alhamdullah masih ingat lagi kat saya.”

Saya kata lagi “akhir sekali kita jumpa tahun lepas.” Ternyata masa berlalu terlalu pantas.

Yang Arif Datuk Mohd. Noor Abdullah ialah bekas Hakim Mahkamah Rayuan yang banyak saya terima nasihat. Sebagai bekas hakim beliau ialah pendokong Perlembagaan Negara, yang semakin dipinggirkan oleh rakyat negara ini.

Tanyalah sesiapa pun waima anak-anak kita sekali pun mengenai asas hak-haknya sebagai warganegara tanah air ini, mereka akan terkapa-kapa.

Sistem pendidikan kita semakin menjauhkan mereka kepada asas kenegaraan itu.

“Saya masih melihat sistem pendidikan kita akan terus menjurangkan kita semua. Apa yang berlaku di Plaza Low Yat sudah terbukti. Ia mungkin kecil hari ini tetapi gelombangnya boleh membesar kelak,” kata Yang Arif Mohd. Noor.

Bagi saya peluang membuat satu kenyataan akhbar. Saya mahu bercakap mengenai Perlembagaan dan sistem persekolahan kita.

Sejak beberapa tahun ini, Yang Arif menjadi pejuang kepada asas-asas kenegaraan ini. Beliau terlibat dalam banyak forum dan perbincangan awam. Sistem sekolah satu aliran menjadi perjuangannya.

“Saya tidak mahu melihat peristiwa 13 Julai Low Yat itu berlaku lagi. Tetapi selama ini saya dicap sebagai rasis apabila membangkitkan soal itu.”

Sebagai bekas anggota badan pengadilan, beliau tahu apa yang diperkatakannya. Beliau sanggup mencemar dirinya yang arif demi kebenaran perjuangannya. Saya juga cukup sebati dengan falsafah perjuangannya. Sebagai wartawan itulah juga perjuangan saya.

Beliau dan saya pernah sama-sama digelar rasis atau perkauman dan ultra Melayu hanya kerana mahu mencari satu titik-tolak kepada kesejahteraan negara tercinta ini.

Kami bukan mahu mencari sesuatu yang mutlak, tetapi sekadar satu asas tolak-ansur untuk faedah anak cucu kita semua kelak.

Yang nyata, kita tidak boleh lagi melihat pemisahan tiga kaum ini yang jurang ekonomi dan penguasaan perniagaannya semakin meluas. Kita tidak boleh lagi kelihatan mana-mana kaum merasa terlalu hebat dan memandang rendah kaum yang lain.

Kita tidak mahu melihat kaum di negara kita ini memperlekehkan bahasa kebangsaan negaranya sendiri. Oleh itu yang pasti, Malaysia tidak boleh lagi mempunyai tiga ideologi insan yang diasuh oleh kepelbagaian pendidikan dominan yang berbeza. Melayu-Melayu, Cina-Cina dan India-India.

Jika anda kononnya perjuangkan sikap sama rata, sama ratakan dahulu pendidikan kita. Terimalah kenyataan. Itulah hakikat.

Elakkan angka 13 itu lagi.--UM

3 comments:

Anonymous said...

Di zaman paklah dan najib sekolah aliran perkauman tumbuh bagai cendawan selepas hujan tanpa sekatan malah digalakkan lagi dengan pelbagai insentif dan bantuan.Zaman tun m dulu,sekolah perkauman disekat dan tidak boleh bertambah dari jumlah yg sedia ada.Malah dicadangkan sekolah wawasan untuk 'mencairkan' dasar perkauman sekolah cina dan tamil ini.

Najib atau mahu dikenali sebagai ahjib gor sangat pro cina dalam usahanya yg tak jemu2 untuk menarik undi cina yg semakin menjauhinya.Dasar2 longgarnyalah yg melahirkan namewee,alvin tan dan ramai lagi anak cina yg rasis dan anti Melayu/Islam.Sekolah2 perkauman inilah yg menambahkan jurang diantara kaum.Pasti ahjib,menteri2 kaki bodek,menteri2 cina akan menafikannya dengan sekeras2nya tapi peristiwa 13 julai itu salah satu bukti nyata yg semua org boleh nampak sama ada suka atau tidak.

Dasar sekolah satu aliran cuma tinggal mimpi tanpa sebarang usaha dr pihak kerajaan yg memerintah untuk melaksanakannya.Sementara itu tragedi 13 julai mungkin cuma permulaan selagi kerajaan terus berada dalam sindrom penafian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa