Sebagaimana maklum, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tiada sebarang kenaikan tol pada tahun ini bagi menangani kos kenaikan sara hidup rakyat. Sebagai timbal balas, Kerajaan perlu membayar sebanyak RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tol yang terlibat.
Saya yakin, ramai pengguna lebuhraya di negara kita khususnya di Lembah Klang rasa lega dengan pengumuman itu. Menarik nafas lega mungkin membawa maksud mereka tidak perlu memotong bajet menonton wayang dan masih mampu bergaya dengan pakaian berjenama mahal pada tahun ini…
Puas hati kerana harga bayaran tol tidak naik? Tidak. Reaksi dari ramai bloggers dan aktivis maya pro-pembangkang ramai yang tidak puas hati kerana harga bayaran tol tak jadi naik. Ramai yang mengutuk Kerajaan BN kerana menghabiskan wang rakyat sebanyak RM400 juta kerana menangguhkan kadar tol tersebut.
Menurut pemerhatian saya di blog-blog dan laman Facebook pro-pembangkang, mereka mempersoal tentang wang rakyat RM400 juta yang akan diberikan begitu saja kepada syarikat konsesi tol. Kata mereka, itu namanya “durian runtuh” dan cara Kerajaan menghabiskan wang rakyat!
