Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, May 20, 2015

MEMANG ADA PEMBOHONGAN PASAL SPEAKER DEWAN RAKYAT!!!


ISU ini sepatutnya mudah saja, Tun Mahathir kata Speaker SUDAH letak jawatan (siap sebut diganti dengan Timbalannya), Speaker pula tak berapa jam selepas itu kata, TAK letak jawatan dan buktinya beliau masih menjalankan tugas itu bila sidang Dewan Rakyat dibuka semalam.

Jelas disitu pembohongan memang wujud.  Speaker kata tidak ada siapa berbohong petang tadi kerana penulis percaya beliau mungkin belum lihat apa yang dicakapkan Tun Mahathir di Perak tempoh hari.

Soal dah hantar surat letak jawatan atau tidak (kemudiannya tidak diterima), itu cerita lain, soalnya sekarang Speaker SUDAH letak jawatan atau tidak seperti yang diumumkan Tun Mahathir?  Tidak, jadi apa yang nak pertahankan lagi?

Dr M


Lagipun apa isunya Tun Mahathir berbohong, ini kali pertama ke?

Selama berpuluh tahun sejak hujung 1985, kita diberitahu bahawa Tun Mahathir berada di China pada hari pasukan keselamatan menyerbu dan menembak mati 14 orang penduduk kampung di Memali, walhal rupanya dia berada dalam negara – yang buka rahsia pun bukan orang lain, Timbalannya pada waktu itu juga, Tun Musa Hitam.

Begitu juga dalam hal George Soros sebagai penyangak matawang yang hampir memufliskan negara dalam krisis 1997.  Tahun 2012, Tun Mahathir dengan mudah mempercayai penafian George Soros bahawa dia terbabit dalam krisis tersebut.

Jadi yang Tun Mahathir tuduh Soros pada mulanya tu bukan bohong ke?  Bukan sehari dua punya bohong tu, berbelas tahun lamanya.

Kalau 2 kes itu terlalu lama, baru-baru ini di Perak, Tun Mahathir mengubah status RM 42 billion hutang 1MDB daripada hilang (tak dapat diperolehi kembali) kepada hutang (dapat diperolehi kembali).  Tukar macam itu saja kenyataan, tidak ada rasa bersalah sama sekali.

Pendek kata, terima hakikat itu (Tun Mahathir berbohong) dan teruskan apa yang nak dibuat selepas ini sebab penulis melihat isu membabitkan Tan Sri Pandikar Amin dan Tun Mahathir ini lebih besar dari siapa bohong atau tidak.

Apakah bendanya, tunggu…..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa