AKU CUMA CADANG NAMA PLAZA NI KALAU BOLEH TAK PAYAH KAITAKAN DENGAN NAMA CINA KOMUNIS...
KITA GUNA NAMA MELAYU SEBAB KITA YANG BUAT UNTUK BANGSA KITA...
STEADY DSIS!!!
MENGAPA pula Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu dipersalahkan hanya kerana beliau mahu mewujudkan satu lagi Plaza Low Yat di Bangunan Mara, Kuala Lumpur? Pelikkan! tiba-tiba sahaja Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu dicap rasis.
Benarlah kata orang bahawa apa sahaja yang diungkapkan sekarang ini jika ia berkaitan soal kemajuan atau pembelaan atau demi untung nasib orang Melayu, semua akan dilabelkan sebagai rasis. Takkanlah sebegitu sekali kejengkelannya.
Bukankah hak-hak keistimewaan seperti yang terjamin di bawah Perkara 153 itu tidak wajar dipolitikkan kerana hak-hak asas keistimewaan itu bukan sesuatu yang mencabul Perlembagaan negara? Memberi latihan, biasiswa, dermasiswa, galakan ekonomi bagi orang Melayu dan Bumiputera adalah tuntutan Perlembagaan negara yang dipersetujui semua pihak pra 1957.
Hak Melayu dan Bumiputera sedia terjamin dan kekal dalam Perlembagaan manakala hak masyarakat Cina, India dan lain-lain kekal di sisi undang-undang negara sehingga hari ini.
