ISU ini sepatutnya mudah saja, Tun Mahathir kata Speaker SUDAH letak jawatan (siap sebut diganti dengan Timbalannya), Speaker pula tak berapa jam selepas itu kata, TAK letak jawatan dan buktinya beliau masih menjalankan tugas itu bila sidang Dewan Rakyat dibuka semalam.
Jelas disitu pembohongan memang wujud. Speaker kata tidak ada siapa berbohong petang tadi kerana penulis percaya beliau mungkin belum lihat apa yang dicakapkan Tun Mahathir di Perak tempoh hari.
Soal dah hantar surat letak jawatan atau tidak (kemudiannya tidak diterima), itu cerita lain, soalnya sekarang Speaker SUDAH letak jawatan atau tidak seperti yang diumumkan Tun Mahathir? Tidak, jadi apa yang nak pertahankan lagi?
