Untuk entah kali ke berapa isu muzakarah di antara UMNO dan PAS muncul kembali mewarnai politik tanahair berikutan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam ucapan penangguhannya di Muktamar PAS Ke-59 yang mengajak UMNO bermuzakarah dalam hal perlaksanaan Islam.
Kata Hadi, PAS bersedia untuk muzakarah dengan UMNO dalam isu perlaksanaan Islam kerana soal hukum Islam perlu sentiasa berada di hadapan sambil menyeru UMNO dan PAS bersatu atas dalam satu bahtera dengan nama Islam yang kiblatnya satu sahaja meskipun dalam masyarakat Malaysia yang majmuk.
Bunyinya seperti wujud kesedaran dan keinsafan seolah-olah ada nada keikhlasan. Itu pun jika sekadar seimbas lalu kita mendengarnya. Tapi jangan tertipu dengan sikap hipokrasi dan amalan taqiyah yang sudah cukup sebati dengan PAS yang bila-bila masa boleh berubah arah dalam sekelip mata.

